Anak2 saya demam. Aleesya demam sejak 3 hari lepas. Petang semalam di saat suhu badan Aleesya mulai menurun, Adrianna pula yg demam. Aleesya mula hilang selera makan. Dia kurang minum susu, sangat kurang... Bubur nasi yg saya bekalkan pun hanya dijamah sedikit sahaja. Sakit tekak ke? Mata Adrianna pula berair, lemah, tak ceria. Selalunya masa dalam kereta, Adrianna akan menyanyi, menyanyi dan menyanyi setiap lagu yg keudara. Tapi malam tadi, Adrianna cuma baring dan tidur. Selepas ambil diorang di rumah babysitter, kami terus ke klinik. Ada red spot yg agak byk di dalam ruang tekak Adrianna dan Aleesya. Membimbangkan. Takut denggi atau coxsakie. Malam tadi kedua2nya merengek sepanjang malam which is tak pernah2. Aleesya tak pernah 'menolak' susu... tapi semalam semua dia taknak... susu badan pun tolak. Adrianna pula, suhu badan mencecah 38 darjah Celcius. Panas. Muntah. Adoyaiii. Pagi ni, suhu kedua2nya ok... hopefully ok la.
Wednesday, January 20, 2010
Thursday, January 14, 2010
Model baru Asterisk Boutique
Baju merah, Kenny Rogers dan Secret Recipe
Semalam saya pakai baju warna merah sebab nak dinner kat Kenny Rogers, buy 1 free 1 hanya pada 13/01/2010. Lepas kerja, kami ambil Adrianna dan Aleesya dan terus ke Giant Kota Damansara sebab nak makan Kenny Rogers kat situ. Perut dah berkeroncong tahap gaban. Sampai je depan Kenny Rogers, penuh dgn orang2 yg berbaju merah. Ramai. Kami pun dengan gigihnya beratur panjang. Tak lama kemudian, muncul staff Kenny Rogers membuat pengumuman bahawa next entry was roughly hanya 30 minit lagi sebab restoran penuh dan makanan baru served. Hmm... dengan perut yg semakin berkeroncong rasanya tak mampulah nak berdiri dan queue di situ sampai 30 minit lagi. Jadi dgn rasa hampa, kami pun berundur... dan decided nak makan Secret Recipe.
Lapar punya pasal, saya dan hsbd masing2 taknak share dgn Adrianna, so kami order 3 main course. Saya order lamb stew, cik abg order chicken cordon blue, untuk Adrianna kami order prawn macaroni cheese (favourite dia). Kebetulan, kalau beli 3 main course, dapat 1 percuma main course juga which is lowest among 3 main courses that we've ordered (pening skit nak paham, hehe...). Di antara lamb stew, prawn macaroni cheese dan chicken cordon blue, chicken cordon blue is the cheapest. So, dapatlah free chicken cordon blue... with a condition that mesti bayar pakai Amex. Ok la tu, tak dapat free quarter meal Kenny Rogers pun takpelah... Aleesya makan mashed potato yg came dgn lamb stew. Alhamdulillah *(^_^)* Balik terus tidur. Hmmm... "healthy lifestyle", kata husbandku... huhu

Friday, January 8, 2010
Topi Adrianna dan Aleesya
Subscribe to:
Posts (Atom)