My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Ya Allah, selamatkanlah Gaza...


Apa yang anda rasa bila baca artikel ni?

Saya terkesima... betapa mulia hati insan bernama Dr.Gilbert ni. Beliau menghabiskan masa dewasanya berbakti di bumi Gaza. Walaupun pada mulanya hanya diarah berbuat demikian, tetapi lama kelamaan 'voluntarily' muncul dalam jiwanya, ikhlas untuk membantu mangsa2 kekejaman Israel yg dihujani bom saban hari.

Subhanallah... alangkah bagusnya jika beliau seorang Islam. Mari kita berdoa agar beliau sinari dgn Nur Islam suatu hari nanti.

Dulu masa sekolah menengah, saya pernah berangan nak jadi sukarelawan yg dihantar ke tempat2 yg tak stabil seperti ini. Contohnya masa tu tengah hot dgn perang antara Bosnia-Servia. Syukurlah Bosnia dah capai kemerdekaan. Masa tu berangan nak jadi doktor. Tapi tu la... belajar pun malas, cemanne nak ambik medic... hihi...

Kalau anda rajin google blog2 pro Israel, anda akan baca tentang provokasi mereka terhadap kekejaman org Palestin, walhal sebenarnya Israellah yg menyerang org Palestin, top spinner betulla! Media2 barat terutama di US banyak menyebarkan berita palsu tentang betapa kejamnya rakyat Palestin, padahal merekalah setan sebenarnya. Sebab tu ramai rakyat2 marhein US terpedaya dgn berita2 pelesu (palsu) tu.

Berani betul Dr.Gilbert ni cabar Obama. Thumbs up! Terang2 pulak tu beliau kata Obama dan Israel adalah kepala semua kehancuran di bumi Gaza.

Menurut Datuk Dr.Musa Mohd Nordin, Presiden Viva Palestina Malaysia (VPM), sehingga tahun lepas, Israel dah curi 80% daripada wilayah Palestin dengan membunuh lebih 700 ribu org dan memusnahkan 200 kampung org2 Palestin. Palestin ni disifatkan sebagai sebuah "Open prison" yg terbesar di dunia. Rakyat dia terkurung macam banduan, tak boleh ke mana2. So, kalau ada org luar macam org Malaysia yg datang menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, mereka happy dan bersyukur sangat2, ibarat banduan yg menerima kunjungan dari org yg tersayang. Sedih tau dengar speech Dr.Musa, ada dlm website vpm.org.my.

Dr.Musa ni pun kagum sangat saya melihatnya. Beliau ni doktor tetap Aleesya kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Beliau ketua unit paedatric. Tiap kali Aleesya admitted, awal2 pagi lagi dia dah dtg wad nak check patients dia, pastu turun ke klinik dia utk jumpa yg buat appointment pulak. Lepas lunch time selalunya ada operation, pastu ptg dia akan naik wad balik, check patients 2 kali sehari, 7 hari seminggu. Dah la aktif dlm tugas sukarelawan. Bilala dia cuti agaknya. Selain sebagai Pengerusi VPM, beliau juga ialah Pengerusi Majlis Penasihat Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA). Antara insan yg superb pada pandangan saya. Mulianya tugas beliau.

Dibandingkan dgn Dr.Gilbet dan Dr.Musa, apa sangatlah sumbangan kita bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza. Saya rasa kerdil aje. Apa yg kita boleh buat ialah berdoa supaya bumi Palestin selamat dari kekejaman Israel dan boikot syarikat2 yg support Israel, selain menghulurkan derma kepada saluran yg reliable. Yg paling obvious kita patut boikot ialah Mc'Donald, dan syarikat2 rokok. Pelik ye org Israel yg cipta dan jual rokok tapi mereka sendiri tak merokok, malah kalau nak merokok kena keluar rumah. Tetamu2 kalau berkunjung ke rumah org adalah dianggap biadap kalau merokok. Fikir2kanlah wahai perokok2... dahla 'bakar duit'... huhu...
.

Friday, May 25, 2012

Asterisk Boutique is the Online Shop of The Year 2012 in Malaysia ?

Semalam, saya terima 1 email. Saya ni kalau bukak je email, mata saya terus cari kod je. Tapi semalam email ni lain sikit. Mata melilau tak tentu pasal (secara random) tapi tak jumpa pulak kod... hehe... Maklumlah, rasanya semua peniaga online ni 'gila kod' kot... haha... Sebab selalunya kalau masuk je email, maknanya order. Masuk je email, mesti order atau pun enquiry. Email yg 1 ni lain sikit, intro nya macam ni:


Pastu, saya tenyeh-tenyeh jap mata. Sebab pagi tu baru tangkap gambar tudung baru. Jadi, silau flash tak habis2 lagi. Tajuk email tu:" DiGi WWWOW Awards 2012 - Top 10 (Online Shop) "

Biar betul? Saya macam tak percaya je. Saya pergi balik kat inbox, check sender email address... macam betul.

Minggu lepas saya nak cuba undi tapi tak boleh. Rupa2nya kakak saya cakap, undian dah ditutup. Lorrr... saya ni agak sibuk, so actually hanya beberapa kali je saya undi. Walaupun saya mintak tolong pada adik-beradik, kawan2 dan customer mengundi saya, tapi sebenarnya saya sendiri pun tak sempat nak mengundi. Mr.Husband pun sama. So, lepas kakak cakap dah tutup, "takpelah..."

Kemudian, saya saja-saja je masuk ke website DiGi WWWOW Award, ada senarai Top 50. Rasanya hari tu ada dekat 200 penyertaan untuk kategori "Online Shop of The Year". Saya click di button 'View Top 50', dan saya tengok asteriskboutique.com ada di screencapture yg ke-16. Di situ ada tertulis:
"Hey peeps, WWWOW judging is in session. Till 31 May 2012. There's no rest, till we get the best!"

Ooo maknanya dah tak boleh vote sebab juri professional pulak nak buat penilaian. Pada saya, dah masuk Top 50 tu pun saya dah happy sangat. Tak menaruh harapan pun. So, saya ingatkan berakhir di situ je la. Sehinggalah tengahari semalam, iaitu bila saya terima email di atas tu *(^_^)* Hatiku berbunga riang... ecehhh...

Syukur Alhamdulillah. Saya tak pernah mimpi pun boleh terpilih sampai ke Top 10. Secara jujur, memang saya mengharapkan yg asteriskboutique.com akan jadi terkenal, jadi butik online pilihan dan dekat dengan hati pelanggan. Cuma, untuk award ni, saya sekadar suka-suka je. Terpilih dalam Top 10 dah cukup menggembirakan hati saya.

Harapan saya cuma, semoga perniagaan saya diberkati oleh Allah swt, dimurahkan rezeki dan Allah kuatkan hati dan fizikal saya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dari suami (maksud saya cabaran menguruskan rumahtangga), pelanggan, tailors, suppliers dan sesiapa sahaja. Semuanya demi anak-anak saya dan Mr.Husband; Adrianna dan Aleesya.

Tuesday, May 22, 2012

Leurd Kattiya

Selalunya orang suka citer hindustan... tak pun citer korea... atau sinetron indonesia... dan jugak telenovela dari venezuala. Saya suka jugak citer korea. Tapi actually, yang saya paling suka citer Siam. Thai drama. Orang sana sebut 'Thai lakorn'. Bagaimana saya boleh terjebak dengan lakorn pulak ni?

Aom Phiyada Akkraseranee dan Tik Jessadaporn Pholdee

Masa zaman study dulu dalam tahun 2004, kalau takde kelas, saya tengok tv. Tetiba satu hari tu, saya ter-tonton satu cerita kat TV2. Tajuknya "The Princess", dalam bahasa Thai "Leurd Kattiya". Hero hensem. Heroin pun cantik. Cerita dia pun menarik. Membuatkan saya 'melekat' depan tv. Setiap episod mesti nak tengok punya. Heronya Tik Jessadaporn. Heroinnya Aom Phiyada.

Citer ni memang sadis ya amat. Episod akhir tangkap nangis tau! Ingat lagi, kebetulan masa episod akhir tu tengah cuti semester, tengok kat rumah. Jenuh saya control, pasal kang mak pelik pulak, apehal anak aku ni kan... hehe... Lagu citer ni best. Melodinya menusuk kalbu. ecehh.. ayat jiwang. Saya hafal melodinya, cuba tak terdayalah nak ngafal lirik siamnya tu :-P


Dalam Youtube takde orang yang nak buat English subtitle utk citer ni. Citer ni tentang seorang lelaki bernama Anothai yang berkerja sebagai tentera diraja. Satu hari tu, dia berkenalan dengan seorang gadis bernama Dara di sebuah pulau kecil tempat Anothai selalu lepak2. Diorang bercinta akhirnya dan selalu jumpa2 secara senyap di pulau tu. Anothai sangkakan yang Dara ni anak maid istana. Rupa2nya puteri raja. Masa Anothai dapat tau, dia frust sangat sebab kawan baik dia, putera raja iaitu sepupu Dara pun ada hati kat Dara. So, nak dibandingkan antara putera raja dengan Anothai, Anothai rasa dia kecikk je dan tak layak untuk Dara. Jadi, bayangkanlah cinta terhalangnya cemane. Dalam bahasa Thai, Anothai bermaksud matahari. Dara pulak bermaksud Bintang. Secara teorinya, matahari dan bintang tak mungkin bersatu sebab bila matahari keluar, bintang akan hilang. Bila bintang keluar, matahari pulak akan pergi. Last2nya Anothai mati... huhu... sedih woo.

Dalam Youtube ada sorang ni yang sangatlah rajin buat subtitle untuk Thai lakorn yg best2 dan terkini. Namanya Wishboniko. Dia volunteer je. Takde bayaran pun. Bagus betul. Cuma hari tu dia cakap dah nak bersara. Malas dah nak sub. Ramai la peminat2 lakorn yg kuciwa sebab Wishboniko ni pandai buat subtitle. English dia ok. Yang lain tu ke laut. To Wishboniko, please don't stop subbing any interesting lakorn especially Aff's ones. I appreciate your hardwork :-)

Sape pulak 'Aff' tu? hehe... She is my favourite Thai actress; Aff Taksaorn. Nanti saya citer lagi :-)

Sunday, May 13, 2012

Go go Hazama

Ecehhh... dengan penuh bersemangat saya menulis entry ini selepas melihat Hazama layak ke final Mania malam tadi. Lagu "Putihnya Lukisan" tu saya pernah tengok dia nyanyi masa kat konsert Hotfm Big Jam kat Penang lebih kurang 2 tahun lepas, perfomed dgn Meet Uncle Husain. Rasanya masa tu, dia lebih rileks dan lantang, maybe sebab cuma show biasa, bukan pertandingan. Malam tadi rasanya, pada pengamatan saya, dia tense sikitlah tapi tetap best.

Masa PakNil announced Hafiz org yg pertama layak ke final, saya setuju... then Stacy. Pada saya Stacy memang bagus jugak cuma lately dia agak semput sikit masa perform, suara pun tenggelam timbul sbb terlalu nak dance sangat. Hope Stacy lebih focus kpd vokalnya. Adrianna dan Aleesya suka lagu2 Hafiz dan Stacy. Seterusnya yg layak ke final ialah Jaclyn Victor. Memang layak pun. Alahai... bilala PakNil nak sebut nama Hazama ni... Lepas tu, PakNil sebut "Aril"... Arghh... apakah??? Hafiz melompat2 seronok sgt. Maklumlah kawan baik dia. Kemudian, nama yg terakhir disebut, lepas Adira dan Shila disingkirkan, tinggallah pilihan di antara Hazama dan Ebi. Dalam hati saya, ohh pleaseee lah jangan Ebi. Lastnya PakNil sebut "Hazama"... yeaaaaa...

Kalau ikut pada telinga saya, Adira is wayyyy better than Aril. Adira lebih layak. Dari segi undian, dari minggu pertama, Ebi selalu mendahului tapi pada saya Ebi biasa2 je. Dalam Propaganza tadi, Ebi cakap dia tak puas hati... hohoho... awak perasan bagus ye??? (hehe... marah peminat Ebi)

Kenapa saya suka Hazama? Bukan sebab dia kacak (oh tidak!), tapi saya suka sangat suara dia. Saya peminat suara Amy Search. Otai2 lain saya tak suka hinggalah pada suatu hari, saya tengok konsert Jomheboh kat TV3. Diorang perkenalkan Hazama. Siapalah dia ni (masa tu), tak kenal pun. Tapi bila dengar dia nyanyi combine suara dengan Black, kalah Black. Masa tu la saya tertanya2, siapa dia ni? Apa album dia? Rupa2nya penyanyi jemputan MUH.

Lepas tu, saya ingatkan dia dah tak menyanyi sebab tak pernah nampak dah dalam tv, tup tup masa AF9 hari tu, dia masuk. Wahhh... excited habis saya. Definitely la saya suka tengok dia menang. Lepas tu duet pulak dgn Amy Search (Simetri), dua2 saya suka. Tapi lagu Simetri tu tak catchy sangat la, kalau duet lagu2 lama Search mesti best. Ada sekali tu saya tengok kat Youtube, Hazama nyanyi dgn 3 otai rock; Mus May... yg lain tak ingat nama. Power habis! Hazama je yg muda.

Untuk final Mania, GOOD LUCK untuk Hazama, Hafiz, Jac, Stacy dn Aril. Tentu sengit nanti. Pak Lang, buat yg terbaik ye :-) Chaiyuk Hazama!!!

Friday, January 20, 2012

Buka kasut di playground

Taman permainan kanak-kanak yang dalam gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau indoor playground ni, selalunya semua kanak-kanak kena buka kasut sebelum bermain. Budak-budak memang seronok. Kalau anak-anak saya pantang dengar 'Giant', mesti excited. Sebab no.1, nak pergi playground. Playground tu pun bersih dan well-maintaned. Tapi... ada satu perkara yang tak sedap dipandang. Di saat kita melatih anak-anak supaya buka kasut setiap kali bermain di playground, tapi ibubapa sendiri yang buat tak reti.

Gambar kat bawah ni jadi bukti betapa '___nya' seorang insan yang bergelar ibu/bapa. Anda bayangkan, anak-anak kita yang leka bermain memijak tempat yang sama dengan insan yang memakai selipar tu. Bayangkan apalah agaknya yang dia pijak kat luar sana... sampah, lopak air, dan macam-macamlah benda kotor... dan dengan selambanya dia masuk playground tu dengan seliparnya sekali. Susah sangat ke nak bukak yer? Kita faham hasrat murni dia nak awasi anaknya bermain tapi bukankah lebih manis dan bersih jika dia membuka seliparnya. Spoil betul!

Saya merayu kepada ibubapa-ibubapa di luar sana supaya bukalah kasut anda jika ingin menemani anak bermain di indoor playground. Kalau anda tak kisah anak anda memijak benda kotor (sebab telah dicemarkan oleh anda), tolonggggglah fikirkan anak-anak orang lain yang tak rela memijak kotoran yang telah anda tinggalkan. Tahniah kepada kanak-kanak yang membuka kasut ketika bermain, dan tahniah juga kepada ibubapa yang turut sama membuka kasut ketika menemani anaknya bermain di indoor playground.

Wednesday, November 16, 2011

Hamba Harta

Semua orang materialistik. Cuma levelnya tinggi atau rendah je. Kalau level tinggi tu yang bahaya. Jadi selfish, ego, berlagak dan segala yang negatif la... Susahkan orang yang gila harta ni.

Pada saya orang materialistik ni ada 2 jenis:
1) Suka harta orang lain.. cara nak dapatkan mungkin dengan menggoda, memujuk etc...
2) Harta sendiri tak banyak, tapi nak tunjukkan pada umum yang dia memang kaya

Saya dan Mr.Husband suka nak huraikan point yang kedua tu. Kata orang, biar papa asal bergaya. Hujung bulan, berjela-jela bil surat hutang mari. Kes yang special, anak bini makan nasi putih gaul dgn garam hari-hari pun takpe, janji sang suami pakai kereta besar (mahal woo kete dia), gadget canggih yang up-to-date dan nampak 'kaya' di mata masyarakat. Yang sengsara, anak isteri. Wajarkah?

Dan yang lebih mendukacitakan, isteri dan anak-anak pantang sentuh kereta besar dan gadget2 canggih tu. Takut calar/rosak pulak. Tak ke jadi hamba harta namanya. Bila tanya bab bil, belanja anak, sekolah, tuition... ada je alasannya.

Kalau nak beli pape, kenalah bawa berbincang dulu. Harta sepencarian, kenalah share dan nikmati sama-sama. Jenguk2lah ke dapur, apa yang ada, apa yang dah habis... dah la isterinya surirumah sepenuh masa tak bergaji. Kalau takde makanan, anak-anak nak makan apa? Nafkah $ untuk isteri, dream on la. Apatah lagi nak pergi vacation... mimpilah!

Mungkin si bapa tak perasan apa yang dia lakukan tu sangat tidak disenangi oleh isteri dan anak2. Sayang sangat-sangat tau sebenarnya bila anak-anak makin 'menjauh'. Duduk serumah tapi jauh di hati. Think about the future bro! Esok bila dah tua, anak2lah aset kita.

Kepada kawan2 lelaki dan wanita... tolonglah jaga pasangan dan anak-anak anda baik-baik. Sayangi mereka. Berikan yang terbaik. Pentingkan keluarga... bukan gadget canggih atau kereta besar. Berbelanjalah ikut kemampuan supaya anda, pasangan anda dan anak-anak pun turut merasa susah senang BERSAMA-SAMA. Jangan senang sorang-sorang je!

Harta dunia... bukan boleh bawa mati pun. Nauzubillah...

Sunday, July 17, 2011

Kisah disebalik sebuah bakul kecil

Saya lalu di satu kaki lima. Tiba-tiba saya terpandang sekumpulan manusia yang sedang memerhatikan manusia lain. Manusia lain itu sibuk dengan kerjanya. Beliau ditemani oleh dua orang kanak-kanak, mungkin anak-anaknya. Itulah kerjayanya pada hemah saya. Saya turut berhenti di situ. Kagum dengan apa yang beliau lakukan.

Tangannya tak henti-henti bekerja. Itulah kepakarannya. Saya sangat-sangat kagum. Saya tengok ada beberapa output yang sudah siap tersusun dihadapan beliau, pelbagai saiz, beserta harga.

Saya tengok yang bersaiz sedang... satu RM5 je. Di dalam kemampuan poket saya.

Timbul rasa kecewa... kerana orang-orang yang memerhati hanya sekadar memerhati. Apalah salahnya beli satu. Sekadar membantu. Sekurang-kurangnya beliau melakukan sesuatu, tidak sekadar menadah tangan mengemis meminta wang. Beliau seorang yang berusaha.

Saya di situ dalam 2-3 minit je sebab rushing, Mr.Husband tengah menunggu.. sempat jugak snap satu gambar pakai handphone.

'Penonton' di hadapan si buta tidak akan membantu apa-apa pun jika sekadar menonton.


Inilah dia sebuah bakul kecil yang menyimpan satu cerita. Kepakaran yang tidak langsung ada pada saya, seorang yang celik mata. Kuasa Allah, dengan dunia gelapnya, beliau mampu hasilkan sesuatu yang sangat kemas dan rapi seperti ini.

Wednesday, April 13, 2011

Dengar cakap mak

Utusan pagi ni menyiarkan berita tentang "Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang". Ibu kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak meluahkan betapa dia tak berapa nak berkenan anaknya menjadi pilot. Menurut ibunya, arwah seorang pelajar yang pintar di zaman persekolahan dan semasa menuntut di UiTM. Mungkin ibunya risaukan keselamatan anaknya, takut benda-benda macam ni berlaku.

Kerisauan ibu arwah jelas berasas. Tentu kerjaya juruterbang menjadi satu igauan buruk buat ibu dan isterinya. Selalunya orang cakap "kalau dah nak meninggal, kat mana-mana pun jadi... duduk kat rumah pun boleh meninggal... kalau dah sampai ajal..."

Teringat kisah saya dulu... Cita-cita asal saya nak jadi seorang pensyarah. Saya sangat teruja dan hampir menjadikannya kenyataan.

Nak kata mak menghalang... tak juga... tapi sebenarnya ada obstacles jugaklah. Mungkin masa tak sesuai.

Semasa di tahun akhir degree, saya memperoleh keputusan yang baik. Keputusan yang melayakkan saya untuk meneruskan pengajian di peringkat masters. Teringat kata-kata Prof.Madya Dr.Azlinah  Hj. Mohamed (kami panggil DA je), "Ainul, kita buat yang terbaik.. nanti kalau thesis awak bagus, saya akan propose untuk convert terus from Masters to Phd, InsyaAllah..."

Boleh bayangkan betapa terujanya saya ketika itu! DA adalah supervisor saya.

Paperwork saya telah dihantar ke satu conference di Jepun pada tahun 2004. Rujukan thesis saya ada di library UiTM di link ni.

Lepas je habis final exam (betul-betul baru habis exam, result tak dapat lagi), saya terus 'disunting' untuk menjadi Research Assistant kepada DA. Matlamat kami masa tu nak enhance lagi current project nak bagi lebih gempak lagi dan menggunakan 'environment' yang lebih luas. Oleh kerana saya tak betul-betul grad lagi, so UiTM just bayar saya dalam Skim Khidmat Pelajar dulu. Saya dan DA sedang menyiapkan proposal untuk dihantar kepada IRPA Programme (Intensification of Research in Priority Areas). Pada masa yang sama, saya buat kerja partime di Pizza Hut Shah Alam Mall untuk duit poket. Memang penat sangat. Slim giler masa tu. DA tak tau pun saya buat kerja partime.

Setiap hari saya berkira-kira duit untuk sambung pengajian. Nasib baik makan free (staff meal), jimat. Untuk Masters, saya kena ada dalam RM2k++  untuk yuran awal dan beberapa ratus (mungkin ribu) untuk buku-buku rujukan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Difahamkan kalau nak apply loan pun, mungkin dalam semester 2 baru dapat. So, sepanjang semester pertama, saya kena tanggung sendirilah. Actually saya patut apply semua tu sebelum semester akhir lagi, di situlah silap saya.

(Sebenarnya susah untuk saya keluarkan cerita ni... tengah sebak ni....huaaa....)

Masa tu saya call mak. Saya lebih senang berbicara dengan mak dalam semua hal berbanding ayah. Mak cakap "Mak ayah takde duit... hari tu masa ijazah bolehla mak tolong.. Mak ayah nak pergi Mekah. Mak harap kamu kerja, mak ayah pun nak merasa duit gaji kamu..." Mak cakap tugas mak dan ayah tanggung saya sampai degree je, kalau nak sambung lagi, saya kena tanggung sendirilah... tapi... saya mana ada duit.

Saya tak tahulah nak cakap apa. Nak marah ke, nak sedih ke, nak memberontak ke... saya KENA FAHAM. I have to! Mak ayah penoreh getah, bukannya orang senang. Saya terdiam, tak tau nak cakap apa. Saya akhiri perbualan telefon dengan mak dengan penuh rasa sebak yang terbuku di dada. Betapa saya FRUST sangat masa tu... kalah orang frust bercinta.

Saya sampaikan berita kekecewaan itu kepada DA. Dia sehabis boleh nak membantu, sehinggakan dia sanggup nak menggaji saya menggunakan duitnya sendiri sementara menunggu kelulusan IRPA. Tapi saya menolak dengan baik. Baiknya hati DA. Dia cakap "Kalau macam tu, kita KIV dululah proposal tu..."

Kerana kekecewaan itu, saya terus apply kerja di Jobstreet.. seminggu selepas tu, saya dipanggil interview di Dagang Net. First interview dalam hidup saya... dan saya berjaya. Terus dapat kerja. Seminggu lepas tu terus masuk kerja. Berkat doa mak kot saya senang sangat-sangat dapat kerja.

Dari tahun ke tahun. Kadang-kadang bila sesekali contact, lecturer saya akan bertanya, "Ainul, bila nak sambung?". Bukan DA je, lecturer-lecturer lain pun turut bertanyakan hal yang sama. Aduhai...

Actually lepas sebulan saya kerja, saya terus bertunang. Enam bulan lepas tu, terus kahwin. Setahun kemudian dapat baby. Tumpuan saya untuk keluarga dan kerjaya. Walaupun niat nak belajar tu masih ada dalam diri masa tu, tapi lama-kelamaan ianya makin hilang.

Takpelah, saya dengar cakap mak. Mak suruh kerja. Mungkin bukan rezeki saya nak jadi lecturer. Saat ini, saya dah takde hati nak sambung belajar pun... huhu... saya dah malas. Thesis saya dah jadi sejarah. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya memang tiada kesempatan dan mungkin itulah dalihnya.

Saya percaya ada hikmahnya. Takpelah... software engineer pun actually cita-cita saya no.2. Saya redha. Tak semestinya apa kita nak tu terbaik untuk kita. Focus saya pun untuk asteriskboutique.com sekarang ni *(^_^)*

Friday, April 8, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah satu fenomena?

Petang semalam ingatkan boleh la balik awal sikit. Saya keluar dalam pukul 6.20pm (kira awal la tu, selalunya pukul 7pm). Tetiba masa simpang kat Sprint Highway nak belok ke kiri, rasa macam berat sangat stering kereta. Terdetik rasa di hati "ada yang tak kena ke?"... Riso dah teman... pastu dalam 1km kemudian, ada la mamat motor ni menegur... dia tunjuk-tunjuk kat bawah. Ish, tak boleh jadi ni... lepas tu terus berhenti kat stesen minyak kat depan. Turun-turun aje kereta, tengok2 tayar depan sebelah pemandu dah flat dah. Aduhhh...

Ateer... macammane nak buat?

Maka, dengan gagahnya, saya pun call le Mr.Husband suruh datang dengan segera. Itula tau bawak kereta aje. Nak tuko tayar tak reti... kihkihkih... Nasib baik dia ada, dibuatnya dia outstation ke, haru dibuatnya.

Lastnya pukul 8.30pm baru ambik anak kat babysitter. Dari nak awal tadi, terus jadi lambat. Dan yang memedihkan hati ini, tayar tu macam dah teruk kena lenyek, nampak gaya kena tukor baru. Adehh... dekat RM400 juga satu tayar. Saborr... saborr...

Maka pagi ini masih dengan tayar spare le ke office. So bawak pun kena la slow and steady mentara nak tunggu esok, baru ada masa nak pergi cari tayar baru. Dengan gaya slow and steady tu, HotFM sangat-sangat membantu sebabbbb pagi ni artis undangannya si Usop Wilca tu. Best! Best!

Itula nak cerita kat sini, betapa bagi saya, Mr.Husband, Adrianna dan Aleesya... filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dah jadi satu fenomena! Terutama sekali watak Usop Wilca tu. Review cerita ni ada di sini. Masa filem ni mula-mula keluar dulu, saya dok ingat cerita ni merapu. Mesti mengarut! Lepas tu dengar-dengarnya box office pulak. Dalam forum-forum pun semua memuji-muji cakap filem ni best. Jadi, disebabkan rasa courious, kami pun tangkapla satu DVD (cetak rompak punya... syhhh, jangan kecoh-kecoh!). Lepas tengok, hmm... bestla. Ketawa terbahak-bahak, senak perut la jugak.

Yang uniknya, banyak skrip-skrip yang menjadi ikutan ramai, yang mencetuskan fenomena, yang orang suka ikut dengan nada-nadanya sekali... antaranya:

"Cer cite... cer cite..."
"Kite bakorr aje..."
"Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.." (Aleesya gelak kalau kami nyanyi)
"Kita datang bukan nak poco-poco... " (lebih kurangla)
"Huusinnn... huusinnn... " (nada seram)
"oooooo... soley soley..." (bestla lagu ni, tak pasal-pasal famous balik)


Kalau Aleesya  buat something wrong, sekarang ni Adrianna suka panggil "Kak Limahh...". Aleesya pun jadi takut sikitla... baru nak dengar cakap kakak. Adrianna dan Aleesya memang minat sangat filem ni. Kalau kita bukak laptop, dia sibuk nak tengok cerita kak limah (dalam youtube).

Masa Anugerah Bintang Popular hari tu, rasanya Usop Wilca yang paling best. Mulut Kak Engku dengan Shira macam bertih jagung. Johan pun buat lawak jugak. Sampai terdiam langsung Zizan, tak dapat nak mencelah agaknya. Patutla ada usul yang nakkan Usop Wilca dan Johan jadi host ABP tahun depan. "Siapa yang setuju teman bacakan nama pemenang, sila angkat tangan macam ni...". Lawak betul.

Rupa-rupanya Usop Wilca ni dulu penyanyi. Nama dia Shy8. Nama sebenarnya Syed Mohamad Asri. Boleh tahan jugak suara dia. Sedaplah didengar. Nama lagu tu Terasing Di Bumi Sendiri, produced tahun 1996 yang kemudiannya dijadikan lagu tema untuk pesakit Aids. Tadi ada dengar kat HotFM. Kalau korang nak dengar, pergi kat Youtube la ye. Lirik dan lagu ni, Shy8 tu sendiri yang cipta. Terror.

Tadi, last yang saya dengar, Shy8 ni teramat berterima kasih pada Mamat Khalid sebab panggil dia berlakon dalam cerita HKLBR tu. Disebabkan filem ni la dia jadi popular, jadi satu fenomena... Saya rasa kalau Usop Wilca ni dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular, mau kalah Shaheizy Sam. Lepas ni Mamat Khalid nak mulakan penggambaran filem "Usop Wilca, Viva From Bangladesh". Kalau tak silap, itulah tajuknya. Usop Wilca jadi hero tu. Dengor tajuk pun dah lawak...

Friday, March 18, 2011

Malang tak berbau

Masa saya dalam lingkungan umur 5-7 tahun, ada satu novel kat rumah yang bertajuk 'Malang Tak Berbau'. Saya tanya mak "Kenapa malang tak berbau?" Jenuh jugak mak nak explain sebab budak kecik mana la paham sangat. Alangkah senangnya hidup manusia kalau malang benar-benar boleh 'dihidu'.

Contoh:

1) Kalau la orang Miyagi, Jepun tau yang earthquake/tsunami akan berlaku, tentu diorang dah cabut awal2 ke tempat selamat

2) Kalau la aku tau PTPTN nak cekik darah dengan caj perkhidmatan yang tak masuk akal, tentu aku takkan buat loan dulu!

3) Kalau la aku tau yang dia nak main kayu tiga, susah nak bagi nafkah bila anak dah berderet, tak hingin aku nak kawin dengan dia dulu (eh, contoh je!)

Alangkah mudah kalau, kalau dan kalau tu dirungkaikan dari awal?

Jika hidup manusia semudah itu, tiadalah istilah qada dan qadar, redha dan sabar.

Lepas kes dapat duit rosak aritu, saya pulak kena langgar. Pada suatu pagi di Subang Bestari, masa saya di laluan kiri, sebuah teksi yang berada di laluan kanan tiba2 masuk ke kiri dan menghimpit kereta saya. Habis la kemek + calar pintu dan bumper pintu belakang sebelah kanan. Pemandu teksi berbangsa India tu mengaku akan kesalahan dia. Apa yang dia lamunkan entah. Mata tengok tempat lain, tangan pulas stering ke tempat lain. Ahkakkk jugak yang jadi mangsa.

Tempat Kejadian.

Betapa hancur luluhnya hatiku apabila melihat kereta yang belum pun setahun tu telah dicederakan.  Siap ada kesan cat merah tu. Teksi kan color merah. Arghh!


Saya tak pernah accident, tak pernah langgar dan melanggar. Ini kali pertama dan berseorangan pulak tu. Ada sesuatu yang saya belajar, moral of the story:

Kalau anda accident, segera buat report polis. Tak kira la samada orang yg langgar tu melutut mintak maaf ke... atau janji akan bayar bil kerosakan ke...

sebab... Insurance hanya akan cover kemalangan yang buat report polis dalam tempoh 24 jam sahaja. So, kalau tiba2 orang yang langgar kita tukar fikiran dan enggan bayar bil kerosakan, kita boleh claim dari insurance.

Tapi kalau dah lepas 2-3 hari baru nak buat report, polis takkan layan sebab insurance takkan terima sebab dah lepas masa 24 jam.

So, katakanlah anda ingat boleh selesai secara baik tanpa perlu buat report, dan kereta pun dah kat bengkel dan sedang dibaiki. Orang yang melanggar tu pun dah janji nak bayar...tapi tiba2 last minit  dia 'cabut' taknak bayar, so tak pasal2 kita kena keluar duit sendiri. Nak claim insurance pun dah tak boleh sebab tak buat police report dari awal-awal lagi. Naya je kan.

In my case, mujurlah dia ni bertanggungjawab dan sanggup bare the cost. Jadi, report polis tu sekadar spare je la, untuk mempertahankan diri. Ni pak mentua yg bagi tips sebab dia pesara polis trafik :-P

Itulah... malang tak berbau...

Saturday, March 5, 2011

Duit Rosak

Bulan lepas, saya dan Mr.Husband dikejutkan dengan ATM machine yang buat surprised. Pada 14/2, kami pergi ke ATM machine CIMB Jalan Bunus di Jalan Masjid India. Maklumlah kat lubuk shopping. Transaksi pengeluaran RM1,500 pun berlaku.

Hasil pengeluaran ada 30 helai note RM50. Apa yang mengejutkan ialah, 22 helai daripada 30 helai duit tu ROSAK. Bukan sikit2 punya rosak... koyak di tengah, di bucu, berconteng (panjang macam karangan!), bercellotape... duit hitam, duit coklat pun ada. Jatuh dalam air milo agaknya.


Dek kerana terkezut, kami pun try le cash depositkan semula. Wahh... machine itu sangat bijak di mana dengan berjayanya telah me-reject wang2 tersebut. Tokey2 kedai enggan terima duit rosak. Kami pun terus call helpline CIMB. Menurut Customer service tu, mereka tak boleh buat apa2 melainkan kami perlu ke branch yg sama semula. Nadanya sangat sinis seolah kami yg sengaja mereka2 cerita.

Diorang cakap "We cannot do anything.." Maka hanginla saya satu badan.

Kita deposit duit dalam bank diaorang, they earn money from our money... they make profit from our money.. bila kita withdraw, dapat duit defect dan mereka taknak bertanggungjawab pulak. 22 helai duit RM50 bersamaan RM1,100 yang kita BARU withdraw tidak boleh digunakan. Dengan kata lain, duit tu tak bernilai.. huwaaaa!


Esoknya, terpaksalah ambil cuti pergi ke branch tu untuk buat report. Staff diorang pun terkejut dan pada mulanya agak sukar nak percaya juga. Tapi setelah kami attachkan receipt bukti pengeluaran dan kami minta mereka check serial number semua duit2 tu, mereka mula beralah. Kami simpan the whole bunch of RM1,500 tu. Tak pakai walau sehelai pun. Bank manager (a chinese woman) tu cakap perkara ni mustahil berlaku dan katanya ada yg dah terkoyak pada bahagian serial numbernya yang bank negara takkan terima untuk ditukar.

?!@#$????!# Kesabaran pun sedikit terhakis.

"This is what I received from your ATM. You can check the serial number, u can check your CCTV. I don't know how u are going to investigate this and I don't care... I just want my money back!"

pastu nak kasi provoke ckit... "I have to take half day leave just because of this... and who are going to bare the cost?"

Berani nak insist. Saya nekad nak buat report kat Bank Negara jika diorang taknak tukarkan semula duit2 tu dengan duit yg elok. They tried to screw up wrong people, without knowing that my husband is in the same banking line!

Akhirnya, dapat juga kami tukar duit tu. Syukur Alhamdulillah. Dugaan...

Tuesday, February 8, 2011

'Ubat' Senggugut

Cantikla bunga ni. Inilah bunga Evening Primrose. Extract dari bunga dan bijinya dijadikan Evening Primose Oil (EPO) yg digunakan sebagai herba untuk 'merawat' pelbagai jenis penyakit berkaitan kulit, sakit berkaitan kewanitaan, kesihatan dalaman dan sebagainya.

Masa mula2 kena period dulu, saya selalu kena senggugut. Sakitnya tak terkata. Mengerekot atas katil. Terketar2. Ingat lagi masa kat sekolah bila tiba2 saya didatangi period pain. Masa tu, saya dan rakan sekelas baru nak masuk makmal sains. Tiba2 kena contraction yg sangat kuat hingga saya tak mampu berdiri. Lastnya terduduk di tepi longkang sementara menunggu untuk masuk ke makmal. Mengerekotlah di situ :-P

Kalau di rumah, katillah tempat terbaik untuk mengerekot-kan diri. Ia selalunya terjadi pada hari kedua dan ketiga time heavy. Bila dah masuk hari ke-4 tu dah kurang sikit especially bila dah keluar ketulan darah yg paling besar, macam anak tikus pun ada. Tapi bila dah keluar blood clot tu, memang akan rasa lega sangat. Terus hilang pain.

Kalau ada yg rasa annoying masa baca ni sorry ye. Just nak share experience je.

Perkara ni berterusan masa saya masuk ke universiti. Kalau the 2nd/3rd day tu jatuh on weekends, ok la sebab boleh rest kat rumah tapi kalau kena on weekdays time kelas, memang confirm tak boleh fokus. Saya ingat lagi masa saya praktikal di RapidKL, saya terketar2 di dalam pejabat. Tambahan pula bilik ber-aircond. Lagila worse. Lastnya dengan kebenaran supervisor, saya balik.

Kalau kena je senggugut tu (tahap paling dah tak tahan), saya amat perlukan paracetamol dan air suam. Lepas tu, darah akan keluar macam air terjun, Alhamdulillah lega. Tapi ramai orang cakap, tak elokla kalau tiap2 bulan saya makan paracetamol masa period. Tak bagus untuk vagina. Orang cakap kalau period pain teruk2 susah nak dapat anak. Tapi saya tak pasti akan kesahihannya.

Disebabkan itu, saya semacam takut nak makan paracetamol kalau kena period pain. Setelah bertahun2 menanggung 'derita', saya cuba memikirkan alternatif lain mengatasi masalah tu. Selain dari minum air yg banyak, tak minum air bikarbonat, teh, kopi dan ais semasa period, saya juga cuba makan jamu.

Berbotol2 jamu jugaklah saya makan. Brand Puteri Binari, Mustika Ratu, Martha Tilaar... tapi tak jalan. Takde pengurangan langsung. Satu hari tu saya terbaca dalam suratkhabar tentang EPO dan khasiat2nya yg mana ia sangat bagus untuk sindrom PMS. Kemudian saya buat research sikit di internet di website yg reliable. Lepas tu saya terus ke farmasi dan beli sebotol EPO.

Apa yg saya amalkan, kalau yg 500mg, makan 2 kali sehari. Kalau yg 1000mg ambil sekali sehari je. Tiap kali period, saya akan berhenti makan. Bila habis period, saya sambung balik. EPO kaya dengan vitamin E. Good for skin too. Saiz gel nya gedabak, so kena prepare air banyak sikit. Alhamdulillah selepas sebulan saya makan, next period tu dengan izin Allah, memang langsung tak sakit. Amazing! Sejak tu even saya on and off makan EPO, tetap tak sakit dah tiap kali period. Except kalau dah lama sangat tak makan, baru akan rasa sakit sikit. Sikit je la, tak teruk.


Ada banyak brand di pasaran. Semuanya sama je. Its just the matter of brand. Saya tak kisah brand apa asalkan murah. Tapi brand tu yg ada 'nama' la. Jangan la tetiba beli cap ayam pulak. Janji ada kelulusan KKM, ok la tu. So far, yg saya pernah beli brand Kordel's, Blackmores, Cosway dan ada a few lagi.

EPO ni actually 'jamu' orang putih. EPO bukan sejenis ubat. Can be considered as a supplement. Saya dah try sendiri since 7 years ago dan dah alami sendiri keberkesanannya. Kalau ada kawan2 yg masih kena period pain, try this! InsyaAllah berkesan. Just sharing *(^_^)*

Thursday, January 13, 2011

Ana Raffali tak layak?

Ahad yg sangat indah. Berjalan2 ke KLCC. Malam yang dinanti-nantikan pun tiba. Saya dan Mr.Husband memang tak sabar2 nak menonton AJL25. Mesti gempak sebab semua best-best belaka.

Bermula dengan Yuna, dengan baju kilat sebelahnya. Saya tak suka lagu ini. Sangat mengantuk! Saya sangat-sangat prefer 'Dan Sebenarnya' tetapi oh tolonglah! tidak 'Cinta Sempurna'. Tapi nyanyian Yuna memang best, macam Norah Jones.

Sebenarnya, Mr.Husband a bit in dilemma sebab pada masa yg sama ada perlawanan bola sepak kegemaran di saluran 812 (kot). Serius saya tak hafal channel berapa. MU vs Whatever! As far as I know, it was MU, his favourite. So, kalau iklan, dia terus tukar channel. Masa Shahir, Adira dan Hujan nyanyi, memang tak tengok terus. MU! MU!

Ok takpe, memang saya tak kisah pun.. sebab masa tu tengah sibuk check order tudung sebenarnya. Tapi kalau rasa macam lama sangat tu... tetiba "Abangggg.." panjang je panggil. Faham-faham ler.

Black dan Meet Uncle Husin memang best. Tapi saya lebih suka Sofea Jane. Adrianna cakap Sofea Jane tu 'lagu ibu'. Part black tarik "dan aaaaaaaaaaaaku tak bisa..." perghhhh!

Faizal Tahir memang gempak. Selamat Malam tu lagu favourite Adrianna tapi masa tu dia tengah tidur sebab penat balik dari KLCC. Masa lagu Hanyut memang havoc la. Saya pulak boleh tertipu ingatkan dia betul2 berendam dalam air. Mr.Husband cakap tu rakaman je tu.. hehe.. Tapi kan.. masa lepas Faizal naik dari air tu, dia macam semput sikitla. Penat kot. Faizal, bila nak buat konsert? Kalau kat Hard Rock Cafe payah sikit la nak pegi. Segan le teman nak pegi tempat-tempat gitu.

Other than Faizal Tahir, we love Hafiz. Since AF lagi. Suara dia best. Vokal memang gempak. Gimik dia pun best. Mula-mula macam boring giler je. Takat jalan2 pegang shawl merah. Tiba2 je kena tembak. Dan tiba2 keluar kat another side of the stage dengan corus yg high pitch. Selamba je. In fact, dalam Berita Harian, Faizal Tahir cakap "Ketika persembahan, saya berasakan gimik Hafiz kena tembak lebih meyakinkan penonton."

API rasanya macam tak 'sampai'. Vokal Noh ke laut. Azlan nyanyi high pitch. Noh low pitch. Tak sama dengan dalam radio... huhu...

Ok it's not about the overall performance, the main reason of this entry is about the winner.

Mula-mula hosts announced Vokal terbaik ialah Hafiz. Wah, walaupun saingan sangat sengit tapi Hafiz memang layak. Pada pandangan saya, selain Hafiz, antara yang terbaik ialah Black dan Faizal Tahir.

Lepas tu Persembahan Terbaik jatuh kepada Faizal Tahir untuk lagu Hanyut. Ok, kami menerimanya dengan hati yg terbuka. Our favourite won.

3rd place. Oh Hafiz again. Ok sangat fine.

2nd place Black dan MUH. Ok fine juga.

dan... pemenangnya ialah.. Reaksi hosts... "Wow"... "sangat wow"... "Penyanyi, Pencipta lirik dan lagu adalah orang yang sama" (lebih kurang gini la ayatnya)... Hahhh... sangat suspen!

"Ana Raffali"

Apakah???

Mengapakah dewan tak bergema dengan laungan dan sorakkan? Semua terkejut kot. Saya kat rumah pun terkejut. Alaaaa... kenapa dia???

Bukan saya tak suka dia. "Tolong Ingatkan Aku" memang agak sedap didengar tapi takde umph!

Well, juri lebih arif kan.

Langsung hari yang ceria menjadi hampas!

Esok pagi, dengar Hot FM. Wah, berderu-deru caller tidak berpuas hati dengan keputusan AJL25. Termasuk saya la, cuma tak kuasa la nak call :-P

Kat ofis, rupa2nya ada member yang turun PWTC tengok live. Memang ramai tak puas hati. Masa annouced Ana Rafalli, siap orang boo lagi dan mula angkat kaki keluar meninggalkan dewan. Obviously dalam tv masa live tu pun, dewan macam sunyi aje. Hmm...

Dalam Mstar Online, Azmeer cakap:
"Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang."

Itu kata Azmeer. Lagu2 Azmeer tak best mana jugak pun.

Tapi M.Nasir cakap:
"lagu Tolong Ingatkan Aku memang cukup sedap didengar kerana melodi dan liriknya yang ringkas. Dalam erti kata lain, ia adalah bersifat personal apabila karya itu dihasilkan dan lahir dari hati sehingga dapat meninggalkan kesan mendalam"

Dalam Berita Harian kelmarin:
"Belum pernah berlaku dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila penonton mula angkat kaki untuk pulang sebaik sahaja nama pemenangnya diumumkan oleh pengacara. Sebaik saja keputusan diumumkan, ramai yang terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan. Boleh dikatakan satu kejutan besar kerana lagu Tolong Ingatkan Aku itu bukanlah termasuk di dalam senarai ramalan antara lagu yang boleh dinobatkan sebagai juara... Nampak sangat kemenangan itu tidak direstui ramai."

Antara orang yg terpinga-pinga tu, sayalah. Ternganga...

Pastu dalam Utusan tulis:
"Sebaik sahaja lagu itu diumumkan sebagai juara oleh tiga pengacara AJL25 iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penonton di stadium tidak menunggu lama untuk bersorak ‘boo’ kepada keputusan tersebut. Malah, belum pun sempat Ana menyampaikan semula lagu kemenangannya di akhir acara, ramai juga yang sudah mengangkat kaki seolah-olah menunjukkan tanda protes dan tidak puas hati."

Oh Abg M.Nasir (ketua juri), mengapakah? Sebab Abg M.Nasir adalah penyanyi kesayangan, maka saya terima seadanya... ececeh... Mari kita fahami lirik lagu Ana Raffali yg dikatakan puitis itu. Tolong Ingatkan Aku, hasil nukilan Ana sendiri.

Jangan disusun kata-kata penamat, jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar, dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama. Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri. Biar lupa ditebus hari

*Chorus Tolong ingatkan aku, kisah kau tersedar, dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku, setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa, aku lupa

*Ulang Chorus


Puitis sangat la kan... Ayat orang tak puas hati. Jadi, layak tak?

Thursday, September 23, 2010

Fazli dihukum gantung - thumbs up!

"Padan Muka". Itulah ayat pertama yg keluar dari mulut kami setelah Si Fazli ni dijatuhi hukuman gantung. Bengangnya rasa bila baca artikel berita muka depan Harian Metro. Antara isi berita tersebut:

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. "Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim"

Marah - Seluruh rakyat Malaysia rasanya terasa amat marah dengan apa yg telah dilakukan oleh Fazli terhadap Syafiah yang ditumbuk, ditendang dan dipijak macam bola. Apalah kudrat budak besar tu nak melawan? Baru sebaya Adrianna 3 tahun+. Ada saksi di padang bola yg lihat dengan jelas yg Fazli dalam keadaan waras dan dengan sengaja mencederakan Syafiah. Sebagai manusia biasa, saya rasa itu tindakan yg melampau dan boleh menaikkan kemarahan awam. Membunuh hukumnya bunuh!

Sedih - Kalau betul sayang, takkanlah pukul budak tu sampai mati! Pukul untuk 'mengajar' tak sama dengan pukul sampai cedera. Sedihnya bila si ibu membela pembunuh anaknya sendiri. Hasil bedah siasat melaporkan, Syafiah selalu didera. Sebagai seorang ibu, kenapa dia benarkan perkara tu berlaku? Sedih. Keterlaluan tak bila saya katakan ibu Syafiah ni seorang yg tidak bertanggungjawab!

Kecewa - Kecewa ada jenis ibu sebegitu. Disaat mahkamah telah membuktikan teman lelakinya bersalah, dia masih mahu menegakkan benang yg basah. Masih berpendirian yg lelaki tu baik dan suci pada mata hatinya yg 'buta' tu.

Sekarang mungkin si ibu ni masih 'angkuh & tidak waras'. Agak2 bila dia dah tua esok, bila kederat pun dah takde, di saat2 kesunyian menjalar... akan timbul dan terdetikkah rasa menyesal di jiwanya atas kejadian ni? Wallahulam...

Tuesday, July 6, 2010

Kenalan, Kawan dan Teman

Apakah perbezaan antaran kenalan, kawan dan teman?

Kenalan tu pada fahaman saya ialah seseorang yg kita kenali pada waktu yg singkat. Mungkin masa kita duduk2 tunggu bas di bus stop dan secara tiba2 kita berbual dengan orang sebelah yg tak dikenali dan selepas itu kita bertukar2 no fon atau email sebagai tanda perkenalan... dan hubungan itu tidak aktif tapi jarang2 berhubung atau mungkin terhenti di situ sehingga ditakdirkan terrrjumpa lagi.

Kawan dan teman... ada beza sikit. Kawan; up sikit dari kenalan. Lebih mengenali antara satu sama lain tapi tak akrab, sekadar kawan biasa. Teman pula pada saya macam kawan baik, lebih rapat, lebih akrab, lebih selesa bercakap tentang hal2 peribadi dan suka sembang sama2.

Contoh kenalan saya macam pelanggan2 Asterisk Boutique. Kalau kawan pula, macam kawan2 sekelas masa belajar dulu, just classmate tapi tak rapat sangat atau officemate. Kalau teman pula, classmate yg lebih rapat dengan kita, kawan sebilik kat rumah sewa dan selalu makan sama kat tempat kerja.. dan kawan2 sekolah yg study sama2 dulu.

Depends jugak. Ada setengah orang, maybe dia lebih rapat even dgn cleaner kat office. Atau makcik jual nasi campur kat gerai depan office ke... Pergaulan masing2 kan. Ada juga yg kawan2 atau temannya level2 boss aje, org besar2 yg berpoket tebal, ada pangkat dan kedudukan, dan cantik2 (macam model tak jadi... hihi). Ada yg tak kisah tu semua, sesiapa saja ON, boleh jadi kawan.

Itulah macam2 ragam manusia. Ada yg kalau suka tu, fanatik sangat. Ada yg boleh rileks. Ada yg kalau tak suka tu, dia tunjuk habis. Ada yg kalau tak suka pun, dia boleh control utk tidak menunjukkan rasa tak selesanya dia. Tengok orang dan situasi. Kita pandang diri kita, sukakah orang pada kita? Layakkah kita untuk tidak menyukai orang lain?

Pucuk pangkalnya, mesti BERHATI-HATI memilih kenalan, kawan dan teman.

Thursday, May 27, 2010

Tropicana Medical Center (TMC) is bad!

Dah 2 kali Aleesya admitted. Kali pertama masa bulan October tahun lepas di Damansara Specialist under Datuk Dr.Azizi. Aleesya baru 7 bln. Sebab banyak kahak dan kahak tu dah memasuki paru2. Asyik2 kena nebulizer. Macam kes Adrianna dulu juga. Takut kena asma. Tapi Alhamdulillah dah baik. Skrg ni kalau anak2 selsema, saya cepat2 bawa pergi klinik dan check paru2 mereka. Kalau clear OK la. Cuma takut kahak masuk ke paru2, bahaya. Tak semua kanak2 macam tu cuma for those yg sensitive je macam anak2 saya. Jadi langkah pencegahan tu sangat penting. Anak2 saya juga pantang madu lebah... boleh trigger to asthma (Dr.Azizi's advice - based on his own experience).

Kali kedua di Pantai Bangsar. Sebab demam kena viral infection. Demamnya tinggi sangat dan berulang2. Masa tu Aleesya taknak makan langsung-langsung. Minum susu pun sikitttt sangat. Susut badan. Alkisah yg kedua ni banyak dugaan. Malam sebelum Aleesya admitted, kami pergi ke Klinik An-Nisa' dekat rumah, dan katanya demam Aleesya agak membimbangkan kerana hasil ujian darah, platletnya rendah dikhuatiri ada virus atau denggi. Jadi kami mintak Dr.Shikin refer to nearest hospital which is Tropicana Medical Center. Esoknya, kami pergi ke TMC dan berjumpa dgn seorg Paedatrician (lelaki), dan katanya Aleesya ni demam biasa, tiada apa yg perlu dibimbangkan. Based on ujian darah dari klinik An-Nisa', Dr.Cina ni ckp platlet dia normal. Sambil check, sambil sibuk buat belon macam clown. Katanya lagi, Aleesya perlu diberi ubat antiviral for H1N1 ie. Tamilflu. Pelik juga coz Aleesya just demam panas tapi langsung tak batuk atau selsema. Semasa di kaunter farmasi, pharmacist tu tanya either doctor has done any blood test prior to proceed with Tamilflu... kami cakap "No".

Malam tu kat rumah, suhu badan Aleesya 39'C. Bagi ubat demam pun tak turun. Aleesya sangat2 pasif, hanya baring terlentang. Ada la sekali dua mengiring. Duduk pun tidak, apatah lagi nak senyum. Lemah gemalai. Muntah. Macam terenjat sikit. Kami decided nak bawa dia ke hospital semula tapi kali ni nak bawa ke Damansara Specialist. Masa tu pukul 3 pagi. Kami pergi ke Klinik Izham near Palm Spring Kota Damansara minta referral letter. Doktor di klinik tu pelik macammana Aleesya boleh diberi makan Tamilflu without any blood test or further checkup for H1N1. Nasib baikla dia baru makan sekali, pastu muntah. Selepas tu, kami ke Damansara Specialist.

Sampai di ER, kami berjumpa dgn seorang doktor India, katanya "Her condition very bad, she looks pale & weak, definitely have to admit but unfortunately our bed is full". Again, this doctor juga terkejut dia diberi Tamilflu. Menurut doktor ni, ramai org dah complaint pasal TMC. Dia cakap "I've heard lots of complaint from patients about TMC, I don't know why. They have big ward, new hospital... She needs to admit, maybe u can arrange to get other doctor at TMC since it's nearer to your house". Muka saya dan suami dah masam mencuka dah. "Oklah, don't go there if u are not happy". Katanya lagi "The nearest here is Kelana Jaya Med Ctr. Pantai Bangsar also good". So sepantas kilat kami ke Pantai Bangsar.

Sampai di Pantai Bangsar. Doktor2 kat situ pun terkejut dgn rawatan yg diterima oleh Aleesya di TMC. Aleesya admitted 4 days under Dr. Foo Wen Ling. Alhamdulillah selepas itu seleranya kembali untuk menembamkan diri.

Ada banyak pengalaman tak berapa cun kat Tropicana Medical Ctr. Pengalaman pertama, saya sakit kepala dan menjalani MRI scan. Alhamdulillah tada apa2. Lepas tu jumpa pakar urat saraf. Dia cakap saya migraine. Kena rehat cukup, diet betul, exercise dan... kena stop breastfeeding kat Aleesya. What?

Katanya lagi, baby saya dah cukup besar (masa tu Aleesya 10 bulan). 6 bulan pertama pun dah cukup bagi antibodi kat baby melalui susu ibu. "I know Malays encourage breastfeeding for 2 years but that is too much, the first 6 months is sufficient. So, I suggest u go home and discuss with your husband either you want to stop breastfeed your baby or not, then u may proceed with the medicine (for migraine)". Hmm... dia pandai2 assume yang saya ni stress sebab breastfeed anak.... Wth!

Second case, masa suami saya accident motor, actually hampir jatuh motor dan tulang tangan kirinya 'lari' sikit. Twisted arm. Suami saya admitted sebelah petang, after lunch. Sampai pukul 11 malam, no nurse, no doctor, no medicine, tak nampak batang hidung pun... and guess what? Suami saya tahan sakit naturally je... huhu... Sampai dah tak tahan, finally call nurse mintak apa2 ubat yg boleh kurangkan kesakitan. Ish!

Then, the third one, Aleesya's case tu la.

What can we say about Tropicana Medical Center? We definitely wont' go there anymore!!! 3 times are more than enough.

Thursday, April 15, 2010

Nyarisss...

Pagi tadi, masa on the way ke ofis, nyarisss... Saya di traffic light bawah flyover di Penchala Link before tunnel, heading to TTDI. Masa tu saya di depan sekali sebelah kiri. Sebelah kanan ada sebuah Atos. Apabila lampu hijau, saya dan Atos mulalah speed. Tiba2 Atos brake mengejut, saya pun pelikla dan tiba2 ternampak sebuah 'lembaga besar' (4-wheel drive... pajero kot, tak perasan laju sgt + terkejut). Saya pun cepat2 brake mengejut dan lembaga tu terus meluncur laju depan saya. Syukurlah kereta belakang masih slow. Saya tengok uncle apek dalam Atos tu angkat2 tangan macam Karam Singh Walia + mulut potpet potpet, tentu sedang marah teramat. Kalau saya tak sempat brake, mesti lembaga tu menuju tepat ke arah saya, dari sisi pintu kanan.

Fuhh... nyaris! Semuanya berlaku dgn teramat pantas. Saya tak marah, cuma terkejut tapi bengang juga. Syukur Alhamdulillah nothing happen.

Lately sejak tangan kiri suami saya twisted masa minor accident last month, saya drive ke office. Kalau tak kami rempit je. Tunggu tangannya betul2 sembuh baru boleh bawa beban tambahan di belakang *(^_^)*

Ketika memandu, saya cukup bengang jika:
1) Saya di lane kanan, kereta depan saya sangat slow
2) Kereta yang slow itu adalah sebuah kereta mewah yg ternyata takde masalah kalau nak speed laju2
3) Ada kereta yg kononnya macam cepat2 nak masuk di depan saya dari simpang tapi lepas tu macam kura2
3) Kereta yg nak masuk depan saya, menyucuk2 tapi taknak bagi signal. Memang saya takkan bagi chance!
4) Kereta dari kiri/kanan saya bagi signal tapi terus menghimpit dan masuk. Yg kita ni kena sudden brake. Bagus bagi signal tu, tapi tengok la dulu clear ke tidak, ni main serbu je!
5) Kereta depan saya tiba2 berhenti, turunkan orang... paling teruk dia berhenti menyembang, dan paling hampeh dia terus parking!
6) Semasa mengejar traffic light hijau, tiba2 kereta di depan saya brake mungkin takut traffic light tu merah kot. Tapi dah hijau, jalanlah!
7) Jika di jalan yg sempit, ada kereta/motor/makhluk yg block di depan tapi boleh buat dono je. Saya bagi hon termerdu!
8) Semasa di tol lane SmartTag, kereta di depan saya takde kredit dan kena reverse.
9) Saya juga bengang kepada encik2 polis yg menjaga traffic light yg mengutamakan/ memberi lebih masa kepada jalan yg tak banyak kereta. Side yg banyak kereta la patut dilepaskan lebih lama supaya tak jem, tapi sebaliknya jadi bertambah jem pula.
10) Masa cari parking kat shopping complex, ada kereta macam nak keluar dari petak parking tapi tak keluar2 + buat dono je. Kalau taknak keluar lagi, at least waive hand 'cakap' tak keluar, jadi tak perlulah kita menunggu lama kan.

Monday, March 1, 2010

Sawan Tangis

Saya terbaca satu artikel di sini tentang 'Sawan Tangis' which I think is very useful.

Pada Jumaat lepas, kami pulang ke kampung suami utk meraikan majlis (28/02) untuk menyambut orang baru yg bernama Firzanah Syakira yg baru berusia 44 hari. Ada masalah yg berlaku pada Firzanah which is sampai mama, papa, opah... dan seluruh ahli keluarga dah tak tau dah nak buat macammana. Dia kerap menangis dan menangis terutama pada jam selepas 12mlm. Hari Jumaat mlm Sabtu tu, Firzanah menangis dari pukul 2am lebih sampai pukul 5am sampai dah mengeras2 badan, selak... non stop tau!

Hari Sabtu malam Ahad tu pun sama. Menangis tanpa henti dari pukul 1.00am sampai pukul 5am. Selepas itu, mama dan papanya terus bawa baby ke Wad Kecemasan Hosp. Seri Manjung utk rawatan in case baby ni ada masalah kesihatan. Setelah di jalankan quite thorough checking ke atas heart, lung dan keseluruhan bdn, ternyata baby ni sihat. Hmm... yg 'kelakarnya', baby ni senyap dan tidur masa dalam kereta on the way ke hospital.

Buntu dgn apa yg terjadi... InsyaAllah nak perdengarkan CD yg ada surah2 yg boleh menghalau seisi rumah dari gangguan jin dan syaitan... Tgh cari lagi CD tu.

Sedikit petikan dari artikel yg saya baca tu:

"PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam... "

"... Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis... "

"... Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi..."

"... Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak..."

"... Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis..."

"... Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan ... kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah..."

"...Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya..."

Monday, February 8, 2010

Enfa for Adrianna dan Aleesya

Inilah surat saya yg dipublished di dalam EnfaMama Club newsletter bln lepas. Ini pengalaman kami sendiri. Boleh dikatakan kami ni pengguna setia Enfa sejak saya mengandungkan Adrianna sampai sekarang. So far, memang puas hati dengan Enfa. Adrianna minum Enfalac A+ sejak lahir sampai setahun. Lepas tu tukar kepada Enfagrow A+ sehingga sekarang. Aleesya pun minum susu Enfalac A+ selain susu ibu. Alhamdulillah perkembangan minda & fizikal mereka cerdas & cergas. Beria2 pula mempromote Enfa. Bukannya ada royalti pun!

Saya pernah cuba nak tukar susu, tapi selera anak2 drop selepas tu. Kurang minum susu. Saya pernah belikan susu Annum Essential utk Adrianna memandangkan harga susu Enfa ni makin menjadi2... tapi bila bagi kat dia, dia taknak minum. Bila ditanya kenapa... katanya "Susu ni tak sedap". Amboiii... Aleesya pun sama, cuma tak pandai cakap je lagi. Tapi Aleesya ni memang susah sikit. Dia nak susu ibu aje. Susu badan pun dah tak berapa byk sekarang. Khasiat susu Enfa ni hampir menyerupai susu ibu, sebab tu kami beli.

Asalnya saya cuma hantar tin foil sebab nak collect points. Saya sertakan sekali surat ni sebagai notification, saja2 nak cerita pengalaman. Tup2 diaorg published. Memang tak expect langsung. Ok la tu *(^_^)* Dapat hadiah t'shirt untuk Adrianna dan Aleesya, tissue box housing yg comel dan learning book untuk Adrianna. Setiap ibubapa inginkan yg terbaik untuk anak2. We are trying to give the best for them.

Thursday, November 19, 2009

Asterisk Boutique

Saya ada satu kegilaan baru sekarang. Satu fenomena baru yg saya patut rasakan dari dulu, tapi hanya baru sekarang ia betul2 datang. Niat dah lama pendam, cuba implementation tu yg berat sikit. Tapi saya sudah pun mulakannya. Ya, saya baru bermula. Kawan2, silalah berikan sokongan. Saya sangat menghargainya. Jika ada kelapangan, jemputlah bertandang ke butik online saya di Asterisk Boutique.

Kepada kawan2 yg dikasihi, utk anda tentulah harga diskaun akan diberikan. Saya perlu lakukan sesuatu kerana ahli keluarga pun dah bertambah. Anak2 saya adalah permata hati saya. Saya akan sentiasa cuba untuk memberikan yg terbaik baik dari segi pemakanan, tempat tinggal, pakaian, dan macam2 lagi (tak lupa; mainan!). Saya dan suami sedang berusaha.

Diharap segala apa yg kami mulakan akan sentiasa berpanjangan, memberikan kepuasan, imbuhan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga rezeki ini mendapat keberkatan dariNya. Kita perlu lebih dan lebih lagi berdoa... "Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, anak2 kami, ibu bapa kami, adik-beradik kami, keluarga kami, rakan2 kami..." Aaaminnn...

Kami baru sahaja update tudung baru, ala-ariani yang ber-awning thai silk. Dan tudung butang belakang bersaiz L, labuh sampai ke perut. Tak percaya? Tengoklah di butik saya. Saya jadi modelnya... Anda tau saiz saya kan. Adrianna pun turut 'dipaksa'. Anak gadis saya ni memang camera-shy. Jgn tak tau, saiz muka dia dah nak sama besar dgn saiz muka saya. Tudung kanak2 memang dah tak relevan lagi utk Adrianna, ketat! Aritu saya belikan tudung org dewasa utknya, baru OK. Dia pakai utk pergi mengaji je *(^_^)*