My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Asterisk Boutique. Show all posts
Showing posts with label My Asterisk Boutique. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Asterisk Boutique is the Online Shop of The Year 2012 in Malaysia ?

Semalam, saya terima 1 email. Saya ni kalau bukak je email, mata saya terus cari kod je. Tapi semalam email ni lain sikit. Mata melilau tak tentu pasal (secara random) tapi tak jumpa pulak kod... hehe... Maklumlah, rasanya semua peniaga online ni 'gila kod' kot... haha... Sebab selalunya kalau masuk je email, maknanya order. Masuk je email, mesti order atau pun enquiry. Email yg 1 ni lain sikit, intro nya macam ni:


Pastu, saya tenyeh-tenyeh jap mata. Sebab pagi tu baru tangkap gambar tudung baru. Jadi, silau flash tak habis2 lagi. Tajuk email tu:" DiGi WWWOW Awards 2012 - Top 10 (Online Shop) "

Biar betul? Saya macam tak percaya je. Saya pergi balik kat inbox, check sender email address... macam betul.

Minggu lepas saya nak cuba undi tapi tak boleh. Rupa2nya kakak saya cakap, undian dah ditutup. Lorrr... saya ni agak sibuk, so actually hanya beberapa kali je saya undi. Walaupun saya mintak tolong pada adik-beradik, kawan2 dan customer mengundi saya, tapi sebenarnya saya sendiri pun tak sempat nak mengundi. Mr.Husband pun sama. So, lepas kakak cakap dah tutup, "takpelah..."

Kemudian, saya saja-saja je masuk ke website DiGi WWWOW Award, ada senarai Top 50. Rasanya hari tu ada dekat 200 penyertaan untuk kategori "Online Shop of The Year". Saya click di button 'View Top 50', dan saya tengok asteriskboutique.com ada di screencapture yg ke-16. Di situ ada tertulis:
"Hey peeps, WWWOW judging is in session. Till 31 May 2012. There's no rest, till we get the best!"

Ooo maknanya dah tak boleh vote sebab juri professional pulak nak buat penilaian. Pada saya, dah masuk Top 50 tu pun saya dah happy sangat. Tak menaruh harapan pun. So, saya ingatkan berakhir di situ je la. Sehinggalah tengahari semalam, iaitu bila saya terima email di atas tu *(^_^)* Hatiku berbunga riang... ecehhh...

Syukur Alhamdulillah. Saya tak pernah mimpi pun boleh terpilih sampai ke Top 10. Secara jujur, memang saya mengharapkan yg asteriskboutique.com akan jadi terkenal, jadi butik online pilihan dan dekat dengan hati pelanggan. Cuma, untuk award ni, saya sekadar suka-suka je. Terpilih dalam Top 10 dah cukup menggembirakan hati saya.

Harapan saya cuma, semoga perniagaan saya diberkati oleh Allah swt, dimurahkan rezeki dan Allah kuatkan hati dan fizikal saya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dari suami (maksud saya cabaran menguruskan rumahtangga), pelanggan, tailors, suppliers dan sesiapa sahaja. Semuanya demi anak-anak saya dan Mr.Husband; Adrianna dan Aleesya.

Monday, May 30, 2011

Things that I want to do most

Apakah perkara yang saya nak... nakkk sangat lakukan?

Saya terlalu mengantuk. Saya nak tidur sangat-sangat. Get enough sleep. A very-very-very sound one.

Lepas dah bangun tidur, saya nak pergi mengurut. Sakit-sakitlah badan saya ni.

Lepas tu bila dah rasa segar, barulah rasa nak pergi vacation ke, jalan-jalan ke. Best best!!! Bestnya tengok kawanku Siti Hajar tour kat obersea nun...

Antara perkara lain yang saya nak lakukan... saya nak resign. Saya dah tak larat nak pikir pasal coding. Saya sangat rimas dikejar tight dateline. Saya dah malas nak pikir masalah memori tak cukup, sistem down, new services, monthly report, server migration...

Macam malam tadi, Mentor akhir... saya menggelupur kat rumah sebab ada lebih satu juta SMS masuk dan sistem sangat lembab! Orang TV3 dah bising dah. Dan mungkin telco pun agak lambat sebab traffic SMS tinggi sangat.. so orang yang vote lambat dapat reply.

Tapi Salma memang dasyat la. Orang vote dia 74%. Jauh dia tinggalkan Shiha (16%) dan Iqa( (10%). Jumlah vote untuk Salma saja 700 ribu lebih. Saya walaupun suka, sekadar tengok je la, idokla  teman nak membazir sen mengundi untuk diorang.

Sekarang ni tengah struggle untuk projek TV3 27th Anniversary. Start 3/6 ni TV3 nak buat SMS Contest, tapi kena tonton la rancangan-rancangan dia macam Panggung Sabtu, Pearl Screen, Mega Movie.. etc.. Ok, enough free promotion!

Next week, kena siapkan voting system untuk Anugerah Planet Muzik pulak. Kiraan voting datang dari 3 buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sape artis yang bertanding yang kaya raya tu, bolehla vote untuk diri sendiri kalau nak menang kan... hehe...

Saya suka kepada kerjaya saya, tapi saya penat. Gaji pun biasa-biasa je.

Saya nak focus kepada butik maya kami.

Sesuatu yang lebih bebas dan... lebih masyuk... hehe... Aaminn... mudah-mudahan...

Teringat masa darjah 6 dulu, masuk bahas dalam kelas pasal tajuk "Bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji"... Memori betul! Masa tu saya pembangkang... sokong makan gaji... hihi...

Anak-anak pun dah terikut ibu dan ayahnya tidur lambat. Kesian Adrianna susah nak bangun pagi pergi sekolah sebab tidur lambat. Walaupun dah suruh dia tidur awal tapi dia memang tak boleh nak lena.

Sebenarnya kalau semua kerja go smoothly, memang kita takkan rasa sebarang tekanan. Tapi lately saya amat merasakannya. Terlalu busy. Balik rumah, sibuk dengan asteriskboutique pula. Tidur lambat. Selalunya pukul 2 pagi. Esok dekat office, nak kena kerja lagi. Penat, tak cukup rehat.

One thing for sure... I need a bed rest *(#_#)*

Wednesday, May 18, 2011

Online Shop of The Year

Malam tadi baru saya realised... kenapa tak register untuk Online Shop of The Year Contest anjuran DiGi... Mr.Husband yang suarakan. Actually dari minggu2 lepas lagi kakakku Liza A.B telah memberi cadangan yang sama, tapi saya rasa macam tak confident. Alaa.. sape la yang nak vote kan... tapi tetiba malam tadi rasa macam saje2 je la give a try... Sangat last minute sebenarnya tapi takpelah... Harap2 ada yang sudi vote kami untuk DiGi WWWOW Award ni *(^_^)*

Dear kawan-kawan,
Saya dengan rendah diri amat mengharapkan undian dari anda ye..

Login melalui Facebook dan click link ni ye:

Scroll bawah sikit, lepas tu, type 'keyword' yang dipaparkan (huruf2 blur).. kemudian click 'Vote'.

Setiap pengundi boleh mengundi tiap-tiap hari tapi sekali je sehari *(^_^)*
Kalau boleh, undilah tiap-tiap hari ye. Sehingga 20th June ni.

Terima kasih di atas sokongan ikhlas dari kawan-kawan. Saya sangat-sangat-sangat menghargainya.

Friday, April 29, 2011

Catatan Rasa Asterisk Boutique

Saya akui, orang lebih tertarik dengan butik yg menggunakan orang sebagai model. Orang yang cantik, menawan, menarik dan tak berkedip mata memandang. Sampai dipanggil masuk majalah.

Saya akui saya tak ada semua tu. Saya kurang cantik. Cantiklah jugak sikit kot.. hehe... (perasan kejap). Saya takde aura, saya tak photogenic apatah lagi photogediks... Kami mengharapkan sinar aura sebuah mannequin semata-mata.

Berkembangnya kami kerana kualiti material yang kami gunakan, layanan pelanggan dan kualiti jahitan. Promosi pula dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan... sampai saya pun tak kenal.

Kami bersyukur. Walau dengan kekangan masa yang hebat kerana kami ada kerja tetap, Allah swt tetap murahkan rezeki kami, dan semoga ianya akan berterusan demi anak-anak.

Pernah jugak saya cadangkan pada Mr.Husband, saya nak try menjadi model untuk butik sendiri. Saja mencuba. Tapi dia membantah.. hehe...

Elok juga, saya pun tak fully hearted pun nak posing depan camera, saje-saje je bagi idea tu. Saya segan jugak sebenarnya. Pemalu (ececehhh..) Apapun sebenarnya rezeki tu datang dari Dia kan... bukannya sebab model issue tu.

Redha je la, walaubagaimanapun dengan izinNya, bisnes tetap masuk setiap hari.

Terfikir juga, kalau order masuk terlampau banyak sangat nanti, tentu tak cukup tangan pulak sebab kami buat ni pun part time aje. Mungkin saya nak kena resign la pulak dan buat butik ni fulltime. Even sekarang pun dah tak cukup masa dan selalu mengeluh tak cukup rehat, tak cukup tidur, penat, rumah tak berkemas etc... tapi seronok sebab nampak hasilnya *(^_^)*

Allah turunkan rezeki itu setakat yg kami mampu handle je... Cantik dah perancanganNya. Cukuplah untuk anak2, kedua ibu bapa dan sekali-sekala untuk anak-anak sedare... Ada rezeki lebih, buat majlis dan jemput jiran-jiran untuk makan-makan. Alhamdulillah.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin meng-express-kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong asteriskboutique.com selama ni. Tanpa anda siapalah kami. Kami gembira kerana asteriskboutique telah berkembang dari Malaysia sehingga ke Brunei, Singapura, Australia, United Kingdom, Saudi Arabia, Amerika, India, Jerman, Jepun, dan Indonesia. Terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia walau di mana anda berada. Thanks for being with us.

Monday, November 8, 2010

Jasad dan Minda Bertaburan

Mengapa jasad dan minda bertaburan? Aihh... Jasad saya berada di office. Boss bayar gaji bulan2. Kena buat sistem. Sistem otak perisian komputer. Cakap bahasa Jawa (Java la). Walaupun saya berbangsa Jawa sebelah mak, tapi tau satu word je; mangan (OK OK... sebab 'I love to eat'). Jawa dan Java saya hancus. Okla... Java OK sikit kot. Kalau tak, tak dapat la keje ni kan. Hmmm... tapi minda saya bukan di sini.

Saya nak balik rumah. Home sweet home.

Eh? Kenapa? Ainul tak balik-balik rumah ke? Eh.. tak! Hari-hari saya balik, cuma bila balik, saya 'buka' butik sampai lewat malam, lepas tu tidur. Saya nak basuh kain tapi ada kerja-kerja renovation depan rumah. Jadi rumah sangat berhabuk dan kotor. Saya tak dapat sidai baju. Kenapa nak balik rumah? Sebab saya nak kemas rumah.

Semalam, mak, kak ija dan anak2 sedara datang. Wah.. meriah sungguh! Berkelah di celah2 himpunan tudung yang menggunung. Hahaha...

Saya mula merasakan betapa focus saya sudah berpecah belah, berbelah bahagi, tolak masuk gaung. Tahun depan Adrianna nak sekolah. Saya kena lebih giat mengatur rumahtangga sebab nanti kena siap-siapkan Adrianna nak pergi sekolah, kena masak breakfast, kena siapkan buku-buku dan baju dia, kena check kerja sekolah dia.

Arghh... tak dapat saya bayangkan betapa kalutnya saya.

Rasa macam nak berhenti kerja.

Tapi sayang la. Bukan sayang dengan kerja, tapi sayang dengan gaji. Ececeh... pastu rasa macam nak tambah ahli keluarga. Macam dah bersedia nak ada baby baru lagi. Haha... Aleesya pun dah 1 tahun 7 bulan. Dulu, masa Adrianna 1 tahun 8 bulan, saya mula pregnantkan Aleesya. So maknanya bulan depan kena pregnant la ni ye??? Err... boleh ke macam tu?

Saya nak dapur berasap dengan skala berfrekuensi tinggi. Nak buat cookies kegemaran. Anak-anak sedara cakap makCu buat cookies sedap *(^_^)* Kakak-kakak saya pulak cakap, Ainul buat kek sedap. Saya selalu ambil tender buat kek tiap kali hari raya.

Minda saya di rumah... sedang basuh baju, lipat baju, iron baju, mop lantai, lap tingkap, check order, check order, check order, OK dah! Alhamdulillah rezeki dariNya Asterisk Boutique dah nak masuk setahun di alam maya. Satu tahun yang menggembirakan. Walau jasad dan minda bertaburan, hati kami berbunga riang, seriang bunga-bunga di logo Asterisk Boutique.

Wednesday, April 14, 2010

Busy Bees

As busy as a bee. Lately kami agak busy sedikit dengan Asterisk Boutique. Syukur Alhamdulillah sambutan terhadap Asterisk Boutique semakin baik dari hari ke hari. Rezeki dariNya untuk mereka yg berusaha. Kami gembira kerana tidak lagi membuang masa seperti selalu, bahkan merasakan betapa masa itu sangat berharga dan perlu diisi dengan sebaiknya. Kalau dulu, after work - balik rumah - makan - tengok tv - tidur. Rutin sekarang balik rumah - makan (mesti) - Asterisk Boutique - tidur. Tapi tu la, berkejar2 pula masa nak mengemas dan menguruskan rumah. Melihatkan peningkatan dan feedback yg positif dari customers, kami pun senang hati. Ke-busy-an ini berbaloi-baloi. InsyaAllah. Saya rindukan kerajinan mengupdate blog ini, membaca entry kawan2 + mengomen cerita2 mereka tetapi... masa... hukhuk... betapa kini saya merasakan MASA ITU EMAS.

Thursday, January 14, 2010

Model baru Asterisk Boutique

Syukur Alhamdulillah kini Asterisk Boutique mempunyai model baru. Ini memudahkan kami untuk menggayakan kain chiffon, jacquard dan cotton untuk tatapan customer. Dan lebih mudah menangkap gambar tudung2 baru sebab boleh terus lepas di dada dan nampak kelabuhan sebenar tudung. Kalau pakai head mannequin, nak kena adjust bahagian bawah supaya nampak kemas sebelum tangkap gambar. Tapi kalau pakai full body mannequin ni, senang je, sarung dan terus tangkap gambar. Cepat siap, jimat masa. Yang penting baru nampak bagaimana rupa sebenar jika kain tu dibuat baju kurung/kebaya memandangkan chiffon ni, bahagian baju dan kainnya lain2 corak. Harap dandanan saya tu berjaya menampakkan seolah2 patung tu memakai baju kurung... Jenuh jugak nak kena lilit2 patung tu. Dari depan nampak kemas, bahagian belakang penuh dengan penyepit sebenarnya *(^_^)*

Monday, December 21, 2009

Awek baru

Alhamdulillah, sekarang Asterisk Boutique dah ada model. So tak payah la saya jadi model yg kelakar lagi. Kami 'terpaksa' beli head mannequin ni sebab nak bagi nampak cantik. Dan 'terpaksa' juga beli camera baru sebab nak bagi nampak LEBIH cantik. Dan inilah hasilnya. Di harap customer di Asterisk Boutique dapat menatap gambar tudung2 yg kami jual dengan lebih jelas, terang dan nyata. Kelihatan menarik dan pasti akan membuatkan anda tertarik. ecececehhh *(^_^)*

Tuesday, December 8, 2009

Asterisk 1st Booth

Tak pernah bermimpi, tak pernah terfikir, dan tak pernah terlintas di fikiran. Tersengih2 saya kalau difikirkan balik. Dulu2 pernah juga la berangan nak buka butik, sebuah premis, kedai (Hmm... InsyaAllah) tapi rasanya semua orang pun berangan. Tak sangka kami managed to buka satu booth akhirnya atas nama Asterisk Boutique di Akademi Maybank pada 05hb Dis - 06hb Dis 09. Kebetulan, ada Sukan Maybank, athletes Maybank dari seluruh Malaysia berkumpul. Peluang di depan mata, tak salah mencuba. Ini sebagai satu training. Kami tak prepare apa2. Betul2 pakai apa yg ada je. Hanger tu.. stand tu pun memang dah ada kat rumah tempat kami hang baju lepas iron. Sesuai pulak jadi tempat hang tudung. Hanger tudung tu kami pakai hanger baju Adrianna & Aleesya. Pengalaman yg sangat2 baru buat kami. Hari ni, genaplah sebulan Asterisk Boutique di alam maya. Hmm... baru sebulan!!!
Adrianna dan Aleesya kami tinggalkan di rumah babysitter. Petang Sabtu tu, kami ambil mereka dan bawa ke Akademi Maybank. Inilah wajah2 boring menunggu ibu dan ayah mengemas. Yg kelakarnya, semua customer yg lalu mesti singgah sebab nak cubit2 pipi si Aleesya. Mana2 yg rasa tangan power tu, siap angkat2 dan dukung lagi. Saya letakkan dia di dalam stroller betul2 di depan booth. Adrianna berdiri di sebelah. Kami tak ada patung mannequin. So, ni la model kami *(^_^)*

Wednesday, November 25, 2009

Tudung ala-ariani

Tudung ni famous sekarang kan. Tengok org pakai nampak cantik, tapi bila sendiri pakai, nampak kelakar. Saya tak pernah memilikinya walau sehelai sehinggalah saya sendiri menceburkan diri dlm bidang bisnes tudung instant ni. Now adalah sehelai dua. Kalau kena dgn saiz yg betul, ok juga pemakaiannya. Saya pernah ke butik Ariani di Dataran Sunway Kota Damansara. Tapi harga dia mahal melantun. Sekarang ni, kalau lalu di tempat org ramai, mesti saya perati tudung dia, sama tak dengan tudung yg saya jual.. hahaha...

Thursday, November 19, 2009

Asterisk Boutique

Saya ada satu kegilaan baru sekarang. Satu fenomena baru yg saya patut rasakan dari dulu, tapi hanya baru sekarang ia betul2 datang. Niat dah lama pendam, cuba implementation tu yg berat sikit. Tapi saya sudah pun mulakannya. Ya, saya baru bermula. Kawan2, silalah berikan sokongan. Saya sangat menghargainya. Jika ada kelapangan, jemputlah bertandang ke butik online saya di Asterisk Boutique.

Kepada kawan2 yg dikasihi, utk anda tentulah harga diskaun akan diberikan. Saya perlu lakukan sesuatu kerana ahli keluarga pun dah bertambah. Anak2 saya adalah permata hati saya. Saya akan sentiasa cuba untuk memberikan yg terbaik baik dari segi pemakanan, tempat tinggal, pakaian, dan macam2 lagi (tak lupa; mainan!). Saya dan suami sedang berusaha.

Diharap segala apa yg kami mulakan akan sentiasa berpanjangan, memberikan kepuasan, imbuhan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga rezeki ini mendapat keberkatan dariNya. Kita perlu lebih dan lebih lagi berdoa... "Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, anak2 kami, ibu bapa kami, adik-beradik kami, keluarga kami, rakan2 kami..." Aaaminnn...

Kami baru sahaja update tudung baru, ala-ariani yang ber-awning thai silk. Dan tudung butang belakang bersaiz L, labuh sampai ke perut. Tak percaya? Tengoklah di butik saya. Saya jadi modelnya... Anda tau saiz saya kan. Adrianna pun turut 'dipaksa'. Anak gadis saya ni memang camera-shy. Jgn tak tau, saiz muka dia dah nak sama besar dgn saiz muka saya. Tudung kanak2 memang dah tak relevan lagi utk Adrianna, ketat! Aritu saya belikan tudung org dewasa utknya, baru OK. Dia pakai utk pergi mengaji je *(^_^)*