My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Memory. Show all posts
Showing posts with label My Memory. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Suka dalam duka di hari perkahwinan

Tujuh tahun lepas, 18 Feb 2006 tarikh majlis resepsi perkahwinan saya. Majlis resepsi tentulah hari bahagia bagi pasangan raja sehari. Kami pun happy jugak, cuma... deep inside my heart... susah nak cakap...

Sehari sebelum majlis tu (17 Feb), saya ke Temerloh cari bunga telur, last minute punya preparation, ditemani Zati, anak sedara. Balik je ke rumah, kakak saya cakap "Ayah masuk hospital... tadi ayah sesak nafas sampai biru-biru muka..."

Terkejut sangat.

Kenduri kawin saya ni dibuat secara gotong-royong. Biasalah kampung, dah jadi satu adat kalau kawin mesti masak ramai-ramai. Dengan rumah yg penuh dengan jiran dan sanak saudaranya... Nak tinggalkan rumah (nak ke Hospital Jengka) pun kena ikut giliran adik-beradik sebab nak make sure ada tuan rumah yg stay.

Midnight, saya dan keluarga masuk tidur. Baru je nak lena, tiba-tiba hospital call... keadaan ayah agak tenat. TENAT. Semua bergegas ke hospital.

Di hospital, keadaan sangat-sangat-sangat pilu. Kalau tengok ayah masa tu, nak tarik nafas pun susahhhh sangat. Tak tau nak cakap masa tu. Esok majlis perkahwinan saya... Ingat lagi, mak saya nangis-nangis cakap kat ayah dan berdoa kepada Allah... "Ya Allah, janganla hari ni, esok Ainul nak kawin..."

Masa tu takyah cakapla betapa sebaknya saya... Saya dah pasrah je.

Kami baca yasin beramai-ramai di sisi ayah. Selepas beberapa jam, keadaan ayah stabil kembali. Alhamdulillah. Kami pun beransur pulang dalam pukul 3-4 pagi. Cuma abang je yg tinggal, jaga ayah. Fikiran saya berkecamuk yg teramat sangat.

Dugaan tu agak berat bagi kami sekeluarga. Kalau dah ditakdirkan hari perkahwinan jadi hari kematian, apakan daya saya... Tapi kami syukur sangat sebab ayah dah stabil.

Pagi... kenduri bermula. Selepas tiba pengantin lelaki, dan lepas dan selesai semuanya, dalam pukul 3pm camtu, saya dan suami ditemani oleh keluarga suami terus ke hospital, dengan memakai baju pengantin. Memang segan jugak sebenarnya, tapi sebab nak tunjuk kat ayah, kami buat selamba je :-)

Syukur Alhamdulillah, Allah swt dah aturkan semuanya. Saya dan suami dah nikah 2 bulan sebelumnya. Kalau saya baru nak nikah malam/pagi kenduri tu, tentu ayah tak dapat hadir.

Lepas habis je kenduri, petang tu saya dan suami singsing lengan baju... washing time. Semua jiran, sedara, kawan dah balik masa tu. Tinggal kami adik-beradik je. Tapi sebab risaukan ayah kat hospital, mak dan adik-beradik lain semua ke hospital nak uruskan pemindahan ayah ke PPUM dan temankan ayah.

Saya dan suami je yang bersihkan rumah. Atas, bawah, belakang, periuk belanga... Penat woo... Adik beradik tolong sikit-sikit je sebab ke hospital.

Selepas ayah dipindahkan ke PPUM, barulah tau yang sebenarnya ayah diserang sakit jantung dan perlukan pembedahan segera. Hospital Jengka takde kepakaran. Doktor kat situ just cakap ayah sakit asma je walhal sakit jantung...

Kalau tengok "Raikan Cinta", citer pasal orang kawin cantik-cantik, happy-happy tu, saya terdetik rasa sedih sebenarnya sebab teringat masa saya kawin dulu. Masa kenduri sebelah suami, mak ayah saya tak dapat datang sebab keadaan kesihatan ayah yang teruk. Cuma wakilkan pada adik-beradik dan mak pak sedara je.

Takpelah... bagi saya restu mak dan ayah tu yang penting. Doa dari mereka semoga saya dan suami bahagia selalu... Itu sudah lebih dari cukup.

Ayah pun dah takde.... Al-Fatihah untuk arwah ayah. Rindu.

Sekadar untuk berkongsi rasa. Suka dalam duka. Itulah perasaannya...

Thursday, August 11, 2011

Setahun Berlalu

Sembilan Ramadhan tahun ni, genaplah setahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya masih terbayang suasana di wad tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Malaya...

Pukul 4.30 petang 8 Ramadhan, saya mintak kebenaran kat boss nak balik awal sebab ayah tengah nazak... Sampai je situ, ayah dah separa sedar. Dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Cuma berbaring... dadanya berombak, tidak seperti hari sebelumnya, ayah masih mampu berbual pendek.

Mak cakap sejak semalam lagi ayah tak habis-habis mintak semua anak-anaknya berkumpul. Kami kerap melawat, cuma tidaklah datang sekali 5 beradik. Ikut kelapangan masing-masing. Kemuncaknya petang rabu tu la mak suruh kami segera turun. Actually hari sebelumnya (Selasa) saya dah ambil EL, tapi menengokkan condition ayah ok petang tu, so esoknya saya ke ofis seperti biasa.

Masih terbayang-bayang saat azan Maghrib berkumandang... kami semua berbuka dengan air masak je. Satu botol air mineral tu di pass-pass... Sebab semuanya tengah mengadap ayah, kami 5 beradik dan menantu2 mengelilingi katil, sibuk baca yasin untuk ayah. Keadaan masa tu tegang... tense sangat. Dah lepas Isyak barulah kami turun kejap ke kafe cari makan. Lepas tu naik semula, dan sambung bacaan yasin. Mak langsung taknak makan. Minum air sikit je. Mak cakap "dah kenyang".

Secara jujur, saya tak sanggup tengok ayah tercungap-cungap. Doktor cakap kanser dia dah merebak ke semua bahagian... termasuk otak. Ada satu tiub dimasukkan ke dalam tekak dan terus ke perut... untuk mencuci perut ayah. Yang keluar hanyalah air hitam. Ayah skinny sangat. Dah tak mampu makan. Cuma minum susu khas melalui tiub. Pada saya, kanser memang jahat!

Ramai jugak sedara-mara yang datang melawat malam tu setelah dikhabarkan condition ayah yang semakin tak menentu. Saya dan adik-beradik lain tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa semoga Allah kurangkan kesakitannya. Yasin memang tak putus-putus.

Sampai la dalam pukul 3 pagi... saya terlalu mengantuk dan terlena di sofa depan. Tiba-tiba dikejutkan oleh adik-beradik lain. Waktu sahur 9 Ramadhan. Masa tu, abang saya baru nak turun beli makanan untuk sahur.

Ketika umat Islam di Malaysia sedang bersahur... ketika itulah Allah menjemputnya. Tenang. Senyum je.

Mak cakap, selama bertahun-tahun tiap kali ayah sakit teruk, dia tak pernah suruh kami 5 beradik datang sekaligus. Tapi permintaan 2 hari sebelum dia pergi... betul-betul permintaan yang terakhir sebab sehari sebelum tu, dia dah tak mampu berkata-kata lagi.

Pagi semalam, mak call saya, menangis-nangis... suruh ke kubur baca Yasin untuk ayah. Mak kat Jengka sekarang, sebab tu tak dapat pergi kubur di Kota Damansara. Setahun tu kejappp sangat rasanya. Malam sebelumnya saya tak boleh tidur. Anak dia yang paling degil dan 'nakal' ni teringatkan arwah ayah.

Syawal tahun ni mak tentu sepi sekali lagi tanpa ayah. Mak cakap nak raya kat Subang je sebab kubur ayah kat sini. Kena pulak giliran kami beraya di rumah mertua tahun ni. Lagi sepilah dia. Tahun lepas memang giliran kami semua berkumpul, cukup 5 beradik, cuma ayah je yang dah takde...

Semoga arwah ayah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Masih jelas terbayang mimpi saya bertemu ayah beberapa bulan yang lalu... Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus...

Friday, March 4, 2011

Mimpi bertemu arwah...

Dua bulan lepas saya bermimpi... mimpi yang sangat-sangat-sangat mengejutkan!

Saya dan Mr.Husband sampai di satu tempat, macam tempat orang kahwin... macam tengah tunggu kehadiran orang penting. Mungkin pengantin, mungkin YB, tak pasti. Mr.Husband menunggu di luar di tepi jalan dengan orang ramai, jauh sikit dari saya. Saya masih di dalam kereta, duduk di bahagian sebelah pemandu. Ngah (kakak saya) pulak kat luar, tepi kereta sebelah kiri, dekat pintu belakang.

Dalam kereta hanya ada saya.

Tiba2 saya rasakan kehadiran seseorang dalam kereta, jadi saya menoleh ke belakang.

Arwah ayah tersenyum.

Saya sempat meneliti pakaian arwah ayah. Sama macam dressingnya yg biasa. T-Shirt dan seluar slack hitamnya kegemarannya. Very common...

Dalam hati saya terdetik.. "Eh! Ayah kan dah meninggal. Mungkin ayah 'kembali' nak jumpa kami.."

Saya sangat terkejut, saya tanya ayah, "Eh! ayahhh... ayah apa khabar?"

Ayah menjawab "Alhamdulillah sihat".

Pastu saya cakap "Lama tak jumpa ayah".

Ayah cuma tersenyum.

Tiba2 Mr.Husband yg berdiri di tepi jalan tu dah ada di sebelah kereta. Ngah dan Mr.Husband sama2 menjenguk ke dalam kereta melihat ayah tapi diorang senyap je.

Masa tu la saya cakap kat ayah "Mak rinduuu sangat kat ayah".

Ayah cuma tersenyum. Cerianya wajah ayah. Tenang sangat. Terbayang2 senyuman manisnya tu.. semanis senyuman jenazah ayah sangat dia pergi, saat dia dikapankan.

Entah kenapa saya sangkakan ayah tak dengar apa yg saya cakapkan tadi, jadi saya ulang lagi sekali "Mak rindu sangat kat ayah".

Lantas ayah menjawab dgn tutur yg lembut "Ye lah, nanti ayah balik jumpa mak..."

Lepas tu ayah terus keluar dari kereta menuju je jalan besar. Saya, Mr.Husband dan Ngah hanya terdiam memandang ayah berlalu pergi meninggalkan kami.

Kami tetap tak berganjak dari kereta tu, masih memerhatikan ayah. Kaget di situ!

Ayah terus menyeberangi jalan besar dan naik ke atas bukit. Rupa2nya di atas bukit tu ada kawasan perkuburan. Maka, fahamlah kami yg ayah nak 'pulang'. Lepas tu ayah terus berlalu dan hilang dari pandangan.

Saya terus terjaga dari tidur. Terkejut! Astagfirullah... Ya Allah, saya bermimpi... Mimpi bertemu arwah ayah.

Bila diingatkan kembali, kubur ayah memang di atas bukit di Kota Damansara.

Saya pernah baca, kalau kita mimpi bertemu dengan orang yg sudah meninggal dunia, si arwah sepatutnya senyap je tanpa sebarang sessi dialog. Andai ada sebarang pertuturan dari si arwah, itu mungkin syaitan mainan tidur. Wallahualam.

Tapi saya terbayang2 senyumannya masa saya cakap yg "mak rindu kat ayah" tu. Manis.. Walaupun semasa hayat ayah sebenarnya seorang yang susah sangat nak senyum.

Saya rindukan ayah... Indeed. Cuma saya diamkan je, tak pernah cerita dengan sesiapa.

Entah kenapa, saya sering terbayang yang arwah ayah berdiri di depan gate rumah saya. Khayalan tu selalu datang.

Semasa ayah meninggal, saya langsung tak menangis. Entah kenapa! Dalam hati, sedihnya tak terkata, hanya Dia yg Maha Mengetahui. Mimpi ni adalah yg pertama kali diceritakan selepas hampir 2 bulan 'disimpan'. Even Mr.Husband dan mak pun tak tahu menahu.

Al-Fatihah untuk arwah ayah, Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus. Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ayah tenang di sana.

Belangsungkawa arwah ayah di sini dan sini.

Friday, February 11, 2011

Curiosity is dangerous

Teringat satu kisah... Pada suatu hari, ketika di rumah kak ina (babysitter Adrianna dan Aleesya), Adrianna masuk ke bilik anak lelaki kak ina (Along). Dia duduk senyappp je dalam tu. Tetiba bila kak ina cari "Manaaalah Adrianna ni?"

Last2 jumpa kat bilik Along tengah buat operasi. Adrianna sedang bermain dengan pisau cukur. Dia cukur bulu kening belah kanan. Operasi terhenti apabila Adrianna terkezut kerana disergah oleh kak ina. Jadilah macam ni rupanya. Nasib baiklah kak ina sedar, kalau tak, mau seluruh kening dicarasnya. Oh tidakkk...

Agaknya dia sangat curious nak tahu bagaimanalah rasanya menggunakan pisau cukur tu. Tak pasal2 bulu kening 'botak' sebelah. Adoyaii... Sekarang dah tumbuh balik semuanya, dah nampak elok balik dah.

Curiosity is dangerous.

Curiosity itu penting tapi bila tiba bab2 yg negatif, ia jadi merbahaya. Curiosity jugak boleh menyebabkan orang jadi penyibuk, suka jaga tepi kain orang, suka bergosip dan macam2 lagi lah.

Masa saya kecil2 dulu, arwah ayah suka hisap rokok daun. Nampak best je. Dek kerana sifat ingin tahu yg sangat menebal dalam diri which is aka curiosity, saya sangat teruja untuk mencuba. Arwah ayah suka letak rokok daun + tembakaunya kat atas para dinding. Satu hari tu bila ayah takda, saya pun main2 la dengan rokok tu. Digentel2lah, diletakkan tembakau sikit, dan digulung2. Taraa, jadilah sabatang rokok yg sedia dihisap.

Dengan rasa curiosity yg menebal, saya pun nyalakanlah lighter dan berasaplah rokok tu. Sekali sedut terus wengg... terbatuk2. Sangatlah tak sedap. Pelik, kenapalah orang dok hisap!

That's it lah. Ini bab rokok, ada maafnya lagi. Tapi kalau bab dadah, janganlah sesekali nak mencuba even once. Confirm jadi ketagih. Alhamdulillah tak ada rasa curiosity ke arah itu :-P

Sama seperti kes masa ke Genting Highland. Dek kerana excited sangat sebab 1st time pergi Genting Highlands, saya rasa nak sangat naik Solero Shot. Nak rasa macammane rasanya. Selalunya tengok dalam tv aje.

Masa tu tengah berdating lagi dengan boypren (Mr.Husband). Saya dan encik boypren pun terus naik. Benda tu bawak kita naik ke atas perlahan2 sampai ke puncak. Tingginya! Masa tu kabus tebal sangat, so rasa macam dah naik ke awan. Pandangan putih. Tak nampak langsung kat bawah.

Bila Solero Shot tu mula bergerak turun ke bawah, saya rasa macam punggung dah tertinggal kat atas. Nak kata tengah duduk, tak rasa duduk langsung. Rasa macam nyawa tak berharga. Adrenalin memancut2 keluar. Menyirap ke seluruh badan. Masa tu rasa "Nak turunnn.. nak turunnn... pleasee..."

Of course la tak boleh. Kenalah lalui sampai habis. Bila sampai je kat bawah. Terus rasa tak berpijak di bumi yg nyata. Ketaq lutut! Tapi control cun la sebab tengah dating kan. Taubat taknak naik dah. Tapi encik boypren tersangatlah suka. Dia naik lagi... dan lagi. 3 kali. Saya jadi pemerhati je kat bawah. Idok ler teman nak join!

Itulah... nak sangat rasa. Rasakan. Kata orang, sendiri cari penyakit *(^_^)*

Tuesday, February 8, 2011

'Ubat' Senggugut

Cantikla bunga ni. Inilah bunga Evening Primrose. Extract dari bunga dan bijinya dijadikan Evening Primose Oil (EPO) yg digunakan sebagai herba untuk 'merawat' pelbagai jenis penyakit berkaitan kulit, sakit berkaitan kewanitaan, kesihatan dalaman dan sebagainya.

Masa mula2 kena period dulu, saya selalu kena senggugut. Sakitnya tak terkata. Mengerekot atas katil. Terketar2. Ingat lagi masa kat sekolah bila tiba2 saya didatangi period pain. Masa tu, saya dan rakan sekelas baru nak masuk makmal sains. Tiba2 kena contraction yg sangat kuat hingga saya tak mampu berdiri. Lastnya terduduk di tepi longkang sementara menunggu untuk masuk ke makmal. Mengerekotlah di situ :-P

Kalau di rumah, katillah tempat terbaik untuk mengerekot-kan diri. Ia selalunya terjadi pada hari kedua dan ketiga time heavy. Bila dah masuk hari ke-4 tu dah kurang sikit especially bila dah keluar ketulan darah yg paling besar, macam anak tikus pun ada. Tapi bila dah keluar blood clot tu, memang akan rasa lega sangat. Terus hilang pain.

Kalau ada yg rasa annoying masa baca ni sorry ye. Just nak share experience je.

Perkara ni berterusan masa saya masuk ke universiti. Kalau the 2nd/3rd day tu jatuh on weekends, ok la sebab boleh rest kat rumah tapi kalau kena on weekdays time kelas, memang confirm tak boleh fokus. Saya ingat lagi masa saya praktikal di RapidKL, saya terketar2 di dalam pejabat. Tambahan pula bilik ber-aircond. Lagila worse. Lastnya dengan kebenaran supervisor, saya balik.

Kalau kena je senggugut tu (tahap paling dah tak tahan), saya amat perlukan paracetamol dan air suam. Lepas tu, darah akan keluar macam air terjun, Alhamdulillah lega. Tapi ramai orang cakap, tak elokla kalau tiap2 bulan saya makan paracetamol masa period. Tak bagus untuk vagina. Orang cakap kalau period pain teruk2 susah nak dapat anak. Tapi saya tak pasti akan kesahihannya.

Disebabkan itu, saya semacam takut nak makan paracetamol kalau kena period pain. Setelah bertahun2 menanggung 'derita', saya cuba memikirkan alternatif lain mengatasi masalah tu. Selain dari minum air yg banyak, tak minum air bikarbonat, teh, kopi dan ais semasa period, saya juga cuba makan jamu.

Berbotol2 jamu jugaklah saya makan. Brand Puteri Binari, Mustika Ratu, Martha Tilaar... tapi tak jalan. Takde pengurangan langsung. Satu hari tu saya terbaca dalam suratkhabar tentang EPO dan khasiat2nya yg mana ia sangat bagus untuk sindrom PMS. Kemudian saya buat research sikit di internet di website yg reliable. Lepas tu saya terus ke farmasi dan beli sebotol EPO.

Apa yg saya amalkan, kalau yg 500mg, makan 2 kali sehari. Kalau yg 1000mg ambil sekali sehari je. Tiap kali period, saya akan berhenti makan. Bila habis period, saya sambung balik. EPO kaya dengan vitamin E. Good for skin too. Saiz gel nya gedabak, so kena prepare air banyak sikit. Alhamdulillah selepas sebulan saya makan, next period tu dengan izin Allah, memang langsung tak sakit. Amazing! Sejak tu even saya on and off makan EPO, tetap tak sakit dah tiap kali period. Except kalau dah lama sangat tak makan, baru akan rasa sakit sikit. Sikit je la, tak teruk.


Ada banyak brand di pasaran. Semuanya sama je. Its just the matter of brand. Saya tak kisah brand apa asalkan murah. Tapi brand tu yg ada 'nama' la. Jangan la tetiba beli cap ayam pulak. Janji ada kelulusan KKM, ok la tu. So far, yg saya pernah beli brand Kordel's, Blackmores, Cosway dan ada a few lagi.

EPO ni actually 'jamu' orang putih. EPO bukan sejenis ubat. Can be considered as a supplement. Saya dah try sendiri since 7 years ago dan dah alami sendiri keberkesanannya. Kalau ada kawan2 yg masih kena period pain, try this! InsyaAllah berkesan. Just sharing *(^_^)*

Friday, December 10, 2010

5th Wedding Anniversary

Lima tahun yang pertama adalah tahun yang penuh cabaran dalam sebuah rumahtangga. Back to last 5 years, kami diijabkabul pada 10 Disember 2005 di Masjid Jengka 16, dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan rakan taulan kedua belah pihak. It was a very simple majlis indeed. Kenduri diadakan sekali dengan pemberangkatan mak dan ayah saya ke Tanah Suci. Kami nikah gantung, kalau ikut istilah orang Melayu. Lepas mak ayah balik dari Mekah, baru buat majlis resepsi.

Kenal tahun 1999 di UiTM Arau, tapi awal tahun 2001 baru coupled. Saya konvo di UiTM Shah Alam pada April 2005. Sebulan lepas tu bertunang, dan Disember nikah. Dah jodoh. Cinta Kampus. Dating pun kat library. Ececehhhhh! Kami lawan dalam study walaupun dua-dua course lain-lain. Saya jurusan Intelligent System (AI), boypren masa tu ambil Accountancy. Kami lawan pointer. Bila sama-sama dapat Dean List (DL), kitorang celebrate la. Bestnya masa tu.

Tapi tentulah dia lebih pandai dari saya :-P Mr.Husband dulu pemegang Anugerah Khas batch kami di UiTM Arau tahun 2001. Dari semua student dan semua courses, dia sorang je terpilih. Best student untuk satu kampus jurusan Diploma. Wahh, betapa bangganya saya selaku girlfriendnya... hihihi...

Lepas tu kami sambung Degree di UiTM Shah Alam. Cintun tu cintun jugak. Study tetap no.1. Dalam pelajaran kami fight. Kadang-kadang saya menang. Kadang-kadang dia menang. Eh tak... selalunya dia yang menang. Buktinya, dia dapat Anugerah Biasiswa Maybank, saya pun apply juga masa tu, tapi tak terpilih :-P

Kalau nak cerita bab couple ni, saya sangat naif. I have no experience at all. He is the first. Dia pun, I am his first too. Pertama yang membawa bahagia. Jodoh pada yang pertama. Alhamdulillah.

Kami sempat menyewa setahun sebelum memiliki kediaman sendiri. Masa tu saya dalam pantang lepas lahirkan Adrianna, our first baby. Bagi kami rumah no.1, kereta no.2. Takpelah pakai kereta cabuk pun asalkan ada rumah sendiri. Giler punya struggle nak beli rumah. Masa tu saya baru 25+ tahun, suami 26+. Kami bukannya orang senang. Kereta yang kami ada tu dibeli pada tahun pertama suami saya berkerja dan masa tu saya masih study di tahun akhir. Saya guna pergi kelas. Dia pakai motor je pergi kerja. Sweettt.

Dah 7 tahun tak tengok wayang. Since kitorang serius bercintun, memang dah tak jejak panggung wayang. Kononnya nak berjimat. Sangat berjimat hokeh! Jimat membawa berkat.

Guess what, tiket pergi Kuching pun dapat free dari Air Asia. Kami booked betul-betul lepas kawin. Kira honeymoon la. Pastu boss saya bagi hadiah kawin berupa 3 hari 2 malam kat Strawberry Park Resort. Best sangat! FREE beb... Bukankah sangat indah bila honeymoon anda ditaja. Walaupun bukan ke Paris, London atau New York tapi Kuching dan Cameron Highland pun best apa.

Itu kenangan masa sebelum dan awal-awal perkahwinan. Indah. Hari-hari pun indah. Kalau tanya bab gaduh.. well.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ayat standard.

Lima tahun yang berlalu mematangkan kami. Kelahiran 2 puteri penyeri hidup, tambah mematangkan. In fact, mengeratkan. One word that every couple adores: BAHAGIA. Hope we will live happily ever after. InsyaAllah, moga Dia mengizinkannya. Moga Allah murahkan rezeki kita.

Thursday, November 18, 2010

Adrianna is 4 years old today


Alhamdulillah hari ni 18 November 2010, our chubby girl Adrianna Sofea binti Mohd Shaizwan genap 4 tahun. Tahun depan dah nak sekolah. Tak sabar dah tu. Tiap-tiap pagi dia cakap "Adrianna nak pegi sekolah". Huh, sangat excited dan bersemangat habis. Keterujaan itu mendorong Adrianna untuk menyiapkan kerja-kerja penulisan yang kami assign padanya. Actually kitorg ada beli buku tulis ABC. Dia memang suka sangat. Malam-malam buat 'kerja sekolah'. Willing sangat-sangat.

Syukurlah. Harap-harap semangat itu marak sehingga Adrianna besar, masuk U (InsyaAllah) dan berjaya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. OK, bunyi stereotype, tapi yes it's true.. itu impian semua ibubapa :-) kan kan...

Gambar di atas masa Adrianna 1 tahun. Chubby... and even now, still! Atas timbangan 30kg. Saiz baju 14. Saiz seluar 13. Sangat panjang, jenuh kena lipat.. tapi pada bahagian pinggang dan pinggul memang ngam. Terfikir sejenak, syarikat pengeluar baju kanak-kanak ukur saiz budak yang sangat kecik ke untuk dijadikan standard saiz? Jauh sangat angka 4 dan 14. Saiz 4 tu Aleesya yang pakai sekarang.

Soalan standard oleh salegirl/promoter di shopping complex: "How old?"
Jawapan saya ialah soalan: "What is the biggest size?"

Definitely 14. Most of branded children attires paling besar 14 tahun. Tanyalah Miki, Hush Puppies, Poney, Disney...

Adrianna lambat lagi nak 14 tahun :-P

Lepas ni Adrianna sudah tidak layak untuk shopping di bahagian baju kanak-kanak lagi. Sudah tak relevan. Kami perlu ke bahagian dewasa. Saiz S dewasa mungkin.

Memangla sama macam ibu dan ayah masa kecik dulu. Chubby dan CUTE kan. What a genetic... Perkataan CUTE itu sengaja di-capital-letter-kan... muahaha...

Monday, October 4, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 2

Pada September 2006, saya mengandung 7 bulan. Ayah perlu menjalani 3 pembedahan jantung di IJN iaitu pintasan jantung, tiub jantung berlubang dan satu lagi saya tak ingat, diketuai oleh Datuk Dr. Azahari (doktor yg bedah Tun Dr.Mahathir). Pembedahan berlangsung selama 10 jam dari pagi sampai malam. Bayangkan betapa kompleknya pembedahan tu. Kami tunggu di rumah je. Selesai pembedahan, ayah ditempatkan di ICU. Pukul 12 tgh mlm, hospital call saya mengatakan ayah dalam keadaan kritikal. Semua anak2nya diminta ke hospital. Ayah mengalami infection, dadanya terpaksa 'dibuka' semula. Pembedahan segera harus dilakukan. Mak stay di rumah kami masa tu, di Pandan Jaya tak jauh dari IJN. Kami bergegas ke sana.

Ingat lagi malam tu ada perlawanan England vs Brazil, quater final World Cup 2006. Kami bermalam di hospital. Saya dan mak bentang tikar atas lantai, tidur sambil menunggu di luar bilik pembedahan. Adik beradik lelaki turun ke lobi menonton perlawanan. Yg lain tidur di kerusi. Saya rasa tak selesa tidur duduk dgn perut memboyot tu, sebab tu saya bentang tikar. Tak ada orang lain cuma kami je 1 family. Doktor yg melakukan pembedahan keluar dalam pukul 3 pagi, dia nampak penat sangat. Terketar2 kerana fokus dah mula lari dan tak cukup rehat. Mencari lubang halus dalam darah tentulah sukar namun dia berusaha sedaya upaya. Ayah Mawi juga berada ICU pada masa tu, selalu jugala jumpa Mawi (nak cerita jugak tu!). Tak lama lepas tu ayah beransur pulih. Namun ayah tak seaktif dulu, pergerakannya terbatas. Dia perlu makan ubat sepanjang hayat, mesti punctual untuk mengawal kepekatan darah supaya aliran darah ke jantung lancar.

17 November 2006, saat saya nak melahirkan anak pertama di UKMSC... mak dan ayah juga menunggu di hospital di dalam bilik saya. Ayah tak bawa ubatnya ke hospital semasa menunggu. Jadi dia miss beberapa time makan ubat. Contraction saya agak lama iaitu dari petang 17hb sehingga pagi 18hb. Dalam pukul 4.30 pagi, saya dimasukkan ke labour room ditemani suami. Bayangkan pada masa tu, suami diminta balik untuk mengambil ubat ayah, pada saat2 saya amat memerlukan suami di sisi. Saya rasa sedih sangat masa tu tapi pada masa yg sama rasa tersepit kerana kasihankan ayah yg perlukan ubatnya. Mak agak marah pada masa tu atas keengganan ayah membawa ubatnya dari awal lagi walaupun sudah diperingat semasa sebelum ke hospital. Seorang ibu (mak saya) tentulah faham bagaimana situasi genting saya pada masa tu. Saya tak putus2 berdoa semoga Wan cepat sampai sebelum saya bersalin. Syukurlah Wan berada di sisi saya semasa semuanya berlaku. Adrianna Sofea pun dilahirkan melalui c-section selepas beberapa komplikasi berlaku.

Saya tak terus balik ke kampung kerana ketidakselesaan selepas pembedahan. Saya berpantang di rumah sewa kami di Pandan jaya. Tiga minggu selepas bersalin, saya mengalami pendarahan teruk. Secara tiba2, darah keluar tak henti2 dari vagina dengan banyaknya. Pada saat2 genting tu, ayah berada di sisi saya di dalam bilik, berdoa untuk saya. Saat tu otak saya playback dari zaman kecil, sekolah, grad, kerja, kahwin dan bersalin. Fikiran saya bercelaru kerana menahan sakit. Saya rasa macam dah nak putus nyawa. Sakitnya lebih teruk dari contraction semasa bersalin. Saya hanya mampu berbaring dan menahan sakit. Badan saya mengigil kesejukan dan kebiru2an kerana banyak kehilangan darah. Bayangkan sehelai kain batik tu dipenuhi darah, boleh perah. Mak memangku Adrianna. Wan pula sedang sibuk 'mencari' ambulans. Ayah je la di sisi saya. Satu demi satu ambulans tiada, hospital busy, PBSM busy, St'John pun busy, akhirnya dapat juga yg Pertahanan Awam. Itulah pengalaman pertama saya menaiki ambulans. Doktor mengesahkan saya mengalami endometriotis dan perlu menjalani pembedahan DNC dgn segera. Ada ketulan darah di dalam rahim saya sebesar janin 4 bulan disebabkan infection. Itulah risiko cesarian section, tapi amat jarang berlaku. Cuma saya tak bernasib baik.

Tak berkesempatan lagi nak sambung Episod 3.
Episod 1 di sini.

Friday, September 24, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 1

Saya teringat masa saya kecil dulu, ayah mesti hantar dan ambil saya dari sekolah. Sebenarnya jarak Sek.Keb. Jengka 16 dengan rumah saya tidaklah jauh sangat tapi keadaan muka bumi yg berbukit bukau menyebabkan jaraknya jadi 'jauh' dan memenatkan. Tambahan pula, masa tu saya boleh tahan chubby. Begitu juga semasa di Sek.Men, ayah hantar saya setiap pagi ke bus stop.

Ayah seorang yg pendiam. Kami jarang berbual. Ayah akan menuruti apa saja permintaan saya dalam memenuhi selera makan especially. Tapi saya tak minta yg bukan2 sebab saya tahu kami bukan orang senang. Menurut mak, syukur sangat ayah diterima masuk Felda sebab Felda telah merubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni, mak dan ayah tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Hanya menampung kehidupan dengan kerja2 kampung je. Kesemua adik-beradik saya lahir di Perak. Sayalah satu-satunya anak Jengka.

Ayah berasal dari Kg.Temong, Kuala Kangsar, Perak. Tok Temong adalah moyang kepada ayah. Sejarah keturunan Perak ada mencatatkan sumbangan Tok Temong dalam Kesultanan Negeri Perak. Itu sekadar sejarah lampau yang tak pernah ayah ceritakan kepada kami. Bimbang timbul rasa 'lagak' di kalangan anak2nya. Kami dapat tahu salasilah asal dari sepupu2 senior.

Ayah saya seorang yang sangat sederhana. Humble and a good follower. Dia enggan menerima sebarang harta pusaka. Bagi ayah, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan untuk dia dan anak2. Mungkin disebabkan ayah mempunyai adik-beradik yg ramai. Dia seorang yg cepat mengalah. Walaupun kami jarang berbual, ada satu cerita yg dia suka ceritakan kepada kami betapa dia melalui kehidupan yg sukar semasa kecil kerana kehilangan bapa pada usia yg sangat muda. Dia tinggal dengan kakak kesayangannya di Perak. Ayah selalu 'turun' Sungai Perak untuk mencari ikan atau apa saja hasil sungai untuk dibuat lauk walaupun pada waktu malam.

Ayah berkahwin dengan mak pada tahun 1963 atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah bertemu langsung sebelum tu. Nyata jodoh mak dan ayah panjang... sehingga ke akhir hayat...

Semasa di tingkatan 3, saya gembira dapat berikan kejayaan untuk mak dan ayah dengan meraih gelaran best student PMR 1996. Ayah naik stage ketika majlis penyampaian hadiah mewakili saya. Walaupun ayah seorang yg pendiam, tapi saya tau hatinya berbunga riang pada waktu itu.

Semasa semester akhir Ijazah, saya berjaya memberikan keputusan yg baik untuk mak dan ayah. Ayah sangat bangga dan selalu bercerita kepada kawan2nya betapa saya berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah. Memang itu cita2 saya. Namun keadaan kewangan tidak mengizinkan. Saya tak sambung Masters pun. Selepas degree, saya terus kerja di Dagang Net pada tahun 2005. Mak dan ayah hendak ke Mekah pada tahun tu. Ayah pula baru disahkan menghidap sakit jantung. Mujur doktor tak menghalang ayah ke sana. Saya dan Wan bernikah terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke Mekah atas permintaan mak dan ayah.

Majlis resepsi saya dan Wan diadakan 2 minggu selepas mereka pulang ke tanahair, 18 Feb 2006. Sehari sebelum majlis, ayah tiba2 rebah. Malam sebelum resepsi saya tak seperti pengantin2 yg lain. Malam saya dan adik beradik lain dihabiskan di Hospital Jengka dengan bacaan Yaasin. Ayah nazak sangat malam tu. Nurse menjenguk pun tidak. Kejam sangat hospital tu. Saya masih teringat saat2 mak menangis dan berdoa kepada Allah supaya ayah jangan pergi dulu, tolonglah... tidak pada hari perkahwinan saya. Saya tak terkata apa. Dengan izin Allah, keadaan ayah beransur stabil.

Semasa majlis perkahwinan saya, orang kampung masak secara bergotong-royong, jadi bayangkanlah bagaimana keadaan rumah selepas kenduri. Majlis perkahwinan saya tanpa ayah di sisi. Ayah terlantar di hospital. Kami ke hospital dengan memakai pakaian pengantin. Saja nak tunjuk kat ayah bagaimana rupa pengantin. Segan juga bila semua doktor, patients & pelawat pasang mata ke arah kami.

Esoknya, saya dan Wan sahaja yg kemas & bersihkan keliling rumah, hanya berdua. Penatnyalah masa tu. Lepas Ngah, Abg Lan, Kak Ija dan semua balik dari hospital, barulah ada pembantu. Selepas semua selesai, kami segera uruskan pemindahan ayah dari Hospital Jengka yg very sucks tu ke PPUM dengan menaiki ambulans. Abg lan teman ayah dalan ambulans, macam halilintar katanya. Punyalah laju.

Ada hikmat kenapa mak dan ayah minta kami nikah gantung dulu dan disusuli resepsi 2 bulan kemudian. Supaya ayah boleh jadi wali sebab masa tu ayah masih dalam keadaan sihat...

* nanti saya sambung lagi Episod 2

Friday, February 5, 2010

Makcik Balang

Pagi tadi masa buka akaun facebook, saya terlihat satu icon di belah tepi, namanya "Makcik Balang". Sepantas kilat teringat Makcik Balang kat Mushroom UiTM Arau. Saya click page Makcik Balang, ada gambar. Ye memang betul dialah Makcik Balang yg saya maksudkan. Wah... dasyat Makcik ni dah ada facebook page. Ramai juga fans dia, beribu2 lemon. Kalah page Asterisk Boutique.

Saya akui, biskut2 Makcik Balang sering menemani saya masa study kat bilik di Kolej Kediaman Cendana. Sambil study, mulut pun laju mengunyah. Ada satu biskut tu yg saya suka sgt. Malah sampai sekarang kat KL ni tak pernah jumpa lagi yg sedap macam tu. Biskut apa ntah namanya, tapi bentuk dia panjang2 dan berpintal2 mcm akar, bersalut gula halus. Sedap... kalau masa study makan ni, memang boleh cepat tangkap *(^_^)*

Rindunya UiTM Arau...

Monday, December 14, 2009

Shaizwan's 29th Birthday

It's my husband's birthday. 14th December. So, I bought a cake... his favourite football team; Manchester United. Inilah dia keknya. Cantik tak? Made by my talented friend kak Zai, can see it here.

I requested to the chef to add four jerseys at each side of the field. Written on each of it: "Wan 29", "Ainul 28", "Adrianna 3" and "Aleesya 08" which represent our ages. The base is choc cheese.

To my beloved husband Mr. Mohd Shaizwan bin Mohd Saffian,
Happy 29th birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan happy selalu. Semoga hubungan kita diberkati olehNya dan semoga kebahagiaan menjadi milik kita: ayah, ibu, adrianna dan aleesya.

Thursday, December 10, 2009

4th Anniversary

It has been 4 years (baaaru 4 tahun). Alhamdulillah, we are blessed with two chubby and adorable princesses yang dinamakan Adrianna Sofea dan Aleesya Sumaira. They are everything to us. Time goes by so fast kan! From the moment we have been dinikahkan, we hope that this relationship will last forever until the end of our breath. I still remember, we planned to get married on Feb 2006 but then suddenly my parents urged us to make it earlier as they were going to Haj. Kami saling mengenali pada tahun 2000 di UiTM MARA, Arau, Perlis semasa both of us ambil diploma. Saya ambil DIS, my husband ambil DIA. Then, kami further degree di UiTM Shah Alam. Lepas grad, kawin. Dah jodoh. Tercatatlah sejarah pada 10 Disember 2005... Gambar di atas tu gambar lama, Jun 2005 masa dating di KLCC *(^_^)* Kalau nak tengok gambar nikah ada kat sini. Gambar kawin kat sini.

Tuesday, October 6, 2009

Ayah

Hampir 4 tahun lalu, sehari sebelum majlis perkahwinanku, aku keluar ke Temerloh mencari bunga telur dan kek hantaran di saat2 akhir. Sebaik pulang ke rumah, rupa2nya ayahku jatuh sakit dan dihantar ke Hospital Jengka. Aku yg terakhir tahu.

Ayah sesak nafas teramat sangat. Malam itu, ayah sangat-sangat-sangat kritikal. Mak berdoa agar ayah tidak pergi meninggalkan kami pada hari majlis resepsi perkahwinanku. Bakal pengantin pulang pada pukul 3 pagi.

Majlis berjalan dengan baik tanpa kehadiran ayah di sisi.

Ayah kemudiannya dipindahkan ke PPUM supaya lebih dekat dgn anak2. Selepas itu berulang ke IJN. Ayah telah menjalani 3 pembedahan jantung sekaligus. Dia perlu makan ubat seumur hidupnya. Ayah ceria kembali.

Tahun lalu, leher ayah ditumbuhi sesuatu. Pandangan demi pandangan telah dirujuk. Sah, ayah menghidapi kanser tiroid. Satu demi satu... radikal bebas memakan sel2 ayah. Keadaannya lemah dimamah usia dan penyakit. Enggan melepaskan ayah untuk sessi kemo. Pelbagai alternatif rawatan dicuba... tradisional, herbapathi dll, semuanya hampa.

Kelmarin, kami sibuk ke open house. Hp tertinggal di rumah. Ayahku sesak nafas lagi. Kali ini akibat sel kanser yg telah merebak ke paru2 menyebabkan kesukaran bernafas teramat sangat. Sangat2 kritikal.

Again, aku org yg terakhir tahu. Byk misscalled.

Di emergency unit, critical zone... syukur Alhamdulillah ayah beransur baik. Kami pulang jam 3 pagi. Mak temankan ayah di Hosp.Sg.Buloh. Kata ayah, sakitnya sama seperti yg dia alami hampir 4 tahun lalu.

Kebetulan, kedua2 insiden ni berlaku sebaik ayah pulang dari Tanah Suci. Pertama haji, kedua ni umrah. Dugaan ini sangat berat.

Ayahku jenis yg sangat pendiam. Kami jarang berbual tapi dia rajin melayan ngada2ku masa aku kecil. Aku yang bongsu. Mak garang.

Semoga ayah sembuh kembali. Hope miracle happen. Too much, kesian ayah tapi itu kehendakNya. Tidak dinafikan Ngah dan Abg Lan banyak menjaga ayah... Thank u very much... we love u.

Thursday, October 1, 2009

cikgu Jamilah

Hari raya adalah masa yg terbaik untuk reunion. Sebenarnya dah bertahun aku selalu menangguhkan hasrat untuk berjumpa guru kesayanganku ini. Last kami berjumpa pada 2003 semasa cikgu baru berpindah ke rumah barunya di Temerloh. Masa tu aku masih bujang dan ditemani kawan2, tetapi kunjungan kali ini ditemani suami dan anak2.

Alhamdulillah tak susah nak cari rumah cikgu. Kebetulan terletak di Lorong Aman. 'Aman' tu adalah nama type rumahku di Subang Bestari. Jadi, senanglah nak ingat lepas ni.

Kalau teringat cikgu Jamilah, aku selalu terbayang2kan senyuman manisnya itu. Paling manislah yg pernah aku jumpa, dan mesti terbayang2 masa beliau mengajar subjek Matematik kegemaranku di dalam kelas 3 Iman, SMK Jengka Pusat 2 - tahun 1996.

Antara semua guru2ku dari tadika sampai ke Universiti, cikgu Jamilah adalah guru yg tak pernah 'senyap' dan akan sentiasa reply setiap smsku walaupun hanya 2-3 kali setahun. Itupun sempena hari raya dan hari guru. Dan layanan beliau terhadap pelajarnya seperti kawan dan mesra, jadi tidaklah terasa sangat 'gap'.

Dengan kehadiran Adrianna dan Aleesya, tak semena-mena cikgu & suami naik pangkat jadi 'atuk' dan 'nenek'.

Cikgu masak nasi ayam untuk kami. Jangan tak tahu, anak teruna sulung yg tolong ibunya di dapur. Air tangan orang lama, mestilah sedap.

Cikgu Jamilah Md Ali dah jadi guru pakar biologi sekarang.

Halaman rumah cikgu memang luas betul. Tempat tumpuan ialah kolam ikan koi di depan rumahnya. Best dengar bunyi air mengalir. Tiang2 di sekeliling kolam dilitupi oleh pohon2 anggur yg menjalar. Ikan pun makan daun anggur. Adrianna suka sangat!

Cuma Adrianna agak moody dan ngada2 sikitlah... Rupa2nya dia mengantuk. Masuk kereta, terus tidur. Seronoknya... at last we met. Looking forward to see her again, InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

Ex-DIS di Restoran Pelaga

Ahad lalu, aku, Suhaila dan Cah berbuka puasa bersama2 di Restoran Pelaga. Seronok bila sesekali berjumpa, banyak perkara yg nak diceritakan. Pejam celik, dah hampir setahun kami tak bersua muka. Cuma, dek kerana asyik makan dan bersembang, terlupa nak tangkap gambar untuk kenang2an. Kami dan suami masing2 semuanya dari UiTM Arau. Kelakar pula kalau teringat zaman2 di Arau dulu, student Dip in Science. Secara peribadi, UiTM Arau banyak mematangkan aku.

Oleh kerana lokasinya yg sangat jauh dari kampung halaman, aku berpeluang pulang ke kampung hanya 2 kali sahaja. Itupun semasa cuti pertengahan semester (1 minggu) dan cuti hujung semester (1 bulan). Kalau setakat cuti hujung minggu atau 3-4 hari, memang tak berganjak la dari kampus. Perjalanan dari Kangar ke Temerloh dengan bas memakan masa lebih 10 jam, sakit pinggang dan tulang belakang. Tapi kerana itu, 'journey' untuk balik kampung itu menjadi lebih 'manis'.

Memang seronok bila dapat berkumpul macam ni, dan memang harap2 lebih ramai yg datang. Lama tak jumpa Syakira, Mc'Lin, Faziha, Sabarina, Surani dan kawan2 lain yg tinggal di sekitar lembah Klang. InsyaAllah kalau panjang umur, kita jumpa di lain masa.

Monday, September 14, 2009

Seri Jengka reunion

Setelah lebih 10 tahun tak berjumpa, akhirnya 12 September lalu kami berjaya berkumpul bersama. Kesoronokan berjumpa kawan lama tak dinafikan, memang teruja cuma agak sedih kerana sambutannya sangat hambar. Yang hadir cuma beberapa orang dari batch SPM 1998:
- Aku, suami, anak2 - Juliani - Saadatul Jannah - Roslina, suami, anak2 - Marini, suami, anak2 - Syamsidar, adik2nya - Besa (lupa la nama betul)

Aku menjadi warga Seri hanya 2 tahun tapi cukup untuk mengajar aku banyak perkara dari A sampai Z. Itulah kehidupan pertama aku di asrama, berjauhan dari keluarga dan berpisah dgn kawan2 dari sekolah lama. Manusia macam ragam, ada yg suka kita, ada yg tak suka... tapi tak kisahlah janji nawaitu kita baik. Alhamdulillah semuanya sihat, bekerjaya baik & makin cun melecun *(^_^)* walaupun dah bergelar ibu. Looking forward untuk next reunion seperti ini lagi, InsyaAllah.

Monday, August 24, 2009

Umrah

Sekejap je masa berlalu, Ramadhan dtg lagi. Tahun lepas, aku berjaya puasa penuh. Masa tu Aleesya di dalam perut. Alhamdulillah kehamilanku tiada sickness, tak lalu makan atau sebarang masalah yg serius, cuma masalahnya aku terlalu suka makan dan semua benda nampak sedap (err... serius jugak tu!). Akibatnya, berat badanku naik 25kg+.

Puasa kali ni agak mencabar juga kerana ini kali pertama aku berpuasa dan breastfeeding. Dahaga. Tapi 2 hari berlalu dengan mudah dan tanpa rasa lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Pada 1 Ramadhan lalu, mak, ayah, kak ngah dan abg lan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bestnya (kitorg ni tak mampu lagi... hik hik). InsyaAllah satu hari nanti...

Di hadapan kaabah, ku mohon supaya mak dpt mendoakan kebahagiaan hidup kami; aku, wan, Adrianna dan Aleesya. Bahagia selama2nya. Dan ku minta jasa baik mak semoga dapat mendoakan agar Asyraf cepat sembuh seperti sediakala. Mak pun turut amat bersimpati dgn Asyraf.

Tuesday, July 14, 2009

Dolu-dolu

Kenangan dulu2. Masa tu 2-2 masih slim lagi. Bujang trang tang tang. Sekarang dah masuk anak kedua, badan pun dah nak mendua. Gambar ini ditangkap sewaktu perjumpaan beramai2 diantara Maybank scholars; 'boyfriend'ku dan kawan2nya, bertempat di Sunway Pyramid. Masa ni kami lunch di The Chicken Rice Shop. Kalau tak silap tahun 2003. Kemeja kuning yg aku pakai tu pun dah hilang kena curi. Rindu pula rasanya zaman2 student dulu. Kalau hujung sem, selalunya kami study sama2 di library. Lawan pointer. Bila sama2 dapat Dean Lists, kami celebrate sama2 *(^_^)* tapi susah betul nak lawan Mr.Scholar kita ni!

Wednesday, June 17, 2009

Adik Aleesya

Aleesya Sumaira dah 2.5 bulan. Tak sabar nak tengok Aleesya membesar. Nanti bila Aleesya dah pandai jalan, bolehla jalan2 dgn Adrianna, berpegangan tangan sama2 & main di playground sama2. Bila kawan2 tanya pasal Aleesya ikut muka siapa, tak tau nak jawab. Kwn2 kami ckp muka Aleesya macam muka ayahnya. Mengikut kata mak aku, Aleesya macam masa aku baby dulu. Yg pasti tang rambut tu, cacak2 macam aku. Orang kata Adrianna iras ayahnya. Mak aku kata, Adrianna macam muka aku semasa kecil. Hmm... jadi tak tau la nak kata ikut siapa. Dulu masa study, ramai kwn2 aku cakap yg muka aku & wan sama sampaikan ada satu hari tu, housemate aku ingat aku keluar dgn abg... walhal dgn boypren, hehe...

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman baru

Hari ni, genap 2 bulan usia Aleesya Sumaira. Adrianna Sofea pula dah 2 tahun 6 bulan. Pengalaman yg aku lalui utk kelahiran ke-2 ni: Yg pertama, kali pertama overdue. Lewat 5 hari. Mengikut jangkaan doktor, sepatutnya pada 26hb tapi hanya pada 31hb Mac, baru baby nak keluar. Dan pada 26hb tu, pagi2 lagi aku dan wan tiba di Jusco Bukit Raja... ada JCard Member's Day. Dengan sarat2 tu, aku pergi shopping sakan. Punyala ramai manusia. Exercise... byk berjalan hari tu.
Yg keduanya, bersalin secara normal - vaginal birth... Antara azam aku utk tahun 2009 ni adalah nak melahirkan baby secara normal dan natural. Alhamdulillah tercapai juga hasrat tu. Walaupun doktor kat private hospital taknak terima aku, ku gagahi jua ke hospital kerajaan. Reason being, 1sy baby dulu aku kena cesar. So, utk 2nd ni, doktor2 yg cerdik pandai itu nak cesar jugak sebab tidak mahu mengambil risk of uterine rupture which is only 0.05% je. Dan aku yg agak degil ni (walaupun takut juga sebenarnya) tetap ingin mencuba secara normal MELAINKAN jika di saat2 akhir kelahiran berlaku perkara2 yg tak dapat dielakkan dan menuntut kaedah cesar utk proses kelahiran. Hakikatnya, syukur ke hadrat Illahi segala2nya berjalan lancar.
Yg ketiga, masuk hospital kerajaan. Rasanya sudah menjadi satu pemahaman di kalangan umum bahawa hospital kerajaan adalah pilihan terakhir kerana tahap servisnya yg boleh buat kita bengkerkkk. Semasa menanti kelahiran, aku tak sudah2 memanjatkan doa semoga nurse2 di Hosp. Sungai Buloh akan melayanku dengan baik. Teringat masa bersalinkan Adrianna di UKM Specialist Centre; servis memang bagus, bilik pun cantik dan luas macam hotel tapi kos dia...
Masa due date 26hb, aku ke HSB (selepas balik shopping kat JJ). Masa register tu, aku dikehendaki menandatangani satu perjanjian di mana in case mase aku sakit2 nak bersalin tu ada ramaiiii patient, ada kemungkinan aku kena duduk atas kerusi sambil menahan contraction. Mak aiii... masa tu mindaku dah di-set-kan yg aku kena terima semua yg 'ditawarkan'. Jadi, aku sign perjanjian tu dgn 'senang hati'. Tiba masa hari aku sakit nak bersalin tu, patient tak ramai sangat dan ada katil kosong, jadi tak perlulah aku duduk atas kerusi... hehe... dan Alhamdulillah, nurse2 di situ rupa2nya sangat baik, sangat helpful, sangat supportive dan sangat membantu menenangkan jiwa. Maklumlah si suami tak dibenarkan masuk. Open wad dipisahkan oleh compartment menjadi 6-bedded dgn 2 bilik air. Wad dan bilik air sgt bersih. Bolehlah kalau nak baring dalam tu. Bil RM60 sahaja. Penjimatan hebat!!!
Pengalaman2 baru tu sangat precious bagi aku.