My heart & my soul, my joy & my happiness!

Friday, January 20, 2012

Buka kasut di playground

Taman permainan kanak-kanak yang dalam gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau indoor playground ni, selalunya semua kanak-kanak kena buka kasut sebelum bermain. Budak-budak memang seronok. Kalau anak-anak saya pantang dengar 'Giant', mesti excited. Sebab no.1, nak pergi playground. Playground tu pun bersih dan well-maintaned. Tapi... ada satu perkara yang tak sedap dipandang. Di saat kita melatih anak-anak supaya buka kasut setiap kali bermain di playground, tapi ibubapa sendiri yang buat tak reti.

Gambar kat bawah ni jadi bukti betapa '___nya' seorang insan yang bergelar ibu/bapa. Anda bayangkan, anak-anak kita yang leka bermain memijak tempat yang sama dengan insan yang memakai selipar tu. Bayangkan apalah agaknya yang dia pijak kat luar sana... sampah, lopak air, dan macam-macamlah benda kotor... dan dengan selambanya dia masuk playground tu dengan seliparnya sekali. Susah sangat ke nak bukak yer? Kita faham hasrat murni dia nak awasi anaknya bermain tapi bukankah lebih manis dan bersih jika dia membuka seliparnya. Spoil betul!

Saya merayu kepada ibubapa-ibubapa di luar sana supaya bukalah kasut anda jika ingin menemani anak bermain di indoor playground. Kalau anda tak kisah anak anda memijak benda kotor (sebab telah dicemarkan oleh anda), tolonggggglah fikirkan anak-anak orang lain yang tak rela memijak kotoran yang telah anda tinggalkan. Tahniah kepada kanak-kanak yang membuka kasut ketika bermain, dan tahniah juga kepada ibubapa yang turut sama membuka kasut ketika menemani anaknya bermain di indoor playground.

Monday, December 5, 2011

Masa itu emas

Dulu-dulu masa zaman sekolah, cikgu2 selalu ingatkan.. "Masa itu emas". Siap ada tampal lagi kat dinding kelas. Pastu kat dinding sekolah pun ada mural ayat yang sama. Tapi masa tu... apa yang saya fikir yer? Buat dono je rasanya... Rasa yang masa itu emas bila dekat2 nak exam je... haha...

Tapi bila meningkat dewasa ni, baru rasa betul2 faham apa maksud ayat tu. Kalau masa kerja aritu... sentiasa terikat dengan deadline. Kalau tak siap.. "I'm dead meat" (macam dalam game Worm!).

Dulu masa masih bekerja, saya feeling2 la kalau dah tak kerja nanti, tentu ada masa nak update blog ni dan blogwalking. Bila dah resign dan buat fulltime asteriskboutique.com, hmmm... rasanya takdenyer nak ber-blogwalking. Tak sempat jugak. Takpelah... bukan senang nak cover balik fixed income yang dilepaskan tu. Asteriskboutique kenala cover balik.

Masa itu sangat berharga buat saya sekarang. TIME IS MONEY $$$. Maklumlah, 'bukak kedai' 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sentiasa check emails, reply emails, check orders... pastu bila dah selongkar tudung masa ambik order tu, kenalah kemas balik. Kalau tailor call ada stok baru, kena pergi ambik cepat-cepat, tangkap gambar dan upload dalam website.

Aritu masa Adrianna sekolah, saya masih hantar anak2 ke rumah babysitter di Kota Damansara. Tapi start bulan Disember ni, since Adrianna start cuti sekolah, saya dah stop hantar diorang ke sana. Lagipun tahun depan, Adrianna dah tak sekolah kat Kota Damansara lagi. Ada branch baru Genius Aulad Subang Bestari. Dekat je dengan rumah.

Minggu lepas, si Aleesya tu asyik cakap "Nak pergi rumah mak..." Rindu kot kat babysitter dia. Saya cakap "Aleesya tak payahlah pegi rumah mak, duduk dengan ibu ye..." Tau dia jawab ape... "Taknak, Aleesya nak pegi rumah mak... ada Afiq.. Arif". Yang si kakaknya dah besar, so dah fahamla. Dia siap explain kat adik "Aleesya, tahun depan kakak sekolah kat Subang Bestari je, kita dah tak pergi rumah mak..." Kesian pulak nengok si adiknya :-(

Saya takde maid (I don't trust any).. takde pekerja 'butik'. Cuma ada the one and only assistant iaitu Mr.Husband... hehe... Masa tu sangatlah berharga bagi kami. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kami...

Friday, November 18, 2011

Adrianna is 5 years old today!

Syukur Alhamdulillah, Adrianna dah 5 tahun hari ni, 18 November 2011. Maintain tembam. Orang tak percaya dia baru 5 tahun. Selalunya orang ingat dia dah 10 tahun dah, sebab saiz badannya yang berbidang besar dan tinggi. Baju kurung yang dia pakai dalam gambar tu saiz 14 tahun punya. T-shirt, jeans, pants semuanya saiz 14 yrs jugak.

Dari awal tahun 2011 hari tu, kami dah ajar dia tidur di bilik sendiri. Masa tu baru 4 tahun lebih. Dia suka. Kami letak katil queen size dalam bilik dia sebab kalau katil single, takut jatuh tergolek pulak... hehe...

Ayah dan ibu sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk Adrianna dan Aleesya, selagi kami mampu dan terdaya. InsyaAllah, semoga Allah swt murahkan rezeki kita.

Harapan semua ibubapa, tak lain tak bukan nak melihat anaknya berjaya dalam hidup. Adrianna baru 5 tahun. Masih ada banyakkkk lagi liku-liku kehidupan yang perlu Adrianna tempuhi. Ibu dan ayah mendoakan semoga Adrianna dapat menempuhi liku-liku tu dengan penuh kesabaran dan harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Be a good girl, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday, November 16, 2011

Adrianna's First Show - Genius Aulad

Tarikh : 29 Oktober 2011
Tempat : Tropicana Golf Club, Tropicana
Waktu : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Show ni disertai oleh pelajar-pelajar dari tadika Genius Aulad Kota Damansara dan Genius Aulad Bandar Sri Damansara. Actually tujuannya untuk tunjukkan kepada ibubapa apa yang telah anak-anak pelajari di sekolah. Apa yang bagusnya, sukatan pelajarannya balance antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, teacher pula sehabis baik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Masa kat rumah, saya tanya Adrianna... "Adrianna nak buat show apa esok?"
Dia cakap "Tak taulah, nanti ibu dan ayah tengoklah".
Bunyi skema sikit jawapan dia pakai 'dan'... hehe...
Sabar je la, dia boleh cakap "Tak tau...". Sebenarnya dia malu...

Masa mula-mula naik stage, saya dan Mr.Husband tengok Adrianna rileks habis. Tak nervous langsung. Kata orang tu, selamba badak je. Yang kelakarnya, ada budak lain yang siap cakap kat member sebelah (depan microphone pulak tu), "eh... tu papa kite..." Satu dewan dengar. Semua orang gelak. Takpelah... budak-budak lagi kan.

Mula-mula tu Adrianna and friends nyanyi lagu Negaraku. Pastu Al-Fatihah... 3-Qul, diiringi doa untuk ibubapa, pastu ada beberapa poems yang teacher diorang ajar. Kemudian, nyanyi lagu... yang saya ingat diorang buat aksi "quack quack". Lawak habis. Aleesya melompat-lompat atas kerusi sebab excited sangat tengok kakak dia atas stage.

Yang saya perhatikan, karakter anak ni tak sama bila di rumah dan di sekolah. Masa dengan kawan-kawan, saya tengok dia lebih matang di antara yang lain. Kalau kat rumah, toksah cakapla mengadanya... hehe... Teacher dia sendiri cakap yang Adrianna ni pendiam tapi agak advance berbanding yang lain. Dalam buku reading "Adam and Dina", dia selalu dapat "Good" dan "Excellent". Alhamdulillah...

Tahun 2012, ada branch baru Genius Aulad akan dibuka di Subang Bestari. Dekat je dari rumah. So, tahun depan untuk kelas 6 tahun, kami hantar Adrianna dekat sini je la.

Hamba Harta

Semua orang materialistik. Cuma levelnya tinggi atau rendah je. Kalau level tinggi tu yang bahaya. Jadi selfish, ego, berlagak dan segala yang negatif la... Susahkan orang yang gila harta ni.

Pada saya orang materialistik ni ada 2 jenis:
1) Suka harta orang lain.. cara nak dapatkan mungkin dengan menggoda, memujuk etc...
2) Harta sendiri tak banyak, tapi nak tunjukkan pada umum yang dia memang kaya

Saya dan Mr.Husband suka nak huraikan point yang kedua tu. Kata orang, biar papa asal bergaya. Hujung bulan, berjela-jela bil surat hutang mari. Kes yang special, anak bini makan nasi putih gaul dgn garam hari-hari pun takpe, janji sang suami pakai kereta besar (mahal woo kete dia), gadget canggih yang up-to-date dan nampak 'kaya' di mata masyarakat. Yang sengsara, anak isteri. Wajarkah?

Dan yang lebih mendukacitakan, isteri dan anak-anak pantang sentuh kereta besar dan gadget2 canggih tu. Takut calar/rosak pulak. Tak ke jadi hamba harta namanya. Bila tanya bab bil, belanja anak, sekolah, tuition... ada je alasannya.

Kalau nak beli pape, kenalah bawa berbincang dulu. Harta sepencarian, kenalah share dan nikmati sama-sama. Jenguk2lah ke dapur, apa yang ada, apa yang dah habis... dah la isterinya surirumah sepenuh masa tak bergaji. Kalau takde makanan, anak-anak nak makan apa? Nafkah $ untuk isteri, dream on la. Apatah lagi nak pergi vacation... mimpilah!

Mungkin si bapa tak perasan apa yang dia lakukan tu sangat tidak disenangi oleh isteri dan anak2. Sayang sangat-sangat tau sebenarnya bila anak-anak makin 'menjauh'. Duduk serumah tapi jauh di hati. Think about the future bro! Esok bila dah tua, anak2lah aset kita.

Kepada kawan2 lelaki dan wanita... tolonglah jaga pasangan dan anak-anak anda baik-baik. Sayangi mereka. Berikan yang terbaik. Pentingkan keluarga... bukan gadget canggih atau kereta besar. Berbelanjalah ikut kemampuan supaya anda, pasangan anda dan anak-anak pun turut merasa susah senang BERSAMA-SAMA. Jangan senang sorang-sorang je!

Harta dunia... bukan boleh bawa mati pun. Nauzubillah...

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 2011

Actually saje nak tunjuk gambar anak2 saya dan sepupu2nya ni. Excited sangat. Sebenarnya time raya ni, budak2 yang paling seronok. Se-dua-tiga menjak kami beraya di KL ni, ada rasa kureng sikitlah feel raya. Memang berbeza sangatlah beraya di bandar dengan di kampung. Actually dengan kata lain, semuanya berubah sejak arwah ayahanda sakit teruk. Start raya haji tahun 2009 kami berkampung kat Subang je sebab condition ayah yang tak berapa ok. Kalau balik kampung susah pulak kalau ada emergency. Hospital Jengka tak reliable langsung.

Berbalik kepada kemeriahan raya tahun ni... tak meriah mana pun. Raya Haji tahun ni giliran kami adik-beradik lengkap. Maksudnya, semua turn family sini, bukan mertua. Jadi, penuhlah anak-anak sedare. Termasuk anak-anak saya, ada 15 orang kesemuanya. BARU 15!!! Amirul je yang miss sebab balik Semanggol.

Kali ni Adrianna dan Aleesya pakai jubah. Jubah lama dah tu, mak beli kat Mekah dulu.

Menu wajib kami masa raya, kalau kat Jengka, mesti buat lemang, ketupat yang anyam tu & tapai tapi kat sini leceh sikitlah, so mak dan kakak2 chef buat nasi impit Adabi, kari ayam, kuah kacang, rendang daging, pulut dan ada menu tambahan ikut selera keluarga. Kali ni kakak chef buat mee rebus... sebab celebrate birthday anak2 dia sekali yg lahir bulan November. Aktiviti wajib ialah MAKAN, dari pagi sampai malam. Satu perut jadi tiga. Kembang tak hingat :-D

Since beraya kat Subang, memang tak pegi ke mana pun. Lepak je la ngadap TV sambil MAKAN. Lupakanlah seketika pasal diet, lepak tepu, kolestrol dan makanan seimbang sebab kalau fikir sangat, tak enjoyla makan sup gearbox... hehe... dan sejak anak menantu Cik Sharrah ni berkecimpung dalam dunia bisness, kami kalau berkumpul adik-beradik, talking about business tu... ececehh... Alhamdulillah, ikut sunnah Rasullullah.

Salam Aidiladha. Semoga mak ayah Wardah dan Abg Atan (sepupu kami) dipermudahkan dalam segala urusan di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanahair.

Saturday, October 29, 2011

I am 30

Masa birthday saya aritu, Mr.Husband cakap "Kita sebayalah..."

Sebab? Saya lahir 11/10/81. Dia lahir 14/12/80.

Masa bulan 10 tahun 2011 ni, umur saya genap 30 tahun... umur dia pulak 30 tahun 10 bulan.

Masa kami nikah dulu, 10/12/2005.

Umur saya 24 tahun 2 bulan. Umur dia 24 tahun 11 bulan. Actually 4 hari je lagi nak masuk 25 tahun. Tapi dalam sijil nikah, kira umur sama la.... huhu...

Ada orang perasanlah dia muda SIKIT. Sikitlah :-D

Takpe, bagi chance.

Dah end of October dah, baru sempat nak post pasal birthday saya... Alhamdulillah masih bernafas lagi dan semoga hari-hari berikutnya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya untuk saya, Mr.Husband dan anak-anak. Moga Allah swt murahkan rezeki kami dan yang penting kami bahagia, live happily ever after... tiru ayat fairytale tu... hehe...

Thursday, August 11, 2011

Setahun Berlalu

Sembilan Ramadhan tahun ni, genaplah setahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya masih terbayang suasana di wad tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Malaya...

Pukul 4.30 petang 8 Ramadhan, saya mintak kebenaran kat boss nak balik awal sebab ayah tengah nazak... Sampai je situ, ayah dah separa sedar. Dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Cuma berbaring... dadanya berombak, tidak seperti hari sebelumnya, ayah masih mampu berbual pendek.

Mak cakap sejak semalam lagi ayah tak habis-habis mintak semua anak-anaknya berkumpul. Kami kerap melawat, cuma tidaklah datang sekali 5 beradik. Ikut kelapangan masing-masing. Kemuncaknya petang rabu tu la mak suruh kami segera turun. Actually hari sebelumnya (Selasa) saya dah ambil EL, tapi menengokkan condition ayah ok petang tu, so esoknya saya ke ofis seperti biasa.

Masih terbayang-bayang saat azan Maghrib berkumandang... kami semua berbuka dengan air masak je. Satu botol air mineral tu di pass-pass... Sebab semuanya tengah mengadap ayah, kami 5 beradik dan menantu2 mengelilingi katil, sibuk baca yasin untuk ayah. Keadaan masa tu tegang... tense sangat. Dah lepas Isyak barulah kami turun kejap ke kafe cari makan. Lepas tu naik semula, dan sambung bacaan yasin. Mak langsung taknak makan. Minum air sikit je. Mak cakap "dah kenyang".

Secara jujur, saya tak sanggup tengok ayah tercungap-cungap. Doktor cakap kanser dia dah merebak ke semua bahagian... termasuk otak. Ada satu tiub dimasukkan ke dalam tekak dan terus ke perut... untuk mencuci perut ayah. Yang keluar hanyalah air hitam. Ayah skinny sangat. Dah tak mampu makan. Cuma minum susu khas melalui tiub. Pada saya, kanser memang jahat!

Ramai jugak sedara-mara yang datang melawat malam tu setelah dikhabarkan condition ayah yang semakin tak menentu. Saya dan adik-beradik lain tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa semoga Allah kurangkan kesakitannya. Yasin memang tak putus-putus.

Sampai la dalam pukul 3 pagi... saya terlalu mengantuk dan terlena di sofa depan. Tiba-tiba dikejutkan oleh adik-beradik lain. Waktu sahur 9 Ramadhan. Masa tu, abang saya baru nak turun beli makanan untuk sahur.

Ketika umat Islam di Malaysia sedang bersahur... ketika itulah Allah menjemputnya. Tenang. Senyum je.

Mak cakap, selama bertahun-tahun tiap kali ayah sakit teruk, dia tak pernah suruh kami 5 beradik datang sekaligus. Tapi permintaan 2 hari sebelum dia pergi... betul-betul permintaan yang terakhir sebab sehari sebelum tu, dia dah tak mampu berkata-kata lagi.

Pagi semalam, mak call saya, menangis-nangis... suruh ke kubur baca Yasin untuk ayah. Mak kat Jengka sekarang, sebab tu tak dapat pergi kubur di Kota Damansara. Setahun tu kejappp sangat rasanya. Malam sebelumnya saya tak boleh tidur. Anak dia yang paling degil dan 'nakal' ni teringatkan arwah ayah.

Syawal tahun ni mak tentu sepi sekali lagi tanpa ayah. Mak cakap nak raya kat Subang je sebab kubur ayah kat sini. Kena pulak giliran kami beraya di rumah mertua tahun ni. Lagi sepilah dia. Tahun lepas memang giliran kami semua berkumpul, cukup 5 beradik, cuma ayah je yang dah takde...

Semoga arwah ayah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Masih jelas terbayang mimpi saya bertemu ayah beberapa bulan yang lalu... Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus...

Saturday, July 30, 2011

Mead Johnson, please reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid

Baru-baru ni Mead Johnson telah menaikkan kandungan DHA dalam susu Enfagrow A+. Maka dengan itu, regenya pun naik jugak le. Banyak pulak tu, dalam RM10/tin! Gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau sebelum ni regenya 2 angka aje. Sekarang ni dah jadi 3 angka.

Tiap-tiap bulan kami akan shopping susu anak dalam 10-15 tin. Enfagrow A+ untuk Aleesya dan Enfakid A+ untuk Adrianna. Perisa original sebab anak-anak saya sensitif (asma) dan tak digalakkan minum susu yang berperisa coklat, vanilla apatah lagi honey.

Bulan ni punya expenses still ok lagi sebab stok baru je dibeli pada harga lama. Bulan depan naiklah 10% untuk susu anak-anak sahaja. Dugaan. Yang kaya tokei susu tu la. Saleswoman Enfa suruh saya tulis note sebagai pengguna Enfa. Most of Enfa consumers tulis apa dalam tu tau? "Too expensive"... hehe...

Ini dia stok terbaru kat rumah kami. Cukupla sampai bulan depan. Boleh bukak kedai susu gayanya. Masa mula-mula beli susu ni dulu masa Adrianna baby, harganya dalam RM80+ je. Lepas tu naik, naik, naik dan naik lagi. Dulu-dulu berat 1 tin tu 1.8kg. Sekarang ni cuma 1.7kg je. Harga naik, tapi berat berkurang. Nak ngomel pulak... Sendiri pilih brand ni kan. Sendiri mau ingat la... hehe... Tin foils ada banyak tak hantar lagi. Nanti saya nak tulis surat lagi la kat Mead Johnson Malaysia. Kali ni nak buat ayat bunga-bunga sikit nak mintak voucher. Macam boleh?

Dear Mead Johnson, ooohh please la reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid.

Sunday, July 17, 2011

Kisah disebalik sebuah bakul kecil

Saya lalu di satu kaki lima. Tiba-tiba saya terpandang sekumpulan manusia yang sedang memerhatikan manusia lain. Manusia lain itu sibuk dengan kerjanya. Beliau ditemani oleh dua orang kanak-kanak, mungkin anak-anaknya. Itulah kerjayanya pada hemah saya. Saya turut berhenti di situ. Kagum dengan apa yang beliau lakukan.

Tangannya tak henti-henti bekerja. Itulah kepakarannya. Saya sangat-sangat kagum. Saya tengok ada beberapa output yang sudah siap tersusun dihadapan beliau, pelbagai saiz, beserta harga.

Saya tengok yang bersaiz sedang... satu RM5 je. Di dalam kemampuan poket saya.

Timbul rasa kecewa... kerana orang-orang yang memerhati hanya sekadar memerhati. Apalah salahnya beli satu. Sekadar membantu. Sekurang-kurangnya beliau melakukan sesuatu, tidak sekadar menadah tangan mengemis meminta wang. Beliau seorang yang berusaha.

Saya di situ dalam 2-3 minit je sebab rushing, Mr.Husband tengah menunggu.. sempat jugak snap satu gambar pakai handphone.

'Penonton' di hadapan si buta tidak akan membantu apa-apa pun jika sekadar menonton.


Inilah dia sebuah bakul kecil yang menyimpan satu cerita. Kepakaran yang tidak langsung ada pada saya, seorang yang celik mata. Kuasa Allah, dengan dunia gelapnya, beliau mampu hasilkan sesuatu yang sangat kemas dan rapi seperti ini.

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Dr.Zahira dan Dr.Azman

Syukur Alhamdulillah Zahira dah selamat bergelar isteri kepada Dr.Azman. Diorang ni sekolah sama masa kat Kolej Yayasan Saad. Lepas SPM, sama-sama ambil medic kat Rusia. Kat sanalah percintaan diorang makin mekar dan mekar. Lepas grad, balik Malaysia dan tak lama lepas tu terus ikat tali pertunangan dan kemuncaknya pada malam 23 Jun lepas, kedua-duanya sah bergelar suami isteri di Masjid Wilayah. Meriah sungguh majlis perkahwinan Zahira dan Azman. Pada pagi Sabtu 25 Jun, majlis resepsi diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Keramat Permai, manakala pada sebelah malamnya pula diadakan majlis yg penuh gilang gemilang di One World Hotel, Bandar Utama yang turut dicemar duli oleh Sultan dan Sultanah Pahang, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dan barisan menteri-menteri yang lain. Pergh.. itulah majlis terbesar penah saya hadiri. Datuk Siti dan Datuk K pun ada. Zahira (kakak) ni menjadi contoh yang baik kepada adik beradik dan sepupu sepupunya. Seorang yang sangat bijak dari kecik lagi. Masa SPM, dia best student dalam batchnya... dapat semua A's. Samalah macam ayahnya juga, Ir Zohari Sulaiman yang kami panggil CuE, adik bongsu mak. Dr.Zahira kini bertugas di bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Dr.Azman pula bertugas di Hospital Serdang. We glad untuk kakak dan semoga kakak berbahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel-comel, yang soleh dan solehah dan dimurahkan rezeki selalu... Aaaminnn...

Vaginal Swab dan Pap Smear

Pada satu pagi kira-kira 3 minggu lepas, hari Sabtu, saya tiba-tiba rasa sakit di bahagian bawah perut. Sakit tu makin lama makin kuat. Sama macam contraction orang nak bersalin tu. Tapi kalau contraction orang nak bersalin, ianya datang dan pergi.. tapi sakit yang saya alami tu tak henti. Saya terus terduduk, tak mampu berdiri. Anak-anak masih tidur masa tu. Sebab dah sakit sangat-sangat, Mr.Husband terus bawak pergi klinik An'Nisa, 3 minit je dari rumah. Anak-anak yang tengah tidur tu kami tinggal je kat rumah. Emergency.

Saya pernah kena macam ni dulu. Tiga minggu selepas saya lahirkan Adrianna (Disember 2006) saya kena infection di rahim, known as endometriotis. Sakitnya rasa macam dah di hujung nyawa. Darah turun tanpa henti, muka pun dah pucat lesi. Saya dibawa naik ambulan ke hospital. Itulah satu-satunya pengalaman saya naik ambulan. Saya langsung tak mampu duduk atau berdiri. Bila Mr.Husband cuba angkat, saya rasa sakit sangat3. So, terpaksalah panggil ambulan. Lepas buat procedure di UKMSC, terus ok lepas tu.

Berbalik kepada cerita tadi, masa sakit baru-baru ni, air mata dah bercucuran sebab terlalu sakit. Masa sakit nak bersalin saya tak pernah menangis pun, tapi sakit yang ni memang tak tertahan sangat rasanya. Sebab dah tak mampu nak jalan, klinik bawak wheel chair ke kereta. Mr.Husband sempat buat lawak. Dia kata "Ainul wilchar". Macam Usop Wilchar tu...

Doktor inject Pethidine painkiller kat punggung. Power punya painkiller. Lepas kena cucuk tu, rasa blurr je. Vertigo. Ada pusing-pusing sikit. Tapi dalam 5-10 minit lepas tu, sakit tu makin lama makin kurang. Lepas sakit dah kurang tu, barula saya rasa stabil dan tak resah gelisah lagi. Doktor buat ultrasound kat lower abdominal area (uterus) dan dia dapati, rahim saya membengkak sedikit. Untuk further checking, saya terus dirujuk ke KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH).

Sampai di emergency DSH, doktor pun buat ultrasound sekali lagi. Tapi kali ni rahim saya ok, tak membengkak pun. Maybe sebab dah tak rasa sakit, so dia dah back to normal. Cuma ada cyst sebesar 1cm di sebelah kiri which is normal katanya.

Lepas tu doktor cakap dia nak buat futher checking iaitu Vaginal swab dan pap smear. Saya dah berdebar-debar dah. Macammane la agaknya. Sakit ke tidak... huhu... tapi sebab nak investigate punca saya sakit tu, saya pasrah je la. Doktor suruh saya baring, kemudian dia masukkan satu alat (besi) ke vagina dan... keluarkan semula. That's it. Rasa macam doktor buat checking untuk dilation during labor tu aje. Tak sakit mana pun. Sorry ye kalau yang membaca ni rasa tak selesa, saya cuma nak share experience je
*(^_^)*

Saya diberi 2 jenis antibiotik iaitu Augmentin 625mg dan Metronidazole 400mg selama 5 hari dan beberapa ubat for muscle relaxation.

Tiga hari kemudian, DSH call saya untuk inform tentang hasil ujian sample yang diambil dari bawah tu. Hasilnya saya kena infection 2 jenis bakteria. Tapi doktor cakap saya akan OK once saya complete makan combination 2 jenis antibiotik tu... Syukur Alhamdulilah saya dah OK. Saya sebenarnya takut sangat sakit tu datang lagi... huhu... especially sebab saya dah ada history endometriotis dulu...