My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 2011

Actually saje nak tunjuk gambar anak2 saya dan sepupu2nya ni. Excited sangat. Sebenarnya time raya ni, budak2 yang paling seronok. Se-dua-tiga menjak kami beraya di KL ni, ada rasa kureng sikitlah feel raya. Memang berbeza sangatlah beraya di bandar dengan di kampung. Actually dengan kata lain, semuanya berubah sejak arwah ayahanda sakit teruk. Start raya haji tahun 2009 kami berkampung kat Subang je sebab condition ayah yang tak berapa ok. Kalau balik kampung susah pulak kalau ada emergency. Hospital Jengka tak reliable langsung.

Berbalik kepada kemeriahan raya tahun ni... tak meriah mana pun. Raya Haji tahun ni giliran kami adik-beradik lengkap. Maksudnya, semua turn family sini, bukan mertua. Jadi, penuhlah anak-anak sedare. Termasuk anak-anak saya, ada 15 orang kesemuanya. BARU 15!!! Amirul je yang miss sebab balik Semanggol.

Kali ni Adrianna dan Aleesya pakai jubah. Jubah lama dah tu, mak beli kat Mekah dulu.

Menu wajib kami masa raya, kalau kat Jengka, mesti buat lemang, ketupat yang anyam tu & tapai tapi kat sini leceh sikitlah, so mak dan kakak2 chef buat nasi impit Adabi, kari ayam, kuah kacang, rendang daging, pulut dan ada menu tambahan ikut selera keluarga. Kali ni kakak chef buat mee rebus... sebab celebrate birthday anak2 dia sekali yg lahir bulan November. Aktiviti wajib ialah MAKAN, dari pagi sampai malam. Satu perut jadi tiga. Kembang tak hingat :-D

Since beraya kat Subang, memang tak pegi ke mana pun. Lepak je la ngadap TV sambil MAKAN. Lupakanlah seketika pasal diet, lepak tepu, kolestrol dan makanan seimbang sebab kalau fikir sangat, tak enjoyla makan sup gearbox... hehe... dan sejak anak menantu Cik Sharrah ni berkecimpung dalam dunia bisness, kami kalau berkumpul adik-beradik, talking about business tu... ececehh... Alhamdulillah, ikut sunnah Rasullullah.

Salam Aidiladha. Semoga mak ayah Wardah dan Abg Atan (sepupu kami) dipermudahkan dalam segala urusan di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanahair.

Thursday, August 11, 2011

Setahun Berlalu

Sembilan Ramadhan tahun ni, genaplah setahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya masih terbayang suasana di wad tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Malaya...

Pukul 4.30 petang 8 Ramadhan, saya mintak kebenaran kat boss nak balik awal sebab ayah tengah nazak... Sampai je situ, ayah dah separa sedar. Dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Cuma berbaring... dadanya berombak, tidak seperti hari sebelumnya, ayah masih mampu berbual pendek.

Mak cakap sejak semalam lagi ayah tak habis-habis mintak semua anak-anaknya berkumpul. Kami kerap melawat, cuma tidaklah datang sekali 5 beradik. Ikut kelapangan masing-masing. Kemuncaknya petang rabu tu la mak suruh kami segera turun. Actually hari sebelumnya (Selasa) saya dah ambil EL, tapi menengokkan condition ayah ok petang tu, so esoknya saya ke ofis seperti biasa.

Masih terbayang-bayang saat azan Maghrib berkumandang... kami semua berbuka dengan air masak je. Satu botol air mineral tu di pass-pass... Sebab semuanya tengah mengadap ayah, kami 5 beradik dan menantu2 mengelilingi katil, sibuk baca yasin untuk ayah. Keadaan masa tu tegang... tense sangat. Dah lepas Isyak barulah kami turun kejap ke kafe cari makan. Lepas tu naik semula, dan sambung bacaan yasin. Mak langsung taknak makan. Minum air sikit je. Mak cakap "dah kenyang".

Secara jujur, saya tak sanggup tengok ayah tercungap-cungap. Doktor cakap kanser dia dah merebak ke semua bahagian... termasuk otak. Ada satu tiub dimasukkan ke dalam tekak dan terus ke perut... untuk mencuci perut ayah. Yang keluar hanyalah air hitam. Ayah skinny sangat. Dah tak mampu makan. Cuma minum susu khas melalui tiub. Pada saya, kanser memang jahat!

Ramai jugak sedara-mara yang datang melawat malam tu setelah dikhabarkan condition ayah yang semakin tak menentu. Saya dan adik-beradik lain tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa semoga Allah kurangkan kesakitannya. Yasin memang tak putus-putus.

Sampai la dalam pukul 3 pagi... saya terlalu mengantuk dan terlena di sofa depan. Tiba-tiba dikejutkan oleh adik-beradik lain. Waktu sahur 9 Ramadhan. Masa tu, abang saya baru nak turun beli makanan untuk sahur.

Ketika umat Islam di Malaysia sedang bersahur... ketika itulah Allah menjemputnya. Tenang. Senyum je.

Mak cakap, selama bertahun-tahun tiap kali ayah sakit teruk, dia tak pernah suruh kami 5 beradik datang sekaligus. Tapi permintaan 2 hari sebelum dia pergi... betul-betul permintaan yang terakhir sebab sehari sebelum tu, dia dah tak mampu berkata-kata lagi.

Pagi semalam, mak call saya, menangis-nangis... suruh ke kubur baca Yasin untuk ayah. Mak kat Jengka sekarang, sebab tu tak dapat pergi kubur di Kota Damansara. Setahun tu kejappp sangat rasanya. Malam sebelumnya saya tak boleh tidur. Anak dia yang paling degil dan 'nakal' ni teringatkan arwah ayah.

Syawal tahun ni mak tentu sepi sekali lagi tanpa ayah. Mak cakap nak raya kat Subang je sebab kubur ayah kat sini. Kena pulak giliran kami beraya di rumah mertua tahun ni. Lagi sepilah dia. Tahun lepas memang giliran kami semua berkumpul, cukup 5 beradik, cuma ayah je yang dah takde...

Semoga arwah ayah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Masih jelas terbayang mimpi saya bertemu ayah beberapa bulan yang lalu... Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus...

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Dr.Zahira dan Dr.Azman

Syukur Alhamdulillah Zahira dah selamat bergelar isteri kepada Dr.Azman. Diorang ni sekolah sama masa kat Kolej Yayasan Saad. Lepas SPM, sama-sama ambil medic kat Rusia. Kat sanalah percintaan diorang makin mekar dan mekar. Lepas grad, balik Malaysia dan tak lama lepas tu terus ikat tali pertunangan dan kemuncaknya pada malam 23 Jun lepas, kedua-duanya sah bergelar suami isteri di Masjid Wilayah. Meriah sungguh majlis perkahwinan Zahira dan Azman. Pada pagi Sabtu 25 Jun, majlis resepsi diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Keramat Permai, manakala pada sebelah malamnya pula diadakan majlis yg penuh gilang gemilang di One World Hotel, Bandar Utama yang turut dicemar duli oleh Sultan dan Sultanah Pahang, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dan barisan menteri-menteri yang lain. Pergh.. itulah majlis terbesar penah saya hadiri. Datuk Siti dan Datuk K pun ada. Zahira (kakak) ni menjadi contoh yang baik kepada adik beradik dan sepupu sepupunya. Seorang yang sangat bijak dari kecik lagi. Masa SPM, dia best student dalam batchnya... dapat semua A's. Samalah macam ayahnya juga, Ir Zohari Sulaiman yang kami panggil CuE, adik bongsu mak. Dr.Zahira kini bertugas di bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Dr.Azman pula bertugas di Hospital Serdang. We glad untuk kakak dan semoga kakak berbahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel-comel, yang soleh dan solehah dan dimurahkan rezeki selalu... Aaaminnn...

Tuesday, December 14, 2010

Shaizwan's 30th Birthday

Selamat Hari Lahir kepada Mr.Husband terchenta, Mohd Shaizwan bin Mohd Saffian. Semoga bahagia dengan Ibu, Adrianna dan Aleesya. Moga dimurahkan rezeki kita. Murah rezeki suami maka murahlah rezeki isteri *(^_^)* Dah masuk angka '3'... hihi...

Malam tadi Mr.Husband ada dinner Maybank. Balik pukul 12.30am. Masa buka pintu, Adrianna jerit "Selamat Hari Jadi Ayah". Bagi kad Mickey Mouse yang ditulisnya sendiri. Adrianna baru nak sekolah tahun depan tapi dah mula belajar menulis. Mr.Husband bawa balik banyak belon hidrogen. Melompat-lompat dua puteri itu. Rasa 'gegar' & gamat rumah akibat lompatan tanpa henti dua orang budak montel. Tidur lambat pulak tu.

Aleesya suka cium bunyi meletup-letup kat pipi ayah.. dan meninggalkan amilase segar di situ. Basah habis. Pagi tadi di rumah babysitter, Adrianna cakap, "Mak, hari ni birthday ayah". Semoga Mr.Husband dikurniakan olehNya kesihatan yang baik, peningkatan dalam kerjaya dan happy happy happy, dirahmati oleh Allah swt.

Monday, October 4, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 2

Pada September 2006, saya mengandung 7 bulan. Ayah perlu menjalani 3 pembedahan jantung di IJN iaitu pintasan jantung, tiub jantung berlubang dan satu lagi saya tak ingat, diketuai oleh Datuk Dr. Azahari (doktor yg bedah Tun Dr.Mahathir). Pembedahan berlangsung selama 10 jam dari pagi sampai malam. Bayangkan betapa kompleknya pembedahan tu. Kami tunggu di rumah je. Selesai pembedahan, ayah ditempatkan di ICU. Pukul 12 tgh mlm, hospital call saya mengatakan ayah dalam keadaan kritikal. Semua anak2nya diminta ke hospital. Ayah mengalami infection, dadanya terpaksa 'dibuka' semula. Pembedahan segera harus dilakukan. Mak stay di rumah kami masa tu, di Pandan Jaya tak jauh dari IJN. Kami bergegas ke sana.

Ingat lagi malam tu ada perlawanan England vs Brazil, quater final World Cup 2006. Kami bermalam di hospital. Saya dan mak bentang tikar atas lantai, tidur sambil menunggu di luar bilik pembedahan. Adik beradik lelaki turun ke lobi menonton perlawanan. Yg lain tidur di kerusi. Saya rasa tak selesa tidur duduk dgn perut memboyot tu, sebab tu saya bentang tikar. Tak ada orang lain cuma kami je 1 family. Doktor yg melakukan pembedahan keluar dalam pukul 3 pagi, dia nampak penat sangat. Terketar2 kerana fokus dah mula lari dan tak cukup rehat. Mencari lubang halus dalam darah tentulah sukar namun dia berusaha sedaya upaya. Ayah Mawi juga berada ICU pada masa tu, selalu jugala jumpa Mawi (nak cerita jugak tu!). Tak lama lepas tu ayah beransur pulih. Namun ayah tak seaktif dulu, pergerakannya terbatas. Dia perlu makan ubat sepanjang hayat, mesti punctual untuk mengawal kepekatan darah supaya aliran darah ke jantung lancar.

17 November 2006, saat saya nak melahirkan anak pertama di UKMSC... mak dan ayah juga menunggu di hospital di dalam bilik saya. Ayah tak bawa ubatnya ke hospital semasa menunggu. Jadi dia miss beberapa time makan ubat. Contraction saya agak lama iaitu dari petang 17hb sehingga pagi 18hb. Dalam pukul 4.30 pagi, saya dimasukkan ke labour room ditemani suami. Bayangkan pada masa tu, suami diminta balik untuk mengambil ubat ayah, pada saat2 saya amat memerlukan suami di sisi. Saya rasa sedih sangat masa tu tapi pada masa yg sama rasa tersepit kerana kasihankan ayah yg perlukan ubatnya. Mak agak marah pada masa tu atas keengganan ayah membawa ubatnya dari awal lagi walaupun sudah diperingat semasa sebelum ke hospital. Seorang ibu (mak saya) tentulah faham bagaimana situasi genting saya pada masa tu. Saya tak putus2 berdoa semoga Wan cepat sampai sebelum saya bersalin. Syukurlah Wan berada di sisi saya semasa semuanya berlaku. Adrianna Sofea pun dilahirkan melalui c-section selepas beberapa komplikasi berlaku.

Saya tak terus balik ke kampung kerana ketidakselesaan selepas pembedahan. Saya berpantang di rumah sewa kami di Pandan jaya. Tiga minggu selepas bersalin, saya mengalami pendarahan teruk. Secara tiba2, darah keluar tak henti2 dari vagina dengan banyaknya. Pada saat2 genting tu, ayah berada di sisi saya di dalam bilik, berdoa untuk saya. Saat tu otak saya playback dari zaman kecil, sekolah, grad, kerja, kahwin dan bersalin. Fikiran saya bercelaru kerana menahan sakit. Saya rasa macam dah nak putus nyawa. Sakitnya lebih teruk dari contraction semasa bersalin. Saya hanya mampu berbaring dan menahan sakit. Badan saya mengigil kesejukan dan kebiru2an kerana banyak kehilangan darah. Bayangkan sehelai kain batik tu dipenuhi darah, boleh perah. Mak memangku Adrianna. Wan pula sedang sibuk 'mencari' ambulans. Ayah je la di sisi saya. Satu demi satu ambulans tiada, hospital busy, PBSM busy, St'John pun busy, akhirnya dapat juga yg Pertahanan Awam. Itulah pengalaman pertama saya menaiki ambulans. Doktor mengesahkan saya mengalami endometriotis dan perlu menjalani pembedahan DNC dgn segera. Ada ketulan darah di dalam rahim saya sebesar janin 4 bulan disebabkan infection. Itulah risiko cesarian section, tapi amat jarang berlaku. Cuma saya tak bernasib baik.

Tak berkesempatan lagi nak sambung Episod 3.
Episod 1 di sini.

Friday, September 24, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 1

Saya teringat masa saya kecil dulu, ayah mesti hantar dan ambil saya dari sekolah. Sebenarnya jarak Sek.Keb. Jengka 16 dengan rumah saya tidaklah jauh sangat tapi keadaan muka bumi yg berbukit bukau menyebabkan jaraknya jadi 'jauh' dan memenatkan. Tambahan pula, masa tu saya boleh tahan chubby. Begitu juga semasa di Sek.Men, ayah hantar saya setiap pagi ke bus stop.

Ayah seorang yg pendiam. Kami jarang berbual. Ayah akan menuruti apa saja permintaan saya dalam memenuhi selera makan especially. Tapi saya tak minta yg bukan2 sebab saya tahu kami bukan orang senang. Menurut mak, syukur sangat ayah diterima masuk Felda sebab Felda telah merubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni, mak dan ayah tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Hanya menampung kehidupan dengan kerja2 kampung je. Kesemua adik-beradik saya lahir di Perak. Sayalah satu-satunya anak Jengka.

Ayah berasal dari Kg.Temong, Kuala Kangsar, Perak. Tok Temong adalah moyang kepada ayah. Sejarah keturunan Perak ada mencatatkan sumbangan Tok Temong dalam Kesultanan Negeri Perak. Itu sekadar sejarah lampau yang tak pernah ayah ceritakan kepada kami. Bimbang timbul rasa 'lagak' di kalangan anak2nya. Kami dapat tahu salasilah asal dari sepupu2 senior.

Ayah saya seorang yang sangat sederhana. Humble and a good follower. Dia enggan menerima sebarang harta pusaka. Bagi ayah, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan untuk dia dan anak2. Mungkin disebabkan ayah mempunyai adik-beradik yg ramai. Dia seorang yg cepat mengalah. Walaupun kami jarang berbual, ada satu cerita yg dia suka ceritakan kepada kami betapa dia melalui kehidupan yg sukar semasa kecil kerana kehilangan bapa pada usia yg sangat muda. Dia tinggal dengan kakak kesayangannya di Perak. Ayah selalu 'turun' Sungai Perak untuk mencari ikan atau apa saja hasil sungai untuk dibuat lauk walaupun pada waktu malam.

Ayah berkahwin dengan mak pada tahun 1963 atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah bertemu langsung sebelum tu. Nyata jodoh mak dan ayah panjang... sehingga ke akhir hayat...

Semasa di tingkatan 3, saya gembira dapat berikan kejayaan untuk mak dan ayah dengan meraih gelaran best student PMR 1996. Ayah naik stage ketika majlis penyampaian hadiah mewakili saya. Walaupun ayah seorang yg pendiam, tapi saya tau hatinya berbunga riang pada waktu itu.

Semasa semester akhir Ijazah, saya berjaya memberikan keputusan yg baik untuk mak dan ayah. Ayah sangat bangga dan selalu bercerita kepada kawan2nya betapa saya berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah. Memang itu cita2 saya. Namun keadaan kewangan tidak mengizinkan. Saya tak sambung Masters pun. Selepas degree, saya terus kerja di Dagang Net pada tahun 2005. Mak dan ayah hendak ke Mekah pada tahun tu. Ayah pula baru disahkan menghidap sakit jantung. Mujur doktor tak menghalang ayah ke sana. Saya dan Wan bernikah terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke Mekah atas permintaan mak dan ayah.

Majlis resepsi saya dan Wan diadakan 2 minggu selepas mereka pulang ke tanahair, 18 Feb 2006. Sehari sebelum majlis, ayah tiba2 rebah. Malam sebelum resepsi saya tak seperti pengantin2 yg lain. Malam saya dan adik beradik lain dihabiskan di Hospital Jengka dengan bacaan Yaasin. Ayah nazak sangat malam tu. Nurse menjenguk pun tidak. Kejam sangat hospital tu. Saya masih teringat saat2 mak menangis dan berdoa kepada Allah supaya ayah jangan pergi dulu, tolonglah... tidak pada hari perkahwinan saya. Saya tak terkata apa. Dengan izin Allah, keadaan ayah beransur stabil.

Semasa majlis perkahwinan saya, orang kampung masak secara bergotong-royong, jadi bayangkanlah bagaimana keadaan rumah selepas kenduri. Majlis perkahwinan saya tanpa ayah di sisi. Ayah terlantar di hospital. Kami ke hospital dengan memakai pakaian pengantin. Saja nak tunjuk kat ayah bagaimana rupa pengantin. Segan juga bila semua doktor, patients & pelawat pasang mata ke arah kami.

Esoknya, saya dan Wan sahaja yg kemas & bersihkan keliling rumah, hanya berdua. Penatnyalah masa tu. Lepas Ngah, Abg Lan, Kak Ija dan semua balik dari hospital, barulah ada pembantu. Selepas semua selesai, kami segera uruskan pemindahan ayah dari Hospital Jengka yg very sucks tu ke PPUM dengan menaiki ambulans. Abg lan teman ayah dalan ambulans, macam halilintar katanya. Punyalah laju.

Ada hikmat kenapa mak dan ayah minta kami nikah gantung dulu dan disusuli resepsi 2 bulan kemudian. Supaya ayah boleh jadi wali sebab masa tu ayah masih dalam keadaan sihat...

* nanti saya sambung lagi Episod 2

Tuesday, March 2, 2010

Perubatan Syifa

Saya pernah dengar tentang satu kaedah perubatan Islam yg dikenali sebagai Syifa. Sejak ayah sakit, macam2 cara diikhtiar utk bantu ayah ringankan kesakitannya. Sehinggalah satu hari kak ngah saya terbaca tentang Perubatan Syifa Al-Hidayah yg dipelopori oleh Hj Lokman Abdul Hamid. Kaedah perubatannya ialah dgn mengamalkan bacaan surah2 di dalam Al-Quran. Info tentang Syifa Al-Hidayah di sini.

Kali pertama berjumpa, Hj Lokman akan 'diagnos' dulu pesakit dgn cara mayanya. Gifted. Sangat mengagumkan. Hj Lokman cakap cancer ayah saya dah berada di stage 4 which is bad. Ayah diminta membaca 2 surah, satu selepas solat subuh, satu lagi selepas solat maghrib atau Isyak selama 3 minggu atau sehingga rawatan susulan. Dgn izin Allah, ayah saya adalah energy sikit. Kalau tak tu lemah dan down aje.

Masa follow up yg seterusnya, saya pun ikut sama ambil nombor nak berjumpa dgn Hj Lokman. Sebab saya ni selalu sangat sakit kepala dan sakit perut. Consultation hanya pada waktu malam dan hari minggu sbb on weekdays, Hj Lokman ni kerja. Masa malam saya jumpa dia tu, dia cakap saya ada blockage. Ada salur darah yg tersumbat di otak. Bunyi agak scary... sebab itu la saya selalu sakit kepala. Bab sakit perut tak dinyatakan pula.

Apa yg saya alami bila sakit kepala, saya rasa dunia ni berombak2. Pandangan mata hilang fokus dan seperti menggelamun. Saya tak boleh nak lihat satu objek di depan saya dengan nyata, zig-zag. Saya terasa di awang2an dan sangat penat. Rasa nak tidur je, mengantuk memanjang. Kepala berdenyut2, rasa macam mengembang mengempis. Dgn gegaran ketika berjalan pun sudah cukup menyakitkan. Disebabkan itu, saya rasa stress. Ditambah pula dengan persekitaran yg tidak/enggan memahami...

Saya diminta baca Surah Al-Isra' Ayat 40-55 sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib/Isyak dan Surah Al-Anbia' Ayat 82-90 sebanyak 3 kali selepas solat Subuh/pada waktu pagi. Hj Lokman ada bagi 2 botol air penawar. Next follow-up ialah pada 28 April 2010. InsyaAllah, saya sedang mencuba.

Kalau org perempuan, diminta pakai telekung masa berubat dan seeloknya ada wudhu'. Hj Lokman tak mengenakan sebarang bayaran. Cuma dia ada letakkan 2 tabung di kliniknya. Satu tabung utk surau, satu tabung utk keperluan klinik. Dermalah seberapa banyak seikhlas hati mengikut kemampuan. Bagusnya la kan. Selalu tolong orang. Tiap2 malam org dtg berubat kat rumah/klinik dia sampai pukul 3-4 pagi. Esok pagi2 dah nak kena pergi kerja, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Moga murah rezeki dia.

Monday, March 1, 2010

Sawan Tangis

Saya terbaca satu artikel di sini tentang 'Sawan Tangis' which I think is very useful.

Pada Jumaat lepas, kami pulang ke kampung suami utk meraikan majlis (28/02) untuk menyambut orang baru yg bernama Firzanah Syakira yg baru berusia 44 hari. Ada masalah yg berlaku pada Firzanah which is sampai mama, papa, opah... dan seluruh ahli keluarga dah tak tau dah nak buat macammana. Dia kerap menangis dan menangis terutama pada jam selepas 12mlm. Hari Jumaat mlm Sabtu tu, Firzanah menangis dari pukul 2am lebih sampai pukul 5am sampai dah mengeras2 badan, selak... non stop tau!

Hari Sabtu malam Ahad tu pun sama. Menangis tanpa henti dari pukul 1.00am sampai pukul 5am. Selepas itu, mama dan papanya terus bawa baby ke Wad Kecemasan Hosp. Seri Manjung utk rawatan in case baby ni ada masalah kesihatan. Setelah di jalankan quite thorough checking ke atas heart, lung dan keseluruhan bdn, ternyata baby ni sihat. Hmm... yg 'kelakarnya', baby ni senyap dan tidur masa dalam kereta on the way ke hospital.

Buntu dgn apa yg terjadi... InsyaAllah nak perdengarkan CD yg ada surah2 yg boleh menghalau seisi rumah dari gangguan jin dan syaitan... Tgh cari lagi CD tu.

Sedikit petikan dari artikel yg saya baca tu:

"PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam... "

"... Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis... "

"... Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi..."

"... Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak..."

"... Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis..."

"... Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan ... kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah..."

"...Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya..."

Wednesday, October 14, 2009

Ainul's Birthday

11th October. I rarely celebrate my birthday. Last time he bought me a cake, 2 years ago. I am a kind of shy person (ya ka?)... wont' tell anyone it's the day. In fact, my friends and I were having gathering at my home on that night but no one knows.

This is my 28th birthday. I'm getting older. Wrinkle start exposing a bit... nature. We used to plan, by the age of before 30, we should own a house... yes got it, and a new car (InsyaAllah). Perhaps a bigger one since Adrianna and Aleesya is not as 'small' as their age. Obviously.

It's just a simple celebration. Have a cake - light the candles - blow - eat it. That's it. We have this at my eldest sister's house at Subang Permai. My mom, niece and nephew were there. While my sis and bro-in-law at PPUM, bringing my father who was not feeling well (again).

It's a new delicious Secret Recipe's strawberry choc cake. Written on top:
"HAPPY BIRTHDAY IBU. FROM: AYAH, ADRIANNA & ALEESYA"

Alhamdulillah. Thanks Mr.Shaizwan for all this *(^_^)*

Wednesday, October 7, 2009

Aidilfitri 2009

Tahun ini, baju raya kami color biru. Baju aku, Adrianna dan Aleesya sedondon dari kain yg sama. Disebalik kisah baju2 ini, aku telah tersalah ukur saiz anak-anakku yg ternyata sangat cepat membesar. Aku ingatkan saiz tu dah cukup besar dan longgar, jadi boleh la pakai lagi untuk tahun depan tapi rupa2nya sangkaanku meleset sama sekali. Baik Adrianna mahupun Aleesya, dua2 dah ngam2 je terutama di bahagian pinggang. Harap2 sempat untuk at least raya haji nanti.

Raya pertama pada tahun ini, 20/09/2009 (nice date!) adalah birthday Atuk Aziz yg ke-?... Kami belikan Classic Cheese Cake untuk Abah. Semoga Abah panjang umur dan murah rezeki.

Pada hari raya ke-4, kami berkelah di Teluk Batik; Adrianna's special request. Mak mentua masak nasi lemak. Seperti biasa, sementara Ayah dan Adrianna mandi laut, aku dan Aleesya lepak dalam khemah. Seronok dapat lepak2 macam ni. Lupa pasal kerja! Seronoknya cuti. Pejam celik dah habis cuti 10 hari. Maka, bermulalah episod Monday bluess...

Tuesday, October 6, 2009

Ayah

Hampir 4 tahun lalu, sehari sebelum majlis perkahwinanku, aku keluar ke Temerloh mencari bunga telur dan kek hantaran di saat2 akhir. Sebaik pulang ke rumah, rupa2nya ayahku jatuh sakit dan dihantar ke Hospital Jengka. Aku yg terakhir tahu.

Ayah sesak nafas teramat sangat. Malam itu, ayah sangat-sangat-sangat kritikal. Mak berdoa agar ayah tidak pergi meninggalkan kami pada hari majlis resepsi perkahwinanku. Bakal pengantin pulang pada pukul 3 pagi.

Majlis berjalan dengan baik tanpa kehadiran ayah di sisi.

Ayah kemudiannya dipindahkan ke PPUM supaya lebih dekat dgn anak2. Selepas itu berulang ke IJN. Ayah telah menjalani 3 pembedahan jantung sekaligus. Dia perlu makan ubat seumur hidupnya. Ayah ceria kembali.

Tahun lalu, leher ayah ditumbuhi sesuatu. Pandangan demi pandangan telah dirujuk. Sah, ayah menghidapi kanser tiroid. Satu demi satu... radikal bebas memakan sel2 ayah. Keadaannya lemah dimamah usia dan penyakit. Enggan melepaskan ayah untuk sessi kemo. Pelbagai alternatif rawatan dicuba... tradisional, herbapathi dll, semuanya hampa.

Kelmarin, kami sibuk ke open house. Hp tertinggal di rumah. Ayahku sesak nafas lagi. Kali ini akibat sel kanser yg telah merebak ke paru2 menyebabkan kesukaran bernafas teramat sangat. Sangat2 kritikal.

Again, aku org yg terakhir tahu. Byk misscalled.

Di emergency unit, critical zone... syukur Alhamdulillah ayah beransur baik. Kami pulang jam 3 pagi. Mak temankan ayah di Hosp.Sg.Buloh. Kata ayah, sakitnya sama seperti yg dia alami hampir 4 tahun lalu.

Kebetulan, kedua2 insiden ni berlaku sebaik ayah pulang dari Tanah Suci. Pertama haji, kedua ni umrah. Dugaan ini sangat berat.

Ayahku jenis yg sangat pendiam. Kami jarang berbual tapi dia rajin melayan ngada2ku masa aku kecil. Aku yang bongsu. Mak garang.

Semoga ayah sembuh kembali. Hope miracle happen. Too much, kesian ayah tapi itu kehendakNya. Tidak dinafikan Ngah dan Abg Lan banyak menjaga ayah... Thank u very much... we love u.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 2009

Balik kampung

"o o o balik kampung, balik kampung..." Lagu Sudirman ni memang popular di saat umat Islam ingin pulang ke kampung untuk berhari raya. Sambil2 dalam perjalanan tu, dengar lagu2 raya. Fuhh... touching habis! Kami akan mula bercuti pada hari esok, 17/9 hingga 27/9/2009. Tak sabar rasanya hendak bercuti panjang. Tahun ini, giliran Seri Manjung, kampung halaman suamiku. Setiap tahun kami bergilir ke Jengka ataupun Seri Manjung. Adilkan. Rasanya nanti, agenda wajib ialah balik ke Bkt Gantang (rumah opah suamiku) dan ke Teluk Batik. Jadi, kepada semua rakan taulan dan saudara maraku yg dikasihi, pandu dengan cermat dan semoga kita selamat sampai ke destinasi masing2. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Jemputlah datang ke rumah.

Monday, August 24, 2009

Umrah

Sekejap je masa berlalu, Ramadhan dtg lagi. Tahun lepas, aku berjaya puasa penuh. Masa tu Aleesya di dalam perut. Alhamdulillah kehamilanku tiada sickness, tak lalu makan atau sebarang masalah yg serius, cuma masalahnya aku terlalu suka makan dan semua benda nampak sedap (err... serius jugak tu!). Akibatnya, berat badanku naik 25kg+.

Puasa kali ni agak mencabar juga kerana ini kali pertama aku berpuasa dan breastfeeding. Dahaga. Tapi 2 hari berlalu dengan mudah dan tanpa rasa lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Pada 1 Ramadhan lalu, mak, ayah, kak ngah dan abg lan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bestnya (kitorg ni tak mampu lagi... hik hik). InsyaAllah satu hari nanti...

Di hadapan kaabah, ku mohon supaya mak dpt mendoakan kebahagiaan hidup kami; aku, wan, Adrianna dan Aleesya. Bahagia selama2nya. Dan ku minta jasa baik mak semoga dapat mendoakan agar Asyraf cepat sembuh seperti sediakala. Mak pun turut amat bersimpati dgn Asyraf.

Friday, August 21, 2009

Birthday mak

20 Ogos 2009 merupakan birthday mak mertuaku yg ke52, Pn. Zobedah Zabidi, seorang pesara PDRM. Kepayahan mak dalam membesarkan anak2 seorang diri amat dikagumi. Keempat2 anaknya telah berjaya ke menara gading. Semoga mak sentiasa sihat, ceria, bahagia, murah rezeki, dilindungi oleh Allah s.w.t dan moga segala impian mak menjadi kenyataan. Diharap doa restu mak dan abah mengiringi kami selalu.

Kek utk mak tertulis "OPAH 52" ikhlas dari Adrianna dan Aleesya. Kami dah celebrate pada hujung minggu lalu kerana pada minggu ni kita sudah mula berpuasa. Kami makan besar di Medan Ikan Bakar, Teluk Muroh, Lumut. Sedapnya seafood dia (Makcik, tolonglah bukak branch kat KL ni!).

Friday, August 14, 2009

Emir Wahid Asyraf - III

Yesterday the eye specialist did not come up. Doctor said that physically, Asyraf is healthy. Therefore, he can discharge today.

However, he needs to be intensively cared within 6 months. Wardah will be on leave during that period. There'll be lots of appointments coming up. Doctor needs to check his eyes, ears etc.

Today, he smiles... and that make us very happy enough to see even just a slight positive improvement from Asyraf. Time is not the problem... it's just HOPE that he is as healthy, normal, active and smart as ever before. InsyaAllah.

Thursday, July 30, 2009

Our faces

Whose faces are quite similar?
A. Aleesya and I
B. Aleesya and her ayah
C. Adrianna and I
D. Adrianna and her ayah
E. Aleesya and Adrianna
F. None of the above

Last night, while having dinner at Noodles Station @ Giant Kota Dsara which is sooo marvelous and delicious, saje2 la tangkap gmbr ni.

Tuesday, July 7, 2009

Kenduri kendara

Minggu lepas, hujung minggu kami ialah kenduri, kenduri dan kenduri. Dari hari Jumaat petang, Sabtu dan Ahad. Pengantin yg sama. Jumaat nikah, Sabtu kenduri belah perempuan, Ahad kenduri di rumah lelaki. Sepupu suamiku baru menamatkan zaman bujangnya. Kedua2 mempelai orang Klang. Selamat pengantin baru kepada Shieba dan Shawal.

Panas, panas dan panas sungguh cuaca pada ketiga-tiga hari tu. Adrianna dan Aleesya seronok tengok pengantin. Adrianna suka makan nasi beriani kenduri hari tu. Memang sedap pun. Adrianna dah besar, so dah pandai suap sendiri. Taknak ibunya suapkan dah...

Bila dah rasa panas semacam, Aleesya dan Adrianna nak minum susu, mata pun dah kuyu. Penat dan mengantuk. Kami lepak dalam kereta.

Ni gambar Adrianna dan Fatihah (9thn), anak sepupu yg mana iras wajahnya sebijik macam Adrianna. Muka Adrianna macam muka Fatihah semasa kecil. Macam adik beradik pulak. Aleesya pula dengan opahnya.

Wednesday, March 11, 2009

Relaks

02 Mac - Selepas habis kenduri kendara, kami pergi bersantai di Teluk Batik. Adrianna memang tak habis2 request "nak mandi laut"... Permintaan standard dia kalau balik ke Seri Manjung. Kami ambil cuti sampai 03 Mac, jadi kesempatan yg ada dimanfaatkan sepenuhnya. Saja2 nak release tension + penat selepas kenduri. Opah, atuk, acik, nenek pun mandi sama. Aku je yg tak mandi, lepak2 dalam khemah.

Kenduri AdikPi Kahwin

Majlis resepsi diadakan pada 28hb Februari 2009 bersamaan hari jadi pengantin perempuan yang ke-25. Kedua2 mempelai memakai baju songket ungu sedondon pada hari persandingan. Seramai lebih kurang 1000 jemputan hadir untuk memeriahkan majlis. Mengikut cakap orang tua2, kalau pengantin tu pernah makan dalam periuk, hujan akan turun dengan lebatnya pada hari perkahwinan, tapi Alhamdulillah cuaca baik je sepanjang hari tu. Lulus...

Raja Sehari di singgahsana ditemani dayang2.

Majlis di pihak lelaki diadakan pada keesokan harinya, 01 Mac 2009 di Hutan Melintang, kira2 satu jam perjalanan dari Seri Manjung.

Ada big baby yg tak lepas peluang bergaya pada hari bsejarah ACU-nya. Adrianna pun pakai dress ungu. Jadi penyeri majlis ala2 flower girl. Mak pengasuh Adrianna pun ada datang dari Kota Damansara. Seronok dia bila nampak 'mak' dia datang.