My heart, my soul, my joy & my happiness!

Showing posts with label My Info. Show all posts
Showing posts with label My Info. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Ya Allah, selamatkanlah Gaza...


Apa yang anda rasa bila baca artikel ni?

Saya terkesima... betapa mulia hati insan bernama Dr.Gilbert ni. Beliau menghabiskan masa dewasanya berbakti di bumi Gaza. Walaupun pada mulanya hanya diarah berbuat demikian, tetapi lama kelamaan 'voluntarily' muncul dalam jiwanya, ikhlas untuk membantu mangsa2 kekejaman Israel yg dihujani bom saban hari.

Subhanallah... alangkah bagusnya jika beliau seorang Islam. Mari kita berdoa agar beliau sinari dgn Nur Islam suatu hari nanti.

Dulu masa sekolah menengah, saya pernah berangan nak jadi sukarelawan yg dihantar ke tempat2 yg tak stabil seperti ini. Contohnya masa tu tengah hot dgn perang antara Bosnia-Servia. Syukurlah Bosnia dah capai kemerdekaan. Masa tu berangan nak jadi doktor. Tapi tu la... belajar pun malas, cemanne nak ambik medic... hihi...

Kalau anda rajin google blog2 pro Israel, anda akan baca tentang provokasi mereka terhadap kekejaman org Palestin, walhal sebenarnya Israellah yg menyerang org Palestin, top spinner betulla! Media2 barat terutama di US banyak menyebarkan berita palsu tentang betapa kejamnya rakyat Palestin, padahal merekalah setan sebenarnya. Sebab tu ramai rakyat2 marhein US terpedaya dgn berita2 pelesu (palsu) tu.

Berani betul Dr.Gilbert ni cabar Obama. Thumbs up! Terang2 pulak tu beliau kata Obama dan Israel adalah kepala semua kehancuran di bumi Gaza.

Menurut Datuk Dr.Musa Mohd Nordin, Presiden Viva Palestina Malaysia (VPM), sehingga tahun lepas, Israel dah curi 80% daripada wilayah Palestin dengan membunuh lebih 700 ribu org dan memusnahkan 200 kampung org2 Palestin. Palestin ni disifatkan sebagai sebuah "Open prison" yg terbesar di dunia. Rakyat dia terkurung macam banduan, tak boleh ke mana2. So, kalau ada org luar macam org Malaysia yg datang menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, mereka happy dan bersyukur sangat2, ibarat banduan yg menerima kunjungan dari org yg tersayang. Sedih tau dengar speech Dr.Musa, ada dlm website vpm.org.my.

Dr.Musa ni pun kagum sangat saya melihatnya. Beliau ni doktor tetap Aleesya kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Beliau ketua unit paedatric. Tiap kali Aleesya admitted, awal2 pagi lagi dia dah dtg wad nak check patients dia, pastu turun ke klinik dia utk jumpa yg buat appointment pulak. Lepas lunch time selalunya ada operation, pastu ptg dia akan naik wad balik, check patients 2 kali sehari, 7 hari seminggu. Dah la aktif dlm tugas sukarelawan. Bilala dia cuti agaknya. Selain sebagai Pengerusi VPM, beliau juga ialah Pengerusi Majlis Penasihat Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA). Antara insan yg superb pada pandangan saya. Mulianya tugas beliau.

Dibandingkan dgn Dr.Gilbet dan Dr.Musa, apa sangatlah sumbangan kita bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza. Saya rasa kerdil aje. Apa yg kita boleh buat ialah berdoa supaya bumi Palestin selamat dari kekejaman Israel dan boikot syarikat2 yg support Israel, selain menghulurkan derma kepada saluran yg reliable. Yg paling obvious kita patut boikot ialah Mc'Donald, dan syarikat2 rokok. Pelik ye org Israel yg cipta dan jual rokok tapi mereka sendiri tak merokok, malah kalau nak merokok kena keluar rumah. Tetamu2 kalau berkunjung ke rumah org adalah dianggap biadap kalau merokok. Fikir2kanlah wahai perokok2... dahla 'bakar duit'... huhu...
.

Thursday, July 24, 2014

Ajar anak berpuasa

Alhamdulillah hari ni hari ke-15 Aleesya Sumaira berpuasa. Ini tahun pertama Aleesya berpuasa. Mungkin sebab tahun ni dia dah mula bersekolah tadika (kat Genius Aulad Subang Bestari), teacher kat sekolah pun ada explain pasal berpuasa, niat puasa, doa berbuka dan sebagainya, jadi dia rasa bersemangat. Sebelum mula Ramadhan hari tu, kat sekolah dia teacher suruh buat poster "Welcome to Ramadhan 2014" ramai2 dgn kawan2. Balik rumah, terkezut tengok baju kena color air... hoho...

Pada hari pertama berpuasa, tough la jugak. Dia asyik tanya "dah malam ke belum?... lama lagi ke?". Masa bukak puasa, happy sangat, makan sampai 3 pinggan. Pastu ayah dia cakap "Esok kena puasa lagi tau..." Dah macam babak dalam citer Upin & Ipin tu... terkejut dia bila kita kata kena puasa sebulan... haha...

Dia faham kalau puasa tak boleh makan dan minum dari Subuh sampai malam, lepas tu kena bangun sahur. Tiap kali bangun sahur nak nasi & ayam goreng. Layan je la. Ada sehari tu kami terlewat bangun sahur, so tak sempat dah nak kejut Adrianna & Aleesya. Pagi tu saya kejut dia utk pergi sekolah. Soalan pertama dia tanya "Tak sahur ke? Aleesya nak sahurrr..." Alahai sian... Saya kata, kalau tak larat nak puasa tak payahla puasa...

Yang senangnya sebab teacher dia dah explain kat sekolah, kalau taknak puasa, tak boleh pura2 sakit. Berdosa. Kalau sihat kena berpuasa. Okla tu... dia balik rumah, terangkan kat saya... tersengih2 saya mendengarnya. Bayangkanlah budak 5 tahun bagi explanation, dengan sambil tarik2 nafasnya... adorable sungguh!

Minggu lepas Aleesya kena batuk & selesema. So, saya suruh dia minum banyak air. Dia cakap "Ibu, kan puasa, macammana nak minum air?"... haha... So, minggu lepas banyak hari la dia tak puasa. Saya takut dia sesak nafas je sebab tengah banyak kahak. So, saya FORCE dia minum banyak air masak. Sebab Aleesya ni senang kena bronchitis, sampai masuk hospital berhari2. Tak larat la saya nak tidur kat hospital. Last dia admitted bulan January lepas kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Dah macam 2nd home lak.

Sebenarnya, kami tak paksa pun dia berpuasa. Lebih kepada kerelaan hatinya sendiri. Cuma ada 2-3 hari yg dia tak tahan dgn godaan gula2. Time tu pun dah pukul 4-5 ptg, so kami suruh dia tahan je la. Sebabnya time tu bila saya & ayahnya tanya, "Bukak puasa Aleesya nak makan apa?" Dia jawab "lollipop". Huh! Tak berbaloi langsung.

Ini embah dia (mak saya) la punya pasal *(^_^)*
2 minggu lepas kami pergi Ipoh, rumah abang saya. Mak saya ada kat sana. Sebelum balik tu, dia bekalkan lollipop... banyak pulak tu. Saya memang jarangggg sangat bagi dia makan gula2. Selalunya gula2 yg anak2 saya makan tu sebab org bagi kat kenduri. Sebabnya anak2 saya ni sensitif, ada asma, so lebih baik mencegah dari mengubati. Gula2 kan tinggi dengan kandungan gula, coloring, perisa tiruan etc. Sekali diorg kena sesak nafas, takut tau tengok... especially Aleesya. Bunyi macam ayam tu. Kelam kabut bawak gi klinik, pakai nebulizer.

Bila berpuasa ni, suka sangat tengok anak2 makan masa berbuka. Full of passion... dan lebih menghargai makanan. Saya masak ala kadar je. Adalah 4-5 kali je ke pasar Ramadhan dalam sebulan ni. Susah nak jumpa yg menepati selera kita. Harga pun mahal. Tapi kalau tak larat nak masak, cari pasar Ramadhan jugak :-P

Masa saya umur 5 tahun dulu, sehari pun tak puasa...haha... Aleesya dah puasa 14 hari, InsyaAllah kalau cukup hari ni 15 hari, kira OK sangat la tu. Adrianna (8 thn) pulak baru ponteng 2 hari tahun ni. Dua2 hari tu sebab tak bangun sahur. Adrianna pun mula berpuasa masa umurnya 5 tahun, few days je la, a good start jugak anyhow.

Saje je la nak share cara saya ajar anak berpuasa, lain org mungkin lain caranya *(^_^)*
1) Kejut bangun sahur. Suruh diorg makan nasi & minum air masak paling kurang 2 gelas.
2) Bagi info tentang puasa dan keseronokan raya. Yg cikgu ajar kat sekolah lebih berkesan
3) Pantau anak2 supaya tak terlalu aktif, takut dia penat & dahaga. Suruh tengok tv je atau baca buku cerita.

Saturday, July 30, 2011

Mead Johnson, please reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid

Baru-baru ni Mead Johnson telah menaikkan kandungan DHA dalam susu Enfagrow A+. Maka dengan itu, regenya pun naik jugak le. Banyak pulak tu, dalam RM10/tin! Gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau sebelum ni regenya 2 angka aje. Sekarang ni dah jadi 3 angka.

Tiap-tiap bulan kami akan shopping susu anak dalam 10-15 tin. Enfagrow A+ untuk Aleesya dan Enfakid A+ untuk Adrianna. Perisa original sebab anak-anak saya sensitif (asma) dan tak digalakkan minum susu yang berperisa coklat, vanilla apatah lagi honey.

Bulan ni punya expenses still ok lagi sebab stok baru je dibeli pada harga lama. Bulan depan naiklah 10% untuk susu anak-anak sahaja. Dugaan. Yang kaya tokei susu tu la. Saleswoman Enfa suruh saya tulis note sebagai pengguna Enfa. Most of Enfa consumers tulis apa dalam tu tau? "Too expensive"... hehe...

Ini dia stok terbaru kat rumah kami. Cukupla sampai bulan depan. Boleh bukak kedai susu gayanya. Masa mula-mula beli susu ni dulu masa Adrianna baby, harganya dalam RM80+ je. Lepas tu naik, naik, naik dan naik lagi. Dulu-dulu berat 1 tin tu 1.8kg. Sekarang ni cuma 1.7kg je. Harga naik, tapi berat berkurang. Nak ngomel pulak... Sendiri pilih brand ni kan. Sendiri mau ingat la... hehe... Tin foils ada banyak tak hantar lagi. Nanti saya nak tulis surat lagi la kat Mead Johnson Malaysia. Kali ni nak buat ayat bunga-bunga sikit nak mintak voucher. Macam boleh?

Dear Mead Johnson, ooohh please la reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid.

Thursday, March 17, 2011

Botol susu BPA-free

Pengharaman botol susu polikarbonat memang mengejutkan saya. News yang saya baca di Utusan kelmarin membawa saya kepada satu kajian. Lebih mengejutkan, rupa2nya botol jenama Avent yg mahal dan famous tu pun menggunakan polikarbonat dalam pembuatan botol susu mereka. Pergh.. mahal je lebih! Tak percaya? Baca kat sini.

Memetik sumber berita Utusan:
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi "Bisphenol A" (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
...pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Inilah perbezaan di antara botol Policarbonate dan Polypropylene. Botol Policarbonate colornya clear dan lutsinar manakala botol Polypropylene atau yang BPA-free, colornya keputihan atau kelapu asap sikit. Lepas ni, botol policarbonate tu bolehla bagi anak2 buat main pondok2 je.

Kalau masih ragu2 nak guna Polypropylene, untuk lebih 'selamat', pakar2 menasihatkan supaya kita menggunakan botol susu yang diperbuat dari kaca which is CONFIRM BPA-free punyer. Tapi kalau botol kaca, takut pecah la pulak kan.

Beyond my thinking bila saya buka website ni dan terjumpa botol kaca yg ada sleeve yg diperbuat dari silikon pelbagai warna. Got such thing meh? Mungkin saya agak terketinggalan keretapi tapi saya betul2 kagum dan terkejut (terkejut lagi!).

Saya browse dan browse dan akhirnya terjumpa satu website ni yang senaraikan botol2 yg bebas BPA. Alhamdulillah ada guideline dalam misi mencari botol baru.

Antara botol2 susu yang BPA-free ialah:
1) Born Free (saya tak jumpa lagi kat kedai)
2) Medela (yang famous dengan breast pump tu!)
3) Dr.Brown (yang botol kaca)
4) Gerber (famous dengan makanan untuk bayi)
5) MAM (ramai member yang suggest jenama ni sebab harganya lebih murah)

Dengan penuh berkobar2, saya dan suami terus pergi ke One Utama malam tu jugak untuk cari botol yang bebas BPA. Kami singgah di beberapa butik barangan bayi dan didapati most of the brands yang available cuma Avent, Dr.Brown, MAM dan beberapa jenama lain. Pasal dah ada bad thinking about Avent, so kitorang tak pandang langsung Avent. Eceh, berlagak je bunyinya, hehe...

Guess what? Agak mengejutkan sebab tak byk sangat choice la yang BPA free, ada dalam 3-4 jenama je. Pergi OU pun dah pukul 8.15pm, perut lapar, makan dulu... ada ler tinggal dalam sejam je nak menyopping. Ada satu baby store ni harganya agak lebih murah sedikit dari kedai2 yang lain. Lupa pulak nama kedainya, tapi kat New Wing, level 2, tak jauh dari FOS Kid, dekat dengan lif dan escalator.

Kawan2 ada suggest botol MAM. Akhirnya, kami beli botol MAM color pink yang sangat comel ni. Siap ada my favourite bunga Asterisk tu *(^_^)*

Harganya pun agak mengejutkan! (haih...terkejut lagi!) Dua botol pada harga RM63.90. Kalau brand Dr.Brown dalam RM85. Kami plan yg botol plastik ni nak letak kat rumah babysitter.

Dan... oleh kerana rasa macam tak cukup 2 botol tu je, kami pun ambik lagi 2 botol. Kali ni botol kaca. Selamat! Confirm takde BPA. Yang uniknya macam yang saya cakap tadi, ada sleeve. So kalau jatuh, silicone ni akan serap impact, so tak mudah pecah. Senang hatilah pakai botol kaca ni sebab takyah nak risau plastik nak mencair ke apa bila kita letak air panas... dan silicone sleeve ni akan bertukar warna kalau air tu panas sangat, so ada precaution supaya kita berhati2 dengan suhu air.

Harga botol kaca + silicone sleeve jenama Cherub Baby ni berharga RM132 untuk 2 botol. Haih! Tak larat nak terkejut dah.

Absorb je la.

Janji anak2 sihat dan selamat.

Semalam saya buat research lagi dan jumpa website ni yang menyenaraikan botol2 susu keluaran Avent. Tak semua botolnya kontroversi. Ada yang BPA-free jugak rupanya. Cuma kepada kawan2 saya yang guna botol Avent, please double check harap2nya botol2 anda tu yang BPA-free punya ye. Tapi kan, yang botol policarbonate tu, apsal Avent jual mahal sangat ye?

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun

Saya berada di office sewaktu terbaca satu berita ringkas yg menyatakan bahawa Jepun dilanda tsunami. Akibat rasa ingin tahu, saya browse lagi dan lagi. Saya melayari youtube untuk menonton video bencana besar tu. Memang scary. Terutama sekali apabila melihat scene di mana kereta2 sedang 'lari' menyelamatkan diri tanpa menyedari ombak tsunami mengejarnya dari tepi... bukan dari belakang tapi dari tepi. Ibarat tsunami bergerak dari utara, kereta tu bergerak dari barat ke timur... which is sepatutnya kereta tu perlu 'berlari' ke arah selatan untuk meyelamatkan diri.

Tak taulah apa jadi sebab video tu terhenti di situ.

Teringat cerita orang tua2 di kampung... Tahun 40-an dulu, mereka menyaksikan bagaimana orang lelaki tempatan telah 'dikerjakan' oleh askar2 jepun yg memasuki Tanah Melayu. Askar jepun memaksa orang lelaki meminum air sabun sampai kembung. Lepas tu dipijaknya perut lelaki2 tu. Lembik longlai dan parah akibat dibuli, didera, dihentak, ditendang, dipijak, dibelasah dan pelbagai lagi tindakan2 ganas yang tak berperikemanusiaan sehingga rakyat kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Bas2 ditahan, lelaki2 ditembak di depan mata, wanita2 diperkosa, beras dan makanan penduduk dirampas dan macam2 lagi.

Kejam!

Mak saya lahir pada tahun 1942, era perang dunia kedua disambut bunyi letusan bom dan senapang di Kampung Lasah, Sg.Siput Utara, Perak. Dalam buku sejarah ada tercatat betapa Sg.Siput Utara merupakan satu kawasan hitam, sarang tentera jepun & komunis. Bukit botak masih di situ. Seram dan penuh misteri.

Bagi generasi baru, keperitan itu tidak dirasai. Bagi mak dan arwah tok/nenek, ia satu pengalaman yg ngeri dan menghantui mereka sepanjang hayat.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka sangat membenci orang jepun.

Apabila berlaku tsunami di pantai timur laut Jepun, mereka hanya tersenyum.

Kejam atau karma? Itu semua cerita dendam lama. Perang sudah lama tamat. Bukan mereka yang membalas dendam, tapi itu takdir yang telah diaturkan oleh Allah swt. KuasaNya yang tak mampu kita lawan.

Saya melihatnya dari sudut kemanusiaan.

Badai tsunami sangat kuat. Membawa apa sahaja yang berada di laluannya. Rumah, kereta, bangunan, kapal terbang, kucing... apa sahaja... Manusia ibarat tauge. Halus, rapuh dan tak berdaya. Tumbang dengan sekali tiup je.


Betapa besarnya kekuasaan Allah.

Perdana Menteri, Naoto Kan menyatakan, Jepun sedang berhadapan krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua apabila bilangan korban akibat bencana gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun ini terus meningkat. Mangsa terbunuh dijangka melebihi 10,000 orang.

Kesian. Itu yg mampu saya simpulkan. Lepas satu... satu...

Bayangkan anda berada di tingkat 3 dan tiba2 terasa gegaran macam nak runtuh, apa perasaan anda?

Saya pernah melaluinya. Getirnya tak terkata. Sepantas kilat apa yg bermain di fikiran hanyalah suami, anak2, keluarga... bagaimanalah mereka agaknya. Ia tejadi pada Oktober 2009 sewaktu Indonesia mengalami gempa bumi dan kesannya turut dirasai di KL. Ofis Jaya One bergegar!

Lebih malang lagi bagi penduduk Jepun apabila loji nuklear Fukushima Dai-ichi bocor akibat gempa bumi tersebut dan mengakibatkan paras radiasi yang tercemar sudah melebihi paras yang dibenarkan.

Radiasi tu, giler apa! Kalau kebocoran gagal dibendung, 'perang kimia' pula bakal tercetus.

Syukurlah Agensi Metereologi Malaysia cakap, kesan radiasi tu takkan sampai ke Malaysia.

Dan yang terbaru, gunung berapi Shinmoedake (1,500 kilometer dari pusat gempa) di Pulau Kyushu pula kembali aktif.

Kalau earthquake berlaku lagi.. dan kalau loji nuklear tu meletup membebaskan radiasi nuklear... dan kalau gunung berapi tu pulak meletus dan mengeluarkan lavanya, apalah nasib penduduk Jepun?

Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.

Syukurlah rakyat Malaysia di Jepun semuanya selamat. Diharap mereka dapat cepat2 pulang ke Malaysia.

Kalau dilihat dari gambar2 ni, memang menakutkan. Selalunya kita dapat lihat visual2 macam ni dalam filem je tapi ini live dan benar2 berlaku. Source: utusan, bharian, kosmo dan pundit.

Diharapkan semoga jepun dapat pulih seperti sediakala.

Monday, November 15, 2010

Penting tau ada insurans!

Alhamdulillah Aleesya dah discharged semalam. Kali ni 6 hari 5 malam kami berkampung di Damansara Specialist. Nurses kat situ dah kenal dah. Tiap kali masuk mesti ambik masa paling kurang 5 hari. Oh Aleesya, please ye... no more after this. Yang admitted masa raya puasa aritu pun belum claim lagi, ni dah datang claim baru pulak. Pengsan la ko Prudential. Oh ya, segala bil semasa admitted telah ditanggung sepenuhnya oleh Maybank. Terima kasih Maybank. Itu akan menjadikan suamiku lebih setia kepadamu. Maybank sangat baik hati sebab cover unlimited.

Claim Prudential tu untuk personal insurans, hospital allowance. Lihat betapa pentingnya ada insurans. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada anak-anak kita. Kami ambil insurans untuk anak-anak since mereka dalam pantang lagi. So, if anything happen, tak worry sangat. Bab bil memang tak risau pasal Maybank akan cover; company insurance. Pergilah hospital mana pun. Cuma bab personal expenses. Duit makan, fuel keta ulang-alik rumah-hospital, duit gaji ibu yg kena tolak sebab ambik unpaid leave sebab annual leave dah abis, entertainment untuk Aleesya sebab kena beli toys/bears kasi dia ceria sikit sebab tekurung dalam wad etc... tu semua kita claim la kat Prudential.. ngengenge...

Untung bukan? Hidup anda ditaja bila anda sakit.

Terpulang la insurans mana pun. Kena bayar RM100 je sebulan, but even for uncertain... tapi kalau anything happen, memang sangat berbaloi-baloi. Yang penting untuk education plan dia nanti sampai umur 18 tahun. Insurans Adrianna RM100, ayah RM150, ibu RM170... plus Aleesya RM100, total untuk sebulan, ermmm... boleh tahan...

Just sharing je...

Kalau admitted sehari, boleh claim RM300. Kalau seminggu = RM2100. Terpulang kepada polisi anda, macam suami saya boleh claim RM400 sehari. Kalau macam Adrianna dan Aleesya dah masuk hospital 8 kali, tiap kali masuk at least 5 hari. So, approximately dah earned RM... Memang dah cover duit premium insurans tu untuk bertahun-tahun.. sampai umur diorang 5-6 tahun FREE.

So, carilah mana-mana ejen insurans dan sign up la sekarang untuk anak-anak anda. Jangan nanti bila terhantuk, baru terngadah.

Oh ya, ni ejen Prudential pilihan kami, sangat berdedikasi dan jujur dalam kerjanya. En.Shukor ni kawan sepejabat saya masa kerja kat Dagang Net dulu, lepas tu dia resign dan buat full time Prudential. No handphone En.Shukor 019-2746911. Info boleh dibaca di website prubsn2u.

Oh ya, cakap pasal ejen, En.Shukor ni ejen insurans suami saya, Adrianna dan Aleesya. Bukan ejen saya. Kenapa pulak? Sebab saya yang mula-mula ambil insurans dulu, saya tak tahu yang En.Shukor ni ejen. Saya dah ambil dengan orang lain. My agent is the worst agent on earth. True. Pemalas dan pemalas dan suka tukar no telefon, jadi clients dia susah la nak call. Nak tukar ejen dia tak layan. Wah, sangat worst. Segala claim saya, saya usulkan kepada En.Shukor walaupun dia bukan ejen saya, tapi sangat baiklah sebab willing to help me. "Kalau ada anak lagi (InsyaAllah), kitorang ambik dengan ko lagi yer". Kembang semangkuk kah En.Shukor jika dia terbaca posting ini? Biarkanlah dia kembang dengan Mercedes barunya.

Again, just sharing je...

Friday, July 2, 2010

Stress Due To?

I read about Stress at babyfit.com written by Mike Kramer.

Usually we stress because of something... something which sometimes we don't even know. Mike Kramer wrote "... we might blame the tension and stress we experience—in traffic, at work or at home—more on what's happening "to" us than what's happening "within" us..."

I repeat... "what's happening TO us than what happening WITHIN us!"

He said, the characteristics of being stress may because of:

1. Over-planning each day. Do you feel the need to stick to a strict schedule? Do you live in fear of falling behind or overlooking a task?

2. Doing several things at once. With too much to do and not enough time, it's easy to think that "efficient" means doing everything at once. He who chases two rabbits catches neither.

3. Extreme need to win. Do you feel like a failure if you don’t come out on top—even when the only competition is your own expectations?

4. Excessive desire for advancement. Highly stressed people need confirmation from outside sources that they’re doing okay and performing well.

5. Inability to relax without feeling guilty. Do your weekends become opportunities for "accomplishment" and "getting something done".

6. Impatience with delays. When you're under pressure, everything in life takes on urgency and the additional burdens to get everything done as fast as possible.

7. Overcommittment. Are your chronically late or forgetful of commitments? Does your schedule cause problems in personal or professional relationships?

8. Chronic urgency.

9. Highly competitive drive. Have you forgotten what it's like to have fun for fun's sake? Have you "grown up"so much that playtime actually causes you anxiety?

10. Compulsion to overwork. Is your office more familiar to you than your backyard? Do you find yourself missing out on what you might otherwise deem "meaningful"?

Which number are u guys falling to? Hmm... me hate to fall under no.2 and 5!

The best remedies that I can always think in mind is vacation la! VACATION at the right place, at the right time and most importantly at the right pocket.

Tuesday, March 2, 2010

Perubatan Syifa

Saya pernah dengar tentang satu kaedah perubatan Islam yg dikenali sebagai Syifa. Sejak ayah sakit, macam2 cara diikhtiar utk bantu ayah ringankan kesakitannya. Sehinggalah satu hari kak ngah saya terbaca tentang Perubatan Syifa Al-Hidayah yg dipelopori oleh Hj Lokman Abdul Hamid. Kaedah perubatannya ialah dgn mengamalkan bacaan surah2 di dalam Al-Quran. Info tentang Syifa Al-Hidayah di sini.

Kali pertama berjumpa, Hj Lokman akan 'diagnos' dulu pesakit dgn cara mayanya. Gifted. Sangat mengagumkan. Hj Lokman cakap cancer ayah saya dah berada di stage 4 which is bad. Ayah diminta membaca 2 surah, satu selepas solat subuh, satu lagi selepas solat maghrib atau Isyak selama 3 minggu atau sehingga rawatan susulan. Dgn izin Allah, ayah saya adalah energy sikit. Kalau tak tu lemah dan down aje.

Masa follow up yg seterusnya, saya pun ikut sama ambil nombor nak berjumpa dgn Hj Lokman. Sebab saya ni selalu sangat sakit kepala dan sakit perut. Consultation hanya pada waktu malam dan hari minggu sbb on weekdays, Hj Lokman ni kerja. Masa malam saya jumpa dia tu, dia cakap saya ada blockage. Ada salur darah yg tersumbat di otak. Bunyi agak scary... sebab itu la saya selalu sakit kepala. Bab sakit perut tak dinyatakan pula.

Apa yg saya alami bila sakit kepala, saya rasa dunia ni berombak2. Pandangan mata hilang fokus dan seperti menggelamun. Saya tak boleh nak lihat satu objek di depan saya dengan nyata, zig-zag. Saya terasa di awang2an dan sangat penat. Rasa nak tidur je, mengantuk memanjang. Kepala berdenyut2, rasa macam mengembang mengempis. Dgn gegaran ketika berjalan pun sudah cukup menyakitkan. Disebabkan itu, saya rasa stress. Ditambah pula dengan persekitaran yg tidak/enggan memahami...

Saya diminta baca Surah Al-Isra' Ayat 40-55 sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib/Isyak dan Surah Al-Anbia' Ayat 82-90 sebanyak 3 kali selepas solat Subuh/pada waktu pagi. Hj Lokman ada bagi 2 botol air penawar. Next follow-up ialah pada 28 April 2010. InsyaAllah, saya sedang mencuba.

Kalau org perempuan, diminta pakai telekung masa berubat dan seeloknya ada wudhu'. Hj Lokman tak mengenakan sebarang bayaran. Cuma dia ada letakkan 2 tabung di kliniknya. Satu tabung utk surau, satu tabung utk keperluan klinik. Dermalah seberapa banyak seikhlas hati mengikut kemampuan. Bagusnya la kan. Selalu tolong orang. Tiap2 malam org dtg berubat kat rumah/klinik dia sampai pukul 3-4 pagi. Esok pagi2 dah nak kena pergi kerja, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Moga murah rezeki dia.

Wednesday, February 10, 2010

Drink At The Right Time

Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the human body.
~ Two glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs
~ One glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion
~ One glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
~ One glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Monday, February 8, 2010

Enfa for Adrianna dan Aleesya

Inilah surat saya yg dipublished di dalam EnfaMama Club newsletter bln lepas. Ini pengalaman kami sendiri. Boleh dikatakan kami ni pengguna setia Enfa sejak saya mengandungkan Adrianna sampai sekarang. So far, memang puas hati dengan Enfa. Adrianna minum Enfalac A+ sejak lahir sampai setahun. Lepas tu tukar kepada Enfagrow A+ sehingga sekarang. Aleesya pun minum susu Enfalac A+ selain susu ibu. Alhamdulillah perkembangan minda & fizikal mereka cerdas & cergas. Beria2 pula mempromote Enfa. Bukannya ada royalti pun!

Saya pernah cuba nak tukar susu, tapi selera anak2 drop selepas tu. Kurang minum susu. Saya pernah belikan susu Annum Essential utk Adrianna memandangkan harga susu Enfa ni makin menjadi2... tapi bila bagi kat dia, dia taknak minum. Bila ditanya kenapa... katanya "Susu ni tak sedap". Amboiii... Aleesya pun sama, cuma tak pandai cakap je lagi. Tapi Aleesya ni memang susah sikit. Dia nak susu ibu aje. Susu badan pun dah tak berapa byk sekarang. Khasiat susu Enfa ni hampir menyerupai susu ibu, sebab tu kami beli.

Asalnya saya cuma hantar tin foil sebab nak collect points. Saya sertakan sekali surat ni sebagai notification, saja2 nak cerita pengalaman. Tup2 diaorg published. Memang tak expect langsung. Ok la tu *(^_^)* Dapat hadiah t'shirt untuk Adrianna dan Aleesya, tissue box housing yg comel dan learning book untuk Adrianna. Setiap ibubapa inginkan yg terbaik untuk anak2. We are trying to give the best for them.

Wednesday, December 23, 2009

Breastfeeding dan nafkah

Saya cedok dari sini. Sekadar sebagai satu ilmu untuk dikongsi bersama. Saya tertarik berkenaan perihal menyusukan anak tu. Sebab saya sedang cuba sedaya upaya untuk memberikan yang semaksimum mungkin untuk baby Aleesya, 8.5 bulan. Saya telah gagal dalam usaha breastfeed Adrianna semasa dia baby dulu. Hope kali ni utk Aleesya, boleh sampai 2 tahun. Tapi bila baca2, ada berkaitan dengan nafkah pula...

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."

Bapa wajib membiayai nafkah anaknya dengan sebab anak itu dinasabkan kepadanya melalui akad nikah yang sah. Ia juga berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Talaq yang bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya."

Al-Sheikh Mohamad Khatib Al-Sharbani dalam kitab Mughni Al-Muhtaj menghuraikan pengertian ayat di atas sebagai, "bahawa membayar upah bagi menyusukan anak itu termasuk juga sebagai kewajipan memberi nafkah kepada anaknya."

Hindun binti Uthbah datang mengadu kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut. Dia tidak memberi perbelanjaan kepadaku dan anakku kecuali setakat apa yang aku ambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Sabda Rasulullah SAW kepada Hindun: Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ooo... macam tu rupanya *(^_^)*

Tuesday, November 24, 2009

Perodua ALZA

Semalam MPV baru dari Perodua baru dilancarkan. Kami tak lepas peluang utk meninjau keadaan MPV yg dinanti-nantikan iaitu Perodua ALZA. Memang sebijik macam Toyota Passo Sette seperti yg kami pernah saksikan sebelum ni di dalam Youtube. Enjin kuasa 1.5, yg auto, ada ruang kosong di bhgn tgh antara pemandu dan penumpang. Macam boleh duduk 3 org di kerusi hadapan (ikut law tak boleh la). Handbreak di bhgn bawah (footbreak), macam Toyota Wish. Skrin meter dan speed di bahagian dashboard tgh, bukan exactly depan driver mcm yg selalu.

Kalau Passo Sette is known as 7-seater. Perodua ALZA ni samala jugak, cuma rasanya bahagian blkg sekali tu kalau orgnya kecil2, 3 org pun boleh muat. Kalau ikut standard size org kita yg tak berapa besar (mcm saya ... ececehh!), one whole cabin tu boleh muat 8 org. Seat tgh boleh laras ke dpn dan ke blkg. Seat bhgn blkg tu bila diturunkan, akan menjadi satu boot yg sgt besar. Kalau tak, bootnya kecil je, muat beg galas je rasanya. Enjin ALZA ni sama macam enjin Vios, Rush & Avanza.

Harganya murah dari Proton Exora (tapi Exora lagi besar). Kalau ikut yg saya tengok semalam yg Premium Auto punya (yg full specs), 7 tahun loan, bulan2 RM940. Kalau 9 tahun loan, RM780. Downpayment RM1500 sahaja dengar2nya (kena check balik). Jadi, kepada sesiapa yg baru beli MyVi full specs tu, rugi wooo... baik beli yg ni.

Berminat? Hmmm... minat juga tapiiii.... (sila jawab) *($_$)*

Apa yang nak diperkatakan sebenarnya nama Perodua ALZA ni:
A i n u L a Z l i n d A (lihat huruf2 bsr only) = ALZA (setuju???) ekeke...

Monday, November 23, 2009

Interior Design

When talk about color... I have to admit that I am a big fan of WHITE. Siapa2 yg pernah ke rumah saya, pasti perasan betapa kalau boleh segala inci rumah ingin saya penuhi dengan warna putih. Kalau ikut kata org seni: putih, hitam dan kelabu tu bukan warna. Sofa, perabot, meja makan, kabinet tv, bunga...etc. Cuma ada beberapa hiasan yg lain warnanya bertujuan untuk menaikkan seri. Contohnya ada feature wall, bunga2, carpet...

Tapi kegilaan saya (suami pun iye kan aje) ialah color putih, cream dan coklat muda.. khakis. Putih sebagai Main. Tapi penjagaannya perlu lebih lagi la. Dulu2 masa masih berdua, rajinla juga saya mengelap2... tapi sejak dah berempat ni betapa masa 24jam sehari tu saya rasakan tak mencukupi.

Ingat lagi betapa jenuh juga kami me-round satu KL untuk mencari perabot yg dirasakan sesuai dengan citarasa dan BUDGET. Masa tu kami menetap di Pandan Jaya. Baru2 kawin. Kami sempat menetap selama setahun je di sana. Selepas setahun iaitu betul2 semasa saya dalam tempoh berpantang, kami berpakat utk memiliki kediaman di Subang Bestari. Mungkin rezeki anak... Kami beli rumah yg dah siap + CF. Jadi, lps beli, kami terus pindah.

Proses pemindahan barang2 amat memenatkan. Serikkk la pindah rumah. Banyak rupanya barang2 dan perabot2 kami. Mula2 kami booked lori yg 3 tan sahaja. Tengok2 tak muat. So kenalah buat 2 trips. Asalnya kami ingatkan yg kami akan stay di Pandan Jaya tu sampai Adrianna sekolah rendah ke... tapi tak disangka pula tinggal setahun aje. Rumah tu kami sewa dengan RM600 sebulan + guard + covered parking + dekat sangat dgn KL. Kira murahlah. Dah la kami cat satu rumah... tapi claimed kat owner la.

Tapi walau secantik mana pun kita menghias... itu kan rumah orang. Saya ni tidaklah pandai sangat menghias. Hentam je. Ringkas. Budget!

Cuma apa yg nak diutarakan sebenarnya, kakak dan abg ipar saya menjalankan perniagaan Interior Design... InaBina Sdn. Bhd. Mereka ni selalu dpt tender PKNS utk menghias rumah2 baru, rumah contoh yg PKNS baru siapkan. Tender secara sihat tau. Baru2 ni geng Casa Impian pun kalah dengan InaBina. So, sesiapa yg berminat nak buat ID, call la no.ni 012-3953322 (Zee). She is my eldest sister.

Thursday, September 3, 2009

Doli at TTDI

Wah bestnya Doli dah buka branch di KL. Rupanya dah sebulan dibuka di sini tapi baru semalam perasan masa on the way balik kerja. Padahal, hari2 kami lalui jalan yg sama. Mungkin sebab terperangkap dalam traffic jam, so barulah mata boleh melilau2 ke kiri dan kanan sebab selalunya lancar je. Masa nampak je signboard Doli, punyalah seronok. Petang ni akan kuterjah ke sana.

Kuey teow goreng Doli ni memang menjadi favorite kami sekeluarga. Tiap kali balik ke Bkt Gantang, satu kemestian utk singgah di Doli. Kali terakhir kami ke sana pada bulan April yg lalu tapi masa tu aku masih dalam tempoh berpantang. Frustnya masa tu. Aku cuma makan nasi ayam je. Memang harap2 Doli buka branch di KL sbb tak perlulah pergi jauh2 sampai ke Taiping lagi.

Lokasinya, kalau dari KL/PJ/Sprint, ada Caltex di sebelah kiri dan kanan. Doli di sebelah kanan di antara deretan kedai. Ada lampu isyarat selepas Brunsfield, belok ke kanan.

Friday, August 14, 2009

Merawat anak demam

Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Thursday, August 6, 2009

Anak pembawa rezeki?

~ Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab - Harian Metro ~
SOALAN : Benarkah anak membawa rezeki? Jika benar, mengapa mereka yg mempunyai anak yg ramai hidup susah, tak mampu membeli makanan & brg keperluan? Kebanyakan yg meminta bantuan adalah mereka yg ada ramai anak. Jika mereka tak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak? Adakah adil untuk anak2 lahir dlm kemiskinan. Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya. Saya bersimpati terhadap anak2 yg dilahirkan dlm kemiskinan. Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tak mahu dilahirkan dlm keluarga miskin.

JAWAPAN : Anak disifatkan dlm Al-Quran sebagai anugerah/rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yg tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yg mdpt rezeki anak. Setiap manusia yg dilahirkan sudah ditentukan rezekinya & dia tidak akan mati sehingga dia mdpt semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dlm hadis Rasululah SAW. Rezeki Tuhan ada dlm pelbagai bentuk & Allah berkuasa melapangkan/ mengkayakan seseorang dikehendakinya & begitu juga sebaliknya. Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kpdnya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak sesudah ia mdpt kelapangan & kekayaannya itu? Semua org akan kembali kpd Allah & masing2 akan diberi balasannya. Mereka yg mdpt rezeki anak mestilah berusaha menyara anak2 yg dilahirkan. Bukanlah bererti rezeki itu dtg secara automatik dgn lahirnya anak, sebaliknya kita yg perlu berusaha mencarinya.

Wednesday, July 15, 2009

H1N1

Satu tajuk di Utusan hari ni; H1N1 'tidak dapat dihentikan'. Takut! Virus bahaya ni dah semakin merebak. Lebih 90,000 kes selsema babi telah dilaporkan di seluruh dunia. Ada 429 kematian - WHO. Kebanyakan kematian berlaku di Asia. Di Malaysia, semalam ada 32 kes baru jadi total 804 org. 696 org sudah sembuh manakala 31 org lagi masih dirawat di hospital. 77 org menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah.

Menurut WHO, semua negara memerlukan vaksin. Menteri Kesihatan cakap, Malaysia hanya akan memperoleh vaksin tu pada akhir tahun ni. Lambat lagi tu! Cara virus ni merebak agak scary. Walau dgn hanya perbualan biasa face to face, virus ini boleh 'melompat' dari penghidap kpd mangsa baru. Virus zaman sekarang ni dah moden dan canggih.

Atas sebab ini, kami dah lama tak keluar ke shopping mall. Bahaya mendedahkan diri di khalayak ramai. Virus tu ada di mana2. Kita tak tahu. Mungkin di shopping mall, di playground, di kedai makan dll. Kami juga tidak dapat menziarahi saudara mara atau rakan2 yg sakit dan sedang dirawat di hospital. Maklumlah, hospital sekarang ibarat lubuk H1N1. Kena tunggu mereka2 ni balik ke rumah, barulah kami datang melawat. Lebih baik mencegah dari mengubati. Kanak2 lebih mudah dijangkiti sebab antibodi mereka ni lemah.

Kadang2 terfikir juga, entah2 ada pakatan jahat yg menyebarkan virus H1N1 ni sebagai senjata kimia. Ooops... spekulasiku yg bukan2.

Wednesday, June 24, 2009

Essential Flat-Belly Foods

Aku baca artikel ni kat Yahoo! Soalan pertama dia sentap tuu... "It's summertime—are you in swimsuit shape?"

Sejak akhir2 ni seleraku bertambah2. Masa dlm pantang aritu, aku dah back to shape spt sblm pregnant tapi sejak masuk kerja, byk pula mkn. Mungkin sebab senang pergi beli kat kedai kot.

Artikel ni meyarankan beberapa makanan yg baik utk diet. Dalam artikel tu kata "The more of these bulge-battlers you eat, the better your chances of keeping those abs flat throughout this skin-baring season."

Hmm... betul ke? Nak kena try ni. Actually ada banyak jenis mknn yg disaran, cuma aku pilih beberapa yg mudah diperolehi je la. Mcm avocado tu takyah try la, nak cari/beli pun susah.

(1) GRAPEFRUIT
Per grapefruit: 104 calories, 4 g fiber, 2 g protein
~ A grapefruit a day in addition to your regular meals can speed weight loss. The fruit's acidity slows digestion, meaning it takes longer to move through your system, and you'll end up feeling fuller, and more satisfied, for longer. And the vitamin C-packed grapefruit works to lower cholesterol and decrease risk of stroke, heart disease, and cancer.
* Aku pernah try yg ni, mmg bagus. Berat turun, body fat pun turun. Selalunya aku gantikan dgn oren Sunkist tu.

(2) EGGS
Per 1 scrambled egg: 102 calories, 7 g fat (2 g saturated), 7 g protein
~ A British study found that people who increased the percentage of protein-based calories in their diet burned 71 more calories a day (that's 7.4 pounds a year!). Jumpstart your metabolism as soon as you wake up with a protein-rich breakfast of scrambled eggs.
* Yang ni pun aku pernah try. Protein telur memang bagus, selalunya aku rebus je telur tu.

(3) YOGURT DRINK
Per cup: 174 calories, 2 g fat, 14 g protein, 3 g fiber
~ This delicious dairy product is a belly-blasting essential. Beyond the satiety-inducing protein, the probiotics in it may also speed weight loss. British scientists found that these active organisms boosted the breakdown of fat molecules in mice, preventing the rodents from gaining weight. The researchers still need to prove the finding in humans, but there's no danger in downing probiotic-packed products.
* Untuk diet, biasanya aku makan low fat PLAIN yogurt.

(4) QUINOA (Grain Cereal)
Per ¼ cup: 170 calories, 2.5 g fat, 7 g protein, 3 g fiber
~ Penn State researchers found that dieters who ate whole-grains lost twice as much belly fat as those who stuck to white-flour products—even though they'd consumed the same number of calories. What's more, quinoa contains twice the belly-filling protein as regular cereal grains, fewer glucose-raising carbohydrates, and even a handful of healthy fats. So start your day off with a cup of cooked quinoa combined with a ½ cup of milk and ½ cup of blueberries—microwave for 60 seconds, and you have a delicious (and slimming) alternative to your traditional oatmeal.
* Ada kat rumah tu, kalau ade MOOD nak mkn, baru aku mkn... sebab bentuk dia macam mknn rabbit tu... rasa dia macam hampas skit!

Hari2 aku makan sarapan nasi lemak. Maka, makin byk la lemak yg terkumpul. Nampaknya, semuanya perlu dipraktiskan semula.

Friday, January 23, 2009

Palestin - China - Malaysia

Kitorg terlewat ke tempat kerja pagi ni. Tak sedar. Bagaikan ada sesuatu yang menggalakkan kitorg agar terus dibuai mimpi. Uihh, syok giler tidur! Ni yg buat aku tak sabar nak cuti panjang ni.

Boss pun dah mula cuti hari ni, senior pun takde. Tinggal aku + sorang budak baru... Semua berbangsa cina, aku sorang je anak jati melayu dlm team IT-Product Development ni. After 2 weeks tak update blog, so this is the day! haha... hip2 horay la boss takde. Cuma keje maintain tetap haru biru. There are several tasks need to be completed.

Bila aku bukak BH online pagi ni, hati aku tersentuh sgt2 bila baca tajuk "Lelaki dakwa saksi anak dibunuh askar Yahudi". Betapa jahat, keji, setan, bab-1 dan celakanya kaum yahudi.

Khaled Abed Rabbo, isteri, 3 anak, ibu & adik lelaki dia tinggal 1 rumah dan tiba2 didatangi askar yahudi & diarah kosongkan rumah. Jadi diorg pun keluarlah dari rumah tu tapi si yahudi laknat ni ambil anak2 dia yg berumur 2 thn (Amal), 4 thn (Samer) & 7 thn (Suad). Ketiga2nya diacu M16 dan ditembak bertalu2 di hadapan mereka. Ibunya turut ditembak.

Kejam!!! Apalah kudrat kanak2 tu nak melawan? Masih terlalu kecil utk kenal erti hidup...

Khaled segera mendukung Suad, isterinya dukung Amal dan si adik lelaki dukung Samer, lari sejauh 2 km sebelum ditemui pasukan bantuan & dibawa ke hospital. Namun Suad dan Amal tak dpt diselamatkan, Samer cedera parah. Nasib ibu Khaled tak pula dijelaskan.

Hati aku tersentuh bila terkenangkan yg paling kecil, Amal. Dua tahun, sebaya anakku Adrianna. Yang aku tahu, budak sebesar Adrianna hanya tahu main-makan-tidur. Tak dapat aku bayangkan jika aku letakkan situasi aku di tempat Khaled dan keluarganya, melihat Adrianna ditembak depan mata dan menemui ajalnya. I hate to say this tapi aku tak sanggup!!! Aku kalah dengan dugaan yg sgt berat & dasyat ni.

Syukur Alhamdulillah, bumi Malaysia ni masih aman & makmur. Kita bebas bergerak, bebas bergaul, anak2 kita bebas bermain dan kita juga bebas bersuara. Kita juga mewah makanan dan makan pakai. Semoga Allah melindungi saudara2 muslim kita di bumi Palestin terutamanya kanak2 yg tak berdosa.

Ni pula gambar sorang budak umur 4 thn yg melecur teruk terkena letupan bom. Meraung2 dia masa doktor nak buat dressing. Ish, gerun aku. Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya, sakitnya, menggeletarnya, meraungnya dia!!! Tengokla kaki dia, macam kena disiat2 kulitnya. Kesiannya dia Ya Allah. Memang laknat betul yahudi ni. Sejahat2 manusia!!!

Lagi satu, kisah melamin yg dicampurkan ke dalam susu di China yg menyebabkan 6 bayi mati dan lebih 300 ribu bayi sakit tahun lps. Org2 yg terlibat:
(1) Zhang Yujun (largest melamine producer) - dijatuhi hukuman mati.
(2) Geng Jinping, produce & jual - juga dijatuhi hukuman mati.
(3) Ketua firma tenusu Sanlu Group Co - penjara seumur hidup.
(4) Zhang Yanzhang yg kerja dgn Zhang Yujun - penjara seumur hidup.
(5) Beberapa lagi eksekutif di Sanlu - dipenjara antara 5-15 tahun.
Padan muka. Alhamdulillah, nasib baik susu anak aku tak tercemar. Kalau aku, aku bakar diorg ni macam lemang, pastu campak dlm tank Indah Water. Ni pun tak banyak bezala dgn kes yahudi tadi cuma dia pakai cara halus. Kejam!!!

Apa nak jadi dunia skrg. Macam2 hal. Kat Malaysia pulak... ada sorang ibu tunggal anjurkan pesta minum tuak di rumahnya @Tuaran, Sabah. Disebabkan minum byk sgt, sorang tetamu lelaki rogol tuan rumah yg juga tengah lalok. Esok paginya masa bangun tidur baru sedar yg dia dirogol. Sape suruh gatal2 buat pesta yg tak berfaedah tu. Padan muka.

Three different cases at 3 different places. Dari Palestin, ke China, ke Malaysia; tanah air kita.

Aku berdoa kepadamu Ya Allah, semoga aku, ahli keluarga aku, ahli keluarga suamiku, sedara mara, dan kawan2 semuanya dilindungi dari mala petaka. Andai kata ajal kami telah tiba, permudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut dan menghadapMu dalam keadaan jasad yg sempurna.

Aku sangat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Kelmarin kami pegi shopping skit... no more huggies (adrianna skrg pakai saiz XXL!), nak beli nestum pun tak jadi sbb tengok2 Nestle punya. Beli ubat gigi Halagel. Sabun & bedak pun beli brand yg tak penah beli sebelum ni (yg takde dlm boycott list). Biskut pun aku beli yg local punya, no more Danone, Kraft dan yg sewaktu dengannya. Itu je la yg mampu aku buat.

Dulu, masa aku muda2 & masih bujang (skrg dah tua skit, hehe), aku pernah berniat nak join Mercy, nak jadi sukarelawan. Masa tu hot kisah Bosnia. Aku kesian tengok mangsa2 perang. Tapi itu dulu, niat suci tu sukar utk dilaksanakan. Dgn keadaan aku skrg, life aku, anak, suami, kerjaya... Tapi kata org, hendak seribu daya kan. Cuma aku tak se-strong dulu. Tengok gmbr pun sebak inikan pulak nak face mangsa2 tu. Aku cuma mampu berdoa semoga kekejaman ni cepat2 berakhir & boycott barang diaorg! Itulah usaha ciput aku setakat ni.

Friday, January 9, 2009

Boycott campaign

I found these links, listing all of the America and Israel brands in the market: inminds.co.uk and krysstal.com.

It's hard to admit that we are using most of the brands since a long time ago & comfortable with it. For instance, we've been eating Maggi since we're in hostels, KFC, Mc'D, shop at Carrefour, bought Disney shirts & dolls, Huggies diapers & Johnson2 for Adrianna & watch Nat Geo. We did indirect funding to these syaitan & iblis all this while.

But someone needs help! We can't hear their bare voices but I believe deep inside their broken heart, they are dying for help. I can't stand looking at the pictures in newspapers, blogs etc about the cruelty of Israel. Children were buried alive, peoples were bombed and fired, and the missiles hit their city like heavy rains. Israelis are extremely heartlessness!!! They intentionally want to destroy Palestinians and conquer the land. Na'uzubillah. We must stop them!!!

Thus, we need to decide what other brand that we can use to replace whatever in the list. We need to make a move now. We are an ordinary human being, we have no special position to speak & act against Israel. What we can do is pray to Allah, and with this 'little' actions of boycotting, hope this will be able to stop these syaitan & iblis from being cruel not just to Palestine, but also to Lebanon, Iraq, Afghanistan & others, indirectly may ruin their plan to become the "hero" (worst terrorist ever) of the universe!