My heart, my soul, my joy & my happiness!

Wednesday, December 23, 2009

Spot The Different

Gambar atas Adrianna Sofea:
Masa ni Adrianna 7 bln. Lahir 3.31kg. Masa 6bln 3mggu dah 10kg. Adrianna breastfed sampai umur 4 bln lebih. Lepas tu Adrianna consumed Enfalac A+ sampai umur setahun. Mula tumbuh gigi pada usia 3 bln+. Adrianna tak suka makanan yg lembik macam bubur nasi dan kuih-muih. Lepas setahun, dia minum Enfagrow sampai sekarang. Mula duduk sendiri masa 9 bln+. Berjalan pada usia 1thn 3bln. Dapat mulut dulu. Fasih bertutur pada usia 2thn 4bln. Sekarang ni dah 3thn 1bln, beratnya 23kg. Tinggi +-110cm. About 2/3 of my height dah tau!

Gambar bawah Aleesya Sumaira:
Masa ni Aleesya 8 bln. Masa lahir, berat Aleesya 3.05kg. Masa 6 bln dah 10kg. Aleesya fully breastfeeding dari lahir sampai 5 bln+, lepas tu campur dengan Enfalac A+ in case breastmilk yg saya bekalkan tak mencukupi. Mula tumbuh gigi dan boleh duduk sendiri pada usia 8 bln. Selera makan boleh tahan. Susu makan bubur nasi, biskut dan apa saja yg boleh dimamam. Skrg 8bln 3mggu, dah 12kg. Masih breastfeeding. Kaki dan mulut tak tau lagi macammana. Just wait and see.

Different baby develops differently. Orang kata Adrianna lagi debab, mata bulat dan rambut curly. Aleesya pun bulat juga tapi sepet dan rambut lurus cacak2. Kesimpulannya, dua2 tembam dan hantap sangat2, yg penting Alhamdulillah sihat walafiat *(^_^)*

2 comments:

mama ariq said...

HUH. dua-dua pun semangat, cam mano la ibu kedua-dua anak ni tak kurus...hehehheh

* ainul AB * said...

mama ariq,
Cane nak kurus... sebab bila dah abis tenaga angkat dua-dua tu, perut pun asyik rasa lapar... tu yg mkn byk tu, hehe...