My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, September 23, 2010

Fazli dihukum gantung - thumbs up!

"Padan Muka". Itulah ayat pertama yg keluar dari mulut kami setelah Si Fazli ni dijatuhi hukuman gantung. Bengangnya rasa bila baca artikel berita muka depan Harian Metro. Antara isi berita tersebut:

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. "Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim"

Marah - Seluruh rakyat Malaysia rasanya terasa amat marah dengan apa yg telah dilakukan oleh Fazli terhadap Syafiah yang ditumbuk, ditendang dan dipijak macam bola. Apalah kudrat budak besar tu nak melawan? Baru sebaya Adrianna 3 tahun+. Ada saksi di padang bola yg lihat dengan jelas yg Fazli dalam keadaan waras dan dengan sengaja mencederakan Syafiah. Sebagai manusia biasa, saya rasa itu tindakan yg melampau dan boleh menaikkan kemarahan awam. Membunuh hukumnya bunuh!

Sedih - Kalau betul sayang, takkanlah pukul budak tu sampai mati! Pukul untuk 'mengajar' tak sama dengan pukul sampai cedera. Sedihnya bila si ibu membela pembunuh anaknya sendiri. Hasil bedah siasat melaporkan, Syafiah selalu didera. Sebagai seorang ibu, kenapa dia benarkan perkara tu berlaku? Sedih. Keterlaluan tak bila saya katakan ibu Syafiah ni seorang yg tidak bertanggungjawab!

Kecewa - Kecewa ada jenis ibu sebegitu. Disaat mahkamah telah membuktikan teman lelakinya bersalah, dia masih mahu menegakkan benang yg basah. Masih berpendirian yg lelaki tu baik dan suci pada mata hatinya yg 'buta' tu.

Sekarang mungkin si ibu ni masih 'angkuh & tidak waras'. Agak2 bila dia dah tua esok, bila kederat pun dah takde, di saat2 kesunyian menjalar... akan timbul dan terdetikkah rasa menyesal di jiwanya atas kejadian ni? Wallahulam...

5 comments:

Adzriel AB said...

dah maknya 'buta hati' nak buat camner. otak letak kat lutut! kita nak cari calon suami dulu pun cari yg jenis solat berjaga pasal sedar diri bukan bagus sgt. aku senang je, walau cintan bagai nak rak pun tapi tak follow the rule...bye! bye! je! cinta manusia ni kat dunia je! tapi boleh dpt pahala kalau ikut ruleNya! AlFatihah buat arwah adik Syafiah.

su said...

lame nye ko x updat blog yer...hehebetul la...bongok la mak budak tu...nampak sgt dia x bape syg dgn anak dia tu...mmg bongok la...

* ainul AB * said...

Adzriel AB, bukan otak letak kat lutut tapi takde otak... huhu...

su, a'ah bz ngat dgn asteriskboutique, hihi.. Mak budak tu memang bongok, bodoh, baral, bengong dan yg sewaktu dengannya :-( Ingat tak En.Hamid (lecturer Bio Pt.5 Arau) cakap "Bas Was Das Was Has = Ba Wow Dal Wow Ha"

Adzriel AB said...

ba alif ngang! ada ke huruf ngang?
kebersihan pun ibadat juga...

sitiezahim said...

dah tuh senang2 aje dapat masuk umah perlindungan mak budak tuh..huhu tah la apa nak jadi kan..