Saya teringat masa saya kecil dulu, ayah mesti hantar dan ambil saya dari sekolah. Sebenarnya jarak Sek.Keb. Jengka 16 dengan rumah saya tidaklah jauh sangat tapi keadaan muka bumi yg berbukit bukau menyebabkan jaraknya jadi 'jauh' dan memenatkan. Tambahan pula, masa tu saya boleh tahan chubby. Begitu juga semasa di Sek.Men, ayah hantar saya setiap pagi ke bus stop.
Ayah seorang yg pendiam. Kami jarang berbual. Ayah akan menuruti apa saja permintaan saya dalam memenuhi selera makan especially. Tapi saya tak minta yg bukan2 sebab saya tahu kami bukan orang senang. Menurut mak, syukur sangat ayah diterima masuk Felda sebab Felda telah merubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni, mak dan ayah tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Hanya menampung kehidupan dengan kerja2 kampung je. Kesemua adik-beradik saya lahir di Perak. Sayalah satu-satunya anak Jengka.
Ayah berasal dari Kg.Temong, Kuala Kangsar, Perak. Tok Temong adalah moyang kepada ayah. Sejarah keturunan Perak ada mencatatkan sumbangan Tok Temong dalam Kesultanan Negeri Perak. Itu sekadar sejarah lampau yang tak pernah ayah ceritakan kepada kami. Bimbang timbul rasa 'lagak' di kalangan anak2nya. Kami dapat tahu salasilah asal dari sepupu2 senior.
Ayah saya seorang yang sangat sederhana. Humble and a good follower. Dia enggan menerima sebarang harta pusaka. Bagi ayah, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan untuk dia dan anak2. Mungkin disebabkan ayah mempunyai adik-beradik yg ramai. Dia seorang yg cepat mengalah. Walaupun kami jarang berbual, ada satu cerita yg dia suka ceritakan kepada kami betapa dia melalui kehidupan yg sukar semasa kecil kerana kehilangan bapa pada usia yg sangat muda. Dia tinggal dengan kakak kesayangannya di Perak. Ayah selalu 'turun' Sungai Perak untuk mencari ikan atau apa saja hasil sungai untuk dibuat lauk walaupun pada waktu malam.
Ayah berkahwin dengan mak pada tahun 1963 atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah bertemu langsung sebelum tu. Nyata jodoh mak dan ayah panjang... sehingga ke akhir hayat...
Semasa di tingkatan 3, saya gembira dapat berikan kejayaan untuk mak dan ayah dengan meraih gelaran best student PMR 1996. Ayah naik stage ketika majlis penyampaian hadiah mewakili saya. Walaupun ayah seorang yg pendiam, tapi saya tau hatinya berbunga riang pada waktu itu.
Semasa semester akhir Ijazah, saya berjaya memberikan keputusan yg baik untuk mak dan ayah. Ayah sangat bangga dan selalu bercerita kepada kawan2nya betapa saya berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah. Memang itu cita2 saya. Namun keadaan kewangan tidak mengizinkan. Saya tak sambung Masters pun. Selepas degree, saya terus kerja di Dagang Net pada tahun 2005. Mak dan ayah hendak ke Mekah pada tahun tu. Ayah pula baru disahkan menghidap sakit jantung. Mujur doktor tak menghalang ayah ke sana. Saya dan Wan bernikah terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke Mekah atas permintaan mak dan ayah.
Majlis resepsi saya dan Wan diadakan 2 minggu selepas mereka pulang ke tanahair, 18 Feb 2006. Sehari sebelum majlis, ayah tiba2 rebah. Malam sebelum resepsi saya tak seperti pengantin2 yg lain. Malam saya dan adik beradik lain dihabiskan di Hospital Jengka dengan bacaan Yaasin. Ayah nazak sangat malam tu. Nurse menjenguk pun tidak. Kejam sangat hospital tu. Saya masih teringat saat2 mak menangis dan berdoa kepada Allah supaya ayah jangan pergi dulu, tolonglah... tidak pada hari perkahwinan saya. Saya tak terkata apa. Dengan izin Allah, keadaan ayah beransur stabil.
Semasa majlis perkahwinan saya, orang kampung masak secara bergotong-royong, jadi bayangkanlah bagaimana keadaan rumah selepas kenduri. Majlis perkahwinan saya tanpa ayah di sisi. Ayah terlantar di hospital. Kami ke hospital dengan memakai pakaian pengantin. Saja nak tunjuk kat ayah bagaimana rupa pengantin. Segan juga bila semua doktor, patients & pelawat pasang mata ke arah kami.
Esoknya, saya dan Wan sahaja yg kemas & bersihkan keliling rumah, hanya berdua. Penatnyalah masa tu. Lepas Ngah, Abg Lan, Kak Ija dan semua balik dari hospital, barulah ada pembantu. Selepas semua selesai, kami segera uruskan pemindahan ayah dari Hospital Jengka yg very sucks tu ke PPUM dengan menaiki ambulans. Abg lan teman ayah dalan ambulans, macam halilintar katanya. Punyalah laju.
Ada hikmat kenapa mak dan ayah minta kami nikah gantung dulu dan disusuli resepsi 2 bulan kemudian. Supaya ayah boleh jadi wali sebab masa tu ayah masih dalam keadaan sihat...
* nanti saya sambung lagi Episod 2

5 comments:
sebak saya membaca..
tak sabar tggu episod 2..
ada banyak cerita yg tak terluah dek arwah ayah. segala suka & duka dipendam saja. teringat bagaimana arwah 'merempit' bila hantar aku ke simpang jengka setiap kali nk balik asrama kat kuantan.
huhu... dah la ayah takde lesen... tak mampu nak ambik... dah masuk 60 tahun baru ambik lesen motor... sempat kena saman sekali.
mmm aku igt lagi masa majlis ko tuh ainul..satu famili mata merah..mmg sedih kan, ayah ko baik. lepas sekolah mesti dok tunggu ngan moto kapcai..sama la ngan mak aku, siap pakai baju ladang lagi..ngan tong2 getah dihangkut..kita dah la ala2 kiut gitu..hehe..nasib baik muat..
itu le anak penoreh getah. peluk2 tong getah tu.. he..he.. merasa gak kutip getah kat ladang masa kecik2 dulu. kesian anak2 sekarang, tak kenal buah getah.
Post a Comment