My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, March 4, 2011

Mimpi bertemu arwah...

Dua bulan lepas saya bermimpi... mimpi yang sangat-sangat-sangat mengejutkan!

Saya dan Mr.Husband sampai di satu tempat, macam tempat orang kahwin... macam tengah tunggu kehadiran orang penting. Mungkin pengantin, mungkin YB, tak pasti. Mr.Husband menunggu di luar di tepi jalan dengan orang ramai, jauh sikit dari saya. Saya masih di dalam kereta, duduk di bahagian sebelah pemandu. Ngah (kakak saya) pulak kat luar, tepi kereta sebelah kiri, dekat pintu belakang.

Dalam kereta hanya ada saya.

Tiba2 saya rasakan kehadiran seseorang dalam kereta, jadi saya menoleh ke belakang.

Arwah ayah tersenyum.

Saya sempat meneliti pakaian arwah ayah. Sama macam dressingnya yg biasa. T-Shirt dan seluar slack hitamnya kegemarannya. Very common...

Dalam hati saya terdetik.. "Eh! Ayah kan dah meninggal. Mungkin ayah 'kembali' nak jumpa kami.."

Saya sangat terkejut, saya tanya ayah, "Eh! ayahhh... ayah apa khabar?"

Ayah menjawab "Alhamdulillah sihat".

Pastu saya cakap "Lama tak jumpa ayah".

Ayah cuma tersenyum.

Tiba2 Mr.Husband yg berdiri di tepi jalan tu dah ada di sebelah kereta. Ngah dan Mr.Husband sama2 menjenguk ke dalam kereta melihat ayah tapi diorang senyap je.

Masa tu la saya cakap kat ayah "Mak rinduuu sangat kat ayah".

Ayah cuma tersenyum. Cerianya wajah ayah. Tenang sangat. Terbayang2 senyuman manisnya tu.. semanis senyuman jenazah ayah sangat dia pergi, saat dia dikapankan.

Entah kenapa saya sangkakan ayah tak dengar apa yg saya cakapkan tadi, jadi saya ulang lagi sekali "Mak rindu sangat kat ayah".

Lantas ayah menjawab dgn tutur yg lembut "Ye lah, nanti ayah balik jumpa mak..."

Lepas tu ayah terus keluar dari kereta menuju je jalan besar. Saya, Mr.Husband dan Ngah hanya terdiam memandang ayah berlalu pergi meninggalkan kami.

Kami tetap tak berganjak dari kereta tu, masih memerhatikan ayah. Kaget di situ!

Ayah terus menyeberangi jalan besar dan naik ke atas bukit. Rupa2nya di atas bukit tu ada kawasan perkuburan. Maka, fahamlah kami yg ayah nak 'pulang'. Lepas tu ayah terus berlalu dan hilang dari pandangan.

Saya terus terjaga dari tidur. Terkejut! Astagfirullah... Ya Allah, saya bermimpi... Mimpi bertemu arwah ayah.

Bila diingatkan kembali, kubur ayah memang di atas bukit di Kota Damansara.

Saya pernah baca, kalau kita mimpi bertemu dengan orang yg sudah meninggal dunia, si arwah sepatutnya senyap je tanpa sebarang sessi dialog. Andai ada sebarang pertuturan dari si arwah, itu mungkin syaitan mainan tidur. Wallahualam.

Tapi saya terbayang2 senyumannya masa saya cakap yg "mak rindu kat ayah" tu. Manis.. Walaupun semasa hayat ayah sebenarnya seorang yang susah sangat nak senyum.

Saya rindukan ayah... Indeed. Cuma saya diamkan je, tak pernah cerita dengan sesiapa.

Entah kenapa, saya sering terbayang yang arwah ayah berdiri di depan gate rumah saya. Khayalan tu selalu datang.

Semasa ayah meninggal, saya langsung tak menangis. Entah kenapa! Dalam hati, sedihnya tak terkata, hanya Dia yg Maha Mengetahui. Mimpi ni adalah yg pertama kali diceritakan selepas hampir 2 bulan 'disimpan'. Even Mr.Husband dan mak pun tak tahu menahu.

Al-Fatihah untuk arwah ayah, Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus. Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ayah tenang di sana.

Belangsungkawa arwah ayah di sini dan sini.

12 comments:

farah fauzi said...

al fatihah buat ayah..insyaAllah..damai lah beliau di sana..

* ainul AB * said...

Terima kasih farah. Mudah2an InsyaAllah :-)

ch!natsu said...

hurm..
al-fatihah..~

SegaLanya Saya said...

Al-fatihah... jgn sedey2 ye kak Ainul..

-Sara- said...

al fatihah buat arwah...

follow u :)

sitiezahim said...

bagusnya ko x nangis ye..masa aku lahirkan arwah baby aku, lepas 3 jam aku lahirkan dia, misi datang bgtau dia dah pergi, tp aku x nangis. tp bila nurse kasi jenazah unt aku bawak ke wad, tak terkata air mata yg keluar..aku x tengok dia kebumi pon ainul sbb doktor tahan lagi dlm wad..
aku pon terbayang2 wajah arwah ayah ko, mcm aku terbayang2 wajah arwah ayah cik suriyati..al fatihah..

* ainul AB * said...

ch!natsu, thanks ye

Eza, huhu... sedeyla...

Sara, terima kasih ye

Sitie, tak tau la kenapa masa tu tak nangis sbb terlalu tahan airmata dari keluar.. tapi bila kat rumah sorang2 tak boleh tahan jugak. Jenazah arwah ayah senyum aje masa tu...

Al-Fatihah untuk ayah.

Anonymous said...

salam,
thanks for sharing...
Al-Fatihah utk beliau dn kalian...
I miss "Him" also.....
Al-Fatihah.

CXopportunities said...

:) al-fatihah buat arwah. cx prnh mimpi arwah abah 3kli. sekali arwah diam je. skli arwah dtg dlm bygn yg skjp. dan skli arwah terbaring. rindu arwah abah :')

Unknown said...

Assalamualaikum..ayah saya bru sja meninggal..bru2 ni pn sy bmimpi bjumpa arwah ayah kt sbuah tmpt yg aman..berbaju putih..sy tanya dlm mimpi tu ''cm mna abah bleh mai sini??''..smbil tsenyum abah sy kata dua pkataan kt saya ''Allah izin''..pastu dya trus mhilang..

* ainul AB * said...

Anonymous Jan 8 2012,
Jom kita sedekahkan Al-Fatihah byk2 utk arwah.

cx's,
Semoga roh2 arwah ayah kita ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

* ainul AB * said...

zackhero Zack,
Salam takziah dari saya. Mungkin Allah bagi kita peluang utk 'jumpa' arwah melalui mimpi utk melepaskan rindu. Al-Fatihah utk mereka...