My heart, my soul, my joy & my happiness!

Saturday, March 5, 2011

Duit Rosak

Bulan lepas, saya dan Mr.Husband dikejutkan dengan ATM machine yang buat surprised. Pada 14/2, kami pergi ke ATM machine CIMB Jalan Bunus di Jalan Masjid India. Maklumlah kat lubuk shopping. Transaksi pengeluaran RM1,500 pun berlaku.

Hasil pengeluaran ada 30 helai note RM50. Apa yang mengejutkan ialah, 22 helai daripada 30 helai duit tu ROSAK. Bukan sikit2 punya rosak... koyak di tengah, di bucu, berconteng (panjang macam karangan!), bercellotape... duit hitam, duit coklat pun ada. Jatuh dalam air milo agaknya.


Dek kerana terkezut, kami pun try le cash depositkan semula. Wahh... machine itu sangat bijak di mana dengan berjayanya telah me-reject wang2 tersebut. Tokey2 kedai enggan terima duit rosak. Kami pun terus call helpline CIMB. Menurut Customer service tu, mereka tak boleh buat apa2 melainkan kami perlu ke branch yg sama semula. Nadanya sangat sinis seolah kami yg sengaja mereka2 cerita.

Diorang cakap "We cannot do anything.." Maka hanginla saya satu badan.

Kita deposit duit dalam bank diaorang, they earn money from our money... they make profit from our money.. bila kita withdraw, dapat duit defect dan mereka taknak bertanggungjawab pulak. 22 helai duit RM50 bersamaan RM1,100 yang kita BARU withdraw tidak boleh digunakan. Dengan kata lain, duit tu tak bernilai.. huwaaaa!


Esoknya, terpaksalah ambil cuti pergi ke branch tu untuk buat report. Staff diorang pun terkejut dan pada mulanya agak sukar nak percaya juga. Tapi setelah kami attachkan receipt bukti pengeluaran dan kami minta mereka check serial number semua duit2 tu, mereka mula beralah. Kami simpan the whole bunch of RM1,500 tu. Tak pakai walau sehelai pun. Bank manager (a chinese woman) tu cakap perkara ni mustahil berlaku dan katanya ada yg dah terkoyak pada bahagian serial numbernya yang bank negara takkan terima untuk ditukar.

?!@#$????!# Kesabaran pun sedikit terhakis.

"This is what I received from your ATM. You can check the serial number, u can check your CCTV. I don't know how u are going to investigate this and I don't care... I just want my money back!"

pastu nak kasi provoke ckit... "I have to take half day leave just because of this... and who are going to bare the cost?"

Berani nak insist. Saya nekad nak buat report kat Bank Negara jika diorang taknak tukarkan semula duit2 tu dengan duit yg elok. They tried to screw up wrong people, without knowing that my husband is in the same banking line!

Akhirnya, dapat juga kami tukar duit tu. Syukur Alhamdulillah. Dugaan...

10 comments:

sitiezahim said...

giler la..nasib baik leh tukar balik..kalu aku pon mau hangin weh..

farah fauzi said...

macam mana bank leh tak filter dulu duit kat atm tuh rosak ke tak...

sw33tdarling said...

kalau kita tak tegas, mmg kita rugi.. mereka senang pijak kepala... sapa nak duit rosak?? bangla jual suatkabar pun tanak

Hanis Azla said...

kdg tu mmg terpaksa berkeras sikit untuk dapatkan hak kita semula.. klu tak jangan harap dia org nak layan kan..

ummiross said...

Ada jugak kes macam ni ye
Memang menguji kesabaran, nasib baik at last dapat tukar kan!

antudegil said...

ini.. ini.. ini SERIUS mahu menekan golongan marhean oleh bank kapitalisme. nasib baik lawan n dapat balik. ingat duk dlm katak tempurung lagi ke ape? good job there!

* ainul AB * said...

Sitie, hangin monsun la jugak jadinya... hehe..

farah fauzi, skrg ni bank outsource ATM kat Securicor. Kitorg syak yg Securicor tu yg songlap duit elok, tukor dgn duit rosak... naya je org ramai kan!

sw33tdarling, betul tu... mamat pakistan kat jln TAR tu yg tegur kitorg bagi duit rosak masa shopping kat kedai dia. Masa tu tak perasan langsung sbb baru je withdraw duit tu.. huhu..

Hanis Azla, saya setuju... bayangkan kalau makcik2 kampung yg terkena, menangis tak berlagu la jawabnya kan.

ummiross, memang sangat menguji kesabaran :-) syukurlah lastnya dapat tukar jugak.

antudegil, thanks ya, kita mesti tuntut hak kita, hasil titik peluh kita tu (walaupun kje dalam aircond tak kuor peluh pun)... hehe...

Liza @ Adzriel AB said...

lawan jangan tak lawan

Unknown said...

detik2 yg sangat cemas..huhu ~ sy buka kedai ni pun banyak duit x leh guna..kadang2 customer ni pandai, duit dikepal2 nk beli topup pastu blah. kita check duit ada tinggal separuh badan jer duit tu..hahah..ni yg sy tgh cari ni boleh x kita tukar duit2 tu kat bank...

* ainul AB * said...

Mrs.FaizalRiza,

Thanks singgah kat sini ye.

OO ye ke, ish tak patut betul la customer tu, sgt tak beretika... duit2 yang kalau serial numbernya masih clear pada blkg duit (melintang atas kiri dan bawah kanan menegak) masih boleh ditukar. Bergantung kepada budi bicara pihak bank tu :-)

Selamat mencuba ye.