My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, July 25, 2014

Ya Allah, selamatkanlah Gaza...


Apa yang anda rasa bila baca artikel ni?

Saya terkesima... betapa mulia hati insan bernama Dr.Gilbert ni. Beliau menghabiskan masa dewasanya berbakti di bumi Gaza. Walaupun pada mulanya hanya diarah berbuat demikian, tetapi lama kelamaan 'voluntarily' muncul dalam jiwanya, ikhlas untuk membantu mangsa2 kekejaman Israel yg dihujani bom saban hari.

Subhanallah... alangkah bagusnya jika beliau seorang Islam. Mari kita berdoa agar beliau sinari dgn Nur Islam suatu hari nanti.

Dulu masa sekolah menengah, saya pernah berangan nak jadi sukarelawan yg dihantar ke tempat2 yg tak stabil seperti ini. Contohnya masa tu tengah hot dgn perang antara Bosnia-Servia. Syukurlah Bosnia dah capai kemerdekaan. Masa tu berangan nak jadi doktor. Tapi tu la... belajar pun malas, cemanne nak ambik medic... hihi...

Kalau anda rajin google blog2 pro Israel, anda akan baca tentang provokasi mereka terhadap kekejaman org Palestin, walhal sebenarnya Israellah yg menyerang org Palestin, top spinner betulla! Media2 barat terutama di US banyak menyebarkan berita palsu tentang betapa kejamnya rakyat Palestin, padahal merekalah setan sebenarnya. Sebab tu ramai rakyat2 marhein US terpedaya dgn berita2 pelesu (palsu) tu.

Berani betul Dr.Gilbert ni cabar Obama. Thumbs up! Terang2 pulak tu beliau kata Obama dan Israel adalah kepala semua kehancuran di bumi Gaza.

Menurut Datuk Dr.Musa Mohd Nordin, Presiden Viva Palestina Malaysia (VPM), sehingga tahun lepas, Israel dah curi 80% daripada wilayah Palestin dengan membunuh lebih 700 ribu org dan memusnahkan 200 kampung org2 Palestin. Palestin ni disifatkan sebagai sebuah "Open prison" yg terbesar di dunia. Rakyat dia terkurung macam banduan, tak boleh ke mana2. So, kalau ada org luar macam org Malaysia yg datang menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, mereka happy dan bersyukur sangat2, ibarat banduan yg menerima kunjungan dari org yg tersayang. Sedih tau dengar speech Dr.Musa, ada dlm website vpm.org.my.

Dr.Musa ni pun kagum sangat saya melihatnya. Beliau ni doktor tetap Aleesya kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Beliau ketua unit paedatric. Tiap kali Aleesya admitted, awal2 pagi lagi dia dah dtg wad nak check patients dia, pastu turun ke klinik dia utk jumpa yg buat appointment pulak. Lepas lunch time selalunya ada operation, pastu ptg dia akan naik wad balik, check patients 2 kali sehari, 7 hari seminggu. Dah la aktif dlm tugas sukarelawan. Bilala dia cuti agaknya. Selain sebagai Pengerusi VPM, beliau juga ialah Pengerusi Majlis Penasihat Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA). Antara insan yg superb pada pandangan saya. Mulianya tugas beliau.

Dibandingkan dgn Dr.Gilbet dan Dr.Musa, apa sangatlah sumbangan kita bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza. Saya rasa kerdil aje. Apa yg kita boleh buat ialah berdoa supaya bumi Palestin selamat dari kekejaman Israel dan boikot syarikat2 yg support Israel, selain menghulurkan derma kepada saluran yg reliable. Yg paling obvious kita patut boikot ialah Mc'Donald, dan syarikat2 rokok. Pelik ye org Israel yg cipta dan jual rokok tapi mereka sendiri tak merokok, malah kalau nak merokok kena keluar rumah. Tetamu2 kalau berkunjung ke rumah org adalah dianggap biadap kalau merokok. Fikir2kanlah wahai perokok2... dahla 'bakar duit'... huhu...
.

Thursday, July 24, 2014

Ajar anak berpuasa

Alhamdulillah hari ni hari ke-15 Aleesya Sumaira berpuasa. Ini tahun pertama Aleesya berpuasa. Mungkin sebab tahun ni dia dah mula bersekolah tadika (kat Genius Aulad Subang Bestari), teacher kat sekolah pun ada explain pasal berpuasa, niat puasa, doa berbuka dan sebagainya, jadi dia rasa bersemangat. Sebelum mula Ramadhan hari tu, kat sekolah dia teacher suruh buat poster "Welcome to Ramadhan 2014" ramai2 dgn kawan2. Balik rumah, terkezut tengok baju kena color air... hoho...

Pada hari pertama berpuasa, tough la jugak. Dia asyik tanya "dah malam ke belum?... lama lagi ke?". Masa bukak puasa, happy sangat, makan sampai 3 pinggan. Pastu ayah dia cakap "Esok kena puasa lagi tau..." Dah macam babak dalam citer Upin & Ipin tu... terkejut dia bila kita kata kena puasa sebulan... haha...

Dia faham kalau puasa tak boleh makan dan minum dari Subuh sampai malam, lepas tu kena bangun sahur. Tiap kali bangun sahur nak nasi & ayam goreng. Layan je la. Ada sehari tu kami terlewat bangun sahur, so tak sempat dah nak kejut Adrianna & Aleesya. Pagi tu saya kejut dia utk pergi sekolah. Soalan pertama dia tanya "Tak sahur ke? Aleesya nak sahurrr..." Alahai sian... Saya kata, kalau tak larat nak puasa tak payahla puasa...

Yang senangnya sebab teacher dia dah explain kat sekolah, kalau taknak puasa, tak boleh pura2 sakit. Berdosa. Kalau sihat kena berpuasa. Okla tu... dia balik rumah, terangkan kat saya... tersengih2 saya mendengarnya. Bayangkanlah budak 5 tahun bagi explanation, dengan sambil tarik2 nafasnya... adorable sungguh!

Minggu lepas Aleesya kena batuk & selesema. So, saya suruh dia minum banyak air. Dia cakap "Ibu, kan puasa, macammana nak minum air?"... haha... So, minggu lepas banyak hari la dia tak puasa. Saya takut dia sesak nafas je sebab tengah banyak kahak. So, saya FORCE dia minum banyak air masak. Sebab Aleesya ni senang kena bronchitis, sampai masuk hospital berhari2. Tak larat la saya nak tidur kat hospital. Last dia admitted bulan January lepas kat KPJ Damansara Specialist Hosp. Dah macam 2nd home lak.

Sebenarnya, kami tak paksa pun dia berpuasa. Lebih kepada kerelaan hatinya sendiri. Cuma ada 2-3 hari yg dia tak tahan dgn godaan gula2. Time tu pun dah pukul 4-5 ptg, so kami suruh dia tahan je la. Sebabnya time tu bila saya & ayahnya tanya, "Bukak puasa Aleesya nak makan apa?" Dia jawab "lollipop". Huh! Tak berbaloi langsung.

Ini embah dia (mak saya) la punya pasal *(^_^)*
2 minggu lepas kami pergi Ipoh, rumah abang saya. Mak saya ada kat sana. Sebelum balik tu, dia bekalkan lollipop... banyak pulak tu. Saya memang jarangggg sangat bagi dia makan gula2. Selalunya gula2 yg anak2 saya makan tu sebab org bagi kat kenduri. Sebabnya anak2 saya ni sensitif, ada asma, so lebih baik mencegah dari mengubati. Gula2 kan tinggi dengan kandungan gula, coloring, perisa tiruan etc. Sekali diorg kena sesak nafas, takut tau tengok... especially Aleesya. Bunyi macam ayam tu. Kelam kabut bawak gi klinik, pakai nebulizer.

Bila berpuasa ni, suka sangat tengok anak2 makan masa berbuka. Full of passion... dan lebih menghargai makanan. Saya masak ala kadar je. Adalah 4-5 kali je ke pasar Ramadhan dalam sebulan ni. Susah nak jumpa yg menepati selera kita. Harga pun mahal. Tapi kalau tak larat nak masak, cari pasar Ramadhan jugak :-P

Masa saya umur 5 tahun dulu, sehari pun tak puasa...haha... Aleesya dah puasa 14 hari, InsyaAllah kalau cukup hari ni 15 hari, kira OK sangat la tu. Adrianna (8 thn) pulak baru ponteng 2 hari tahun ni. Dua2 hari tu sebab tak bangun sahur. Adrianna pun mula berpuasa masa umurnya 5 tahun, few days je la, a good start jugak anyhow.

Saje je la nak share cara saya ajar anak berpuasa, lain org mungkin lain caranya *(^_^)*
1) Kejut bangun sahur. Suruh diorg makan nasi & minum air masak paling kurang 2 gelas.
2) Bagi info tentang puasa dan keseronokan raya. Yg cikgu ajar kat sekolah lebih berkesan
3) Pantau anak2 supaya tak terlalu aktif, takut dia penat & dahaga. Suruh tengok tv je atau baca buku cerita.

Monday, July 21, 2014

2013 dan 2014

Wooo... kejapnya masa berlalu...
Pejam celik pejam celik dah lebih setahun saya tak meng-hupdate blog ni.
Banyak benda yg berlaku dlm masa setahun ni.

Antaranya... pada bulan April tahun lepas, ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah...
Dia di diagnos kanser rahim tahap IV pada bulan Mac 2013, sebulan kemudian dia pergi dgn tenang, tak sempat nak operate buang rahim atau kemo... Al-Fatihah... Jadi, bulan Syawal tahun lepas adalah kali pertama suami saya beraya tanpa ibunya. Kebetulan tahun lepas turn kami beraya kat belah Seri Manjung.

Keduanya, Aleesya mula bersekolah tahun ni kat Genius Aulad Subang Bestari. Seronok sangat dia. Surprisingly, dia masuk kelas 5 tahun sebulan je. Lepas tu guru besar dia upgrade kan dia naik ke kelas 6 tahun, dia kena lalui assessment dulu la. Actually kami ada request jugak sebab Aleesya dah tahu membaca BM, English dan mengira sejak umur 4 tahun lagi. Saya ajar kat rumah je. So sekarang pada usia 5 tahun, dia dah buat homeworks yg darjah 1 punya. Jawi dan mengaji pun dah boleh, cuma masih kurang lancar lagi... tapi kalau BM, English, Maths dan Sains memang laju je. Syukurr Alhamdulillah.

Ketiga, mak dan abang2 saya ke Tanah Suci Mekah utk menunaikan umrah pada Feb 2014. Saya mintak mak tolong doakan saya nak anak lagi... hihi... Aleesya pun dah 5 tahun.

Yang keempat, saya berterusan tak sihat dari bulan Feb 2014 hinggalah sekarang... dugaaaann... sebab tu la jarang update website Asteriskboutique.com. Tak larat nak tangkap gambar, tak larat nak edit gambar, tak larat la serba-serbi... so duit pun tak larat la nak masyuk... sob sob... sedih )': Alhamdulillah bulan Ramadhan ni ok sikit, so bolehlah masak utk berbuka setiap hari.

Kelima... beberapa bulan lepas wartawan majalah Wanita ada hubungi saya nak publish gambar tudung Asteriskboutique lagi macam tahun yg sebelum ni... tapi kali ni utk keluaran raya. So dia nak tengok la stok baru yg saya ada dalam website. Tapi memandangkan saya tak sihat, tak larat nak ambik gambar...kite postponed la dulu. Kalau ada rezeki, adalah...

Keenam, anak saya Adrianna Sofea dapat hadiah Anugerah Pelajar Harapan kat sekolah dia, Sek.Keb Subang Bestari. Syukur Alhamdulillah... sekarang dia tahun 2. Hadiah tu ikut prestasi masa darjah 1. Permulaan yg baik, mudah-mudahan maintain atau lebih baik lagi untuk tahun2 berikutnya. InsyaAllah. Mid term exam baru2 ni dia dapat 9A 2B. Subjek Muzik dan Pend.Seni Visual dapat B... so tak ralat sangat la sebab ibu dan ayahnya pun memang tak berseni, takde bakat genetik... huhu... Yang penting core subjects semua A dan markah 90+.

Bulan lepas saya kemalangan. Simpang depan rumah je pun. Dari kedai, nak balik rumah. Masa nak keluar simpang, saya tak perasan ada kereta baru masuk jalan. Tau2 dah kena. Saya bawak slow and steady je, 20km/j je kot... tapi memandangkan kereta tu laju sikit, so impact nya agak kuat. Tapi serius saya kaget... saya break pun biasa je, sebab bawak slow kan, takdela break sampai cium dashboard pun. Aleesya masa tu tengah tidur kat sebelah, tak pakai seatbelt pun, tapi dia tak gerak ke dpn pun masa saya break tu (byknya 'pun').. boleh bayangkan tak betapa perlahannya saya bawak... huhu... tapi tu la org kata, dah nak jadi. Kunfayakun... dugaan betullah. Boleh tahan damage dia!

Hmm... yg keberapa ni... tak kira dah...
Bulan Jan 2014 kami pergi Sarawak. Bawak anak2 dan pak mertua sekali. Sedih dia, sebab dulu masa arwah mak mertua ada, diorg pernah plan nak gi vacation ke Kuching masa dah pencen ni. Kuching memang best la. Aleesya's favorite; mee kolok. Saya suka kek lapis asam bulat. 3 layer tea kat sana pakai gula apong... yummy!

Pastu bulan Mac 2014 kami pergi Kota Kinabalu pulak. Saya menginap kat homestay kawan masa sekolah dulu. Tak sangka dia pindah ke KK. Makanan kat KK mahai2 la, sedapnya jauh sekali... aduhai... kecuali... kepak ayam panggang dia memang sedap.

Compare antara Kuching dan KK, Kuching jauh lagi best.

Itulah sorotan2 dalam masa setahun nih...
.