My heart, my soul, my joy & my happiness!

Monday, December 5, 2011

Masa itu emas

Dulu-dulu masa zaman sekolah, cikgu2 selalu ingatkan.. "Masa itu emas". Siap ada tampal lagi kat dinding kelas. Pastu kat dinding sekolah pun ada mural ayat yang sama. Tapi masa tu... apa yang saya fikir yer? Buat dono je rasanya... Rasa yang masa itu emas bila dekat2 nak exam je... haha...

Tapi bila meningkat dewasa ni, baru rasa betul2 faham apa maksud ayat tu. Kalau masa kerja aritu... sentiasa terikat dengan deadline. Kalau tak siap.. "I'm dead meat" (macam dalam game Worm!).

Dulu masa masih bekerja, saya feeling2 la kalau dah tak kerja nanti, tentu ada masa nak update blog ni dan blogwalking. Bila dah resign dan buat fulltime asteriskboutique.com, hmmm... rasanya takdenyer nak ber-blogwalking. Tak sempat jugak. Takpelah... bukan senang nak cover balik fixed income yang dilepaskan tu. Asteriskboutique kenala cover balik.

Masa itu sangat berharga buat saya sekarang. TIME IS MONEY $$$. Maklumlah, 'bukak kedai' 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sentiasa check emails, reply emails, check orders... pastu bila dah selongkar tudung masa ambik order tu, kenalah kemas balik. Kalau tailor call ada stok baru, kena pergi ambik cepat-cepat, tangkap gambar dan upload dalam website.

Aritu masa Adrianna sekolah, saya masih hantar anak2 ke rumah babysitter di Kota Damansara. Tapi start bulan Disember ni, since Adrianna start cuti sekolah, saya dah stop hantar diorang ke sana. Lagipun tahun depan, Adrianna dah tak sekolah kat Kota Damansara lagi. Ada branch baru Genius Aulad Subang Bestari. Dekat je dengan rumah.

Minggu lepas, si Aleesya tu asyik cakap "Nak pergi rumah mak..." Rindu kot kat babysitter dia. Saya cakap "Aleesya tak payahlah pegi rumah mak, duduk dengan ibu ye..." Tau dia jawab ape... "Taknak, Aleesya nak pegi rumah mak... ada Afiq.. Arif". Yang si kakaknya dah besar, so dah fahamla. Dia siap explain kat adik "Aleesya, tahun depan kakak sekolah kat Subang Bestari je, kita dah tak pergi rumah mak..." Kesian pulak nengok si adiknya :-(

Saya takde maid (I don't trust any).. takde pekerja 'butik'. Cuma ada the one and only assistant iaitu Mr.Husband... hehe... Masa tu sangatlah berharga bagi kami. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kami...

Friday, November 18, 2011

Adrianna is 5 years old today!

Syukur Alhamdulillah, Adrianna dah 5 tahun hari ni, 18 November 2011. Maintain tembam. Orang tak percaya dia baru 5 tahun. Selalunya orang ingat dia dah 10 tahun dah, sebab saiz badannya yang berbidang besar dan tinggi. Baju kurung yang dia pakai dalam gambar tu saiz 14 tahun punya. T-shirt, jeans, pants semuanya saiz 14 yrs jugak.

Dari awal tahun 2011 hari tu, kami dah ajar dia tidur di bilik sendiri. Masa tu baru 4 tahun lebih. Dia suka. Kami letak katil queen size dalam bilik dia sebab kalau katil single, takut jatuh tergolek pulak... hehe...

Ayah dan ibu sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk Adrianna dan Aleesya, selagi kami mampu dan terdaya. InsyaAllah, semoga Allah swt murahkan rezeki kita.

Harapan semua ibubapa, tak lain tak bukan nak melihat anaknya berjaya dalam hidup. Adrianna baru 5 tahun. Masih ada banyakkkk lagi liku-liku kehidupan yang perlu Adrianna tempuhi. Ibu dan ayah mendoakan semoga Adrianna dapat menempuhi liku-liku tu dengan penuh kesabaran dan harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Be a good girl, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday, November 16, 2011

Adrianna's First Show - Genius Aulad

Tarikh : 29 Oktober 2011
Tempat : Tropicana Golf Club, Tropicana
Waktu : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Show ni disertai oleh pelajar-pelajar dari tadika Genius Aulad Kota Damansara dan Genius Aulad Bandar Sri Damansara. Actually tujuannya untuk tunjukkan kepada ibubapa apa yang telah anak-anak pelajari di sekolah. Apa yang bagusnya, sukatan pelajarannya balance antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, teacher pula sehabis baik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Masa kat rumah, saya tanya Adrianna... "Adrianna nak buat show apa esok?"
Dia cakap "Tak taulah, nanti ibu dan ayah tengoklah".
Bunyi skema sikit jawapan dia pakai 'dan'... hehe...
Sabar je la, dia boleh cakap "Tak tau...". Sebenarnya dia malu...

Masa mula-mula naik stage, saya dan Mr.Husband tengok Adrianna rileks habis. Tak nervous langsung. Kata orang tu, selamba badak je. Yang kelakarnya, ada budak lain yang siap cakap kat member sebelah (depan microphone pulak tu), "eh... tu papa kite..." Satu dewan dengar. Semua orang gelak. Takpelah... budak-budak lagi kan.

Mula-mula tu Adrianna and friends nyanyi lagu Negaraku. Pastu Al-Fatihah... 3-Qul, diiringi doa untuk ibubapa, pastu ada beberapa poems yang teacher diorang ajar. Kemudian, nyanyi lagu... yang saya ingat diorang buat aksi "quack quack". Lawak habis. Aleesya melompat-lompat atas kerusi sebab excited sangat tengok kakak dia atas stage.

Yang saya perhatikan, karakter anak ni tak sama bila di rumah dan di sekolah. Masa dengan kawan-kawan, saya tengok dia lebih matang di antara yang lain. Kalau kat rumah, toksah cakapla mengadanya... hehe... Teacher dia sendiri cakap yang Adrianna ni pendiam tapi agak advance berbanding yang lain. Dalam buku reading "Adam and Dina", dia selalu dapat "Good" dan "Excellent". Alhamdulillah...

Tahun 2012, ada branch baru Genius Aulad akan dibuka di Subang Bestari. Dekat je dari rumah. So, tahun depan untuk kelas 6 tahun, kami hantar Adrianna dekat sini je la.

Hamba Harta

Semua orang materialistik. Cuma levelnya tinggi atau rendah je. Kalau level tinggi tu yang bahaya. Jadi selfish, ego, berlagak dan segala yang negatif la... Susahkan orang yang gila harta ni.

Pada saya orang materialistik ni ada 2 jenis:
1) Suka harta orang lain.. cara nak dapatkan mungkin dengan menggoda, memujuk etc...
2) Harta sendiri tak banyak, tapi nak tunjukkan pada umum yang dia memang kaya

Saya dan Mr.Husband suka nak huraikan point yang kedua tu. Kata orang, biar papa asal bergaya. Hujung bulan, berjela-jela bil surat hutang mari. Kes yang special, anak bini makan nasi putih gaul dgn garam hari-hari pun takpe, janji sang suami pakai kereta besar (mahal woo kete dia), gadget canggih yang up-to-date dan nampak 'kaya' di mata masyarakat. Yang sengsara, anak isteri. Wajarkah?

Dan yang lebih mendukacitakan, isteri dan anak-anak pantang sentuh kereta besar dan gadget2 canggih tu. Takut calar/rosak pulak. Tak ke jadi hamba harta namanya. Bila tanya bab bil, belanja anak, sekolah, tuition... ada je alasannya.

Kalau nak beli pape, kenalah bawa berbincang dulu. Harta sepencarian, kenalah share dan nikmati sama-sama. Jenguk2lah ke dapur, apa yang ada, apa yang dah habis... dah la isterinya surirumah sepenuh masa tak bergaji. Kalau takde makanan, anak-anak nak makan apa? Nafkah $ untuk isteri, dream on la. Apatah lagi nak pergi vacation... mimpilah!

Mungkin si bapa tak perasan apa yang dia lakukan tu sangat tidak disenangi oleh isteri dan anak2. Sayang sangat-sangat tau sebenarnya bila anak-anak makin 'menjauh'. Duduk serumah tapi jauh di hati. Think about the future bro! Esok bila dah tua, anak2lah aset kita.

Kepada kawan2 lelaki dan wanita... tolonglah jaga pasangan dan anak-anak anda baik-baik. Sayangi mereka. Berikan yang terbaik. Pentingkan keluarga... bukan gadget canggih atau kereta besar. Berbelanjalah ikut kemampuan supaya anda, pasangan anda dan anak-anak pun turut merasa susah senang BERSAMA-SAMA. Jangan senang sorang-sorang je!

Harta dunia... bukan boleh bawa mati pun. Nauzubillah...

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 2011

Actually saje nak tunjuk gambar anak2 saya dan sepupu2nya ni. Excited sangat. Sebenarnya time raya ni, budak2 yang paling seronok. Se-dua-tiga menjak kami beraya di KL ni, ada rasa kureng sikitlah feel raya. Memang berbeza sangatlah beraya di bandar dengan di kampung. Actually dengan kata lain, semuanya berubah sejak arwah ayahanda sakit teruk. Start raya haji tahun 2009 kami berkampung kat Subang je sebab condition ayah yang tak berapa ok. Kalau balik kampung susah pulak kalau ada emergency. Hospital Jengka tak reliable langsung.

Berbalik kepada kemeriahan raya tahun ni... tak meriah mana pun. Raya Haji tahun ni giliran kami adik-beradik lengkap. Maksudnya, semua turn family sini, bukan mertua. Jadi, penuhlah anak-anak sedare. Termasuk anak-anak saya, ada 15 orang kesemuanya. BARU 15!!! Amirul je yang miss sebab balik Semanggol.

Kali ni Adrianna dan Aleesya pakai jubah. Jubah lama dah tu, mak beli kat Mekah dulu.

Menu wajib kami masa raya, kalau kat Jengka, mesti buat lemang, ketupat yang anyam tu & tapai tapi kat sini leceh sikitlah, so mak dan kakak2 chef buat nasi impit Adabi, kari ayam, kuah kacang, rendang daging, pulut dan ada menu tambahan ikut selera keluarga. Kali ni kakak chef buat mee rebus... sebab celebrate birthday anak2 dia sekali yg lahir bulan November. Aktiviti wajib ialah MAKAN, dari pagi sampai malam. Satu perut jadi tiga. Kembang tak hingat :-D

Since beraya kat Subang, memang tak pegi ke mana pun. Lepak je la ngadap TV sambil MAKAN. Lupakanlah seketika pasal diet, lepak tepu, kolestrol dan makanan seimbang sebab kalau fikir sangat, tak enjoyla makan sup gearbox... hehe... dan sejak anak menantu Cik Sharrah ni berkecimpung dalam dunia bisness, kami kalau berkumpul adik-beradik, talking about business tu... ececehh... Alhamdulillah, ikut sunnah Rasullullah.

Salam Aidiladha. Semoga mak ayah Wardah dan Abg Atan (sepupu kami) dipermudahkan dalam segala urusan di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanahair.

Saturday, October 29, 2011

I am 30

Masa birthday saya aritu, Mr.Husband cakap "Kita sebayalah..."

Sebab? Saya lahir 11/10/81. Dia lahir 14/12/80.

Masa bulan 10 tahun 2011 ni, umur saya genap 30 tahun... umur dia pulak 30 tahun 10 bulan.

Masa kami nikah dulu, 10/12/2005.

Umur saya 24 tahun 2 bulan. Umur dia 24 tahun 11 bulan. Actually 4 hari je lagi nak masuk 25 tahun. Tapi dalam sijil nikah, kira umur sama la.... huhu...

Ada orang perasanlah dia muda SIKIT. Sikitlah :-D

Takpe, bagi chance.

Dah end of October dah, baru sempat nak post pasal birthday saya... Alhamdulillah masih bernafas lagi dan semoga hari-hari berikutnya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya untuk saya, Mr.Husband dan anak-anak. Moga Allah swt murahkan rezeki kami dan yang penting kami bahagia, live happily ever after... tiru ayat fairytale tu... hehe...

Thursday, August 11, 2011

Setahun Berlalu

Sembilan Ramadhan tahun ni, genaplah setahun ayah pergi meninggalkan kami. Saya masih terbayang suasana di wad tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Malaya...

Pukul 4.30 petang 8 Ramadhan, saya mintak kebenaran kat boss nak balik awal sebab ayah tengah nazak... Sampai je situ, ayah dah separa sedar. Dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Cuma berbaring... dadanya berombak, tidak seperti hari sebelumnya, ayah masih mampu berbual pendek.

Mak cakap sejak semalam lagi ayah tak habis-habis mintak semua anak-anaknya berkumpul. Kami kerap melawat, cuma tidaklah datang sekali 5 beradik. Ikut kelapangan masing-masing. Kemuncaknya petang rabu tu la mak suruh kami segera turun. Actually hari sebelumnya (Selasa) saya dah ambil EL, tapi menengokkan condition ayah ok petang tu, so esoknya saya ke ofis seperti biasa.

Masih terbayang-bayang saat azan Maghrib berkumandang... kami semua berbuka dengan air masak je. Satu botol air mineral tu di pass-pass... Sebab semuanya tengah mengadap ayah, kami 5 beradik dan menantu2 mengelilingi katil, sibuk baca yasin untuk ayah. Keadaan masa tu tegang... tense sangat. Dah lepas Isyak barulah kami turun kejap ke kafe cari makan. Lepas tu naik semula, dan sambung bacaan yasin. Mak langsung taknak makan. Minum air sikit je. Mak cakap "dah kenyang".

Secara jujur, saya tak sanggup tengok ayah tercungap-cungap. Doktor cakap kanser dia dah merebak ke semua bahagian... termasuk otak. Ada satu tiub dimasukkan ke dalam tekak dan terus ke perut... untuk mencuci perut ayah. Yang keluar hanyalah air hitam. Ayah skinny sangat. Dah tak mampu makan. Cuma minum susu khas melalui tiub. Pada saya, kanser memang jahat!

Ramai jugak sedara-mara yang datang melawat malam tu setelah dikhabarkan condition ayah yang semakin tak menentu. Saya dan adik-beradik lain tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa semoga Allah kurangkan kesakitannya. Yasin memang tak putus-putus.

Sampai la dalam pukul 3 pagi... saya terlalu mengantuk dan terlena di sofa depan. Tiba-tiba dikejutkan oleh adik-beradik lain. Waktu sahur 9 Ramadhan. Masa tu, abang saya baru nak turun beli makanan untuk sahur.

Ketika umat Islam di Malaysia sedang bersahur... ketika itulah Allah menjemputnya. Tenang. Senyum je.

Mak cakap, selama bertahun-tahun tiap kali ayah sakit teruk, dia tak pernah suruh kami 5 beradik datang sekaligus. Tapi permintaan 2 hari sebelum dia pergi... betul-betul permintaan yang terakhir sebab sehari sebelum tu, dia dah tak mampu berkata-kata lagi.

Pagi semalam, mak call saya, menangis-nangis... suruh ke kubur baca Yasin untuk ayah. Mak kat Jengka sekarang, sebab tu tak dapat pergi kubur di Kota Damansara. Setahun tu kejappp sangat rasanya. Malam sebelumnya saya tak boleh tidur. Anak dia yang paling degil dan 'nakal' ni teringatkan arwah ayah.

Syawal tahun ni mak tentu sepi sekali lagi tanpa ayah. Mak cakap nak raya kat Subang je sebab kubur ayah kat sini. Kena pulak giliran kami beraya di rumah mertua tahun ni. Lagi sepilah dia. Tahun lepas memang giliran kami semua berkumpul, cukup 5 beradik, cuma ayah je yang dah takde...

Semoga arwah ayah tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Masih jelas terbayang mimpi saya bertemu ayah beberapa bulan yang lalu... Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus...

Saturday, July 30, 2011

Mead Johnson, please reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid

Baru-baru ni Mead Johnson telah menaikkan kandungan DHA dalam susu Enfagrow A+. Maka dengan itu, regenya pun naik jugak le. Banyak pulak tu, dalam RM10/tin! Gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau sebelum ni regenya 2 angka aje. Sekarang ni dah jadi 3 angka.

Tiap-tiap bulan kami akan shopping susu anak dalam 10-15 tin. Enfagrow A+ untuk Aleesya dan Enfakid A+ untuk Adrianna. Perisa original sebab anak-anak saya sensitif (asma) dan tak digalakkan minum susu yang berperisa coklat, vanilla apatah lagi honey.

Bulan ni punya expenses still ok lagi sebab stok baru je dibeli pada harga lama. Bulan depan naiklah 10% untuk susu anak-anak sahaja. Dugaan. Yang kaya tokei susu tu la. Saleswoman Enfa suruh saya tulis note sebagai pengguna Enfa. Most of Enfa consumers tulis apa dalam tu tau? "Too expensive"... hehe...

Ini dia stok terbaru kat rumah kami. Cukupla sampai bulan depan. Boleh bukak kedai susu gayanya. Masa mula-mula beli susu ni dulu masa Adrianna baby, harganya dalam RM80+ je. Lepas tu naik, naik, naik dan naik lagi. Dulu-dulu berat 1 tin tu 1.8kg. Sekarang ni cuma 1.7kg je. Harga naik, tapi berat berkurang. Nak ngomel pulak... Sendiri pilih brand ni kan. Sendiri mau ingat la... hehe... Tin foils ada banyak tak hantar lagi. Nanti saya nak tulis surat lagi la kat Mead Johnson Malaysia. Kali ni nak buat ayat bunga-bunga sikit nak mintak voucher. Macam boleh?

Dear Mead Johnson, ooohh please la reconsider the price of Enfagrow and EnfaKid.

Sunday, July 17, 2011

Kisah disebalik sebuah bakul kecil

Saya lalu di satu kaki lima. Tiba-tiba saya terpandang sekumpulan manusia yang sedang memerhatikan manusia lain. Manusia lain itu sibuk dengan kerjanya. Beliau ditemani oleh dua orang kanak-kanak, mungkin anak-anaknya. Itulah kerjayanya pada hemah saya. Saya turut berhenti di situ. Kagum dengan apa yang beliau lakukan.

Tangannya tak henti-henti bekerja. Itulah kepakarannya. Saya sangat-sangat kagum. Saya tengok ada beberapa output yang sudah siap tersusun dihadapan beliau, pelbagai saiz, beserta harga.

Saya tengok yang bersaiz sedang... satu RM5 je. Di dalam kemampuan poket saya.

Timbul rasa kecewa... kerana orang-orang yang memerhati hanya sekadar memerhati. Apalah salahnya beli satu. Sekadar membantu. Sekurang-kurangnya beliau melakukan sesuatu, tidak sekadar menadah tangan mengemis meminta wang. Beliau seorang yang berusaha.

Saya di situ dalam 2-3 minit je sebab rushing, Mr.Husband tengah menunggu.. sempat jugak snap satu gambar pakai handphone.

'Penonton' di hadapan si buta tidak akan membantu apa-apa pun jika sekadar menonton.


Inilah dia sebuah bakul kecil yang menyimpan satu cerita. Kepakaran yang tidak langsung ada pada saya, seorang yang celik mata. Kuasa Allah, dengan dunia gelapnya, beliau mampu hasilkan sesuatu yang sangat kemas dan rapi seperti ini.

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Dr.Zahira dan Dr.Azman

Syukur Alhamdulillah Zahira dah selamat bergelar isteri kepada Dr.Azman. Diorang ni sekolah sama masa kat Kolej Yayasan Saad. Lepas SPM, sama-sama ambil medic kat Rusia. Kat sanalah percintaan diorang makin mekar dan mekar. Lepas grad, balik Malaysia dan tak lama lepas tu terus ikat tali pertunangan dan kemuncaknya pada malam 23 Jun lepas, kedua-duanya sah bergelar suami isteri di Masjid Wilayah. Meriah sungguh majlis perkahwinan Zahira dan Azman. Pada pagi Sabtu 25 Jun, majlis resepsi diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Keramat Permai, manakala pada sebelah malamnya pula diadakan majlis yg penuh gilang gemilang di One World Hotel, Bandar Utama yang turut dicemar duli oleh Sultan dan Sultanah Pahang, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dan barisan menteri-menteri yang lain. Pergh.. itulah majlis terbesar penah saya hadiri. Datuk Siti dan Datuk K pun ada. Zahira (kakak) ni menjadi contoh yang baik kepada adik beradik dan sepupu sepupunya. Seorang yang sangat bijak dari kecik lagi. Masa SPM, dia best student dalam batchnya... dapat semua A's. Samalah macam ayahnya juga, Ir Zohari Sulaiman yang kami panggil CuE, adik bongsu mak. Dr.Zahira kini bertugas di bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Dr.Azman pula bertugas di Hospital Serdang. We glad untuk kakak dan semoga kakak berbahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel-comel, yang soleh dan solehah dan dimurahkan rezeki selalu... Aaaminnn...

Vaginal Swab dan Pap Smear

Pada satu pagi kira-kira 3 minggu lepas, hari Sabtu, saya tiba-tiba rasa sakit di bahagian bawah perut. Sakit tu makin lama makin kuat. Sama macam contraction orang nak bersalin tu. Tapi kalau contraction orang nak bersalin, ianya datang dan pergi.. tapi sakit yang saya alami tu tak henti. Saya terus terduduk, tak mampu berdiri. Anak-anak masih tidur masa tu. Sebab dah sakit sangat-sangat, Mr.Husband terus bawak pergi klinik An'Nisa, 3 minit je dari rumah. Anak-anak yang tengah tidur tu kami tinggal je kat rumah. Emergency.

Saya pernah kena macam ni dulu. Tiga minggu selepas saya lahirkan Adrianna (Disember 2006) saya kena infection di rahim, known as endometriotis. Sakitnya rasa macam dah di hujung nyawa. Darah turun tanpa henti, muka pun dah pucat lesi. Saya dibawa naik ambulan ke hospital. Itulah satu-satunya pengalaman saya naik ambulan. Saya langsung tak mampu duduk atau berdiri. Bila Mr.Husband cuba angkat, saya rasa sakit sangat3. So, terpaksalah panggil ambulan. Lepas buat procedure di UKMSC, terus ok lepas tu.

Berbalik kepada cerita tadi, masa sakit baru-baru ni, air mata dah bercucuran sebab terlalu sakit. Masa sakit nak bersalin saya tak pernah menangis pun, tapi sakit yang ni memang tak tertahan sangat rasanya. Sebab dah tak mampu nak jalan, klinik bawak wheel chair ke kereta. Mr.Husband sempat buat lawak. Dia kata "Ainul wilchar". Macam Usop Wilchar tu...

Doktor inject Pethidine painkiller kat punggung. Power punya painkiller. Lepas kena cucuk tu, rasa blurr je. Vertigo. Ada pusing-pusing sikit. Tapi dalam 5-10 minit lepas tu, sakit tu makin lama makin kurang. Lepas sakit dah kurang tu, barula saya rasa stabil dan tak resah gelisah lagi. Doktor buat ultrasound kat lower abdominal area (uterus) dan dia dapati, rahim saya membengkak sedikit. Untuk further checking, saya terus dirujuk ke KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH).

Sampai di emergency DSH, doktor pun buat ultrasound sekali lagi. Tapi kali ni rahim saya ok, tak membengkak pun. Maybe sebab dah tak rasa sakit, so dia dah back to normal. Cuma ada cyst sebesar 1cm di sebelah kiri which is normal katanya.

Lepas tu doktor cakap dia nak buat futher checking iaitu Vaginal swab dan pap smear. Saya dah berdebar-debar dah. Macammane la agaknya. Sakit ke tidak... huhu... tapi sebab nak investigate punca saya sakit tu, saya pasrah je la. Doktor suruh saya baring, kemudian dia masukkan satu alat (besi) ke vagina dan... keluarkan semula. That's it. Rasa macam doktor buat checking untuk dilation during labor tu aje. Tak sakit mana pun. Sorry ye kalau yang membaca ni rasa tak selesa, saya cuma nak share experience je
*(^_^)*

Saya diberi 2 jenis antibiotik iaitu Augmentin 625mg dan Metronidazole 400mg selama 5 hari dan beberapa ubat for muscle relaxation.

Tiga hari kemudian, DSH call saya untuk inform tentang hasil ujian sample yang diambil dari bawah tu. Hasilnya saya kena infection 2 jenis bakteria. Tapi doktor cakap saya akan OK once saya complete makan combination 2 jenis antibiotik tu... Syukur Alhamdulilah saya dah OK. Saya sebenarnya takut sangat sakit tu datang lagi... huhu... especially sebab saya dah ada history endometriotis dulu...

Sunday, June 19, 2011

Antara keluarga dan kerjaya

Tadi saje jenguk-jenguk album lama. Jumpa gambar budak chubby ni. Very the montelest masa ni. Bikini tu kak ina (babysitter) yang bagi. Tu pun anak dia pakai masa dah sekolah dah. Cik Aleesya ni pulak pakai masa umur setahun lebih aje.

Sekarang ni Aleesya dah kurang sikit chubbynya. Siiiiikitla :-P

Dua minggu lepas baru je admitted 4 hari kat Damansara Specialist Hosp. Pada usia 2 tahun 2 bulan sekarang, dah 8 kali keluar masuk hospital. Bayangkan berapa kali saya ambik emergency leave? ...dan setiap kali admitted, ambik masa dalam seminggu kecuali yang baru-baru ni je 4 hari. Dan company tu takde Compasinate Leave!

Kan start awal tahun ni saya satu-satunya manusia dalam IT Product Development team untuk MNC Wireless. So, bayangkan bila saya ber-EL, apa yang terjadi di office... Antara keluarga dan kerjaya... saya pilih keluarga.

Sebelum saya resign aritu, sempat juga saya bertanyakan soalan cepuemas kepada HR Manager yang nak meletup tak lama lagi tu. Anak pertama baru... tak faham lagi kot. Boss saya (IT team) pun baru nak menimang cahayamata pertama jugak. Lebih kurang macam ni, tapi saya cakap elok-elok la:

"If u see your baby having difficulty in breathing... would u just leave her and go to the office as usual... or would u bring her to the hospital and take care of her?"

Dia tak jawab la soalan saya, dia konar ke benda lain. Memang what the h...hampeh.

Begitulah... saya tender resignation letter. Saya kata saya dapat better offer *(^_^)*

Yang bestnya, hari saya submit surat tu, pagi-pagi lagi masa sampai office, laptop saya terus keluar blue screen, tak dapat diselamatkan. Laptop saya dah protes dulu la. Tak kisah pun, laptop company. Beberapa hari lepas orang Media Prima sms saya suruh standby sebab ada final Ultimate Power Superstar kat 8TV. Saya senyum je baca. Sorryla, saya dah tak kisah dah!

Teringat kisah Wardah, masa anak dia sakit akibat tragedi dulu, company dia sangat flexible dan supportive.

Berbalik kepada kisah gambar tu... anak-anak saya suka sangat mandi laut. Kalau balik kampung opah dia kat Seri Manjung, mesti nak ajak pergi Teluk Batik. Opah dan atuk pulak rajin bawak cucu-cucu dia jalan-jalan.

Walauapapun, semoga anak-anakku Adrianna dan Aleesya sihat selalu. Sihat dalaman tau. Sebab luarannya memang sentiasa 'sihat', chubby, montel dan tembam... hehe...

Monday, June 13, 2011

Sayonara MNC Wireless

It's time to move forward. I'm glad I have decided. Opportunity is everywhere. Alhamdulillah, I am lucky to be given a better path, to have a quality time with my family especially my beloved Adrianna and Aleesya, managing myself freely... This is just a new beginning... InsyaAllah. Wish me luck *(^_^)*

Monday, May 30, 2011

Things that I want to do most

Apakah perkara yang saya nak... nakkk sangat lakukan?

Saya terlalu mengantuk. Saya nak tidur sangat-sangat. Get enough sleep. A very-very-very sound one.

Lepas dah bangun tidur, saya nak pergi mengurut. Sakit-sakitlah badan saya ni.

Lepas tu bila dah rasa segar, barulah rasa nak pergi vacation ke, jalan-jalan ke. Best best!!! Bestnya tengok kawanku Siti Hajar tour kat obersea nun...

Antara perkara lain yang saya nak lakukan... saya nak resign. Saya dah tak larat nak pikir pasal coding. Saya sangat rimas dikejar tight dateline. Saya dah malas nak pikir masalah memori tak cukup, sistem down, new services, monthly report, server migration...

Macam malam tadi, Mentor akhir... saya menggelupur kat rumah sebab ada lebih satu juta SMS masuk dan sistem sangat lembab! Orang TV3 dah bising dah. Dan mungkin telco pun agak lambat sebab traffic SMS tinggi sangat.. so orang yang vote lambat dapat reply.

Tapi Salma memang dasyat la. Orang vote dia 74%. Jauh dia tinggalkan Shiha (16%) dan Iqa( (10%). Jumlah vote untuk Salma saja 700 ribu lebih. Saya walaupun suka, sekadar tengok je la, idokla  teman nak membazir sen mengundi untuk diorang.

Sekarang ni tengah struggle untuk projek TV3 27th Anniversary. Start 3/6 ni TV3 nak buat SMS Contest, tapi kena tonton la rancangan-rancangan dia macam Panggung Sabtu, Pearl Screen, Mega Movie.. etc.. Ok, enough free promotion!

Next week, kena siapkan voting system untuk Anugerah Planet Muzik pulak. Kiraan voting datang dari 3 buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sape artis yang bertanding yang kaya raya tu, bolehla vote untuk diri sendiri kalau nak menang kan... hehe...

Saya suka kepada kerjaya saya, tapi saya penat. Gaji pun biasa-biasa je.

Saya nak focus kepada butik maya kami.

Sesuatu yang lebih bebas dan... lebih masyuk... hehe... Aaminn... mudah-mudahan...

Teringat masa darjah 6 dulu, masuk bahas dalam kelas pasal tajuk "Bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji"... Memori betul! Masa tu saya pembangkang... sokong makan gaji... hihi...

Anak-anak pun dah terikut ibu dan ayahnya tidur lambat. Kesian Adrianna susah nak bangun pagi pergi sekolah sebab tidur lambat. Walaupun dah suruh dia tidur awal tapi dia memang tak boleh nak lena.

Sebenarnya kalau semua kerja go smoothly, memang kita takkan rasa sebarang tekanan. Tapi lately saya amat merasakannya. Terlalu busy. Balik rumah, sibuk dengan asteriskboutique pula. Tidur lambat. Selalunya pukul 2 pagi. Esok dekat office, nak kena kerja lagi. Penat, tak cukup rehat.

One thing for sure... I need a bed rest *(#_#)*

Wednesday, May 18, 2011

Online Shop of The Year

Malam tadi baru saya realised... kenapa tak register untuk Online Shop of The Year Contest anjuran DiGi... Mr.Husband yang suarakan. Actually dari minggu2 lepas lagi kakakku Liza A.B telah memberi cadangan yang sama, tapi saya rasa macam tak confident. Alaa.. sape la yang nak vote kan... tapi tetiba malam tadi rasa macam saje2 je la give a try... Sangat last minute sebenarnya tapi takpelah... Harap2 ada yang sudi vote kami untuk DiGi WWWOW Award ni *(^_^)*

Dear kawan-kawan,
Saya dengan rendah diri amat mengharapkan undian dari anda ye..

Login melalui Facebook dan click link ni ye:

Scroll bawah sikit, lepas tu, type 'keyword' yang dipaparkan (huruf2 blur).. kemudian click 'Vote'.

Setiap pengundi boleh mengundi tiap-tiap hari tapi sekali je sehari *(^_^)*
Kalau boleh, undilah tiap-tiap hari ye. Sehingga 20th June ni.

Terima kasih di atas sokongan ikhlas dari kawan-kawan. Saya sangat-sangat-sangat menghargainya.

Friday, April 29, 2011

Catatan Rasa Asterisk Boutique

Saya akui, orang lebih tertarik dengan butik yg menggunakan orang sebagai model. Orang yang cantik, menawan, menarik dan tak berkedip mata memandang. Sampai dipanggil masuk majalah.

Saya akui saya tak ada semua tu. Saya kurang cantik. Cantiklah jugak sikit kot.. hehe... (perasan kejap). Saya takde aura, saya tak photogenic apatah lagi photogediks... Kami mengharapkan sinar aura sebuah mannequin semata-mata.

Berkembangnya kami kerana kualiti material yang kami gunakan, layanan pelanggan dan kualiti jahitan. Promosi pula dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan... sampai saya pun tak kenal.

Kami bersyukur. Walau dengan kekangan masa yang hebat kerana kami ada kerja tetap, Allah swt tetap murahkan rezeki kami, dan semoga ianya akan berterusan demi anak-anak.

Pernah jugak saya cadangkan pada Mr.Husband, saya nak try menjadi model untuk butik sendiri. Saja mencuba. Tapi dia membantah.. hehe...

Elok juga, saya pun tak fully hearted pun nak posing depan camera, saje-saje je bagi idea tu. Saya segan jugak sebenarnya. Pemalu (ececehhh..) Apapun sebenarnya rezeki tu datang dari Dia kan... bukannya sebab model issue tu.

Redha je la, walaubagaimanapun dengan izinNya, bisnes tetap masuk setiap hari.

Terfikir juga, kalau order masuk terlampau banyak sangat nanti, tentu tak cukup tangan pulak sebab kami buat ni pun part time aje. Mungkin saya nak kena resign la pulak dan buat butik ni fulltime. Even sekarang pun dah tak cukup masa dan selalu mengeluh tak cukup rehat, tak cukup tidur, penat, rumah tak berkemas etc... tapi seronok sebab nampak hasilnya *(^_^)*

Allah turunkan rezeki itu setakat yg kami mampu handle je... Cantik dah perancanganNya. Cukuplah untuk anak2, kedua ibu bapa dan sekali-sekala untuk anak-anak sedare... Ada rezeki lebih, buat majlis dan jemput jiran-jiran untuk makan-makan. Alhamdulillah.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin meng-express-kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong asteriskboutique.com selama ni. Tanpa anda siapalah kami. Kami gembira kerana asteriskboutique telah berkembang dari Malaysia sehingga ke Brunei, Singapura, Australia, United Kingdom, Saudi Arabia, Amerika, India, Jerman, Jepun, dan Indonesia. Terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia walau di mana anda berada. Thanks for being with us.

Thursday, April 14, 2011

Durian Oh Durian Lagi

Kat jalan Subang Bestari ni ada sorang pakcik jual durian. Duriannya semua sedap-sedap dan tak pernah mengecewakan. Pakcik tu dah kenal dah muka-muka kami yang selalu sangat membeli durian dari dia. Ini yang terbaru, weekend lepas. Sekali beli 7 biji. Semua isi kuning. Sedapnya tak terkata... hehe...

Sebut pasal durian, saya agak pantang nampak durian apatah lagi terrrbau aroma durian. Tambah-tambah pulak bau durian yang sedap punya. Terus kecur liur.... hehe... dan secara automatik akan rasa craving sangat-sangat nak makan durian.

Sebelum operasi makan, cik Adrianna dah menunggu dah sebab dia pun hantu durian jugak, sama macam ibu dia. Mr.Husband buat dono aje pasal tak geng. Aleesya tak ambik port, sibuk main basikal.

Adrianna kena posing dulu sebelum operasi makan durian. Ibu siap suruh tunduk kasi rapat lagi dengan durian. Inilah rupe durian yang reganya RM70. Isi terbaik!

Ala, gambar tadi serius sangat. Kena paksa posing lagi sekali... kali ni ibu suruh senyum tapi macam 'senyum tak jadi' je tu... hihi...

Disebabkan ibu tak puas hati dengan 'senyum tak jadi' tu, so ibu suruh Adrianna posing lagi sekali. Tapi kali ni langsung masam mencuka jadinya... haha...

Sebabnya Adrianna cakap "Ibu cepatlah, Adrianna dah lapar nak makan durian ni..." (sambil buat muka sedih tahap gaban). Terus jatuh kesian. "Oklah, oklah... kita bukak sekarang..." hehe... Aleesya makan jugak seulas... Ayah pulak, bila ibu dah siap bukak semua baru dia datang. Tak aci!

Aritu ada baca satu entri cakap pasal ghairah makan durian kat sini. Pape je la. Janji sedap *(^_^)*

Wednesday, April 13, 2011

Dengar cakap mak

Utusan pagi ni menyiarkan berita tentang "Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang". Ibu kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak meluahkan betapa dia tak berapa nak berkenan anaknya menjadi pilot. Menurut ibunya, arwah seorang pelajar yang pintar di zaman persekolahan dan semasa menuntut di UiTM. Mungkin ibunya risaukan keselamatan anaknya, takut benda-benda macam ni berlaku.

Kerisauan ibu arwah jelas berasas. Tentu kerjaya juruterbang menjadi satu igauan buruk buat ibu dan isterinya. Selalunya orang cakap "kalau dah nak meninggal, kat mana-mana pun jadi... duduk kat rumah pun boleh meninggal... kalau dah sampai ajal..."

Teringat kisah saya dulu... Cita-cita asal saya nak jadi seorang pensyarah. Saya sangat teruja dan hampir menjadikannya kenyataan.

Nak kata mak menghalang... tak juga... tapi sebenarnya ada obstacles jugaklah. Mungkin masa tak sesuai.

Semasa di tahun akhir degree, saya memperoleh keputusan yang baik. Keputusan yang melayakkan saya untuk meneruskan pengajian di peringkat masters. Teringat kata-kata Prof.Madya Dr.Azlinah  Hj. Mohamed (kami panggil DA je), "Ainul, kita buat yang terbaik.. nanti kalau thesis awak bagus, saya akan propose untuk convert terus from Masters to Phd, InsyaAllah..."

Boleh bayangkan betapa terujanya saya ketika itu! DA adalah supervisor saya.

Paperwork saya telah dihantar ke satu conference di Jepun pada tahun 2004. Rujukan thesis saya ada di library UiTM di link ni.

Lepas je habis final exam (betul-betul baru habis exam, result tak dapat lagi), saya terus 'disunting' untuk menjadi Research Assistant kepada DA. Matlamat kami masa tu nak enhance lagi current project nak bagi lebih gempak lagi dan menggunakan 'environment' yang lebih luas. Oleh kerana saya tak betul-betul grad lagi, so UiTM just bayar saya dalam Skim Khidmat Pelajar dulu. Saya dan DA sedang menyiapkan proposal untuk dihantar kepada IRPA Programme (Intensification of Research in Priority Areas). Pada masa yang sama, saya buat kerja partime di Pizza Hut Shah Alam Mall untuk duit poket. Memang penat sangat. Slim giler masa tu. DA tak tau pun saya buat kerja partime.

Setiap hari saya berkira-kira duit untuk sambung pengajian. Nasib baik makan free (staff meal), jimat. Untuk Masters, saya kena ada dalam RM2k++  untuk yuran awal dan beberapa ratus (mungkin ribu) untuk buku-buku rujukan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Difahamkan kalau nak apply loan pun, mungkin dalam semester 2 baru dapat. So, sepanjang semester pertama, saya kena tanggung sendirilah. Actually saya patut apply semua tu sebelum semester akhir lagi, di situlah silap saya.

(Sebenarnya susah untuk saya keluarkan cerita ni... tengah sebak ni....huaaa....)

Masa tu saya call mak. Saya lebih senang berbicara dengan mak dalam semua hal berbanding ayah. Mak cakap "Mak ayah takde duit... hari tu masa ijazah bolehla mak tolong.. Mak ayah nak pergi Mekah. Mak harap kamu kerja, mak ayah pun nak merasa duit gaji kamu..." Mak cakap tugas mak dan ayah tanggung saya sampai degree je, kalau nak sambung lagi, saya kena tanggung sendirilah... tapi... saya mana ada duit.

Saya tak tahulah nak cakap apa. Nak marah ke, nak sedih ke, nak memberontak ke... saya KENA FAHAM. I have to! Mak ayah penoreh getah, bukannya orang senang. Saya terdiam, tak tau nak cakap apa. Saya akhiri perbualan telefon dengan mak dengan penuh rasa sebak yang terbuku di dada. Betapa saya FRUST sangat masa tu... kalah orang frust bercinta.

Saya sampaikan berita kekecewaan itu kepada DA. Dia sehabis boleh nak membantu, sehinggakan dia sanggup nak menggaji saya menggunakan duitnya sendiri sementara menunggu kelulusan IRPA. Tapi saya menolak dengan baik. Baiknya hati DA. Dia cakap "Kalau macam tu, kita KIV dululah proposal tu..."

Kerana kekecewaan itu, saya terus apply kerja di Jobstreet.. seminggu selepas tu, saya dipanggil interview di Dagang Net. First interview dalam hidup saya... dan saya berjaya. Terus dapat kerja. Seminggu lepas tu terus masuk kerja. Berkat doa mak kot saya senang sangat-sangat dapat kerja.

Dari tahun ke tahun. Kadang-kadang bila sesekali contact, lecturer saya akan bertanya, "Ainul, bila nak sambung?". Bukan DA je, lecturer-lecturer lain pun turut bertanyakan hal yang sama. Aduhai...

Actually lepas sebulan saya kerja, saya terus bertunang. Enam bulan lepas tu, terus kahwin. Setahun kemudian dapat baby. Tumpuan saya untuk keluarga dan kerjaya. Walaupun niat nak belajar tu masih ada dalam diri masa tu, tapi lama-kelamaan ianya makin hilang.

Takpelah, saya dengar cakap mak. Mak suruh kerja. Mungkin bukan rezeki saya nak jadi lecturer. Saat ini, saya dah takde hati nak sambung belajar pun... huhu... saya dah malas. Thesis saya dah jadi sejarah. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya memang tiada kesempatan dan mungkin itulah dalihnya.

Saya percaya ada hikmahnya. Takpelah... software engineer pun actually cita-cita saya no.2. Saya redha. Tak semestinya apa kita nak tu terbaik untuk kita. Focus saya pun untuk asteriskboutique.com sekarang ni *(^_^)*

Friday, April 8, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah satu fenomena?

Petang semalam ingatkan boleh la balik awal sikit. Saya keluar dalam pukul 6.20pm (kira awal la tu, selalunya pukul 7pm). Tetiba masa simpang kat Sprint Highway nak belok ke kiri, rasa macam berat sangat stering kereta. Terdetik rasa di hati "ada yang tak kena ke?"... Riso dah teman... pastu dalam 1km kemudian, ada la mamat motor ni menegur... dia tunjuk-tunjuk kat bawah. Ish, tak boleh jadi ni... lepas tu terus berhenti kat stesen minyak kat depan. Turun-turun aje kereta, tengok2 tayar depan sebelah pemandu dah flat dah. Aduhhh...

Ateer... macammane nak buat?

Maka, dengan gagahnya, saya pun call le Mr.Husband suruh datang dengan segera. Itula tau bawak kereta aje. Nak tuko tayar tak reti... kihkihkih... Nasib baik dia ada, dibuatnya dia outstation ke, haru dibuatnya.

Lastnya pukul 8.30pm baru ambik anak kat babysitter. Dari nak awal tadi, terus jadi lambat. Dan yang memedihkan hati ini, tayar tu macam dah teruk kena lenyek, nampak gaya kena tukor baru. Adehh... dekat RM400 juga satu tayar. Saborr... saborr...

Maka pagi ini masih dengan tayar spare le ke office. So bawak pun kena la slow and steady mentara nak tunggu esok, baru ada masa nak pergi cari tayar baru. Dengan gaya slow and steady tu, HotFM sangat-sangat membantu sebabbbb pagi ni artis undangannya si Usop Wilca tu. Best! Best!

Itula nak cerita kat sini, betapa bagi saya, Mr.Husband, Adrianna dan Aleesya... filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dah jadi satu fenomena! Terutama sekali watak Usop Wilca tu. Review cerita ni ada di sini. Masa filem ni mula-mula keluar dulu, saya dok ingat cerita ni merapu. Mesti mengarut! Lepas tu dengar-dengarnya box office pulak. Dalam forum-forum pun semua memuji-muji cakap filem ni best. Jadi, disebabkan rasa courious, kami pun tangkapla satu DVD (cetak rompak punya... syhhh, jangan kecoh-kecoh!). Lepas tengok, hmm... bestla. Ketawa terbahak-bahak, senak perut la jugak.

Yang uniknya, banyak skrip-skrip yang menjadi ikutan ramai, yang mencetuskan fenomena, yang orang suka ikut dengan nada-nadanya sekali... antaranya:

"Cer cite... cer cite..."
"Kite bakorr aje..."
"Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.." (Aleesya gelak kalau kami nyanyi)
"Kita datang bukan nak poco-poco... " (lebih kurangla)
"Huusinnn... huusinnn... " (nada seram)
"oooooo... soley soley..." (bestla lagu ni, tak pasal-pasal famous balik)


Kalau Aleesya  buat something wrong, sekarang ni Adrianna suka panggil "Kak Limahh...". Aleesya pun jadi takut sikitla... baru nak dengar cakap kakak. Adrianna dan Aleesya memang minat sangat filem ni. Kalau kita bukak laptop, dia sibuk nak tengok cerita kak limah (dalam youtube).

Masa Anugerah Bintang Popular hari tu, rasanya Usop Wilca yang paling best. Mulut Kak Engku dengan Shira macam bertih jagung. Johan pun buat lawak jugak. Sampai terdiam langsung Zizan, tak dapat nak mencelah agaknya. Patutla ada usul yang nakkan Usop Wilca dan Johan jadi host ABP tahun depan. "Siapa yang setuju teman bacakan nama pemenang, sila angkat tangan macam ni...". Lawak betul.

Rupa-rupanya Usop Wilca ni dulu penyanyi. Nama dia Shy8. Nama sebenarnya Syed Mohamad Asri. Boleh tahan jugak suara dia. Sedaplah didengar. Nama lagu tu Terasing Di Bumi Sendiri, produced tahun 1996 yang kemudiannya dijadikan lagu tema untuk pesakit Aids. Tadi ada dengar kat HotFM. Kalau korang nak dengar, pergi kat Youtube la ye. Lirik dan lagu ni, Shy8 tu sendiri yang cipta. Terror.

Tadi, last yang saya dengar, Shy8 ni teramat berterima kasih pada Mamat Khalid sebab panggil dia berlakon dalam cerita HKLBR tu. Disebabkan filem ni la dia jadi popular, jadi satu fenomena... Saya rasa kalau Usop Wilca ni dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular, mau kalah Shaheizy Sam. Lepas ni Mamat Khalid nak mulakan penggambaran filem "Usop Wilca, Viva From Bangladesh". Kalau tak silap, itulah tajuknya. Usop Wilca jadi hero tu. Dengor tajuk pun dah lawak...

Thursday, March 31, 2011

Aleesya is 2 years old today

Syukur ke hadrat Ilahi, our little chubby baby ni dah genap 2 tahun hari ni. Baby yang suka buat hidung seketul... Dua tahun yang penuh cabaran untuk anak kecil yang bernama Aleesya Sumaira. Cabaran yang mungkin lebih berbanding baby-baby yang lebih berusia darinya. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat kebahagiaan untuk kami. Semoga Aleesya sihat sejahtera selalu. Besar harapan setiap ibu dan ayah ingin melihat anak-anaknya berjaya di dalam hidup. Saya juga manusia biasa yang mengharapkan semoga Aleesya Sumaira Mohd Shaizwan menjadi seorang insan yang solehah, dengar cakap ibu dan ayah, rajin belajar, menjadi insan yang berguna kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Ayat yang agak cliche tapi yang nyata, itulah apa yang saya dan Mr.husband harapkan. Ibu dan ayah sayang Aleesya. Sepuluh tahun akan datang, entri ini dan gambar ini kan menjadi sejarah dan memori yang tak ternilai harganya... tulus kasih dari seorang ibu untuk anaknya *(^_^)*

Tuesday, March 22, 2011

Majikan Yang Sukar Memahami

Tahun lepas, 5 kali Aleesya masuk hospital. Disebabkan itu, saya terpaksa on-off ambil emergency leave (EL) dan MC. Tak pernah terjadi dalam sejarah career saya di mana cuti tahunan exceeded dan MC pun exceeded. Terpaksalah ambil unpaid leave hampir setiap bulan, menyebabkan gaji dipotong dengan tak bestnya! Dan lagi tak best bila HR langsung taknak faham.

Annual leave kat company saya ni 14 hari je. MC pula 14 hari juga. Leave pun sikit sangat!!! My previous company cuti 21 hari. Mr.Husband lagi best... 30 hari.

Leave juga menjadi semakin exceeded disebabkan arwah ayah yang menghidap Nasalpharangeal Carcinoma (cancer) di mana pada saat2 genting, we have no choice, other than in desire need to take EL as well.

Dan kebetulan tahun lepas saya kena chicken pox pula. Tau-taula chicken pox bukan sikit-sikit hari MC. Tension memang tension, tapi nak buat macammana kan. Tiap kali Aleesya admitted sampai 6-7 hari. Kalau dah 5 kali admitted, u do the Maths ye... hmm... tu pun saya dan Mr.Husband gilir-gilir jaga dia di wad. Baby mana boleh main tinggal-tinggal macam orang dewasa. Apa ke gil* itu pun susah sangat nak paham!

Those are such uncertain things that might happen to anyone. Tahun 2010 memang banyak dugaan. Pasrah je la. Mujur ada Asterisk Boutique yang menampung segala perbelanjaan di saat gaji ditolak sebab ambil unpaid leave. Diharap pengorbanan ini diberkati olehNya dan menguatkan semangat kami untuk menempuhi setiap dugaan dan cabaran.

About Aleesya, she was a very-very sangat chubby dulu. Lahir 3.01kg je. Lepas sebulan terus jadi 5.1kg. Masa dia 6 bulan, scale bacaan jadi 10kg! Start umur dia 7 bulan, Aleesya menghidap bronchiolitis. Same as her elder sister but hers is worse. Sensitive. Sejak itu, kami berulang alik ke hospital. Damansara Specialist Hospital dah jadi second home... Oh ya.. nasib baik ada insurans. Penting sangat tau ada insurance!

Berat Aleesya pun makin susut. Tapi tu pun orang masih cakap dia tembam... hihi... At two years old, now beratnya 16.5kg.

We are glad she is fine now. Alhamdulillah.

Awal tahun ni, ada tumor growth di badan saya. Lepas satu-satu dugaan. Alhamdulillah dah selamat operate. Cuti lagi!... kihkihkih... gelak je la. HR dah meroyan! Ate... nak buat macammana, saya pun taknak tumor-tumor bagai... tapi dah tetiba je tumbuh dan terjonjol dari kulit, tak ke scary... Alhamdulillah takde yang serius. Hasil ujian biopsy tu doktor cakap non-cancerous.

Bermula awal tahun ni, organization chart telah dirombak. Service and Product Development team tinggal saya sorang aje. What the h... (hancus...). Media Prima projects asyik masuk aje. Lagila susah nak cuti, so kalau ada emergency, boleh bungkuslah MNC.

Voting System untuk Mentor 'kami' yang buat which is actually I am the only one in the development team, so in another word...sayalah yang buat. I know all the result... all the percentage for each and every contestant. Salma in leading great!

Last year, wife CTO saya baru meninggal disebabkan leukemia. So, dia faham situasi kecemasan yang menyebabkan dia juga perlu kerap mengambil EL. Cuma HR ni je... haih!

Saya rasa sedikit kecewa dengan HR sekarang ni... haih! Tak tau la nak cerita macammana... story ends here je la :-P

Friday, March 18, 2011

Malang tak berbau

Masa saya dalam lingkungan umur 5-7 tahun, ada satu novel kat rumah yang bertajuk 'Malang Tak Berbau'. Saya tanya mak "Kenapa malang tak berbau?" Jenuh jugak mak nak explain sebab budak kecik mana la paham sangat. Alangkah senangnya hidup manusia kalau malang benar-benar boleh 'dihidu'.

Contoh:

1) Kalau la orang Miyagi, Jepun tau yang earthquake/tsunami akan berlaku, tentu diorang dah cabut awal2 ke tempat selamat

2) Kalau la aku tau PTPTN nak cekik darah dengan caj perkhidmatan yang tak masuk akal, tentu aku takkan buat loan dulu!

3) Kalau la aku tau yang dia nak main kayu tiga, susah nak bagi nafkah bila anak dah berderet, tak hingin aku nak kawin dengan dia dulu (eh, contoh je!)

Alangkah mudah kalau, kalau dan kalau tu dirungkaikan dari awal?

Jika hidup manusia semudah itu, tiadalah istilah qada dan qadar, redha dan sabar.

Lepas kes dapat duit rosak aritu, saya pulak kena langgar. Pada suatu pagi di Subang Bestari, masa saya di laluan kiri, sebuah teksi yang berada di laluan kanan tiba2 masuk ke kiri dan menghimpit kereta saya. Habis la kemek + calar pintu dan bumper pintu belakang sebelah kanan. Pemandu teksi berbangsa India tu mengaku akan kesalahan dia. Apa yang dia lamunkan entah. Mata tengok tempat lain, tangan pulas stering ke tempat lain. Ahkakkk jugak yang jadi mangsa.

Tempat Kejadian.

Betapa hancur luluhnya hatiku apabila melihat kereta yang belum pun setahun tu telah dicederakan.  Siap ada kesan cat merah tu. Teksi kan color merah. Arghh!


Saya tak pernah accident, tak pernah langgar dan melanggar. Ini kali pertama dan berseorangan pulak tu. Ada sesuatu yang saya belajar, moral of the story:

Kalau anda accident, segera buat report polis. Tak kira la samada orang yg langgar tu melutut mintak maaf ke... atau janji akan bayar bil kerosakan ke...

sebab... Insurance hanya akan cover kemalangan yang buat report polis dalam tempoh 24 jam sahaja. So, kalau tiba2 orang yang langgar kita tukar fikiran dan enggan bayar bil kerosakan, kita boleh claim dari insurance.

Tapi kalau dah lepas 2-3 hari baru nak buat report, polis takkan layan sebab insurance takkan terima sebab dah lepas masa 24 jam.

So, katakanlah anda ingat boleh selesai secara baik tanpa perlu buat report, dan kereta pun dah kat bengkel dan sedang dibaiki. Orang yang melanggar tu pun dah janji nak bayar...tapi tiba2 last minit  dia 'cabut' taknak bayar, so tak pasal2 kita kena keluar duit sendiri. Nak claim insurance pun dah tak boleh sebab tak buat police report dari awal-awal lagi. Naya je kan.

In my case, mujurlah dia ni bertanggungjawab dan sanggup bare the cost. Jadi, report polis tu sekadar spare je la, untuk mempertahankan diri. Ni pak mentua yg bagi tips sebab dia pesara polis trafik :-P

Itulah... malang tak berbau...

Thursday, March 17, 2011

Botol susu BPA-free

Pengharaman botol susu polikarbonat memang mengejutkan saya. News yang saya baca di Utusan kelmarin membawa saya kepada satu kajian. Lebih mengejutkan, rupa2nya botol jenama Avent yg mahal dan famous tu pun menggunakan polikarbonat dalam pembuatan botol susu mereka. Pergh.. mahal je lebih! Tak percaya? Baca kat sini.

Memetik sumber berita Utusan:
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi "Bisphenol A" (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
...pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Inilah perbezaan di antara botol Policarbonate dan Polypropylene. Botol Policarbonate colornya clear dan lutsinar manakala botol Polypropylene atau yang BPA-free, colornya keputihan atau kelapu asap sikit. Lepas ni, botol policarbonate tu bolehla bagi anak2 buat main pondok2 je.

Kalau masih ragu2 nak guna Polypropylene, untuk lebih 'selamat', pakar2 menasihatkan supaya kita menggunakan botol susu yang diperbuat dari kaca which is CONFIRM BPA-free punyer. Tapi kalau botol kaca, takut pecah la pulak kan.

Beyond my thinking bila saya buka website ni dan terjumpa botol kaca yg ada sleeve yg diperbuat dari silikon pelbagai warna. Got such thing meh? Mungkin saya agak terketinggalan keretapi tapi saya betul2 kagum dan terkejut (terkejut lagi!).

Saya browse dan browse dan akhirnya terjumpa satu website ni yang senaraikan botol2 yg bebas BPA. Alhamdulillah ada guideline dalam misi mencari botol baru.

Antara botol2 susu yang BPA-free ialah:
1) Born Free (saya tak jumpa lagi kat kedai)
2) Medela (yang famous dengan breast pump tu!)
3) Dr.Brown (yang botol kaca)
4) Gerber (famous dengan makanan untuk bayi)
5) MAM (ramai member yang suggest jenama ni sebab harganya lebih murah)

Dengan penuh berkobar2, saya dan suami terus pergi ke One Utama malam tu jugak untuk cari botol yang bebas BPA. Kami singgah di beberapa butik barangan bayi dan didapati most of the brands yang available cuma Avent, Dr.Brown, MAM dan beberapa jenama lain. Pasal dah ada bad thinking about Avent, so kitorang tak pandang langsung Avent. Eceh, berlagak je bunyinya, hehe...

Guess what? Agak mengejutkan sebab tak byk sangat choice la yang BPA free, ada dalam 3-4 jenama je. Pergi OU pun dah pukul 8.15pm, perut lapar, makan dulu... ada ler tinggal dalam sejam je nak menyopping. Ada satu baby store ni harganya agak lebih murah sedikit dari kedai2 yang lain. Lupa pulak nama kedainya, tapi kat New Wing, level 2, tak jauh dari FOS Kid, dekat dengan lif dan escalator.

Kawan2 ada suggest botol MAM. Akhirnya, kami beli botol MAM color pink yang sangat comel ni. Siap ada my favourite bunga Asterisk tu *(^_^)*

Harganya pun agak mengejutkan! (haih...terkejut lagi!) Dua botol pada harga RM63.90. Kalau brand Dr.Brown dalam RM85. Kami plan yg botol plastik ni nak letak kat rumah babysitter.

Dan... oleh kerana rasa macam tak cukup 2 botol tu je, kami pun ambik lagi 2 botol. Kali ni botol kaca. Selamat! Confirm takde BPA. Yang uniknya macam yang saya cakap tadi, ada sleeve. So kalau jatuh, silicone ni akan serap impact, so tak mudah pecah. Senang hatilah pakai botol kaca ni sebab takyah nak risau plastik nak mencair ke apa bila kita letak air panas... dan silicone sleeve ni akan bertukar warna kalau air tu panas sangat, so ada precaution supaya kita berhati2 dengan suhu air.

Harga botol kaca + silicone sleeve jenama Cherub Baby ni berharga RM132 untuk 2 botol. Haih! Tak larat nak terkejut dah.

Absorb je la.

Janji anak2 sihat dan selamat.

Semalam saya buat research lagi dan jumpa website ni yang menyenaraikan botol2 susu keluaran Avent. Tak semua botolnya kontroversi. Ada yang BPA-free jugak rupanya. Cuma kepada kawan2 saya yang guna botol Avent, please double check harap2nya botol2 anda tu yang BPA-free punya ye. Tapi kan, yang botol policarbonate tu, apsal Avent jual mahal sangat ye?

A for Adrianna, Aleesya, Ainul.. and Ayah

Pertama kali saya tunjukkan gambar ni pada Adrianna, ayat pertama yg keluar "Ibu, macam huruf A la..."

"Eh.. a'ah la... hihihi..." response spontan saya.

Saya gembira selepas sebulan bersekolah, Adrianna sudah kenal huruf dan nombor walaupun ditunjukkan tanpa mengikut susunan atau secara random. Sudah menghafal doa2 sebelum makan, selepas makan, naik kenderaan dan sebelum tidur dengan baik sekali beserta translation in English. Dia juga sudah menghafal Al-Fatihah... walaupun masih perlu diperbetulkan sebutannya here and there.. dan dia juga sudah boleh baca niat untuk bersolat.

"Usolli..." habis dia baca, dengan betul pulak tu, terharunya saya :-P Bila masuk bab maksud... "Sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat kerana Allah taala"

Alamak. Salah rakaat la... hihi... macam masa saya kecik2 dulu jugak! Segera saya betulkan "Empat rakaat!" Tapi takpe, Adrianna budak baru belajar, kalau salah, ibu tunjukkan.

Lagu 'Anak nabi kita' dan '25 Rasul' sentiasa meniti di bibir. Saya pun ter-fail nak ingat betul2 nama 25 nabi mengikut susunan yang betul. Malu sendiri dengan budak 4 tahun 4 bulan ni. Dia juga sudah mampu membaca beberapa perkataan in English seperti yang diajar di sekolah... which is amat menggembirakan hati saya dan suami.

Tak sia2 kami hantar dia ke Genius Aulad.

Adrianna sangat bersemangat nak ke sekolah.. Even demam pun nak pergi jugak-jugak. Menangis2  minggu lepas bila saya kata "Adrianna kan demam, tak payah la pegi sekolah. Pergi rumah mak ye. Tidur. Rehat"

Tiap2 malam dia pasti akan buka buku dan 'study'. Yang comelnya, Aleesya pun akan turut serta. Lead by example!

Bila orang luar tanya apakah cita-citanya bila dah besar nanti, jawabnya "Adrianna nak jadi Dr.Adrianna..." jawabnya dengan penuh bersemangat even kami memang tak pernah pun ajar atau suruh dia jadi doktor. Mudah-mudahan, InsyaAllah... tapi doktor takde life la sayang...

Hehe... actually just nak share tentang perkembangan positif terbaru dari Adrianna since dia masuk sekolah ni. Alhamdulillah nampak keseimbangan ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain yang diajar di sekolah. Kalau kita sendiri yang nak ajar rasanya takut tak terajar sebab constraint masa. Tambahan pula kami sentiasa sibuk dengan Asterisk Boutique.

Tiada apa yang lebih MENGGEMBIRAKAN dan MEMBAHAGIAKAN dari mendapat zuriat yg comel, pandai, berkelakuan baik, mendengar kata dan menyayangi kita dengan setulus ikhlas hatinya.

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun

Saya berada di office sewaktu terbaca satu berita ringkas yg menyatakan bahawa Jepun dilanda tsunami. Akibat rasa ingin tahu, saya browse lagi dan lagi. Saya melayari youtube untuk menonton video bencana besar tu. Memang scary. Terutama sekali apabila melihat scene di mana kereta2 sedang 'lari' menyelamatkan diri tanpa menyedari ombak tsunami mengejarnya dari tepi... bukan dari belakang tapi dari tepi. Ibarat tsunami bergerak dari utara, kereta tu bergerak dari barat ke timur... which is sepatutnya kereta tu perlu 'berlari' ke arah selatan untuk meyelamatkan diri.

Tak taulah apa jadi sebab video tu terhenti di situ.

Teringat cerita orang tua2 di kampung... Tahun 40-an dulu, mereka menyaksikan bagaimana orang lelaki tempatan telah 'dikerjakan' oleh askar2 jepun yg memasuki Tanah Melayu. Askar jepun memaksa orang lelaki meminum air sabun sampai kembung. Lepas tu dipijaknya perut lelaki2 tu. Lembik longlai dan parah akibat dibuli, didera, dihentak, ditendang, dipijak, dibelasah dan pelbagai lagi tindakan2 ganas yang tak berperikemanusiaan sehingga rakyat kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Bas2 ditahan, lelaki2 ditembak di depan mata, wanita2 diperkosa, beras dan makanan penduduk dirampas dan macam2 lagi.

Kejam!

Mak saya lahir pada tahun 1942, era perang dunia kedua disambut bunyi letusan bom dan senapang di Kampung Lasah, Sg.Siput Utara, Perak. Dalam buku sejarah ada tercatat betapa Sg.Siput Utara merupakan satu kawasan hitam, sarang tentera jepun & komunis. Bukit botak masih di situ. Seram dan penuh misteri.

Bagi generasi baru, keperitan itu tidak dirasai. Bagi mak dan arwah tok/nenek, ia satu pengalaman yg ngeri dan menghantui mereka sepanjang hayat.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka sangat membenci orang jepun.

Apabila berlaku tsunami di pantai timur laut Jepun, mereka hanya tersenyum.

Kejam atau karma? Itu semua cerita dendam lama. Perang sudah lama tamat. Bukan mereka yang membalas dendam, tapi itu takdir yang telah diaturkan oleh Allah swt. KuasaNya yang tak mampu kita lawan.

Saya melihatnya dari sudut kemanusiaan.

Badai tsunami sangat kuat. Membawa apa sahaja yang berada di laluannya. Rumah, kereta, bangunan, kapal terbang, kucing... apa sahaja... Manusia ibarat tauge. Halus, rapuh dan tak berdaya. Tumbang dengan sekali tiup je.


Betapa besarnya kekuasaan Allah.

Perdana Menteri, Naoto Kan menyatakan, Jepun sedang berhadapan krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua apabila bilangan korban akibat bencana gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun ini terus meningkat. Mangsa terbunuh dijangka melebihi 10,000 orang.

Kesian. Itu yg mampu saya simpulkan. Lepas satu... satu...

Bayangkan anda berada di tingkat 3 dan tiba2 terasa gegaran macam nak runtuh, apa perasaan anda?

Saya pernah melaluinya. Getirnya tak terkata. Sepantas kilat apa yg bermain di fikiran hanyalah suami, anak2, keluarga... bagaimanalah mereka agaknya. Ia tejadi pada Oktober 2009 sewaktu Indonesia mengalami gempa bumi dan kesannya turut dirasai di KL. Ofis Jaya One bergegar!

Lebih malang lagi bagi penduduk Jepun apabila loji nuklear Fukushima Dai-ichi bocor akibat gempa bumi tersebut dan mengakibatkan paras radiasi yang tercemar sudah melebihi paras yang dibenarkan.

Radiasi tu, giler apa! Kalau kebocoran gagal dibendung, 'perang kimia' pula bakal tercetus.

Syukurlah Agensi Metereologi Malaysia cakap, kesan radiasi tu takkan sampai ke Malaysia.

Dan yang terbaru, gunung berapi Shinmoedake (1,500 kilometer dari pusat gempa) di Pulau Kyushu pula kembali aktif.

Kalau earthquake berlaku lagi.. dan kalau loji nuklear tu meletup membebaskan radiasi nuklear... dan kalau gunung berapi tu pulak meletus dan mengeluarkan lavanya, apalah nasib penduduk Jepun?

Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.

Syukurlah rakyat Malaysia di Jepun semuanya selamat. Diharap mereka dapat cepat2 pulang ke Malaysia.

Kalau dilihat dari gambar2 ni, memang menakutkan. Selalunya kita dapat lihat visual2 macam ni dalam filem je tapi ini live dan benar2 berlaku. Source: utusan, bharian, kosmo dan pundit.

Diharapkan semoga jepun dapat pulih seperti sediakala.

Saturday, March 5, 2011

Duit Rosak

Bulan lepas, saya dan Mr.Husband dikejutkan dengan ATM machine yang buat surprised. Pada 14/2, kami pergi ke ATM machine CIMB Jalan Bunus di Jalan Masjid India. Maklumlah kat lubuk shopping. Transaksi pengeluaran RM1,500 pun berlaku.

Hasil pengeluaran ada 30 helai note RM50. Apa yang mengejutkan ialah, 22 helai daripada 30 helai duit tu ROSAK. Bukan sikit2 punya rosak... koyak di tengah, di bucu, berconteng (panjang macam karangan!), bercellotape... duit hitam, duit coklat pun ada. Jatuh dalam air milo agaknya.


Dek kerana terkezut, kami pun try le cash depositkan semula. Wahh... machine itu sangat bijak di mana dengan berjayanya telah me-reject wang2 tersebut. Tokey2 kedai enggan terima duit rosak. Kami pun terus call helpline CIMB. Menurut Customer service tu, mereka tak boleh buat apa2 melainkan kami perlu ke branch yg sama semula. Nadanya sangat sinis seolah kami yg sengaja mereka2 cerita.

Diorang cakap "We cannot do anything.." Maka hanginla saya satu badan.

Kita deposit duit dalam bank diaorang, they earn money from our money... they make profit from our money.. bila kita withdraw, dapat duit defect dan mereka taknak bertanggungjawab pulak. 22 helai duit RM50 bersamaan RM1,100 yang kita BARU withdraw tidak boleh digunakan. Dengan kata lain, duit tu tak bernilai.. huwaaaa!


Esoknya, terpaksalah ambil cuti pergi ke branch tu untuk buat report. Staff diorang pun terkejut dan pada mulanya agak sukar nak percaya juga. Tapi setelah kami attachkan receipt bukti pengeluaran dan kami minta mereka check serial number semua duit2 tu, mereka mula beralah. Kami simpan the whole bunch of RM1,500 tu. Tak pakai walau sehelai pun. Bank manager (a chinese woman) tu cakap perkara ni mustahil berlaku dan katanya ada yg dah terkoyak pada bahagian serial numbernya yang bank negara takkan terima untuk ditukar.

?!@#$????!# Kesabaran pun sedikit terhakis.

"This is what I received from your ATM. You can check the serial number, u can check your CCTV. I don't know how u are going to investigate this and I don't care... I just want my money back!"

pastu nak kasi provoke ckit... "I have to take half day leave just because of this... and who are going to bare the cost?"

Berani nak insist. Saya nekad nak buat report kat Bank Negara jika diorang taknak tukarkan semula duit2 tu dengan duit yg elok. They tried to screw up wrong people, without knowing that my husband is in the same banking line!

Akhirnya, dapat juga kami tukar duit tu. Syukur Alhamdulillah. Dugaan...

Friday, March 4, 2011

Mimpi bertemu arwah...

Dua bulan lepas saya bermimpi... mimpi yang sangat-sangat-sangat mengejutkan!

Saya dan Mr.Husband sampai di satu tempat, macam tempat orang kahwin... macam tengah tunggu kehadiran orang penting. Mungkin pengantin, mungkin YB, tak pasti. Mr.Husband menunggu di luar di tepi jalan dengan orang ramai, jauh sikit dari saya. Saya masih di dalam kereta, duduk di bahagian sebelah pemandu. Ngah (kakak saya) pulak kat luar, tepi kereta sebelah kiri, dekat pintu belakang.

Dalam kereta hanya ada saya.

Tiba2 saya rasakan kehadiran seseorang dalam kereta, jadi saya menoleh ke belakang.

Arwah ayah tersenyum.

Saya sempat meneliti pakaian arwah ayah. Sama macam dressingnya yg biasa. T-Shirt dan seluar slack hitamnya kegemarannya. Very common...

Dalam hati saya terdetik.. "Eh! Ayah kan dah meninggal. Mungkin ayah 'kembali' nak jumpa kami.."

Saya sangat terkejut, saya tanya ayah, "Eh! ayahhh... ayah apa khabar?"

Ayah menjawab "Alhamdulillah sihat".

Pastu saya cakap "Lama tak jumpa ayah".

Ayah cuma tersenyum.

Tiba2 Mr.Husband yg berdiri di tepi jalan tu dah ada di sebelah kereta. Ngah dan Mr.Husband sama2 menjenguk ke dalam kereta melihat ayah tapi diorang senyap je.

Masa tu la saya cakap kat ayah "Mak rinduuu sangat kat ayah".

Ayah cuma tersenyum. Cerianya wajah ayah. Tenang sangat. Terbayang2 senyuman manisnya tu.. semanis senyuman jenazah ayah sangat dia pergi, saat dia dikapankan.

Entah kenapa saya sangkakan ayah tak dengar apa yg saya cakapkan tadi, jadi saya ulang lagi sekali "Mak rindu sangat kat ayah".

Lantas ayah menjawab dgn tutur yg lembut "Ye lah, nanti ayah balik jumpa mak..."

Lepas tu ayah terus keluar dari kereta menuju je jalan besar. Saya, Mr.Husband dan Ngah hanya terdiam memandang ayah berlalu pergi meninggalkan kami.

Kami tetap tak berganjak dari kereta tu, masih memerhatikan ayah. Kaget di situ!

Ayah terus menyeberangi jalan besar dan naik ke atas bukit. Rupa2nya di atas bukit tu ada kawasan perkuburan. Maka, fahamlah kami yg ayah nak 'pulang'. Lepas tu ayah terus berlalu dan hilang dari pandangan.

Saya terus terjaga dari tidur. Terkejut! Astagfirullah... Ya Allah, saya bermimpi... Mimpi bertemu arwah ayah.

Bila diingatkan kembali, kubur ayah memang di atas bukit di Kota Damansara.

Saya pernah baca, kalau kita mimpi bertemu dengan orang yg sudah meninggal dunia, si arwah sepatutnya senyap je tanpa sebarang sessi dialog. Andai ada sebarang pertuturan dari si arwah, itu mungkin syaitan mainan tidur. Wallahualam.

Tapi saya terbayang2 senyumannya masa saya cakap yg "mak rindu kat ayah" tu. Manis.. Walaupun semasa hayat ayah sebenarnya seorang yang susah sangat nak senyum.

Saya rindukan ayah... Indeed. Cuma saya diamkan je, tak pernah cerita dengan sesiapa.

Entah kenapa, saya sering terbayang yang arwah ayah berdiri di depan gate rumah saya. Khayalan tu selalu datang.

Semasa ayah meninggal, saya langsung tak menangis. Entah kenapa! Dalam hati, sedihnya tak terkata, hanya Dia yg Maha Mengetahui. Mimpi ni adalah yg pertama kali diceritakan selepas hampir 2 bulan 'disimpan'. Even Mr.Husband dan mak pun tak tahu menahu.

Al-Fatihah untuk arwah ayah, Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus. Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ayah tenang di sana.

Belangsungkawa arwah ayah di sini dan sini.