My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, February 19, 2013

Suka dalam duka di hari perkahwinan

Tujuh tahun lepas, 18 Feb 2006 tarikh majlis resepsi perkahwinan saya. Majlis resepsi tentulah hari bahagia bagi pasangan raja sehari. Kami pun happy jugak, cuma... deep inside my heart... susah nak cakap...

Sehari sebelum majlis tu (17 Feb), saya ke Temerloh cari bunga telur, last minute punya preparation, ditemani Zati, anak sedara. Balik je ke rumah, kakak saya cakap "Ayah masuk hospital... tadi ayah sesak nafas sampai biru-biru muka..."

Terkejut sangat.

Kenduri kawin saya ni dibuat secara gotong-royong. Biasalah kampung, dah jadi satu adat kalau kawin mesti masak ramai-ramai. Dengan rumah yg penuh dengan jiran dan sanak saudaranya... Nak tinggalkan rumah (nak ke Hospital Jengka) pun kena ikut giliran adik-beradik sebab nak make sure ada tuan rumah yg stay.

Midnight, saya dan keluarga masuk tidur. Baru je nak lena, tiba-tiba hospital call... keadaan ayah agak tenat. TENAT. Semua bergegas ke hospital.

Di hospital, keadaan sangat-sangat-sangat pilu. Kalau tengok ayah masa tu, nak tarik nafas pun susahhhh sangat. Tak tau nak cakap masa tu. Esok majlis perkahwinan saya... Ingat lagi, mak saya nangis-nangis cakap kat ayah dan berdoa kepada Allah... "Ya Allah, janganla hari ni, esok Ainul nak kawin..."

Masa tu takyah cakapla betapa sebaknya saya... Saya dah pasrah je.

Kami baca yasin beramai-ramai di sisi ayah. Selepas beberapa jam, keadaan ayah stabil kembali. Alhamdulillah. Kami pun beransur pulang dalam pukul 3-4 pagi. Cuma abang je yg tinggal, jaga ayah. Fikiran saya berkecamuk yg teramat sangat.

Dugaan tu agak berat bagi kami sekeluarga. Kalau dah ditakdirkan hari perkahwinan jadi hari kematian, apakan daya saya... Tapi kami syukur sangat sebab ayah dah stabil.

Pagi... kenduri bermula. Selepas tiba pengantin lelaki, dan lepas dan selesai semuanya, dalam pukul 3pm camtu, saya dan suami ditemani oleh keluarga suami terus ke hospital, dengan memakai baju pengantin. Memang segan jugak sebenarnya, tapi sebab nak tunjuk kat ayah, kami buat selamba je :-)

Syukur Alhamdulillah, Allah swt dah aturkan semuanya. Saya dan suami dah nikah 2 bulan sebelumnya. Kalau saya baru nak nikah malam/pagi kenduri tu, tentu ayah tak dapat hadir.

Lepas habis je kenduri, petang tu saya dan suami singsing lengan baju... washing time. Semua jiran, sedara, kawan dah balik masa tu. Tinggal kami adik-beradik je. Tapi sebab risaukan ayah kat hospital, mak dan adik-beradik lain semua ke hospital nak uruskan pemindahan ayah ke PPUM dan temankan ayah.

Saya dan suami je yang bersihkan rumah. Atas, bawah, belakang, periuk belanga... Penat woo... Adik beradik tolong sikit-sikit je sebab ke hospital.

Selepas ayah dipindahkan ke PPUM, barulah tau yang sebenarnya ayah diserang sakit jantung dan perlukan pembedahan segera. Hospital Jengka takde kepakaran. Doktor kat situ just cakap ayah sakit asma je walhal sakit jantung...

Kalau tengok "Raikan Cinta", citer pasal orang kawin cantik-cantik, happy-happy tu, saya terdetik rasa sedih sebenarnya sebab teringat masa saya kawin dulu. Masa kenduri sebelah suami, mak ayah saya tak dapat datang sebab keadaan kesihatan ayah yang teruk. Cuma wakilkan pada adik-beradik dan mak pak sedara je.

Takpelah... bagi saya restu mak dan ayah tu yang penting. Doa dari mereka semoga saya dan suami bahagia selalu... Itu sudah lebih dari cukup.

Ayah pun dah takde.... Al-Fatihah untuk arwah ayah. Rindu.

Sekadar untuk berkongsi rasa. Suka dalam duka. Itulah perasaannya...