My heart, my soul, my joy & my happiness!

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman baru

Hari ni, genap 2 bulan usia Aleesya Sumaira. Adrianna Sofea pula dah 2 tahun 6 bulan. Pengalaman yg aku lalui utk kelahiran ke-2 ni: Yg pertama, kali pertama overdue. Lewat 5 hari. Mengikut jangkaan doktor, sepatutnya pada 26hb tapi hanya pada 31hb Mac, baru baby nak keluar. Dan pada 26hb tu, pagi2 lagi aku dan wan tiba di Jusco Bukit Raja... ada JCard Member's Day. Dengan sarat2 tu, aku pergi shopping sakan. Punyala ramai manusia. Exercise... byk berjalan hari tu.
Yg keduanya, bersalin secara normal - vaginal birth... Antara azam aku utk tahun 2009 ni adalah nak melahirkan baby secara normal dan natural. Alhamdulillah tercapai juga hasrat tu. Walaupun doktor kat private hospital taknak terima aku, ku gagahi jua ke hospital kerajaan. Reason being, 1sy baby dulu aku kena cesar. So, utk 2nd ni, doktor2 yg cerdik pandai itu nak cesar jugak sebab tidak mahu mengambil risk of uterine rupture which is only 0.05% je. Dan aku yg agak degil ni (walaupun takut juga sebenarnya) tetap ingin mencuba secara normal MELAINKAN jika di saat2 akhir kelahiran berlaku perkara2 yg tak dapat dielakkan dan menuntut kaedah cesar utk proses kelahiran. Hakikatnya, syukur ke hadrat Illahi segala2nya berjalan lancar.
Yg ketiga, masuk hospital kerajaan. Rasanya sudah menjadi satu pemahaman di kalangan umum bahawa hospital kerajaan adalah pilihan terakhir kerana tahap servisnya yg boleh buat kita bengkerkkk. Semasa menanti kelahiran, aku tak sudah2 memanjatkan doa semoga nurse2 di Hosp. Sungai Buloh akan melayanku dengan baik. Teringat masa bersalinkan Adrianna di UKM Specialist Centre; servis memang bagus, bilik pun cantik dan luas macam hotel tapi kos dia...
Masa due date 26hb, aku ke HSB (selepas balik shopping kat JJ). Masa register tu, aku dikehendaki menandatangani satu perjanjian di mana in case mase aku sakit2 nak bersalin tu ada ramaiiii patient, ada kemungkinan aku kena duduk atas kerusi sambil menahan contraction. Mak aiii... masa tu mindaku dah di-set-kan yg aku kena terima semua yg 'ditawarkan'. Jadi, aku sign perjanjian tu dgn 'senang hati'. Tiba masa hari aku sakit nak bersalin tu, patient tak ramai sangat dan ada katil kosong, jadi tak perlulah aku duduk atas kerusi... hehe... dan Alhamdulillah, nurse2 di situ rupa2nya sangat baik, sangat helpful, sangat supportive dan sangat membantu menenangkan jiwa. Maklumlah si suami tak dibenarkan masuk. Open wad dipisahkan oleh compartment menjadi 6-bedded dgn 2 bilik air. Wad dan bilik air sgt bersih. Bolehlah kalau nak baring dalam tu. Bil RM60 sahaja. Penjimatan hebat!!!
Pengalaman2 baru tu sangat precious bagi aku.

Sunday, May 10, 2009

Aleesya lagi

Aleesya sebulan

Kak Adrianna tengah sayang adik Aleesya

Aleesya Sumaira

Nama baby baru kami - ALEESYA SUMAIRA BINTI MOHD SHAIZWAN. Ni gambar Aleesya masa umur 4 hari. Semalam kami bawa Aleesya pergi ke klinik untuk suntikan imunisasi bagi bulan pertama. Berat terkini Aleesya ialah 5.1kg. Nampaknya Aleesya nak lawan kak Adrianna. Dulu masa Adrianna sebulan, berat dia 4.6kg. Tengoklah "The history of Adrianna's weight" yg aku post 2 tahun lalu.

Aleesya Sumaira dengan Adrianna Sofea.
Rambut Aleesya ni pacak2. Sangat kuat menyusu. Sebab tu la makin tembam jadinya. Sekarang ni dagunya dah ada kembar, kata orang double-chin. Kat atas tu gambar Aleesya (14 hari) dengan kakak. Tak sempat nak update panjang2, Aleesya memanggil2 la pulak...