My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, February 25, 2010

Awak tak makan ke?

Sesiapa yg mengenali diri saya rasanya sudah cukup tahu betapa saya cukup suka makan. Saya makan 3 kali sehari dengan serving size yg standard utk rakyat Malaysia; nasi, lauk ayam/ikan, sayur... no skip (takleh tahan woo), no diet (takde maknanya!!!). Serving size saya bukan seciput ye, tapi sepinggan penuh. Dan sesiapa yg mengenali diri saya juga pasti tahu betapa saya tidak akan membiarkan makanan itu bersisa, mesti makan sampai habis walaupun sebutir nasi (taknak membazir... hehe).

Pada suatu hari, saya ke klinik. Setelah di check dan di 'soal siasat'... Soalan Doktor ialah "Awak tak makan ke?"

Urpppp... (dlm hati saya... byk mana lg nak mkn?)

Kata doktor tekanan darah saya rendah. Saya perlu makan LEBIH lagi esp daging merah (bukan ayam atau ikan), sayur2an hijau... Saya perlu minum byk walaupun hakikatnya saya minum 3L setiap hari. Doktor bagi saya ponstant, painkiller (lupa nama saintificnya), zinc, Ginkgo...

Dugaan *(^_^)*

Wednesday, February 10, 2010

Drink At The Right Time

Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the human body.
~ Two glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs
~ One glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion
~ One glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
~ One glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Monday, February 8, 2010

Enfa for Adrianna dan Aleesya

Inilah surat saya yg dipublished di dalam EnfaMama Club newsletter bln lepas. Ini pengalaman kami sendiri. Boleh dikatakan kami ni pengguna setia Enfa sejak saya mengandungkan Adrianna sampai sekarang. So far, memang puas hati dengan Enfa. Adrianna minum Enfalac A+ sejak lahir sampai setahun. Lepas tu tukar kepada Enfagrow A+ sehingga sekarang. Aleesya pun minum susu Enfalac A+ selain susu ibu. Alhamdulillah perkembangan minda & fizikal mereka cerdas & cergas. Beria2 pula mempromote Enfa. Bukannya ada royalti pun!

Saya pernah cuba nak tukar susu, tapi selera anak2 drop selepas tu. Kurang minum susu. Saya pernah belikan susu Annum Essential utk Adrianna memandangkan harga susu Enfa ni makin menjadi2... tapi bila bagi kat dia, dia taknak minum. Bila ditanya kenapa... katanya "Susu ni tak sedap". Amboiii... Aleesya pun sama, cuma tak pandai cakap je lagi. Tapi Aleesya ni memang susah sikit. Dia nak susu ibu aje. Susu badan pun dah tak berapa byk sekarang. Khasiat susu Enfa ni hampir menyerupai susu ibu, sebab tu kami beli.

Asalnya saya cuma hantar tin foil sebab nak collect points. Saya sertakan sekali surat ni sebagai notification, saja2 nak cerita pengalaman. Tup2 diaorg published. Memang tak expect langsung. Ok la tu *(^_^)* Dapat hadiah t'shirt untuk Adrianna dan Aleesya, tissue box housing yg comel dan learning book untuk Adrianna. Setiap ibubapa inginkan yg terbaik untuk anak2. We are trying to give the best for them.

Friday, February 5, 2010

Makcik Balang

Pagi tadi masa buka akaun facebook, saya terlihat satu icon di belah tepi, namanya "Makcik Balang". Sepantas kilat teringat Makcik Balang kat Mushroom UiTM Arau. Saya click page Makcik Balang, ada gambar. Ye memang betul dialah Makcik Balang yg saya maksudkan. Wah... dasyat Makcik ni dah ada facebook page. Ramai juga fans dia, beribu2 lemon. Kalah page Asterisk Boutique.

Saya akui, biskut2 Makcik Balang sering menemani saya masa study kat bilik di Kolej Kediaman Cendana. Sambil study, mulut pun laju mengunyah. Ada satu biskut tu yg saya suka sgt. Malah sampai sekarang kat KL ni tak pernah jumpa lagi yg sedap macam tu. Biskut apa ntah namanya, tapi bentuk dia panjang2 dan berpintal2 mcm akar, bersalut gula halus. Sedap... kalau masa study makan ni, memang boleh cepat tangkap *(^_^)*

Rindunya UiTM Arau...