My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, May 25, 2012

Asterisk Boutique is the Online Shop of The Year 2012 in Malaysia ?

Semalam, saya terima 1 email. Saya ni kalau bukak je email, mata saya terus cari kod je. Tapi semalam email ni lain sikit. Mata melilau tak tentu pasal (secara random) tapi tak jumpa pulak kod... hehe... Maklumlah, rasanya semua peniaga online ni 'gila kod' kot... haha... Sebab selalunya kalau masuk je email, maknanya order. Masuk je email, mesti order atau pun enquiry. Email yg 1 ni lain sikit, intro nya macam ni:


Pastu, saya tenyeh-tenyeh jap mata. Sebab pagi tu baru tangkap gambar tudung baru. Jadi, silau flash tak habis2 lagi. Tajuk email tu:" DiGi WWWOW Awards 2012 - Top 10 (Online Shop) "

Biar betul? Saya macam tak percaya je. Saya pergi balik kat inbox, check sender email address... macam betul.

Minggu lepas saya nak cuba undi tapi tak boleh. Rupa2nya kakak saya cakap, undian dah ditutup. Lorrr... saya ni agak sibuk, so actually hanya beberapa kali je saya undi. Walaupun saya mintak tolong pada adik-beradik, kawan2 dan customer mengundi saya, tapi sebenarnya saya sendiri pun tak sempat nak mengundi. Mr.Husband pun sama. So, lepas kakak cakap dah tutup, "takpelah..."

Kemudian, saya saja-saja je masuk ke website DiGi WWWOW Award, ada senarai Top 50. Rasanya hari tu ada dekat 200 penyertaan untuk kategori "Online Shop of The Year". Saya click di button 'View Top 50', dan saya tengok asteriskboutique.com ada di screencapture yg ke-16. Di situ ada tertulis:
"Hey peeps, WWWOW judging is in session. Till 31 May 2012. There's no rest, till we get the best!"

Ooo maknanya dah tak boleh vote sebab juri professional pulak nak buat penilaian. Pada saya, dah masuk Top 50 tu pun saya dah happy sangat. Tak menaruh harapan pun. So, saya ingatkan berakhir di situ je la. Sehinggalah tengahari semalam, iaitu bila saya terima email di atas tu *(^_^)* Hatiku berbunga riang... ecehhh...

Syukur Alhamdulillah. Saya tak pernah mimpi pun boleh terpilih sampai ke Top 10. Secara jujur, memang saya mengharapkan yg asteriskboutique.com akan jadi terkenal, jadi butik online pilihan dan dekat dengan hati pelanggan. Cuma, untuk award ni, saya sekadar suka-suka je. Terpilih dalam Top 10 dah cukup menggembirakan hati saya.

Harapan saya cuma, semoga perniagaan saya diberkati oleh Allah swt, dimurahkan rezeki dan Allah kuatkan hati dan fizikal saya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dari suami (maksud saya cabaran menguruskan rumahtangga), pelanggan, tailors, suppliers dan sesiapa sahaja. Semuanya demi anak-anak saya dan Mr.Husband; Adrianna dan Aleesya.

Tuesday, May 22, 2012

Leurd Kattiya

Selalunya orang suka citer hindustan... tak pun citer korea... atau sinetron indonesia... dan jugak telenovela dari venezuala. Saya suka jugak citer korea. Tapi actually, yang saya paling suka citer Siam. Thai drama. Orang sana sebut 'Thai lakorn'. Bagaimana saya boleh terjebak dengan lakorn pulak ni?

Aom Phiyada Akkraseranee dan Tik Jessadaporn Pholdee

Masa zaman study dulu dalam tahun 2004, kalau takde kelas, saya tengok tv. Tetiba satu hari tu, saya ter-tonton satu cerita kat TV2. Tajuknya "The Princess", dalam bahasa Thai "Leurd Kattiya". Hero hensem. Heroin pun cantik. Cerita dia pun menarik. Membuatkan saya 'melekat' depan tv. Setiap episod mesti nak tengok punya. Heronya Tik Jessadaporn. Heroinnya Aom Phiyada.

Citer ni memang sadis ya amat. Episod akhir tangkap nangis tau! Ingat lagi, kebetulan masa episod akhir tu tengah cuti semester, tengok kat rumah. Jenuh saya control, pasal kang mak pelik pulak, apehal anak aku ni kan... hehe... Lagu citer ni best. Melodinya menusuk kalbu. ecehh.. ayat jiwang. Saya hafal melodinya, cuba tak terdayalah nak ngafal lirik siamnya tu :-P


Dalam Youtube takde orang yang nak buat English subtitle utk citer ni. Citer ni tentang seorang lelaki bernama Anothai yang berkerja sebagai tentera diraja. Satu hari tu, dia berkenalan dengan seorang gadis bernama Dara di sebuah pulau kecil tempat Anothai selalu lepak2. Diorang bercinta akhirnya dan selalu jumpa2 secara senyap di pulau tu. Anothai sangkakan yang Dara ni anak maid istana. Rupa2nya puteri raja. Masa Anothai dapat tau, dia frust sangat sebab kawan baik dia, putera raja iaitu sepupu Dara pun ada hati kat Dara. So, nak dibandingkan antara putera raja dengan Anothai, Anothai rasa dia kecikk je dan tak layak untuk Dara. Jadi, bayangkanlah cinta terhalangnya cemane. Dalam bahasa Thai, Anothai bermaksud matahari. Dara pulak bermaksud Bintang. Secara teorinya, matahari dan bintang tak mungkin bersatu sebab bila matahari keluar, bintang akan hilang. Bila bintang keluar, matahari pulak akan pergi. Last2nya Anothai mati... huhu... sedih woo.

Dalam Youtube ada sorang ni yang sangatlah rajin buat subtitle untuk Thai lakorn yg best2 dan terkini. Namanya Wishboniko. Dia volunteer je. Takde bayaran pun. Bagus betul. Cuma hari tu dia cakap dah nak bersara. Malas dah nak sub. Ramai la peminat2 lakorn yg kuciwa sebab Wishboniko ni pandai buat subtitle. English dia ok. Yang lain tu ke laut. To Wishboniko, please don't stop subbing any interesting lakorn especially Aff's ones. I appreciate your hardwork :-)

Sape pulak 'Aff' tu? hehe... She is my favourite Thai actress; Aff Taksaorn. Nanti saya citer lagi :-)

Tuesday, May 15, 2012

I need a holiday...

Dulu masa saya berhenti kerja sepenuh masa, saya sangkakan yg saya akan ada lebih masa untuk berehat, menulis di dalam blog ni dan buat kerja rumah. Sangkaan saya meleset sama sekali. Bila saya resign je, rupa-rupanya Allah murahkan lagi rezeki kami dengan order yang bertambah, dan menjadikan saya sibuk mengalahkan masa bekerja fulltime dulu. Jadi, saya tiada ruang untuk berehat dan menulis, melainkan jika saya ada determination yg tinggi untuk mengarang seperti sekarang :-) Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg diberi.

Cuma, bila dilebihkan nikmat yg lain, Dia uji pulak saya dengan benda lain. Nikmat rehat pula dikurangkan. Saya akui, saya kurang rehat. Kepenatan... amatlah penat. Bangun je tidur, check email... sepanjang hari check tudung + angkat tong tudung yg berat, pack order dan isi form, hinggalah sebelum tidur pun, clearkan email dulu, plus buat sikit-sikit kerja rumah. Maklumlah takde pembantu. Jadi, kalau datang rumah saya dan complain banyak, saya redha je... hehe... takpelah, saya bekerja keras untuk diri sendiri, suami dan anak-anak :-)

Tapi dalam kepenatan tu, saya seronok. Sebab nampak hasilnya atas usaha saya sendiri. En.Husband ada jugak bantu (sikit-sikit :-P). Lately, badan saya pun macam 'on off' sikit. Nak kena pergi massage selalu, kalau tak sakit-sakitlah jawabnya. Sejak 2 minggu lepas, saya buat kerja pembersihan rumah, tu pun masih tak settle lagi sepenuhnya. Dengan kain baju yg banyak tak berlipat... hohoho... Semua buat soyam-soyam (ikut pelat Aleesya, maknanya 'sorang-sorang'). Saya amat memerlukan holiday. Wah, tentu best!

Baru-baru ni tailor pulak buat hal. Order saya dah lama tak disiapkan. Anak skaf Syria pun tak siap-siap lagi. Memandangkan mereka lebih tua dari saya, jadi sehabis baik saya berhemah dalam percakapan. Tapi macam tak dihargai pulak. Sedih... Stress jugak jadinya. Stock tudung running fast ni. Saya berharap sangat mereka dapat tunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Payment dah dibuat. Arghhh!!!

Saya ni kalau tension, saya MAKAN. Exercise pun kurang sebab duduk aje ngadap laptop. Berjalan pun hanya pergi ambik stok kat bilik belakang, pergi pejabat pos, pergi kedai... itu aje. Iye... itu aje. Jarang pun pergi pejabat pos (hanya kalau pos biasa je), sebab Poslaju hari2 datang ambik kat rumah. Akibatnya sekarang badan saya:
berpelampung + double triple chin = double trouble!

Kurang-kurang nak kena turun 10kg ni. Banyak tu! Masalahnya makan sedap aje... hehe... Kawan saya cakap, dia dah beberapa bulan tak makan nasi, hasilnya turun 8kg! Bolehkah saya??? Naik berat badan ni faktor penyumbang kepada mudah penat dan sakit-sakit badan jugak. Nampak gayanya, nak kena control jugak ni. Cross trainer kat atas tu dah jadi tempat hang baju je. Kenalah fully utilize kalau nak berat badan unggul balik.

Sunday, May 13, 2012

Go go Hazama

Ecehhh... dengan penuh bersemangat saya menulis entry ini selepas melihat Hazama layak ke final Mania malam tadi. Lagu "Putihnya Lukisan" tu saya pernah tengok dia nyanyi masa kat konsert Hotfm Big Jam kat Penang lebih kurang 2 tahun lepas, perfomed dgn Meet Uncle Husain. Rasanya masa tu, dia lebih rileks dan lantang, maybe sebab cuma show biasa, bukan pertandingan. Malam tadi rasanya, pada pengamatan saya, dia tense sikitlah tapi tetap best.

Masa PakNil announced Hafiz org yg pertama layak ke final, saya setuju... then Stacy. Pada saya Stacy memang bagus jugak cuma lately dia agak semput sikit masa perform, suara pun tenggelam timbul sbb terlalu nak dance sangat. Hope Stacy lebih focus kpd vokalnya. Adrianna dan Aleesya suka lagu2 Hafiz dan Stacy. Seterusnya yg layak ke final ialah Jaclyn Victor. Memang layak pun. Alahai... bilala PakNil nak sebut nama Hazama ni... Lepas tu, PakNil sebut "Aril"... Arghh... apakah??? Hafiz melompat2 seronok sgt. Maklumlah kawan baik dia. Kemudian, nama yg terakhir disebut, lepas Adira dan Shila disingkirkan, tinggallah pilihan di antara Hazama dan Ebi. Dalam hati saya, ohh pleaseee lah jangan Ebi. Lastnya PakNil sebut "Hazama"... yeaaaaa...

Kalau ikut pada telinga saya, Adira is wayyyy better than Aril. Adira lebih layak. Dari segi undian, dari minggu pertama, Ebi selalu mendahului tapi pada saya Ebi biasa2 je. Dalam Propaganza tadi, Ebi cakap dia tak puas hati... hohoho... awak perasan bagus ye??? (hehe... marah peminat Ebi)

Kenapa saya suka Hazama? Bukan sebab dia kacak (oh tidak!), tapi saya suka sangat suara dia. Saya peminat suara Amy Search. Otai2 lain saya tak suka hinggalah pada suatu hari, saya tengok konsert Jomheboh kat TV3. Diorang perkenalkan Hazama. Siapalah dia ni (masa tu), tak kenal pun. Tapi bila dengar dia nyanyi combine suara dengan Black, kalah Black. Masa tu la saya tertanya2, siapa dia ni? Apa album dia? Rupa2nya penyanyi jemputan MUH.

Lepas tu, saya ingatkan dia dah tak menyanyi sebab tak pernah nampak dah dalam tv, tup tup masa AF9 hari tu, dia masuk. Wahhh... excited habis saya. Definitely la saya suka tengok dia menang. Lepas tu duet pulak dgn Amy Search (Simetri), dua2 saya suka. Tapi lagu Simetri tu tak catchy sangat la, kalau duet lagu2 lama Search mesti best. Ada sekali tu saya tengok kat Youtube, Hazama nyanyi dgn 3 otai rock; Mus May... yg lain tak ingat nama. Power habis! Hazama je yg muda.

Untuk final Mania, GOOD LUCK untuk Hazama, Hafiz, Jac, Stacy dn Aril. Tentu sengit nanti. Pak Lang, buat yg terbaik ye :-) Chaiyuk Hazama!!!

Friday, January 20, 2012

Buka kasut di playground

Taman permainan kanak-kanak yang dalam gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau indoor playground ni, selalunya semua kanak-kanak kena buka kasut sebelum bermain. Budak-budak memang seronok. Kalau anak-anak saya pantang dengar 'Giant', mesti excited. Sebab no.1, nak pergi playground. Playground tu pun bersih dan well-maintaned. Tapi... ada satu perkara yang tak sedap dipandang. Di saat kita melatih anak-anak supaya buka kasut setiap kali bermain di playground, tapi ibubapa sendiri yang buat tak reti.

Gambar kat bawah ni jadi bukti betapa '___nya' seorang insan yang bergelar ibu/bapa. Anda bayangkan, anak-anak kita yang leka bermain memijak tempat yang sama dengan insan yang memakai selipar tu. Bayangkan apalah agaknya yang dia pijak kat luar sana... sampah, lopak air, dan macam-macamlah benda kotor... dan dengan selambanya dia masuk playground tu dengan seliparnya sekali. Susah sangat ke nak bukak yer? Kita faham hasrat murni dia nak awasi anaknya bermain tapi bukankah lebih manis dan bersih jika dia membuka seliparnya. Spoil betul!

Saya merayu kepada ibubapa-ibubapa di luar sana supaya bukalah kasut anda jika ingin menemani anak bermain di indoor playground. Kalau anda tak kisah anak anda memijak benda kotor (sebab telah dicemarkan oleh anda), tolonggggglah fikirkan anak-anak orang lain yang tak rela memijak kotoran yang telah anda tinggalkan. Tahniah kepada kanak-kanak yang membuka kasut ketika bermain, dan tahniah juga kepada ibubapa yang turut sama membuka kasut ketika menemani anaknya bermain di indoor playground.