My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, December 14, 2010

Shaizwan's 30th Birthday

Selamat Hari Lahir kepada Mr.Husband terchenta, Mohd Shaizwan bin Mohd Saffian. Semoga bahagia dengan Ibu, Adrianna dan Aleesya. Moga dimurahkan rezeki kita. Murah rezeki suami maka murahlah rezeki isteri *(^_^)* Dah masuk angka '3'... hihi...

Malam tadi Mr.Husband ada dinner Maybank. Balik pukul 12.30am. Masa buka pintu, Adrianna jerit "Selamat Hari Jadi Ayah". Bagi kad Mickey Mouse yang ditulisnya sendiri. Adrianna baru nak sekolah tahun depan tapi dah mula belajar menulis. Mr.Husband bawa balik banyak belon hidrogen. Melompat-lompat dua puteri itu. Rasa 'gegar' & gamat rumah akibat lompatan tanpa henti dua orang budak montel. Tidur lambat pulak tu.

Aleesya suka cium bunyi meletup-letup kat pipi ayah.. dan meninggalkan amilase segar di situ. Basah habis. Pagi tadi di rumah babysitter, Adrianna cakap, "Mak, hari ni birthday ayah". Semoga Mr.Husband dikurniakan olehNya kesihatan yang baik, peningkatan dalam kerjaya dan happy happy happy, dirahmati oleh Allah swt.

Friday, December 10, 2010

5th Wedding Anniversary

Lima tahun yang pertama adalah tahun yang penuh cabaran dalam sebuah rumahtangga. Back to last 5 years, kami diijabkabul pada 10 Disember 2005 di Masjid Jengka 16, dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan rakan taulan kedua belah pihak. It was a very simple majlis indeed. Kenduri diadakan sekali dengan pemberangkatan mak dan ayah saya ke Tanah Suci. Kami nikah gantung, kalau ikut istilah orang Melayu. Lepas mak ayah balik dari Mekah, baru buat majlis resepsi.

Kenal tahun 1999 di UiTM Arau, tapi awal tahun 2001 baru coupled. Saya konvo di UiTM Shah Alam pada April 2005. Sebulan lepas tu bertunang, dan Disember nikah. Dah jodoh. Cinta Kampus. Dating pun kat library. Ececehhhhh! Kami lawan dalam study walaupun dua-dua course lain-lain. Saya jurusan Intelligent System (AI), boypren masa tu ambil Accountancy. Kami lawan pointer. Bila sama-sama dapat Dean List (DL), kitorang celebrate la. Bestnya masa tu.

Tapi tentulah dia lebih pandai dari saya :-P Mr.Husband dulu pemegang Anugerah Khas batch kami di UiTM Arau tahun 2001. Dari semua student dan semua courses, dia sorang je terpilih. Best student untuk satu kampus jurusan Diploma. Wahh, betapa bangganya saya selaku girlfriendnya... hihihi...

Lepas tu kami sambung Degree di UiTM Shah Alam. Cintun tu cintun jugak. Study tetap no.1. Dalam pelajaran kami fight. Kadang-kadang saya menang. Kadang-kadang dia menang. Eh tak... selalunya dia yang menang. Buktinya, dia dapat Anugerah Biasiswa Maybank, saya pun apply juga masa tu, tapi tak terpilih :-P

Kalau nak cerita bab couple ni, saya sangat naif. I have no experience at all. He is the first. Dia pun, I am his first too. Pertama yang membawa bahagia. Jodoh pada yang pertama. Alhamdulillah.

Kami sempat menyewa setahun sebelum memiliki kediaman sendiri. Masa tu saya dalam pantang lepas lahirkan Adrianna, our first baby. Bagi kami rumah no.1, kereta no.2. Takpelah pakai kereta cabuk pun asalkan ada rumah sendiri. Giler punya struggle nak beli rumah. Masa tu saya baru 25+ tahun, suami 26+. Kami bukannya orang senang. Kereta yang kami ada tu dibeli pada tahun pertama suami saya berkerja dan masa tu saya masih study di tahun akhir. Saya guna pergi kelas. Dia pakai motor je pergi kerja. Sweettt.

Dah 7 tahun tak tengok wayang. Since kitorang serius bercintun, memang dah tak jejak panggung wayang. Kononnya nak berjimat. Sangat berjimat hokeh! Jimat membawa berkat.

Guess what, tiket pergi Kuching pun dapat free dari Air Asia. Kami booked betul-betul lepas kawin. Kira honeymoon la. Pastu boss saya bagi hadiah kawin berupa 3 hari 2 malam kat Strawberry Park Resort. Best sangat! FREE beb... Bukankah sangat indah bila honeymoon anda ditaja. Walaupun bukan ke Paris, London atau New York tapi Kuching dan Cameron Highland pun best apa.

Itu kenangan masa sebelum dan awal-awal perkahwinan. Indah. Hari-hari pun indah. Kalau tanya bab gaduh.. well.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ayat standard.

Lima tahun yang berlalu mematangkan kami. Kelahiran 2 puteri penyeri hidup, tambah mematangkan. In fact, mengeratkan. One word that every couple adores: BAHAGIA. Hope we will live happily ever after. InsyaAllah, moga Dia mengizinkannya. Moga Allah murahkan rezeki kita.

Wednesday, December 8, 2010

Beringat dan Teringat

Oh My Lovely Stomach... unpredictable. Guess what? Hasil scan tu, ternyata seperti yang ku jangka, tiada apa-apa (sebab saya memang doa2 taknak ada apa-apa). Senyum, tak perlu kata apa-apa. Faham. Dr.Naqiyah tak tau nak check apa dah (kot), so dia refer saya pada Dr.Nazim, seorang pakar gastro. Appoinmentnya pada hari Isnin lepas. So, dengan rasminya saya cuti dari Jumaat sampai Selasa Awal Muharram. Lima hari tu! Best best. Tapi yang tak syoknya, MC pun dah abis, so kira kena unpaid la.

Ok, back to Dr.Nazim, kali pertama jumpa, macam-macam dia interview saya. Otai. Orang lama. Sangat memahami kerana dari pengalaman-pengalaman Dr.Nazim dalam bidang gastro ni, ternyata sekali cerita dia sudah dapat meneka yang saya ni kena reflux. Wah, very the terrorist. Merangkap Irritable Bowel Syndrome (IBS). Hari tu Dr.Naqiyah dah agak dah tapi dia tak diagnos pulak macam tu. Dr.Nazim cakap, Dr.Naqiyah is a surgeon. They have been trained differently. A surgeon is trained to check on the cancer, tumor dan yg sewaktu dengannya. But for Dr.Nazim, as a gastroenterologist, dia menjurus kepada any circumstances in abdomen area even a common disease macam saya ni.

Semua sakit tak best! Huh... sungguh. Sakit hati yang tak sakit tu pun tak best.

Saya kena makan sikit-sikit je. Tak boleh kenyang. Hah? Oh, macam nightmare bunyinya! Saya tak boleh makan makanan berminyak. Masa saya jumpa Dr.Nazim, dia tanya apa yang saya makan malam sebelumnya. Malam tu saya makan nasi, sup pelanduk (wahh... MIL masak) dan sate. Haa... toing toing, saya terkena... Dr.Nazim terus bingo saya! "Kuah kacang tu you tak boleh makan". Dalam hati saya "Alaaa... sikit je aku cicah pun, takkan tak boleh".. Eh eh... berbaur pemberontakan di situ. Tapi hakikatnya, response saya ialah "Ooo, ye ke?"

Doc menekan-nekan perut saya sana dan sini, dan jumpalah satu titik spot tempat saya rasa sakit. Dia cakap "Memang reflux". Wahh.. namanya pun doktor pakar. Tekan-tekan perut, soal itu ini dalam 15 min, consultation RM200 tak termasuk ubat lagi. Kayalah. Ilmu dia tu yang precious! Dulu-dulu cakap je nak jadi doktor, tapi malas belajar :-P

Buat permulaan, doc akan buat treatment untuk reflux dulu. Lepas tu baru proceed untuk IBS.

Sebeban ubat buah tangan dari Dr.Nazim. Silalah makan ikut aturan jika anda tak mahu sengsara lagi. Follow up in 2 weeks time.

Masakan melayu semuanya oily. Benar? Most of it kena tumis bawang putih bawang merah dulu... basic masakan melayu. Tumis pakai minyak. Even nak buat sup pun tumis jugak. Minyak, minyak, minyak. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, minyak ni a silence killer. Bila ia masuk ke body anda, ia akan transform menjadi raksasa jahat lalu menggigit dan memakan organ-organ dalaman anda secara halus dan apabila kenyang, mereka akan membiak di dalam badan anda yg dikatakan 'sihat' itu. Pembiakan yang melampau akan menyebabkan saluran-saluran darah anda tersumbat, perut anda memulas-mulas dan anda akan kerap heartburn, bloated, keguguran rambut, sudden diarrhea dan pening-pening seperti ada bintang-bintang berkerlipan di atas kepala.

Selalunya dalam citer kartun, bila kartun tu terhantuk, mesti keluar bintang-bintang atas kepala, jadi pening-pening lalat, lepas tu keluar benjol. Saya sudah boleh menjiwai watak kartun tu la, sebab sekarang ni kalau saya pening disebabkan reflux, saya akan pitam sikit lepas tu nampak percikan bunga api macam bintang-bintang berkelip-kelip atas kepala. Bunyinya macam indahkan. Indah???

Scary... tapi bila perut lapar, semua sedap. Saya perlu lebih beringat lepas ni. Jangan makan makanan yang berminyak. Jangan?? Ala... kompromi sikit boleh tak? Kalau 'jangan' tu tukar kepada 'kurangkan' boleh tak?

Err... tadi lunch saya makan nasi, sayur campur (sounds good), pajeri nenas (err.. apakah?) dann.. dannn.. 1 bowl sup daging. Hmm.. beringat sangatla tu. Ye, memang ingat... teringat-ingat sup daging makcik tu yang sangat sedap sebab 5 hari cuti tau! Beringat dan teringat.. asalkan ada word 'ingat' kira ok la. Tok tok tok! Mari luku kepala Ainul.

Nanti dulu...

Okla mulai sangat ini, saya akan control pemakanan saya. Kalau yang berminyak sangat tu saya takkan sentuh. Kalau yg berminyak sikit-sikit tu kira halal la ye. Dan, inilah masanya saya perlu mempraktikkan sunnah nabi s.a.w, berhenti makan sebelum kenyang. Dan..dan.. doktor cakap saya tak boleh minum coffee (tak heran, memang aku tak minum!), teh (teh tarik sedap tu!), coklat (ala...), susu & cheese (alaaaaaaa...). Saya kena buat kajian untuk badan saya, lepas makan, what will happen? Kalau sakit, maknanya tak bolehla. Kalau ok, maknanya boleh sental lagi. Dengan contraints yang melampau terhadap anak tekak dan perut saya, maka bolehla saya merampingkan badan lepas ni :-P

Friday, December 3, 2010

My Lovely Stomach

Saya sangat suka makan. Saya enjoy makanan yg saya makan. Sesiapa yg mengenali diri saya pasti faham bagaimana berseleranya saya menjamah makanan, menggambarkan seolah-olah ianya memang sedap. Tapi actually saya taklah taram semua, kalau tak sedap tu, tak sedap jugak. Saya takkan miss waktu makan. Tak boleh miss. Nanti cepat masuk angin atau dengan kata lain, bloated. Eee.. Sengsaranya kalau kena. Saya tidak mampu berdiri tegak jika ianya menyerang. Yg peliknya, even saya tak miss makan pun still kena bloated jugak, kalau tak makan lagi worse. Mengapa ianya terjadi? Musykil.

Kerana kemusykilan itu, saya telah berjumpa dengan doktor pakar di Damansara Specialist Hospital. Ingat tak masa birthday saya 11/10 aritu saya MC. Sebab saya pergi jumpa Dr.Naqiyah Ibrahim di DSH. Doc suggest buat scope untuk check dalam perut dan usus. Teropong kecil dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke perut dan lepas tu dari lubang anus sehingga ke usus. Sound scary gile kan. Saya dah cuak jugak. Tapi rupanya doc bagi sedatif, so memang saya tak sedar langsung. Procedure tu namanya endoscopy and colonoscopy. Sample biopsy telah diambil.

Alhamdulillah nothing serious. Cuma dalam perut saya ada banyak sangat luka-luka yang sangat kecil tapi tak kena infection. That's good. Doc ada bagi copy rakaman procedure tu. Jelas nampak dalam perut dan usus. Doc bekalkan saya beberapa ubat antaranya Controloc 400mg untuk balance kan gastric acid dalam perut. Nak kata reflux pun macam ye, tapi actually doc pun tak diagnos the real disease lagi.

After few weeks, it seems like those medicine won't help much. Saya rasa sakit dari pagi sampai malam. Sangat-sangat uncomfortable. My lovely stomach still meracau-racau macam tak makan setahun. Lapar sakit, kenyang pun sakit. Kenyang pun lapar balik. Huhu.. Ainul sangat kuat makankah? Nasib baiklah badan tak naik macam belon. Sikit tu adalah.. :-p

Sekarang, saya di DSH. Doc decided saya kena buat ultrasound scan pulak. Katanya macam scan baby tu. Ala tomeinye... Lama tak rasa baby in stomach ;-P

Saya di XRay Unit sekarang. Still waiting for my turn. While doing nothing, saya pun update la blog kejap... while my lovely stomach still holding a mystery...

Thursday, November 18, 2010

Adrianna is 4 years old today


Alhamdulillah hari ni 18 November 2010, our chubby girl Adrianna Sofea binti Mohd Shaizwan genap 4 tahun. Tahun depan dah nak sekolah. Tak sabar dah tu. Tiap-tiap pagi dia cakap "Adrianna nak pegi sekolah". Huh, sangat excited dan bersemangat habis. Keterujaan itu mendorong Adrianna untuk menyiapkan kerja-kerja penulisan yang kami assign padanya. Actually kitorg ada beli buku tulis ABC. Dia memang suka sangat. Malam-malam buat 'kerja sekolah'. Willing sangat-sangat.

Syukurlah. Harap-harap semangat itu marak sehingga Adrianna besar, masuk U (InsyaAllah) dan berjaya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. OK, bunyi stereotype, tapi yes it's true.. itu impian semua ibubapa :-) kan kan...

Gambar di atas masa Adrianna 1 tahun. Chubby... and even now, still! Atas timbangan 30kg. Saiz baju 14. Saiz seluar 13. Sangat panjang, jenuh kena lipat.. tapi pada bahagian pinggang dan pinggul memang ngam. Terfikir sejenak, syarikat pengeluar baju kanak-kanak ukur saiz budak yang sangat kecik ke untuk dijadikan standard saiz? Jauh sangat angka 4 dan 14. Saiz 4 tu Aleesya yang pakai sekarang.

Soalan standard oleh salegirl/promoter di shopping complex: "How old?"
Jawapan saya ialah soalan: "What is the biggest size?"

Definitely 14. Most of branded children attires paling besar 14 tahun. Tanyalah Miki, Hush Puppies, Poney, Disney...

Adrianna lambat lagi nak 14 tahun :-P

Lepas ni Adrianna sudah tidak layak untuk shopping di bahagian baju kanak-kanak lagi. Sudah tak relevan. Kami perlu ke bahagian dewasa. Saiz S dewasa mungkin.

Memangla sama macam ibu dan ayah masa kecik dulu. Chubby dan CUTE kan. What a genetic... Perkataan CUTE itu sengaja di-capital-letter-kan... muahaha...

Tuesday, November 16, 2010

Aidilfitri dan A'Famosa Resort

Aidilfitri tahun ni adalah paling hambar dalam sejarah.
1) Beraya tanpa ayah, rasa tak lengkap. Some is missing.
2) Beraya di Subang je. Tak feel langsung. Pagi raya kat rumah sendiri.
3) Bercuti sehari je. Jumaat - Isnin, cuti raya 4 hari only. Selalunya cuti seminggu.
4) Terperuk di rumah. Tak ke mana-mana pun.
5) Sepanjang sebulan Syawal, tak pergi ke mana-mana open house pun.
6) Saya takde baju raya, saje tak beli! tapi ada tudung baru from asteriskboutique!

Raya pertama di rumah Ngah @Subang Permai. Lepas sembahyang raya dan makan-makan, kami pergi kubur. Punyalah ramai manusia. Ramai rupanya yang beraya di KL atau dengan kata lain, tak balik kampung. Balik dari kubur, kami makan lagi dan lagi sampai malam. Balik rumah, tidur.

Raya kedua, pergi rumah Ngah lagi, makan dan tengok tv. Raya ketiga, kami buat plan mengejut. Pergi Melaka. Terus booking apartment kat A'Famosa Resort. Saja je nak jalan-jalan. Masa check in, kami terbaca dalam Kosmo tajuk "Sosilawati dibunuh". Tragik! Kesian. Kesian kat anak-anak dia yang menantikan khabar baik pada Aidilfitri yang mulia tapi sebaliknya yang berlaku. Sangat-sangat simpati.

Apartment tu ada satu bilik yang besar yang memuatkan 2 queen size beds + bathroom, ruang tamu, dining dan dapur.

Petang tu kami pergi ke Water World. Budak berdua tu memang syok habis la. Aleesya pun tak padan dengan kecik, nak meluru terjun dalam air. Memang kena keep on eye betul-betul. Sangat-sangat suka mandi. Kalau dia tengah moody, ajak basuh tangan pun dia suka. Suka main air. Tiket masuk ke Water World quite OKla. Tapi dah lupa la berapa ringgit.. yang pasti termasuk lunch set nasi ayam which the taste is quite good, dan satu tin air. Lepas dah mandi-manda, mesti laparkan.

Lepas dah puas-puas mandi, balik ke hotel dan bersiap-siap ke Cowboy Town. Cowboy Town buka dari jam 6 petang sampai tengah malam. Ada Red Indian show. kagum dengan ability bro tu buat sembur-sembur api macam naga. Tak lebur lidah ke? But overall, nothing "wow" at Cowboy Town. Kami masuk kejap aje, lepas tu tak sabar nak keluar... hihi..


Dinner... jalan-jalan cari makan di Umbai. Ramai giler. Sesak, penuh, sangat crowded dan penat cari parking tapi sebab ramai orang cakap seafood kat Umbai best, kami pun nak try la jugak. Raya-raya pun ramai jugak orang! Kitorang ingatkan kitorang je yang jalan-jalan masa raya. Rupa-rupanya semua orang dah tak larat nak makan lemang ketupat rendang kot, semua nak baham seafood jugak. Saya lupa apa nama restoran tu. Tapi memang pilihan yang tepat. Wahh... sangat best. Alhamdulillah, sedap sangat sampai teringat-ingat, terindu-rindu... giler kau kena mandrem ke hape! Lupa nak ambil gambar makanan sebab dah lapar masa tu, ingat nak makan je :-P

Waiting for the food at Umbai. Will definitely go there again :-)

Esoknya pagi-pagi lagi kami ke Safari. Truly awesome experience. Macam kat Africa Safari tu. Nak pergi Africa tak dapek, pergi Safari kat A'Famosa pun OK per. Naik lori erk... confuse lori ke bas yer? Dikelilingi besi sebagai perisai dari serangan binatang buas sebab anda akan dibawa masuk ke dalam zoo terbuka yang ada harimau, singa, zirafah, badak, rusa dan macam-macam lagi.



Lepas tu kami tengok animal show, elephant show etc. Adrianna sangat teruja tengok gajah tu buat show. Ibu pulak tak tahan bau. Selamba je tengah buat show, sang gajah melepaskan poo dan men-spread-kan bau yang sangat tak enak. Buwekk.

Kami ada beli souvenirs kat situ. Every RM10 dapat free animal ride. Boleh naik burung kasawari lari 120km sejam. Eh, tipu je! Pilih naik unta ke nak naik poney. Ayah naik unta, Adrianna naik poney. Macam Eeyore kawan Pooh la. Comel giler. Staf kat situ bawak pusing-pusing sambil naik unta/poney dalam 4 round gitu. Aleesya naik ibu. Eh, ibu dukung Aleesya. Ibu tak naik pape. Then, kami naik boat ke Monkey Island. Monkey Island tak best, naik boat yang best, haha...


Lepas pergi safari, kami pun balik ke hotel, check out. Secara keseluruhan, ada 1 tempat je yang best kat A'Famosa resort. Safari World. Water World tu kat KL pun ada, Wet World and Sunway Lagoon for instance but Safari memang totally different dan seronok kalau bawak budak-budak yang suka tengok animals. Landscape tak cantik, kurang penjagaan, agak semak dan tak sedap mata memandang. Tak secantik gambar dalam internet *(~_~)* but Safari World memang best!

Lepas tu kami pergi berjalan-jalan di Bandar Melaka. Niat di hati nak tengok the real Kota A'Famosa ataupun nak berjalan di sekitar museum di situ tapi masyaAllah.... manusia! Macam semut yang mengerumuni gula. Lastnya kami cuma berhenti makan je kat Mahkota Parade, lepas tu terus bertolak balik ke Subang. Esok kena kerja.

Monday, November 15, 2010

Penting tau ada insurans!

Alhamdulillah Aleesya dah discharged semalam. Kali ni 6 hari 5 malam kami berkampung di Damansara Specialist. Nurses kat situ dah kenal dah. Tiap kali masuk mesti ambik masa paling kurang 5 hari. Oh Aleesya, please ye... no more after this. Yang admitted masa raya puasa aritu pun belum claim lagi, ni dah datang claim baru pulak. Pengsan la ko Prudential. Oh ya, segala bil semasa admitted telah ditanggung sepenuhnya oleh Maybank. Terima kasih Maybank. Itu akan menjadikan suamiku lebih setia kepadamu. Maybank sangat baik hati sebab cover unlimited.

Claim Prudential tu untuk personal insurans, hospital allowance. Lihat betapa pentingnya ada insurans. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada anak-anak kita. Kami ambil insurans untuk anak-anak since mereka dalam pantang lagi. So, if anything happen, tak worry sangat. Bab bil memang tak risau pasal Maybank akan cover; company insurance. Pergilah hospital mana pun. Cuma bab personal expenses. Duit makan, fuel keta ulang-alik rumah-hospital, duit gaji ibu yg kena tolak sebab ambik unpaid leave sebab annual leave dah abis, entertainment untuk Aleesya sebab kena beli toys/bears kasi dia ceria sikit sebab tekurung dalam wad etc... tu semua kita claim la kat Prudential.. ngengenge...

Untung bukan? Hidup anda ditaja bila anda sakit.

Terpulang la insurans mana pun. Kena bayar RM100 je sebulan, but even for uncertain... tapi kalau anything happen, memang sangat berbaloi-baloi. Yang penting untuk education plan dia nanti sampai umur 18 tahun. Insurans Adrianna RM100, ayah RM150, ibu RM170... plus Aleesya RM100, total untuk sebulan, ermmm... boleh tahan...

Just sharing je...

Kalau admitted sehari, boleh claim RM300. Kalau seminggu = RM2100. Terpulang kepada polisi anda, macam suami saya boleh claim RM400 sehari. Kalau macam Adrianna dan Aleesya dah masuk hospital 8 kali, tiap kali masuk at least 5 hari. So, approximately dah earned RM... Memang dah cover duit premium insurans tu untuk bertahun-tahun.. sampai umur diorang 5-6 tahun FREE.

So, carilah mana-mana ejen insurans dan sign up la sekarang untuk anak-anak anda. Jangan nanti bila terhantuk, baru terngadah.

Oh ya, ni ejen Prudential pilihan kami, sangat berdedikasi dan jujur dalam kerjanya. En.Shukor ni kawan sepejabat saya masa kerja kat Dagang Net dulu, lepas tu dia resign dan buat full time Prudential. No handphone En.Shukor 019-2746911. Info boleh dibaca di website prubsn2u.

Oh ya, cakap pasal ejen, En.Shukor ni ejen insurans suami saya, Adrianna dan Aleesya. Bukan ejen saya. Kenapa pulak? Sebab saya yang mula-mula ambil insurans dulu, saya tak tahu yang En.Shukor ni ejen. Saya dah ambil dengan orang lain. My agent is the worst agent on earth. True. Pemalas dan pemalas dan suka tukar no telefon, jadi clients dia susah la nak call. Nak tukar ejen dia tak layan. Wah, sangat worst. Segala claim saya, saya usulkan kepada En.Shukor walaupun dia bukan ejen saya, tapi sangat baiklah sebab willing to help me. "Kalau ada anak lagi (InsyaAllah), kitorang ambik dengan ko lagi yer". Kembang semangkuk kah En.Shukor jika dia terbaca posting ini? Biarkanlah dia kembang dengan Mercedes barunya.

Again, just sharing je...

Thursday, November 11, 2010

Stress kah?

Semalam, saya datang ke ofis dengan baju yg saya pakai kelmarin. Dua hari saya pakai baju yang sama. Eh, jangan ingat saya tak mandi. Saya mandi pagi kat hospital. Saya TERPAKSA pergi ke ofis. Boleh lihat betapa stressnya saya?

Takpela, suami ada. Dia cuti dan jaga Aleesya. Adrianna tinggal kat rumah kak Ina.

Sampai kat office, saya teringat ada satu assignment yang perlu saya siapkan untuk Z. Dia ada mintak tolong saya siapkan sebab dia tengah blurr. Ok takpe, memandangkan saya ni pakar maths (eh! ye ke?) masa zaman2 study dulu, ok la saya setuju.

Actually dah beberapa hari saya tengok soalan tu, saya pun dah lupa sebab dah lama tinggal, so kenalah study balik. Saya pun bukak la google dan mula browse.

Tengah-tengah mentelaah, sambil tu bukak FB kejap dan baca latest comment saya pasal Aleesya admitted. Oh tolonglah! Apa tujuan dia komen macam tu? Nak salahkan saya ke atas apa yg berlaku? Macam la saya dan suami nak anak kami sakit!

It was truly upset! Stress kah?

Kepala pun pening sebab tak cukup rehat. Ditambah dengan order yg banyak. Alhamdulillah itu rezeki. Saya langsung tak ada mood nak study apa yang saya dah googled tu... dan ke-upset-an itu mendorong saya click button 'X' di sebelah atas kanan browser. Close. No mood. Lagipun boss mintak saya siapkan satu contest "Jom Jalan bersama Plus". Media Prima nak launch next Monday. Diorang nak buat UAT hari Jumaat.

Tidak sampai di situ. Ada seseorang yg rapat dengan saya called dan terus memberikan soalan yang macam halilintar. Saya seperti dihukum gantung mandatory. Oh pleaseee lah. Stress kah?

Saya tak perlukan simpati dari sesiapa pun. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan anak saya, sangat-sangat! Namun ia tidak datang dari orang2 yg rapat dengan saya. Well, ada la a few yg saya sangat hargai tapi selebihnya family pun macam stranger yg menyakitkan jiwa.

I feel uncomfortable.

Pagi tadi, Dr.Musa cakap, ada kuman Rota Virus dalam perut Aleesya which is agak kuat la jugak. Hmm... I told him about last vacation. Kitorang mandi kolam tak hingat kat Port Dickson. Most probably, Aleesya kena infection dari air kolam tu. Masa tu memang ramai yang mandi, sampai lastly kami naik sebab rasa macam air kolam tu dah tak wangi walaupun masih jernih. Eh, air kolam memang tak wangi pun.. tapi dah ada bau sikit la. Tu pun, Aleesya, Adrianna, Ika dan Zakwan (saya bawa dua anak sedara sekali) pun macam taknak naik lagi. Kami perasan masa tengah seronok-seronok mandi tu, dia ada tertelan air kolam tu.

Cukupla dakyah-dakyah yang mengatakan kami beri anak makan benda yang bukan-bukan, tak bersih, kotor whatsoever. Oh pleasela, be rational. It is nonsense, stupid and very unacceptable!

Kalau makan kat luar pun, kami memilih tempat. Bukan sebarang gerai. Bukan bermaksud kami ni class sangat, tapi dari aspek kebersihan memang dititik beratkan.

Kami sama-sama mencari nafkah dan cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak. Apa? Kalau anak kami tak makan, takde diapers, takde susu, ada orang nak tolong belikan ke? Kami taknak susu yang murah-murah. Kami bagi anak-anak kami minum Enfagrow dan EnfaKid. Diapers tak main yg cikai-cikai, tak tahan. Kami beli Mamy Poko.. Keropok-keropok ala-ala chikedess, air bikarbonat, air banyak coloring macam lollipop dan yang sewaktu dengannya tu tiada dalam kamus hidup anak-anak kami. Mereka dilarang makan benda-benda macamtu. Even Adrianna, masa umur 3 tahun baru kenal ais-krim. Aleesya tak boleh lagi. Mereka mudah terkena Bronchiolitis.

Alamak, bunyi macam berlagak sikit la... tapi tu la, memang kami sentiasa cuba nak bagi yang terbaik untuk mereka.

Cerewet. Terpaksa. Lain orang lain cara. Tahap kesihatan tak sama.

Anak orang telan air kolam OK je. Sihat Walafiat. Tapi kenapa anak kami muntah-muntah, cirit-birit, demam panas sampai kena tahan wad?

Ada orang tahan makan durian. Ada orang tak tahan. Eh kenapa durian pulak ni? Saya makan durian 10 bakul pun no hal. Ada orang makan seulas dua dah weng. Get what I mean?

Ada baby yang lahir-lahir, terus kena jantung berlubang. Ada yang menangis tak henti macam sawan tangis. Ada yg sihat, tak pernah sakit-sakit. Ada yang kerap keluar masuk hospital.

Different.

Jika dikira jumlah hari saya bermalam di hospital tahun ni dengan Aleesya, dah lebih 30 hari dah. Ni kali ke-5 untuk tahun ni Aleesya admitted. Kali ke-6 seumur hidupnya (1.Bronchiolitis - 2.Viral Fever - 3.HFM - 4.Bronchiolitis - 5.Typhoid Fever - 6.RotaVirus Infection). Adrianna pernah admitted 2 kali masa umur 5 bulan dan 2 tahun (2-2 sebab Bronchiolitis).

Ejen Prudential pun dah lali. Aikk... dia ni lagi? Claim lagi? dan lagi? dan lagi? Kalau 10 juta baby macam ni, boleh bankrupt Prudential ;-P Ok Ok, TAK... saya tipu. Prudential kaya. Takpe.

Aleesya sangat-sangat sensitif berbanding kakaknya. Nak kata kurang antibodi, dia paling lama menyusu badan sampai 1 tahun 4 bulan. Adrianna menyusu 4 bulan je. Saya terpaksa stop Aleesya aritu sebab saya kena Chicken Pop. Seminggu dia tak menyusu. Lepas tu susu pun dah takde. Sejak dari itu, Aleesya minum susu formula 100%.

Kami hanya memberikan yang terbaik untuk mereka, baik dari segi makanan, tempat kediaman, makan pakai, pendidikan dan leisure. Susah senang kami hadapi bersama, segala apa yang kami kecapi hari ini adalah usaha dan pengorbanan dari kami anak-beranak. InsyaAllah demi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Apa yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya yang terbaik untuk kita.

Nak contoh ke? Tak payahla. Fikir sediri.

Dear all... or... to whom it may concern,

You have NO right to judge, NO right to underestimate, NO right to control, NO right to conclude, NO right to determine, NO right to plan for us, as well as NO right to condemn. But, we do appreciate all of the supports and encouragements that have been given to us.

Yours sincerely,
~ Ainul A.B ~

Ini entry lepas geram kah???

Wednesday, November 10, 2010

5th time in year 2010

Ni kali ke-6 Aleesya admitted. Kali ke-5 untuk tahun ni. Tahun lepas sekali. Aleesya memang sensitif. Kelmarin, masa nak ambik kat rumah babysitter, Kak Ina cakap Aleesya muntah 2 kali. Banyak. Balik tu kami terus bawak pergi klinik. Masa sampai depan klinik, Aleesa muntah lagi dalam kereta.... dan cirit sikit.

Masa masuk bilik doktor, 1st doktor cakap "Eh.. dah kurus sikit ye". Bukan saya! Aleesya lah. Cuma makin meninggi kot, sebab berat 15kg untuk baby berusia 1 tahun 7 bulan dikira besar la jugak kan. Doktor cakap maybe Aleesya salah makan. Itu early diagnos dia katanya. Time ni dia tak demam lagi.

Balik rumah, Aleesya cirit lagi. Kali ni banyak sangat sampai meleleh2 macam air kencing tu tahap kecairannya. Very3 watery. Masa saya buka diaper dia, cirit dia tumpah... habis lantai bilik air. Boleh bayangkan betapa cairnya?? Lepas tu kami bagi Aleesya makan ubat. Minum air ORS. Muntah lagi. Perut pun kembung. Kami force dia minum susu pakai syringe. Malam tu saya test kat tangan dia, macam dah mula nak dihidrat.

Saya dah mula risau dah tapi suami cakap tengokla esok macammna.

Bangun pagi pukul 5.30am. Ada bau. Aleesya cirit. Banyak sampai tumpah2. Cairnya. Taknak minum susu. Makan pun taknak. Lepas tu ayah bagi minum Milo. Itu je yg dia nak. Ok la tu. Lepas je minum Milo dalam setengah kotak, dia terus wekkkk... sudden giler. Takde batuk2 langsung. Tiba-tiba je keluar. Whatever yg masuk, semua keluar samada muntah atau cirit. Perut kosong. Lepas muntah tu, dah lap-lap dan tukar baju, dia pergi ambik balik kotak Milo tadi dan minum baki lagi setengah tu sampai habis dan pergi kat saya dan cakap "Dahhhhh...". Alahai kesiannya, lapar tapi perut taknak terima.

Saya dan suami dah pakat-pakat tak pergi kerja sebab nak bawa dia pergi klinik lagi. Tangan dia pun dah mula pucat. Sampai kat klinik, doktor terkejut sebab muka ni lagi, malam tadi baru datang... hihi. Suhu dia masa tu 37.7oC. Doktor terus refer ke hospital sebab nampak lebih teruk berbanding malam tadi. Pagi ni dia pasif walhal Aleesya ni tersangatlah aktif sebenarnya.

Kami terus hantar Adrianna pergi rumah Kak Ina dan terus ke Hospital Pakar Damansara, emergency unit. Suami hantar dulu sampai ke emergency sebelum dia cari parking. Masa tunggu kat emergency tu saya letak dia kat kerusi tempat budak2 main sebab dia insisted nak duduk kat situ. Saya biarkan dia main-main sambil tengok tv. Tiba2 ada bau. Hidung saya ni memang peka gaban. Kalau yg berbau please la jangan duduk dekat saya, deria bau saya akan aktif dan naik ke otak. Aduhh sakit tau! Tapi ni bukan bau body odor tapi macam bau poo.

Saya tengok Aleesya ok je. Lepas tu dia bangun dan nak pergi ke kerusi satu lagi. Masa tu la saya nampak ada poooo (cair) kat tempat dia duduk tadi. Alamak! Saya terus panggil nurse. Hehe... Sorila ye, anak saya terkincit.

Aleesya nak jalan-jalan, tapi dengan poo yg sarat tu tentulah saya tak benarkan. Saya kata kat Aleesya "Kita tunggu ayah ye". Lepas tu dia terus jerit-jerit kat emergency area tu panggil "Ayahhhh.. ayahhhh.. ayahhh..". Comelnye la! Ayah tengah cari parking la.

Procedure biasa, nurse akan check dulu, lepas tu baru masuk bilik doktor. Masa nurse check tu, suhu dia dah naik ke 39.9oC. Walhal kat klinik tadi baru 37.7oC. Cepatnya naik! Lepas dah basuh poo dia, nurse masukkan ubat kat bontot dan lap seluruh badan Aleesya sebab terlampau panas. Menangis2 dia sebab tak selesa dipegang. Then, baru masuk bilik doktor. Doktor tahan wad. Aleesya dah dihidrat.

Bila dah kena tahan wad dan dihidrat, tentulah kena cucuk drip dan ambil sample darah. Ni yg thrill ni. Nurse pegang tangan kiri Aleesya. Tepuk-tepuk, tekan, sembur liquid dan tepuk lagi dan lagi dan lagi. Tak jugak nampak-nampak urat si Aleesya yg montel ni. Hmm... tu pun doktor cakap dah kurus sikit... hehe.. Lepas gagal dengan tangan kiri, nurse beralih pula ke tangan kanan. Again, ditepuk-tepuk, direnjis-renjis, dipilis... ditekan2, jenuhla jugak... jumpa la satu urat ni. Lepas cucuk je, darah dia keluar sikit je. Dapat satu sample je. Nak kena ambil 3 samples. Lastnya, keluarkan balik drip tu sebab tak sampai ke urat, cuma menembusi daging je. Fuhhh.. Thrill kan! Nurse tu cakap, takpelah mintak doktor buatkan. Dia surrender nampaknya.

Memang tiap kali masuk hospital, Aleesya mengalami masalah susah nak cari urat... tembam!

Masa kat wad, dia cirit dan muntah lagi. Dr.Musa yg cucukkan drip. Itupun setelah jenuh ditepuk2, ditekan, direnjis-renjis dipilis lagi :-) dan siap pasang spotlight. Kena masuk air. Tapi machine tu asyikkkkk berbunyi, sebab air tak dapat masuk. Ishh. Memang rimas betul la bunyi dia, bingit. Air tak masuk sebab drip dia dekat joint pergelangan tangan (dah tu kat situ je jumpa urat!). Kalau dia bergerak, dagingnya akan berlipat, jadi air tak masuk, maka 'menjeritlah' machine tu. So, machine tu dah kena OFF. Maka tak masuk la air. Kesian Aleesya tak bertenaga.

Hari ni ayah dia yg jaga. Saya kena kerja. Kalau tak, kena potong gaji. Cuti dah habis. Cuti semalam tu pun unpaid leave. Pagi tadi Dr.Musa cakap, ada kuman dalam perut Aleesya. "Kuman tu kuat!" Hah, kuat???

Diaper dari malam tadi kering. Aleesya tak kencing. Masih dihidrat. Alhamdulillah dia minum susu 120ml pagi tadi dan tak muntah. Rasa berat hati nak tinggalkan Aleesya tadi, tapi apakan day, tuntutan kerjaya. Ini menguatkan cita-cita saya nak berhenti kerja la rasanya. Arghhh...

Monday, November 8, 2010

Jasad dan Minda Bertaburan

Mengapa jasad dan minda bertaburan? Aihh... Jasad saya berada di office. Boss bayar gaji bulan2. Kena buat sistem. Sistem otak perisian komputer. Cakap bahasa Jawa (Java la). Walaupun saya berbangsa Jawa sebelah mak, tapi tau satu word je; mangan (OK OK... sebab 'I love to eat'). Jawa dan Java saya hancus. Okla... Java OK sikit kot. Kalau tak, tak dapat la keje ni kan. Hmmm... tapi minda saya bukan di sini.

Saya nak balik rumah. Home sweet home.

Eh? Kenapa? Ainul tak balik-balik rumah ke? Eh.. tak! Hari-hari saya balik, cuma bila balik, saya 'buka' butik sampai lewat malam, lepas tu tidur. Saya nak basuh kain tapi ada kerja-kerja renovation depan rumah. Jadi rumah sangat berhabuk dan kotor. Saya tak dapat sidai baju. Kenapa nak balik rumah? Sebab saya nak kemas rumah.

Semalam, mak, kak ija dan anak2 sedara datang. Wah.. meriah sungguh! Berkelah di celah2 himpunan tudung yang menggunung. Hahaha...

Saya mula merasakan betapa focus saya sudah berpecah belah, berbelah bahagi, tolak masuk gaung. Tahun depan Adrianna nak sekolah. Saya kena lebih giat mengatur rumahtangga sebab nanti kena siap-siapkan Adrianna nak pergi sekolah, kena masak breakfast, kena siapkan buku-buku dan baju dia, kena check kerja sekolah dia.

Arghh... tak dapat saya bayangkan betapa kalutnya saya.

Rasa macam nak berhenti kerja.

Tapi sayang la. Bukan sayang dengan kerja, tapi sayang dengan gaji. Ececeh... pastu rasa macam nak tambah ahli keluarga. Macam dah bersedia nak ada baby baru lagi. Haha... Aleesya pun dah 1 tahun 7 bulan. Dulu, masa Adrianna 1 tahun 8 bulan, saya mula pregnantkan Aleesya. So maknanya bulan depan kena pregnant la ni ye??? Err... boleh ke macam tu?

Saya nak dapur berasap dengan skala berfrekuensi tinggi. Nak buat cookies kegemaran. Anak-anak sedara cakap makCu buat cookies sedap *(^_^)* Kakak-kakak saya pulak cakap, Ainul buat kek sedap. Saya selalu ambil tender buat kek tiap kali hari raya.

Minda saya di rumah... sedang basuh baju, lipat baju, iron baju, mop lantai, lap tingkap, check order, check order, check order, OK dah! Alhamdulillah rezeki dariNya Asterisk Boutique dah nak masuk setahun di alam maya. Satu tahun yang menggembirakan. Walau jasad dan minda bertaburan, hati kami berbunga riang, seriang bunga-bunga di logo Asterisk Boutique.

Thursday, October 14, 2010

I am 29

Ini adalah tahun terakhir saya 'menikmati' angka '2' di hadapan. Kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah menginjak ke angka '3' pula tahun depan.

Tahun ni saya 'sambut' birthday di hospital.

Pra-sambutan telah diadakan pada 10 Oktober di rumah kak ngah saya di Subang Permai selepas majlis tahlil untuk arwah ayah. Anak2 saudara semuanya excited sangat dengan kek "3-tower atas taman bunga matahari" yg MakCu order. Anak2 sedara panggil saya MakCu.

Kek atas usaha gigih tokei kek pilihan, dekorasi atas permintaan saya. Sedap dan puas hati. Kek ni besar dan berat. Dalam 4kg rasanya.
http://mypu3cakehouse.blogspot.com/2010/10/istana-hinggap.html

Tiap2 tahun takde apa yg istimewa pada hari jadi saya. Beli kek pun sendiri. Untuk suka2... Syok sendiri. Sebenarnya saya suka tengok budak2 happy bila nampak kek cantik. Semuanya duduk mengadap kek tu sampai la diorang kenyang. Anak saudara + anak sendiri ada 15 orang kesemuanya. Memang seronok. Untuk kepuasan diri.

Menyebut tentang 'sambutan' di hospital, saya MC pada 11 Oktober tu... huhu

Monday, October 4, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 2

Pada September 2006, saya mengandung 7 bulan. Ayah perlu menjalani 3 pembedahan jantung di IJN iaitu pintasan jantung, tiub jantung berlubang dan satu lagi saya tak ingat, diketuai oleh Datuk Dr. Azahari (doktor yg bedah Tun Dr.Mahathir). Pembedahan berlangsung selama 10 jam dari pagi sampai malam. Bayangkan betapa kompleknya pembedahan tu. Kami tunggu di rumah je. Selesai pembedahan, ayah ditempatkan di ICU. Pukul 12 tgh mlm, hospital call saya mengatakan ayah dalam keadaan kritikal. Semua anak2nya diminta ke hospital. Ayah mengalami infection, dadanya terpaksa 'dibuka' semula. Pembedahan segera harus dilakukan. Mak stay di rumah kami masa tu, di Pandan Jaya tak jauh dari IJN. Kami bergegas ke sana.

Ingat lagi malam tu ada perlawanan England vs Brazil, quater final World Cup 2006. Kami bermalam di hospital. Saya dan mak bentang tikar atas lantai, tidur sambil menunggu di luar bilik pembedahan. Adik beradik lelaki turun ke lobi menonton perlawanan. Yg lain tidur di kerusi. Saya rasa tak selesa tidur duduk dgn perut memboyot tu, sebab tu saya bentang tikar. Tak ada orang lain cuma kami je 1 family. Doktor yg melakukan pembedahan keluar dalam pukul 3 pagi, dia nampak penat sangat. Terketar2 kerana fokus dah mula lari dan tak cukup rehat. Mencari lubang halus dalam darah tentulah sukar namun dia berusaha sedaya upaya. Ayah Mawi juga berada ICU pada masa tu, selalu jugala jumpa Mawi (nak cerita jugak tu!). Tak lama lepas tu ayah beransur pulih. Namun ayah tak seaktif dulu, pergerakannya terbatas. Dia perlu makan ubat sepanjang hayat, mesti punctual untuk mengawal kepekatan darah supaya aliran darah ke jantung lancar.

17 November 2006, saat saya nak melahirkan anak pertama di UKMSC... mak dan ayah juga menunggu di hospital di dalam bilik saya. Ayah tak bawa ubatnya ke hospital semasa menunggu. Jadi dia miss beberapa time makan ubat. Contraction saya agak lama iaitu dari petang 17hb sehingga pagi 18hb. Dalam pukul 4.30 pagi, saya dimasukkan ke labour room ditemani suami. Bayangkan pada masa tu, suami diminta balik untuk mengambil ubat ayah, pada saat2 saya amat memerlukan suami di sisi. Saya rasa sedih sangat masa tu tapi pada masa yg sama rasa tersepit kerana kasihankan ayah yg perlukan ubatnya. Mak agak marah pada masa tu atas keengganan ayah membawa ubatnya dari awal lagi walaupun sudah diperingat semasa sebelum ke hospital. Seorang ibu (mak saya) tentulah faham bagaimana situasi genting saya pada masa tu. Saya tak putus2 berdoa semoga Wan cepat sampai sebelum saya bersalin. Syukurlah Wan berada di sisi saya semasa semuanya berlaku. Adrianna Sofea pun dilahirkan melalui c-section selepas beberapa komplikasi berlaku.

Saya tak terus balik ke kampung kerana ketidakselesaan selepas pembedahan. Saya berpantang di rumah sewa kami di Pandan jaya. Tiga minggu selepas bersalin, saya mengalami pendarahan teruk. Secara tiba2, darah keluar tak henti2 dari vagina dengan banyaknya. Pada saat2 genting tu, ayah berada di sisi saya di dalam bilik, berdoa untuk saya. Saat tu otak saya playback dari zaman kecil, sekolah, grad, kerja, kahwin dan bersalin. Fikiran saya bercelaru kerana menahan sakit. Saya rasa macam dah nak putus nyawa. Sakitnya lebih teruk dari contraction semasa bersalin. Saya hanya mampu berbaring dan menahan sakit. Badan saya mengigil kesejukan dan kebiru2an kerana banyak kehilangan darah. Bayangkan sehelai kain batik tu dipenuhi darah, boleh perah. Mak memangku Adrianna. Wan pula sedang sibuk 'mencari' ambulans. Ayah je la di sisi saya. Satu demi satu ambulans tiada, hospital busy, PBSM busy, St'John pun busy, akhirnya dapat juga yg Pertahanan Awam. Itulah pengalaman pertama saya menaiki ambulans. Doktor mengesahkan saya mengalami endometriotis dan perlu menjalani pembedahan DNC dgn segera. Ada ketulan darah di dalam rahim saya sebesar janin 4 bulan disebabkan infection. Itulah risiko cesarian section, tapi amat jarang berlaku. Cuma saya tak bernasib baik.

Tak berkesempatan lagi nak sambung Episod 3.
Episod 1 di sini.

Friday, September 24, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 1

Saya teringat masa saya kecil dulu, ayah mesti hantar dan ambil saya dari sekolah. Sebenarnya jarak Sek.Keb. Jengka 16 dengan rumah saya tidaklah jauh sangat tapi keadaan muka bumi yg berbukit bukau menyebabkan jaraknya jadi 'jauh' dan memenatkan. Tambahan pula, masa tu saya boleh tahan chubby. Begitu juga semasa di Sek.Men, ayah hantar saya setiap pagi ke bus stop.

Ayah seorang yg pendiam. Kami jarang berbual. Ayah akan menuruti apa saja permintaan saya dalam memenuhi selera makan especially. Tapi saya tak minta yg bukan2 sebab saya tahu kami bukan orang senang. Menurut mak, syukur sangat ayah diterima masuk Felda sebab Felda telah merubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni, mak dan ayah tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Hanya menampung kehidupan dengan kerja2 kampung je. Kesemua adik-beradik saya lahir di Perak. Sayalah satu-satunya anak Jengka.

Ayah berasal dari Kg.Temong, Kuala Kangsar, Perak. Tok Temong adalah moyang kepada ayah. Sejarah keturunan Perak ada mencatatkan sumbangan Tok Temong dalam Kesultanan Negeri Perak. Itu sekadar sejarah lampau yang tak pernah ayah ceritakan kepada kami. Bimbang timbul rasa 'lagak' di kalangan anak2nya. Kami dapat tahu salasilah asal dari sepupu2 senior.

Ayah saya seorang yang sangat sederhana. Humble and a good follower. Dia enggan menerima sebarang harta pusaka. Bagi ayah, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan untuk dia dan anak2. Mungkin disebabkan ayah mempunyai adik-beradik yg ramai. Dia seorang yg cepat mengalah. Walaupun kami jarang berbual, ada satu cerita yg dia suka ceritakan kepada kami betapa dia melalui kehidupan yg sukar semasa kecil kerana kehilangan bapa pada usia yg sangat muda. Dia tinggal dengan kakak kesayangannya di Perak. Ayah selalu 'turun' Sungai Perak untuk mencari ikan atau apa saja hasil sungai untuk dibuat lauk walaupun pada waktu malam.

Ayah berkahwin dengan mak pada tahun 1963 atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah bertemu langsung sebelum tu. Nyata jodoh mak dan ayah panjang... sehingga ke akhir hayat...

Semasa di tingkatan 3, saya gembira dapat berikan kejayaan untuk mak dan ayah dengan meraih gelaran best student PMR 1996. Ayah naik stage ketika majlis penyampaian hadiah mewakili saya. Walaupun ayah seorang yg pendiam, tapi saya tau hatinya berbunga riang pada waktu itu.

Semasa semester akhir Ijazah, saya berjaya memberikan keputusan yg baik untuk mak dan ayah. Ayah sangat bangga dan selalu bercerita kepada kawan2nya betapa saya berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah. Memang itu cita2 saya. Namun keadaan kewangan tidak mengizinkan. Saya tak sambung Masters pun. Selepas degree, saya terus kerja di Dagang Net pada tahun 2005. Mak dan ayah hendak ke Mekah pada tahun tu. Ayah pula baru disahkan menghidap sakit jantung. Mujur doktor tak menghalang ayah ke sana. Saya dan Wan bernikah terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke Mekah atas permintaan mak dan ayah.

Majlis resepsi saya dan Wan diadakan 2 minggu selepas mereka pulang ke tanahair, 18 Feb 2006. Sehari sebelum majlis, ayah tiba2 rebah. Malam sebelum resepsi saya tak seperti pengantin2 yg lain. Malam saya dan adik beradik lain dihabiskan di Hospital Jengka dengan bacaan Yaasin. Ayah nazak sangat malam tu. Nurse menjenguk pun tidak. Kejam sangat hospital tu. Saya masih teringat saat2 mak menangis dan berdoa kepada Allah supaya ayah jangan pergi dulu, tolonglah... tidak pada hari perkahwinan saya. Saya tak terkata apa. Dengan izin Allah, keadaan ayah beransur stabil.

Semasa majlis perkahwinan saya, orang kampung masak secara bergotong-royong, jadi bayangkanlah bagaimana keadaan rumah selepas kenduri. Majlis perkahwinan saya tanpa ayah di sisi. Ayah terlantar di hospital. Kami ke hospital dengan memakai pakaian pengantin. Saja nak tunjuk kat ayah bagaimana rupa pengantin. Segan juga bila semua doktor, patients & pelawat pasang mata ke arah kami.

Esoknya, saya dan Wan sahaja yg kemas & bersihkan keliling rumah, hanya berdua. Penatnyalah masa tu. Lepas Ngah, Abg Lan, Kak Ija dan semua balik dari hospital, barulah ada pembantu. Selepas semua selesai, kami segera uruskan pemindahan ayah dari Hospital Jengka yg very sucks tu ke PPUM dengan menaiki ambulans. Abg lan teman ayah dalan ambulans, macam halilintar katanya. Punyalah laju.

Ada hikmat kenapa mak dan ayah minta kami nikah gantung dulu dan disusuli resepsi 2 bulan kemudian. Supaya ayah boleh jadi wali sebab masa tu ayah masih dalam keadaan sihat...

* nanti saya sambung lagi Episod 2

Thursday, September 23, 2010

Fazli dihukum gantung - thumbs up!

"Padan Muka". Itulah ayat pertama yg keluar dari mulut kami setelah Si Fazli ni dijatuhi hukuman gantung. Bengangnya rasa bila baca artikel berita muka depan Harian Metro. Antara isi berita tersebut:

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. "Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim"

Marah - Seluruh rakyat Malaysia rasanya terasa amat marah dengan apa yg telah dilakukan oleh Fazli terhadap Syafiah yang ditumbuk, ditendang dan dipijak macam bola. Apalah kudrat budak besar tu nak melawan? Baru sebaya Adrianna 3 tahun+. Ada saksi di padang bola yg lihat dengan jelas yg Fazli dalam keadaan waras dan dengan sengaja mencederakan Syafiah. Sebagai manusia biasa, saya rasa itu tindakan yg melampau dan boleh menaikkan kemarahan awam. Membunuh hukumnya bunuh!

Sedih - Kalau betul sayang, takkanlah pukul budak tu sampai mati! Pukul untuk 'mengajar' tak sama dengan pukul sampai cedera. Sedihnya bila si ibu membela pembunuh anaknya sendiri. Hasil bedah siasat melaporkan, Syafiah selalu didera. Sebagai seorang ibu, kenapa dia benarkan perkara tu berlaku? Sedih. Keterlaluan tak bila saya katakan ibu Syafiah ni seorang yg tidak bertanggungjawab!

Kecewa - Kecewa ada jenis ibu sebegitu. Disaat mahkamah telah membuktikan teman lelakinya bersalah, dia masih mahu menegakkan benang yg basah. Masih berpendirian yg lelaki tu baik dan suci pada mata hatinya yg 'buta' tu.

Sekarang mungkin si ibu ni masih 'angkuh & tidak waras'. Agak2 bila dia dah tua esok, bila kederat pun dah takde, di saat2 kesunyian menjalar... akan timbul dan terdetikkah rasa menyesal di jiwanya atas kejadian ni? Wallahulam...

Wednesday, September 22, 2010

Berbuka puasa di Saloma

Pada bulan Ramadhan baru2 ni, kami sempat berbuka puasa beberapa kali di luar. Tempat yg kami tak boleh miss seperti tahun sebelumnya ialah Saloma Theater Restaurant. Frankly speaking, juadah tahun lepas lebih sedap dari tahun ni. Kecewa sikitlah hari tu. Cuma saya suka sangat dengan apam balik dia, sedap! Teringat arwah ayah suka makan apam balik.

Sebelum ke Saloma, kami jalan2 di sekitar taman KLCC dulu. Bawa anak2 tengok air pancut yg lama dan tinggi tu. Cantik. Excited budak2 tu. Aleesya macam nak terjun dalam air. Jenuh ayah kejar. Ni la tempat kami dating dolu2.

Lepas tu kami ke Saloma untuk buka puasa. Adrianna dan Aleesya makan banyak jugak nasi minyak. Aleesya 'suap' sendiri., taknak ibu suapkan. Dah besar, nak berdikari. Adrianna pula tak sabar nak tengok show. Kami sengaja booking meja belah dalam theater restaurant sebab nak tengok pertunjukan kebudayaan. Orang Malaysia sendiri pun tak pernah tengok persembahan budaya macam tu (last year was my 1st time at the same place, kali ni 2nd time la). Seronok jugak. Actually dalam dewan tu tak ramai pun org Melayu, ramai pelancong2 luar dari Timur Tengah, China, Eropah etc. Dishes semuanya tradisional. Sesuaila sebab nak kenalkan Malaysian Food pada tourists. Show memang entertaining. Cuma foods yg last year lagi beshhh... esp bubur pulut durian. Yummy! We expected tahun ni pun ada, tapi takde pun... keciwa. Nasib baik ada apam balik sedap, cover balik kekeciwaanku yg sememangnya hantu durian ni *(^_^)*

Tuesday, September 21, 2010

Update

Satu persatu benda berlaku sampai saya tak sempat nak update blog ni. Ada suka, ada duka... Ada yang tak terucap dengan kata-kata dan sukar diluahkan. Raya pun tak semeriah seperti tahun2 sebelumnya. Semua serba sederhana. Ada banyak perkara yg nak saya lakukan tapi masa tak mengizinkan. Dulu2 saya suka buang masa. Duduk lepak2 tengok tv, duduk kat taman tengok gelagat orang.... buang masa kan? Tapi boleh release tension sebab kita dalam keadaan relax. Rindu pulak those moments tapi rasa macam sayang pula bila masa dibuang begitu sahaja. Personally sekarang ni kalau boleh nak isi masa dgn sesuatu yg boleh generate $$$. Tapi jangan salah sangka, saya bukan mata duitan. Cuma nak cari duit poket lebih utk anak2 dan diri sendiri. Ada banyak yg nak diceritakan. Nantilah saya cari masa terluang utk bongkarkan semua isi hati ni.

Friday, August 6, 2010

Happynya anak2 kami dah 'bebas'

This is not a good entry.. Talking about someone's bad but I am an ordinary human being.. I just shocked meeting these kind of peoples. I rarely update my comment on Facebook but last few days I wrote this:

"Pagi ptg bg 3 anaknya mkn keropok, aiskrim. Kluar rmh x pkai slipar. Biar anak duduk2 @tangga flat yg kotor. Rmbut penuh kutu smpai melompat atas kpala Adrianna. Anak kena HFM, dia kata ChicPox; bjangkit to Aleesya & Afiq. Klo anak sakit,beli ubat @farmasi je, not clinic. Bahasa laser. Pagi tadi, kakIna ckp dia dah x jaga 3 bradik tu lg. Dlm hati sy "Alhamdulillahhh"... Terhindarla sudah anasir2 buruk kpd anak2 sy."

The wording was shorted due to limitation of the words per comment in Facebook.

Sebenarnya saya sangat gembira (muahahahaha...) bila kak Ina cakap yg dia dah tak jaga 3 beradik tu. Tak, saya tak jahat...

Ini kisah benar ye.

Kisah yg pertama:
Satu petang masa nak ambil Adrianna Aleesya, kebetulan si Tutt (disensorkan nama) tu pun ada utk mengambil anaknya. Kak Ina mengadu pada si Tutt "Tghari tadi akak nak suap nasi, si X (anak 1st si Tutt) tepis, habis tumpah nasi"... si X masa tu dah 6 tahun. Saya buat2 tak dengar, taknak masuk campur. Rupanya2 baru saya tau, anak2 si Tutt ni suka melawan.

Kisah yg kedua:
Menurut Kak Ina, anak2 dia yg bongsu (masa tu setahun) selalu demam, selsema, batuk... tapi mak ayahnya tak bawak pergi klinik pun, cuma pergi farmasi je. Yg tak sedapnya, virus2 tu boleh menjangkiti baby2 lain yg kak Ina jaga. Kata kak Ina lagi, pagi2 lagi si Tutt & suaminya bagi anak2nya makan aiskrim... keropok macam chickedees tu. Adoyai...

Kisah ketiga:
Kak Ina tinggal di tingkat 3, si Tutt di tingkat 2. Tiap kali (diulangi... tiap kali.. tiap2 hari), tiap petang masa saya nak ambil anak2, mesti lalu tepi rumah si Tutt dulu. Anak2nya mesti sedang bermain di koridor ataupun di tangga. Tak pakai kasut. Ada sekali tu saya saja2 tegur budak2 tu "Kasut mana?".. dgn nada manja je la, kan tegur budak2... Sekali tak perasan si Tutt ada di muka pintu... huhu... segan gak aku! Dia terdengar agaknya.. terus dia jerit kat anak dia "pakai kasutttt".

Kisah keempat:
Satu hari tu, kak Ina cakap anak si Tutt yg bongsu tu kena chicken Pox, kemudian Afiq (baby lain) pula kena Hand Foot Mouth Disease (HFMD). Tiba2 malam tu naik benjolan2 pada leher Aleesya. Esoknya paginya pula naik pada kaki dan tangan. Aduhai. Terus admitted @ Damansara Specialist. Menurut kak Ina, Symptom pada anak bongsu si Tutt tu bukan chicken Pox tapi HFMD sebab bintik merah tu hanya naik pada kaki, tangan dan muka si bongsu tu, di badan takde, tapi mak ayahnya buat tak tau je. Nasib baik tak berjangkit pada Adrianna. Selepas seminggu Aleesya discharged, saya terserempak dgn si Tutt di tangga. Dia menanyakan keadaan Aleesya. Katanya "Tak tau pun si bongsu tu kena HFM, ingatkan chicken pox.." Dalam hati saya... Aihhh, boleh main 'ingat-ingat' lak... Awak tak bawak gi check kat doktor ke???

Kisah kelima:
Kadang2 masa saya balik petang2 tu, ada pakcik jual roti dan keropok pakai motor. Anak2 si Tutt ni mesti turun dan beli keropok...Apalah khasiat budak2 ni dapat? Adrianna pun nak la jugak, pengaruh rakan sebaya. Tapi kami memang tak bagi anak2 kami makan keropok sebab mereka ni sensitif. Takut kena asma. Nanti siapa yg susah... akakkkkk jugak!

Kisah keenam:
Menurut anak si Tutt yg sulung, anaknya2 yg berusia 7, 5 dan 2 tahun semuanya mandi sendiri, basuh ber*k sendiri... Agak2nya bersih ke? Yg bongsu tu kakak sulongnya tolong basuhkan. Cuma kalau di rumah kak Ina je baru kak Ina yg mandikan budak2 tu.

Kisah ketujuh:
Pada suatu hari, kak Ina call saya. Dia kata, dia ada jumpa 25 ekor kutu atas kepala Adrianna. Terkezut saya. Saya hairan dapat dari mana... rupanya2 menurut kak Ina, 3 beradik tu penuh kutu atas kepala. Kalau budak tu lepas mandi, tekap towel atas kepala pun boleh melekat kutu2 tu pada towel. Eeee... scary giler. Dan dgn jayanya kutu2 itu telah melompat ke atas kepala Adrianna. Yg hairannya, rambut anak2 dia semuanya nipis2 aje. Kalau bagi shampoo kutu, gerenti boleh hilang punya. Saya pun terus beli shampoo kutu, sental2 kepala Adrianna. Tapi kak Ina cakap dia dah carikan atas kepala Adrianna sampai habis. Saya tanya kak Ina, mak ayahnya tak beli shampoo kutu ke... but kak Ina cakap "Mak ayah dia pun ada kutu" ... Hah???

Kisah kelapan:
Pada suatu hari kak Ina pergi ke rumah si Tutt ni. Nak ambil barang keperluan anak2 si Tutt. Si Tutt pergi kerja. Bila masuk je rumah si Tutt... masyaAllah! Cukuplah diringkaskan di sini bahawa kalau dia buat open house, rasanya takde selera la nak pegi. Bayangkan betapa rumahnya dipenuhi virusss/bakteria...

Ada lagi sebenarnya tapi cukuplah 8 kisah tu je. Wahhh, agak mulut tempayan cikit hari ni...

Nak jadi cerita macammana kak Ina dah taknak continue jaga tu, sebab si Tutt ni kerja hari Sabtu. So susahlah kakak tu nak ke mana2, kenduri2 kahwin atau balik kampung. Si Tutt pula jenis susah nak negotiate. Selalunya kalau kak Ina nak cuti, dia akan bgtau awal2 pd kami. Actually si Tutt ni baru lagi tukar kerja. Sebelum ni dia bekerja sebagai guru Pafa (diulangi... guru Pafa! Ustazah ye Tuan2 dan Puan2...), tak kerja pun pada hari Sabtu tapi since dia tukar kerja lain, kena kerja pada hari Sabtu pula.

Memandangkan anak2 si Tutt yg 1st & 2nd tu lebih tua dari anak saya Adrianna, jadi tentulah setiap kelakuan, bahasa dan cara mereka mudah menjadi ikutan Adrianna. Budak2 mana tau baik buruk melainkan kita yg mewarnakannya.

Kini, saya dan suami SANGAT gembira kerana:
1) Anak2 saya tak terdedah kepada kelakuan2 yg "kurang ajar"
2) Anak2 saya bebas dari ancaman kutu
3) Anak2 saya bebas dari ancaman virus2 yg dibawa oleh ke3-3 kanak2 tu

Wahh, entry ni sangat humiliate.... ampunkan saya... saya manusia biasa. Sekadar berkongsi pengalaman dan ceritera hidup yg mewarnai hidup saya, suami dan anak2... haruslah nak raya esok kena gi mintak maap ni *(^_^)*

Tuesday, July 6, 2010

Kenalan, Kawan dan Teman

Apakah perbezaan antaran kenalan, kawan dan teman?

Kenalan tu pada fahaman saya ialah seseorang yg kita kenali pada waktu yg singkat. Mungkin masa kita duduk2 tunggu bas di bus stop dan secara tiba2 kita berbual dengan orang sebelah yg tak dikenali dan selepas itu kita bertukar2 no fon atau email sebagai tanda perkenalan... dan hubungan itu tidak aktif tapi jarang2 berhubung atau mungkin terhenti di situ sehingga ditakdirkan terrrjumpa lagi.

Kawan dan teman... ada beza sikit. Kawan; up sikit dari kenalan. Lebih mengenali antara satu sama lain tapi tak akrab, sekadar kawan biasa. Teman pula pada saya macam kawan baik, lebih rapat, lebih akrab, lebih selesa bercakap tentang hal2 peribadi dan suka sembang sama2.

Contoh kenalan saya macam pelanggan2 Asterisk Boutique. Kalau kawan pula, macam kawan2 sekelas masa belajar dulu, just classmate tapi tak rapat sangat atau officemate. Kalau teman pula, classmate yg lebih rapat dengan kita, kawan sebilik kat rumah sewa dan selalu makan sama kat tempat kerja.. dan kawan2 sekolah yg study sama2 dulu.

Depends jugak. Ada setengah orang, maybe dia lebih rapat even dgn cleaner kat office. Atau makcik jual nasi campur kat gerai depan office ke... Pergaulan masing2 kan. Ada juga yg kawan2 atau temannya level2 boss aje, org besar2 yg berpoket tebal, ada pangkat dan kedudukan, dan cantik2 (macam model tak jadi... hihi). Ada yg tak kisah tu semua, sesiapa saja ON, boleh jadi kawan.

Itulah macam2 ragam manusia. Ada yg kalau suka tu, fanatik sangat. Ada yg boleh rileks. Ada yg kalau tak suka tu, dia tunjuk habis. Ada yg kalau tak suka pun, dia boleh control utk tidak menunjukkan rasa tak selesanya dia. Tengok orang dan situasi. Kita pandang diri kita, sukakah orang pada kita? Layakkah kita untuk tidak menyukai orang lain?

Pucuk pangkalnya, mesti BERHATI-HATI memilih kenalan, kawan dan teman.

Friday, July 2, 2010

Stress Due To?

I read about Stress at babyfit.com written by Mike Kramer.

Usually we stress because of something... something which sometimes we don't even know. Mike Kramer wrote "... we might blame the tension and stress we experience—in traffic, at work or at home—more on what's happening "to" us than what's happening "within" us..."

I repeat... "what's happening TO us than what happening WITHIN us!"

He said, the characteristics of being stress may because of:

1. Over-planning each day. Do you feel the need to stick to a strict schedule? Do you live in fear of falling behind or overlooking a task?

2. Doing several things at once. With too much to do and not enough time, it's easy to think that "efficient" means doing everything at once. He who chases two rabbits catches neither.

3. Extreme need to win. Do you feel like a failure if you don’t come out on top—even when the only competition is your own expectations?

4. Excessive desire for advancement. Highly stressed people need confirmation from outside sources that they’re doing okay and performing well.

5. Inability to relax without feeling guilty. Do your weekends become opportunities for "accomplishment" and "getting something done".

6. Impatience with delays. When you're under pressure, everything in life takes on urgency and the additional burdens to get everything done as fast as possible.

7. Overcommittment. Are your chronically late or forgetful of commitments? Does your schedule cause problems in personal or professional relationships?

8. Chronic urgency.

9. Highly competitive drive. Have you forgotten what it's like to have fun for fun's sake? Have you "grown up"so much that playtime actually causes you anxiety?

10. Compulsion to overwork. Is your office more familiar to you than your backyard? Do you find yourself missing out on what you might otherwise deem "meaningful"?

Which number are u guys falling to? Hmm... me hate to fall under no.2 and 5!

The best remedies that I can always think in mind is vacation la! VACATION at the right place, at the right time and most importantly at the right pocket.

Wednesday, June 30, 2010

Aleesya di wad lagi

Masa ni Aleesya baru pandai duduk. Macam tak sesuai la pakai hair band tu. Seronok tengok gambar2 lama, versi montel2. Sekarang ni dah susut sikit. Tahun ni 2010 dah 3 kali Aleesya admitted to the hospital which is 4th dlm tempoh setahun since October last year 2009. Kali pertama sebab Acute bronchiolitis. Kali kedua sebab viral fever. Kali ketiga sebab Hand Foto Mouth Disease. Kali keempat sebab bronchiolitis again plus lung infection. Kali ketiga dan keempat tu dalam tempoh tak sampai seminggu. Ibu dan Aleesya asyik bermalam di hospital aje. Dugaan. Yang kali keempat tu Aleesya lebih steady, maybe sebab dah biasa. Talking about hospital, kami sangat banned Tropicana Medical Center (huh!!!). We prefer Damansara Specialist. So far Aleesya treated by 2 doctors, Dato' Dr.Azizi and Dato' Dr.Musa. Secara tak sengaja dgn Dr.Musa coz masa 3rd time Aleesya admitted tu, Dr.Azizi wasn't around, ada conference somewhere, so been referred to Dr.Musa. Selepas tu follow up also with Dr.Musa. Kedua2nya pun sangat bagus. Dr.Azizi is the Medical Director of DSH. Dr.Musa is the Head of Paed Unit. Next follow up dgn Dr.Musa in 1 week time. Terima kasih, terima kasih.

Thursday, May 27, 2010

Tropicana Medical Center (TMC) is bad!

Dah 2 kali Aleesya admitted. Kali pertama masa bulan October tahun lepas di Damansara Specialist under Datuk Dr.Azizi. Aleesya baru 7 bln. Sebab banyak kahak dan kahak tu dah memasuki paru2. Asyik2 kena nebulizer. Macam kes Adrianna dulu juga. Takut kena asma. Tapi Alhamdulillah dah baik. Skrg ni kalau anak2 selsema, saya cepat2 bawa pergi klinik dan check paru2 mereka. Kalau clear OK la. Cuma takut kahak masuk ke paru2, bahaya. Tak semua kanak2 macam tu cuma for those yg sensitive je macam anak2 saya. Jadi langkah pencegahan tu sangat penting. Anak2 saya juga pantang madu lebah... boleh trigger to asthma (Dr.Azizi's advice - based on his own experience).

Kali kedua di Pantai Bangsar. Sebab demam kena viral infection. Demamnya tinggi sangat dan berulang2. Masa tu Aleesya taknak makan langsung-langsung. Minum susu pun sikitttt sangat. Susut badan. Alkisah yg kedua ni banyak dugaan. Malam sebelum Aleesya admitted, kami pergi ke Klinik An-Nisa' dekat rumah, dan katanya demam Aleesya agak membimbangkan kerana hasil ujian darah, platletnya rendah dikhuatiri ada virus atau denggi. Jadi kami mintak Dr.Shikin refer to nearest hospital which is Tropicana Medical Center. Esoknya, kami pergi ke TMC dan berjumpa dgn seorg Paedatrician (lelaki), dan katanya Aleesya ni demam biasa, tiada apa yg perlu dibimbangkan. Based on ujian darah dari klinik An-Nisa', Dr.Cina ni ckp platlet dia normal. Sambil check, sambil sibuk buat belon macam clown. Katanya lagi, Aleesya perlu diberi ubat antiviral for H1N1 ie. Tamilflu. Pelik juga coz Aleesya just demam panas tapi langsung tak batuk atau selsema. Semasa di kaunter farmasi, pharmacist tu tanya either doctor has done any blood test prior to proceed with Tamilflu... kami cakap "No".

Malam tu kat rumah, suhu badan Aleesya 39'C. Bagi ubat demam pun tak turun. Aleesya sangat2 pasif, hanya baring terlentang. Ada la sekali dua mengiring. Duduk pun tidak, apatah lagi nak senyum. Lemah gemalai. Muntah. Macam terenjat sikit. Kami decided nak bawa dia ke hospital semula tapi kali ni nak bawa ke Damansara Specialist. Masa tu pukul 3 pagi. Kami pergi ke Klinik Izham near Palm Spring Kota Damansara minta referral letter. Doktor di klinik tu pelik macammana Aleesya boleh diberi makan Tamilflu without any blood test or further checkup for H1N1. Nasib baikla dia baru makan sekali, pastu muntah. Selepas tu, kami ke Damansara Specialist.

Sampai di ER, kami berjumpa dgn seorang doktor India, katanya "Her condition very bad, she looks pale & weak, definitely have to admit but unfortunately our bed is full". Again, this doctor juga terkejut dia diberi Tamilflu. Menurut doktor ni, ramai org dah complaint pasal TMC. Dia cakap "I've heard lots of complaint from patients about TMC, I don't know why. They have big ward, new hospital... She needs to admit, maybe u can arrange to get other doctor at TMC since it's nearer to your house". Muka saya dan suami dah masam mencuka dah. "Oklah, don't go there if u are not happy". Katanya lagi "The nearest here is Kelana Jaya Med Ctr. Pantai Bangsar also good". So sepantas kilat kami ke Pantai Bangsar.

Sampai di Pantai Bangsar. Doktor2 kat situ pun terkejut dgn rawatan yg diterima oleh Aleesya di TMC. Aleesya admitted 4 days under Dr. Foo Wen Ling. Alhamdulillah selepas itu seleranya kembali untuk menembamkan diri.

Ada banyak pengalaman tak berapa cun kat Tropicana Medical Ctr. Pengalaman pertama, saya sakit kepala dan menjalani MRI scan. Alhamdulillah tada apa2. Lepas tu jumpa pakar urat saraf. Dia cakap saya migraine. Kena rehat cukup, diet betul, exercise dan... kena stop breastfeeding kat Aleesya. What?

Katanya lagi, baby saya dah cukup besar (masa tu Aleesya 10 bulan). 6 bulan pertama pun dah cukup bagi antibodi kat baby melalui susu ibu. "I know Malays encourage breastfeeding for 2 years but that is too much, the first 6 months is sufficient. So, I suggest u go home and discuss with your husband either you want to stop breastfeed your baby or not, then u may proceed with the medicine (for migraine)". Hmm... dia pandai2 assume yang saya ni stress sebab breastfeed anak.... Wth!

Second case, masa suami saya accident motor, actually hampir jatuh motor dan tulang tangan kirinya 'lari' sikit. Twisted arm. Suami saya admitted sebelah petang, after lunch. Sampai pukul 11 malam, no nurse, no doctor, no medicine, tak nampak batang hidung pun... and guess what? Suami saya tahan sakit naturally je... huhu... Sampai dah tak tahan, finally call nurse mintak apa2 ubat yg boleh kurangkan kesakitan. Ish!

Then, the third one, Aleesya's case tu la.

What can we say about Tropicana Medical Center? We definitely wont' go there anymore!!! 3 times are more than enough.

Tuesday, April 20, 2010

Aleesya dah jalan

Syukur sangat2, anak kecil kami Aleesya Sumaira dah pandai tatih pada usia setahun setengah. Cuma tak berapa stable lagi. Bila jatuh bangun semula dan continue jalan balik. Seronok tengok. Especially kalau ada saya/suami yg tunggu di depan dia. Mesti lagi excited dia nak sampai kepada kami. Cuma tu la, bila dah pandai jalan ni, semua tempat dia nak teroka, capai, tarik... Ala2 tongkang pecah jadinya. Belum masuk bab kalau kotak tisu 'terparking' di tempat2 yg Aleesya boleh capai. Hmm...jadi pesta tarik tisu la, sampai habis sekotak. Tinggi Aleesya dah melebihi meja makan/cubicle ofis. Diapers yg dalam plastik habis dikeluarkan satu per satu. Pastu mulalah kak Adrianna mengomel "Aleesya ni buat sepah2!". Tapi seronok tengok dia enjoy dengan 'kakinya' tu. Syukur Alhamdulillah *(^_^)*

Thursday, April 15, 2010

Nyarisss...

Pagi tadi, masa on the way ke ofis, nyarisss... Saya di traffic light bawah flyover di Penchala Link before tunnel, heading to TTDI. Masa tu saya di depan sekali sebelah kiri. Sebelah kanan ada sebuah Atos. Apabila lampu hijau, saya dan Atos mulalah speed. Tiba2 Atos brake mengejut, saya pun pelikla dan tiba2 ternampak sebuah 'lembaga besar' (4-wheel drive... pajero kot, tak perasan laju sgt + terkejut). Saya pun cepat2 brake mengejut dan lembaga tu terus meluncur laju depan saya. Syukurlah kereta belakang masih slow. Saya tengok uncle apek dalam Atos tu angkat2 tangan macam Karam Singh Walia + mulut potpet potpet, tentu sedang marah teramat. Kalau saya tak sempat brake, mesti lembaga tu menuju tepat ke arah saya, dari sisi pintu kanan.

Fuhh... nyaris! Semuanya berlaku dgn teramat pantas. Saya tak marah, cuma terkejut tapi bengang juga. Syukur Alhamdulillah nothing happen.

Lately sejak tangan kiri suami saya twisted masa minor accident last month, saya drive ke office. Kalau tak kami rempit je. Tunggu tangannya betul2 sembuh baru boleh bawa beban tambahan di belakang *(^_^)*

Ketika memandu, saya cukup bengang jika:
1) Saya di lane kanan, kereta depan saya sangat slow
2) Kereta yang slow itu adalah sebuah kereta mewah yg ternyata takde masalah kalau nak speed laju2
3) Ada kereta yg kononnya macam cepat2 nak masuk di depan saya dari simpang tapi lepas tu macam kura2
3) Kereta yg nak masuk depan saya, menyucuk2 tapi taknak bagi signal. Memang saya takkan bagi chance!
4) Kereta dari kiri/kanan saya bagi signal tapi terus menghimpit dan masuk. Yg kita ni kena sudden brake. Bagus bagi signal tu, tapi tengok la dulu clear ke tidak, ni main serbu je!
5) Kereta depan saya tiba2 berhenti, turunkan orang... paling teruk dia berhenti menyembang, dan paling hampeh dia terus parking!
6) Semasa mengejar traffic light hijau, tiba2 kereta di depan saya brake mungkin takut traffic light tu merah kot. Tapi dah hijau, jalanlah!
7) Jika di jalan yg sempit, ada kereta/motor/makhluk yg block di depan tapi boleh buat dono je. Saya bagi hon termerdu!
8) Semasa di tol lane SmartTag, kereta di depan saya takde kredit dan kena reverse.
9) Saya juga bengang kepada encik2 polis yg menjaga traffic light yg mengutamakan/ memberi lebih masa kepada jalan yg tak banyak kereta. Side yg banyak kereta la patut dilepaskan lebih lama supaya tak jem, tapi sebaliknya jadi bertambah jem pula.
10) Masa cari parking kat shopping complex, ada kereta macam nak keluar dari petak parking tapi tak keluar2 + buat dono je. Kalau taknak keluar lagi, at least waive hand 'cakap' tak keluar, jadi tak perlulah kita menunggu lama kan.

Wednesday, April 14, 2010

Busy Bees

As busy as a bee. Lately kami agak busy sedikit dengan Asterisk Boutique. Syukur Alhamdulillah sambutan terhadap Asterisk Boutique semakin baik dari hari ke hari. Rezeki dariNya untuk mereka yg berusaha. Kami gembira kerana tidak lagi membuang masa seperti selalu, bahkan merasakan betapa masa itu sangat berharga dan perlu diisi dengan sebaiknya. Kalau dulu, after work - balik rumah - makan - tengok tv - tidur. Rutin sekarang balik rumah - makan (mesti) - Asterisk Boutique - tidur. Tapi tu la, berkejar2 pula masa nak mengemas dan menguruskan rumah. Melihatkan peningkatan dan feedback yg positif dari customers, kami pun senang hati. Ke-busy-an ini berbaloi-baloi. InsyaAllah. Saya rindukan kerajinan mengupdate blog ini, membaca entry kawan2 + mengomen cerita2 mereka tetapi... masa... hukhuk... betapa kini saya merasakan MASA ITU EMAS.

Bila Aleesya Pakai Baju Kurung


Bila Aleesya pakai baju kurung, nampaklah macam seorang baby boy memakai baju kurung. Ramai orang cakap rupa Aleesya ni macam boy. Cuma sekarang ni bila dah besar sikit, rambut pun dah makin panjang, jadi kurang la sikit 'boy'nya. Gambar ni ditangkap pada 01/11/2010 masa pergi kenduri kahwin kawan suami saya. Aleesya baru 7 bulan. Masa ni, kak Adrianna sedang enak diulit mimpi dalam stroller yang kat sebelah tu. So takde la gambar Adrianna, Aleesya dan ibu pakai sedondon masa ni (baju raya tahun lepas... hehe) *(^_^)*

Wednesday, March 31, 2010

Aleesya's 1st Birthday

Syukur Alhamdulillah, my little chubby Aleesya is 1 year old today.

Thursday, March 25, 2010

Aleesya Suka Baby

Masa ni Aleesya baru 8 bulan, November 2009. Lihatlah otot2 kentalnya. Sedap buat bantal peluk! Yang standing kat belakang tu Adrianna, tolong support Aleesya berdiri. Masa ni kami sedang sambut Adrianna's 3rd birthday di rumah kakakku. Dihadiri oleh seisi keluarga En.Abu Bakar, complete 3 generasi.

Semalam masa ambil anak2 kat rumah babysitter yg anak2 panggil mak, maknya cakap Aleesya suka cium Arif. Arif ni baru 6bln rasanya. Aleesya sembamkan mukanya ke pipi Arif, lps tu Arif menangis. Kemudian Aleesya cium lagi, dan lagi, dan lagi. Arif menangis lagi. Maknya pelik kenapala agaknya Arif menangis. Selepas diamati, rupa2nya masa Aleesya cium tu... dipakejkan sekali dengan gigitan ngappp kau, sedap agaknya pipi Arif tu. Patutlah budak tu menangis.

Tapi kami perasan kalau keluar gi shopping complex ke, kalau ada bayi lain berdekatan dgn Aleesya, dia akan jadi sangat excited. Baby sukakan baby. Pandai geram kat baby lain walhal diapun masih baby lagi. Samalah kalau jumpa Nina (anak abg saya sebaya Aleesya)... nak diciumnya dan dipeluknya jugak. Dahla Nina tu kecikk aje, cik Aleesya lak double size dia (diulangi... double size Nina tau!), kang tumbang budak tu. Aleesya masih maintain 13kg buat masa ni.

Tuesday, March 23, 2010

Adrianna & Aleesya

Dah lama tak ambil gambar 2 beradik. Gambar ni diambil pada 10/01/2010. Adrianna baru nak masuk 3tahun 2bulan, Aleesya pula baru 9bulan stgh. Kakak Adrianna ni boleh tahan geramnya kat adik Aleesya. Kadang2 dalam diam dia pergi dekat Aleesya dan gomolkan mukanya dekat perut Aleesya. Yg kita ni risau takut ditekannya. Maklumlah, kehantapan dan kekuatan tolakan badannya tu boleh membuatkan saya sendiri pun tumbang, inikan pula Aleesya. Tapi dia tahu control supaya tak hurt Aleesya, sebaliknya Aleesya ketawa mengekek2, suka digomol.

Pada Aleesya, setiap apa yg kakak Adrianna lakukan, semuanya kelakar dan mencuit hati. Kalau Adrianna lompat, dia gelak. Kalau Adrianna nyanyi, dia gelak. Kalau Adrianna buat mimik muka, dia gelak. Kalau Adrianna lari2, dia gelak. Agaknya dalam hati dia cakap, "Macam badut sarkas la kakak saya ni..." agaknyala. Tapi setiap apa yg Adrianna buat, dia terhibur sangat2. Kecuali masa Adrianna menangis sbb kena marah dgn ayah dan ibu, dia tengok aje la.

Port kegemaran Aleesya sekarang ialah tangga dan home theater ayah. Berapa kali dah tumbang speaker home theater tu, nyaris nak timpa dia, huhu... Adrianna pulak kalau tengok Aleesya naik tangga, dia akan cakap "Aleesya, jangan main tangga, takut jatuh satgi"... hmmm okla tu kan... tapi kadang2 tu dia cakap mcm ni "Aleesya, naik elok2 ye". Hmm... dan yg lagi trill nya, "Aleesya, jom kita naik atas".

Wednesday, March 3, 2010

Aleesya Bertatih

Aleesya baru je masuk 11 bulan. Mak saya cakap, dulu saya berjalan masa umur 11 bulan. Tapi badan saya tidaklah sehantap Aleesya. Adrianna dulu mula berjalan pada usia 15 bulan. Aleesya sekarang ni sedang belajar bertatih. Taaatih... Tersengih2 la dia membuka langkah. Dia suka sengih hidung seketul macam dalam gambar ni:-
Kedua2 gambar ni diambil masa Aleesya 10 bulan. Sekarang ni dah makin lasak sebab dia punya bestfriend seorang boy, namanya Darwisy. Kat rumah babysitter (kak ina aka mak) ada 2 baby yg sebaya iaitu Aleesya dan Darwisy. Aleesya tua seminggu je dari Darwisy. Dua2 suka panjat sofa mak dia, kemudian berhenjut2lah atas sofa tu. Dua2 pun kuat menyusu, tapi body Aleesya lagi berketul. Maybe sebab faktor genetik. Ayah dia dulu masa baby tembam (ibu pun sama... muahaha).

Hobi masakini, suka panjat tangga. Aduhai kalau terlalai sikit, dah sampai anak tangga ke-7. Tinggi, risau! Aleesya baru ada 4 btg gigi, 2 atas 2 bawah. Sejak tumbuh 2 gigi atas ni, dah taknak makan bubur lembik dah. Nasi la, baru rock. Kalau kakak Adrianna panjat atas ayah, Aleesya pun sibuk juga nak panjat. Boleh tahan. Tak sabar rasanya nak tengok Aleesya berjalan. Terbayang2 Aleesya berjalan terkedek2 dengan kakak kat playground sambil berpimpingan tangan. InsyaAllah... tak sabarlah!

Tuesday, March 2, 2010

Perubatan Syifa

Saya pernah dengar tentang satu kaedah perubatan Islam yg dikenali sebagai Syifa. Sejak ayah sakit, macam2 cara diikhtiar utk bantu ayah ringankan kesakitannya. Sehinggalah satu hari kak ngah saya terbaca tentang Perubatan Syifa Al-Hidayah yg dipelopori oleh Hj Lokman Abdul Hamid. Kaedah perubatannya ialah dgn mengamalkan bacaan surah2 di dalam Al-Quran. Info tentang Syifa Al-Hidayah di sini.

Kali pertama berjumpa, Hj Lokman akan 'diagnos' dulu pesakit dgn cara mayanya. Gifted. Sangat mengagumkan. Hj Lokman cakap cancer ayah saya dah berada di stage 4 which is bad. Ayah diminta membaca 2 surah, satu selepas solat subuh, satu lagi selepas solat maghrib atau Isyak selama 3 minggu atau sehingga rawatan susulan. Dgn izin Allah, ayah saya adalah energy sikit. Kalau tak tu lemah dan down aje.

Masa follow up yg seterusnya, saya pun ikut sama ambil nombor nak berjumpa dgn Hj Lokman. Sebab saya ni selalu sangat sakit kepala dan sakit perut. Consultation hanya pada waktu malam dan hari minggu sbb on weekdays, Hj Lokman ni kerja. Masa malam saya jumpa dia tu, dia cakap saya ada blockage. Ada salur darah yg tersumbat di otak. Bunyi agak scary... sebab itu la saya selalu sakit kepala. Bab sakit perut tak dinyatakan pula.

Apa yg saya alami bila sakit kepala, saya rasa dunia ni berombak2. Pandangan mata hilang fokus dan seperti menggelamun. Saya tak boleh nak lihat satu objek di depan saya dengan nyata, zig-zag. Saya terasa di awang2an dan sangat penat. Rasa nak tidur je, mengantuk memanjang. Kepala berdenyut2, rasa macam mengembang mengempis. Dgn gegaran ketika berjalan pun sudah cukup menyakitkan. Disebabkan itu, saya rasa stress. Ditambah pula dengan persekitaran yg tidak/enggan memahami...

Saya diminta baca Surah Al-Isra' Ayat 40-55 sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib/Isyak dan Surah Al-Anbia' Ayat 82-90 sebanyak 3 kali selepas solat Subuh/pada waktu pagi. Hj Lokman ada bagi 2 botol air penawar. Next follow-up ialah pada 28 April 2010. InsyaAllah, saya sedang mencuba.

Kalau org perempuan, diminta pakai telekung masa berubat dan seeloknya ada wudhu'. Hj Lokman tak mengenakan sebarang bayaran. Cuma dia ada letakkan 2 tabung di kliniknya. Satu tabung utk surau, satu tabung utk keperluan klinik. Dermalah seberapa banyak seikhlas hati mengikut kemampuan. Bagusnya la kan. Selalu tolong orang. Tiap2 malam org dtg berubat kat rumah/klinik dia sampai pukul 3-4 pagi. Esok pagi2 dah nak kena pergi kerja, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Moga murah rezeki dia.

Monday, March 1, 2010

Adrianna Beraksi

Gambar2 ni telah di requested oleh EnfaMama Club untuk dimuatkan di dalam EnfaMama Newsletter utk keluaran seterusnya... katanyalah. Tak taulah jadi ke tidak. Ini rentetan dari surat yg saya pernah hantar kepada Enfa beberapa bulan yg lalu dan mereka berminat nak publish gambar Adrianna nanti. Nak yg pixel besar katanya supaya tak 'pecah' gambar tu nanti. Puaslah kami minta Adrianna posing, senyum, gelak, gerak kiri kanan, sengih... macam2lah. Inilah antara hasilnya.


Sawan Tangis

Saya terbaca satu artikel di sini tentang 'Sawan Tangis' which I think is very useful.

Pada Jumaat lepas, kami pulang ke kampung suami utk meraikan majlis (28/02) untuk menyambut orang baru yg bernama Firzanah Syakira yg baru berusia 44 hari. Ada masalah yg berlaku pada Firzanah which is sampai mama, papa, opah... dan seluruh ahli keluarga dah tak tau dah nak buat macammana. Dia kerap menangis dan menangis terutama pada jam selepas 12mlm. Hari Jumaat mlm Sabtu tu, Firzanah menangis dari pukul 2am lebih sampai pukul 5am sampai dah mengeras2 badan, selak... non stop tau!

Hari Sabtu malam Ahad tu pun sama. Menangis tanpa henti dari pukul 1.00am sampai pukul 5am. Selepas itu, mama dan papanya terus bawa baby ke Wad Kecemasan Hosp. Seri Manjung utk rawatan in case baby ni ada masalah kesihatan. Setelah di jalankan quite thorough checking ke atas heart, lung dan keseluruhan bdn, ternyata baby ni sihat. Hmm... yg 'kelakarnya', baby ni senyap dan tidur masa dalam kereta on the way ke hospital.

Buntu dgn apa yg terjadi... InsyaAllah nak perdengarkan CD yg ada surah2 yg boleh menghalau seisi rumah dari gangguan jin dan syaitan... Tgh cari lagi CD tu.

Sedikit petikan dari artikel yg saya baca tu:

"PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam... "

"... Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis... "

"... Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi..."

"... Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak..."

"... Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis..."

"... Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan ... kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah..."

"...Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya..."