Yesterday evening, after office hour, my colleagues had a chat about the fadhilat of Ramadhan. The interesting conversation ended with this interesting story which is about setan's will to our lust during Ramadhan. I had a chance to 'interrupt' and get the details as below:
Telah kita ketahui antara fadhilat Ramadhan ialah syaitan dan jin akan dibelenggu supaya kita umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa secara rela dan berserah diri kepada Allah secara sepenuh hati. Tapi jika difikirkan, kenapakah masih ada kemaksiatan di bulan Ramadhan.
Diceritakan oleh ustaz yang berceramah di surau berdekatan rumah saya. Sebelum tibanya bulan Ramadhan, syaitan telah berwasiat kepada nafsu. Seperti yang kita ketahui, sepanjang 11 bulan dalam setahun, iman kita melindungi diri manusia dari bisikan jahat syaitan kepada nafsu. Ini bermakna satu lawan dua. Tetapi di dalam bulan Ramadhan, iman akan bertentangan hanya dengan nafsu.
Maka, kita mesti mengambil fadhilat Ramadhan untuk membentuk iman dan takwa supaya mantap dalam menghadapi 11 bulan yang akan datang.
Berbalik kepada wasiat syaitan kepada nafsu sebelum bulan Ramadhan, ianya ada 5 wasiat iaitu:-
(1) Wahai nafsu, di dalam bulan Ramadhan, biarkanlah tuanmu berpuasa sehari, tetapi ingat untuk menggalakkan tuan kamu untuk bercakap2 perkara yg tidak penting, mengumpat atau mengadu domba.
(2) Wahai nafsu, di dalam bulan Ramadhan, biarkanlah tuanmu membaca Al-Quran, walaupun dari kulit depan ke kulit belakang, tetapi lakukanlah sehingga Al-Quran itu akan melaknat tuanmu kembali. Ini adalah kerana tuanmu hanya akan membaca Al-Quran tetapi tidak menghayati dan mengamalkan pergertian Al-Quran itu.
(3) Wahai nafsu, di dalam bulan Ramadhan, biarkanlah tuanmu bersedekah, sedikit atau banyak, tetapi pastikan tuanmu menangguhkan hutang2nya.
(4) Wahai nafsu, di dalam bulan Ramadhan, biarkanlah tuanmu menjalankan semua perkara2 sunat spt Tarawih, Witir, Qiamulail, tetapi pastikan tuanmu akan terlupa sehingga tertinggal solat subuh.
(5) Wahai nafsu, di dalam bulan Ramadhan, biarkanlah tuanmu meraikan hari kemenangannya iaitu Hari raya, tetapi pastikan hari kemenangan itu penuh dengan maksiat.
Itulah yang dapat saya simpulkan dari ceramah itu. Janganlah terus diambil bulat2 apa yang dituliskan disini, tetapi lakukanlah perincian dengan membaca terjemahan Al-Quran atau sumber2 yang sahih. Semoga apa yang saya tuliskan dapat memberi pengajaran kepada saya terlebih dahulu dan juga kepada pembaca. Apa yang salah adalah dari saya dan yang benar itu hanyalah dari Allah sahaja.
Source: Thanks to Ismail @Dagangnet for the tazkirah.
No comments:
Post a Comment