My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, January 6, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Oh kenapalah saya nampak semua benda sedap? Sedap dimakan, sedap dikunyah, sedap diratah, sedap digigit, sedap... Kecintaan terhadap makan sangat merbahaya. Anda tak sedar secara tiba2 seluar anda akan rasa ketat, baju anda terasa sendat secara mengejut. Adakah baju tersebut yg mengecut? Bila berjumpa dengan orang2 yg jarang anda jumpa, dengan confidentnya mereka bertanya "Pregnant ke?". Dishhhh... rasa2 macam nak sekeh je kepala si org yg bertanya tapi make sense jugak sebab memang tang perut tu menonjol semacam je kan.

Obviously tang perut memang sangat senang 'membengkak'. Ececeh... guna word 'membengkak' tu. Boleh blah kan. Adrianna cakap "perut buncit".

Kalau dia nak makan atau nak minum susu, dia mesti cakap "Adrianna nak perut buncit". Sangatlah tak cun kan. Nasib baik Adrianna comel. Buncit pun tetap comel. Eleh, tukar topik pasal Adrianna buncit pulak... Cuma Aleesya yg kurang buncit sekarang sebab taknak makan. Ibu dah sedut 'selera' Aleesya.. ngenge :-P

Oh mengapakan dalam kepala otak saya sekarang ni terbayang2 aiskrim Potong perisa kacang merah dan jagung. Slruppp... Saya juga terbayangkan mini cheese tart Kak Meen. Sabarrrr... saya baru tempah 100 biji. Esok ambik, nak bawak balik Manjung. Betapa akan saya nikmati cheese tart itu sampai buncit. Sangat tamak! Walhal beli sebab nak bagi si Nur sempena birthdaynya yg pertama 15/01 ni. Satu2nya anak saudara sebelah suami.

InsyaAllah tahun ni confirm tambah lagi 2 anak sedara sebab Adik Pi pregnant lagi dan wife Along pun baru pregnant. Saya pun 'pregnant' juga... haha...

Eh, sangat rindu nak pegang baby yg lembik dan suka gelak bila diagah... comel.

Anda tak rasa ke yg keropok Nachos tu sangat sedap? Eh.. tetiba!

Cold Storage berdekatan office sangat membimbangkan. Anda suka2 hati nak beli apa2 (makanan) pada bila2 masa. Di saat saya fenin memikio java coding yg saya pun tak faham, adalah sangat relieve bila tiba2 anda mencapai purse dan terus meluru ke Cold Storage lalu mendapatkan sepeket Nachos, atau sepeket biskut Tiger atau apa saja yg tekak sedia sambut dengan tenangnya. Kadang2 saya beli ayam panggang, kadang2 roti, kadang2 sushi, cereal, sandwich...

Tapi diantara lapar dan mengantuk, saya pilih tidur. Kasi otak rehat dulu, bangun tidur nanti baru makan pulak.

Antara tempat makan kegemaran kami sekeluarga di sekitar Klang Valley ialah:

1) De Templer Restaurant di Setapak. Chinese cuisine. Of course la yg halal punya! Must try their fried beef, udang goreng nestum (1st pic), Siew Mai (2nd pic) dan bubur kacang merah!
2) Pizza San Francisco. Kami selalu pergi branch yg dekat Bukit Jelutung, Shah Alam. Pizza dia sedap, Salmon steak OMG!
3) The Fish Manhattan Market di The Curve. Salmon steak again! Spaghetti dia sedap.
4) Secret Recipe... oh gila about their Prawn Macaroni Cheese (Adrianna & Aleesya's favourite) dan Lamb Shank dan Chicken Gordon Blue dan..
5) Nasi Lemak kat Subang 2. Gerai kakak tu dekat dgn Pizza Hut & KFC yg baru bukak. Murah dan sedap.
6) Restoran Sari Ratu di Dataran Sunway, Kota Damansara. Anda pasti sukakan Masak lemak otot lembu ala-Minang dan cendol durian mereka!
7) Waffle World di One Utama New Wing 2nd Floor.. with ice-cream... yum yum yummy!
8) Ada satu stall kat 1st Floor Old Wing One Utama. Lupa la nama dia. Jual cakoi + bubur nasi. Sedap giler!
9) Kenny Rogers di Giant Kota Damansara. Saya dan Adrianna gila dgn Kenny Rogers. Mr.Husband sangat nightmare terhadap KR kerana sudah jemu katanya. Tidak bagi kami!
10) Noodle Station di Giant Kota Damansara. Yg ni Mr.Husband tak pernah jemu, kami pulak yg nightmare... haha.. Baru makan malam tadi :-P
11) Restoran Al-... Lupa pulak nama dia. Restoran seafood ni di Paya Jaras. Siakap steam dan kerabu mangga dia sedap. Harga pun Ok sangat.

11 tempat ni memang best. Kami ni regular customer.. except yg Restoran Sari Ratu dan The Fish Manhattan Market kami jarang pergi. Yg lain2 tu dah berkali2 dan tak terkira.

Sekian.. selamat menjamu selera. Kalau makan, ingatla saya... hihi *(^_^)*

4 comments:

sitiezahim said...

haha ko ni ainul aku sampai nak pecah perut baca..hahaha

* ainul AB * said...

haha Siti.. aku tengah lapar ni.. tak tahan tengok gmbr makanan tu... yummy!

Asyikin's Passion said...

mak cu...follow ikin ye!

Liza @ Adzriel AB said...

aku pun ada gak tajuk ni..

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/jalan-jalan-cari-makan.html