My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, July 9, 2009

Lagu ini sedap

Aku sangatsss suka lagu ini. Tiap2 pagi mesti ada kat HotFM.
- SELALU MENGALAH (Seventeen) -
@ Jelaskan Padaku Isi Hatimu. Seberapa Besar Kau Yakin Padaku. Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku. Menjaga Cinta Ini.
* Pertengkaran Yang Terjadi. Seperti Semua Salahku.
# Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah. Tak Pernahkah Kau Berfikir. Sedikit Tentang Hatiku. Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah. Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu.
Ulang @. Ulang #.

Tuesday, July 7, 2009

Aleesya yang bulat

Patutlah kurasa tanganku bergetar semacam bila mendukung Aleesya lama2. Terutama sekali masa pagi2 nak panjat tangga ke tingkat 4 ke rumah babysitternya. Aduhai, exercise la kami pagi2 angkat dumbbell. Ayah dukung Adrianna, ibu dukung Aleesya. Si bulat Aleesya ni dah 7.7kg beratnya. Malam tadi baru timbang di klinik semasa membuat pemeriksaan rutin bayi dan suntikan imunisasi untuk 3 bulan. Bulatnya pipi adik Aleesya.

Kenduri kendara

Minggu lepas, hujung minggu kami ialah kenduri, kenduri dan kenduri. Dari hari Jumaat petang, Sabtu dan Ahad. Pengantin yg sama. Jumaat nikah, Sabtu kenduri belah perempuan, Ahad kenduri di rumah lelaki. Sepupu suamiku baru menamatkan zaman bujangnya. Kedua2 mempelai orang Klang. Selamat pengantin baru kepada Shieba dan Shawal.

Panas, panas dan panas sungguh cuaca pada ketiga-tiga hari tu. Adrianna dan Aleesya seronok tengok pengantin. Adrianna suka makan nasi beriani kenduri hari tu. Memang sedap pun. Adrianna dah besar, so dah pandai suap sendiri. Taknak ibunya suapkan dah...

Bila dah rasa panas semacam, Aleesya dan Adrianna nak minum susu, mata pun dah kuyu. Penat dan mengantuk. Kami lepak dalam kereta.

Ni gambar Adrianna dan Fatihah (9thn), anak sepupu yg mana iras wajahnya sebijik macam Adrianna. Muka Adrianna macam muka Fatihah semasa kecil. Macam adik beradik pulak. Aleesya pula dengan opahnya.

Thursday, July 2, 2009

Aleesya 3 months

Aleesya Sumaira is a 3 months old chubby little baby girl. She loves to smile whenever we talk to her. This picture describes it. Like any other infant - loves to be lifted up, or will lift her head up by herself. Her one and only food is absolutely milk. With that, she has gained weight so well. She loves to play with her own fists. She likes to watch tv and enjoy window shopping as much as her elder sister does (ibu too... hehe).

Wednesday, July 1, 2009

1st Anniversary

1st of July 2008 was my date of commencement with MNC Wireless Bhd. It has been a year... Time goes by so fast. I think I've just walked in a few months ago... The truth is, it is 12 months already. So far so good. There are many things that I have learned and I still need to learn... still more and more. I've made a tough decision by leaving Dagang Net behind. The career path for me is brighter here, I guess. Hopefully, with God's will, InsyaAllah I'm able to achieve what I want.

Better

Alhamdulillah, things are getting better. My cough and flu almost leaving. I've divorced them *(^_^)* Hope they'll pack their things and go away soonest possible. Running nose almost dissapeared. The loud aircond has been serviced last evening and keeping quiet now. Thank God office are cooler and PEACE. I've successfully completed the Subscription engine yesterday in PEACEEE. I need more fresh Sunkist orange. It helps me a lot in discharging phlegm. There's a supermarket here in JayaOne. A Sunkist here costs RM1.69 each. Makkk aiii!!! Cold Storage, that's it!

Tuesday, June 30, 2009

New Office

Yesterday I was on MC. I had a complete package of fever, flu, cough and sore throat. The fever and sore throat are gone, but the flu and cough still loves me a lot.

Yesterday was suppose my 1st day at new office but since I was on MC, thus today become the 1st day instead. We have moved in last Friday. We are now at JayaOne, Sec.13 PJ, no longer at Damansara Heights. What I can say about this new office... it is not fully setup yet. It's dusty, noise, and smelly. The smell of newly painted walls. Got some contractors setting and drilling the security door. There is an aircond which sounds sooooooo loud. My God, it's really irritating my ears! The aircond is actually an old one brought from the old office.

Wednesday, June 24, 2009

Essential Flat-Belly Foods

Aku baca artikel ni kat Yahoo! Soalan pertama dia sentap tuu... "It's summertime—are you in swimsuit shape?"

Sejak akhir2 ni seleraku bertambah2. Masa dlm pantang aritu, aku dah back to shape spt sblm pregnant tapi sejak masuk kerja, byk pula mkn. Mungkin sebab senang pergi beli kat kedai kot.

Artikel ni meyarankan beberapa makanan yg baik utk diet. Dalam artikel tu kata "The more of these bulge-battlers you eat, the better your chances of keeping those abs flat throughout this skin-baring season."

Hmm... betul ke? Nak kena try ni. Actually ada banyak jenis mknn yg disaran, cuma aku pilih beberapa yg mudah diperolehi je la. Mcm avocado tu takyah try la, nak cari/beli pun susah.

(1) GRAPEFRUIT
Per grapefruit: 104 calories, 4 g fiber, 2 g protein
~ A grapefruit a day in addition to your regular meals can speed weight loss. The fruit's acidity slows digestion, meaning it takes longer to move through your system, and you'll end up feeling fuller, and more satisfied, for longer. And the vitamin C-packed grapefruit works to lower cholesterol and decrease risk of stroke, heart disease, and cancer.
* Aku pernah try yg ni, mmg bagus. Berat turun, body fat pun turun. Selalunya aku gantikan dgn oren Sunkist tu.

(2) EGGS
Per 1 scrambled egg: 102 calories, 7 g fat (2 g saturated), 7 g protein
~ A British study found that people who increased the percentage of protein-based calories in their diet burned 71 more calories a day (that's 7.4 pounds a year!). Jumpstart your metabolism as soon as you wake up with a protein-rich breakfast of scrambled eggs.
* Yang ni pun aku pernah try. Protein telur memang bagus, selalunya aku rebus je telur tu.

(3) YOGURT DRINK
Per cup: 174 calories, 2 g fat, 14 g protein, 3 g fiber
~ This delicious dairy product is a belly-blasting essential. Beyond the satiety-inducing protein, the probiotics in it may also speed weight loss. British scientists found that these active organisms boosted the breakdown of fat molecules in mice, preventing the rodents from gaining weight. The researchers still need to prove the finding in humans, but there's no danger in downing probiotic-packed products.
* Untuk diet, biasanya aku makan low fat PLAIN yogurt.

(4) QUINOA (Grain Cereal)
Per ¼ cup: 170 calories, 2.5 g fat, 7 g protein, 3 g fiber
~ Penn State researchers found that dieters who ate whole-grains lost twice as much belly fat as those who stuck to white-flour products—even though they'd consumed the same number of calories. What's more, quinoa contains twice the belly-filling protein as regular cereal grains, fewer glucose-raising carbohydrates, and even a handful of healthy fats. So start your day off with a cup of cooked quinoa combined with a ½ cup of milk and ½ cup of blueberries—microwave for 60 seconds, and you have a delicious (and slimming) alternative to your traditional oatmeal.
* Ada kat rumah tu, kalau ade MOOD nak mkn, baru aku mkn... sebab bentuk dia macam mknn rabbit tu... rasa dia macam hampas skit!

Hari2 aku makan sarapan nasi lemak. Maka, makin byk la lemak yg terkumpul. Nampaknya, semuanya perlu dipraktiskan semula.

Tuesday, June 23, 2009

Breastfeeding

Seorang teman baikku ada memberikan beberapa tips untuk membanyakkan susu badan. Aku kagum dengan kesungguhannya memberikan 'exclusive breastfeed' kepada anak sulongnya. Aku terfikir juga, mampukah aku? Anakku yg pertama telah mengenali susu formula terlebih dahulu sebelum susu ibu disebabkan aku tak mampu bangun pada hari pertama selepas kelahirannya secara cesar. Alhamdulillah, anak yg kedua kuperkenalkan alam pemakanannya dengan susu ibu. Kedua-dua anakku telah melalui 'upacara tahnik' terlebih dahulu. Ayahnya telah menyuapkan kurma dan air zamzam selepas azan dan iqamah.

Sejak lahir, Aleesya agak kuat menyusu. Pernah beberapa kali akibat sudah penat dan kekeringan, aku memberikan Aleesya susu formula. Aku bancuh 3oz, dan Aleesya hisap tanpa henti2 sehingga ke titisan yg terakhir dan terus tertidur. Kurang sejam kemudian dia terjaga dan lapar kembali.

Hari pertama aku bekerja, tiada bekalan susu ibu langsung untuknya. Kak Ina (babysitter) mengakui yang Aleesya kerap menyusu. Di tempat kerja aku akan mengepam setiap 2 jam, hasilnya dalam 16-18oz sehari (5-6 botol). Itupun agak jenuh juga hingga betul2 kering. Aku store 3oz setiap botol utk minggu pertama. Kak Ina mengatakan stok yg aku berikan itu tidak mencukupi kerana selepas itu dia perlu menambah lagi susu sebanyak 2-3oz, barulah Aleesya betul2 kenyang.

Sejak dari itu ku paksa diriku supaya mampu mengeluarkan 5oz/pam. Kubanyakkan makan makanan yg seimbang, minum banyak-banyak dan sangat banyak air, buat air longan kering dan sebagainya. Alhamdulillah berkesan!

Tapi aku ada PENEMUAN BARU. Aku dapati, kalau makan durian, susu akan bertambah2. Esoknya, boleh dapat sampai 7oz/pam.

Sekarang aku pam setiap 2.5-3 jam, store 5oz/botol dan bawa pulang dalam 20-25oz sehari. Kalau tak cukup, kak Ina akan tambah dengan susu formula yang memang kutinggalkan sebagai bekalan tambahan.

Pada sebelah malam dan hujung minggu, memang kuberikan breastfeeding secara eksklusif.

Hasilnya, seorang baby berusia 2.5 bulan yang bulat dan hantap, berat terkini adalah 7.0kg. Itulah Aleesya Sumaira yang ingin cepat membesar sebesar kakaknya... big baby Adrianna Sofea yg berusia 2 tahun 7 bulan.

Bayangkan keempat-empat beranak ni tidur sekatil *(^_^)* sebab si adik nak menyusu dengan ibu, yg si kakak pula nak tidur dekat dengan ayah dan ibu... Kena beli katil emperor size daa... King size dah tak muat!!!

Sunday, June 21, 2009

1 year Adrianna

Ini gambar kenangan semasa menyambut birthday Adrianna yg pertama. Posing dgn hadiah2 yg diperolehi dari kawan2 dan jiran2. Masa ni Adrianna belum pandai berdiri dgn sendiri. Adrianna mula pandai berjalan semasa usianya 1 tahun 3 bulan. Hari tu Adrianna tak berapa sihat, kena cirit-birit. Jadi, dia agak moody pada hari tu.

Bila selak balik gmbr2 lama ni, seronok pulak.

Wednesday, June 17, 2009

Adrianna senyum

   
Hmm... macam ni la kalau nak tangkap gmbr Adrianna, camera shy girl ni. Kita suruh dia senyum, jadilah macam dlm gmbr yg 1st tu. Automatik, mulut tertutup rapat dan kepala tegak tak bergerak. Mata melilau2 tapi kepala maintain tegak. Itu pasal last nya kita minta dia tunjukkan gigi. Nampaklah ala-ala senyum. Atau pun kita minta dia telengkan kepala. So, nampaklah macam gaya 'posing-posing' sikit.

Adik Aleesya

Aleesya Sumaira dah 2.5 bulan. Tak sabar nak tengok Aleesya membesar. Nanti bila Aleesya dah pandai jalan, bolehla jalan2 dgn Adrianna, berpegangan tangan sama2 & main di playground sama2. Bila kawan2 tanya pasal Aleesya ikut muka siapa, tak tau nak jawab. Kwn2 kami ckp muka Aleesya macam muka ayahnya. Mengikut kata mak aku, Aleesya macam masa aku baby dulu. Yg pasti tang rambut tu, cacak2 macam aku. Orang kata Adrianna iras ayahnya. Mak aku kata, Adrianna macam muka aku semasa kecil. Hmm... jadi tak tau la nak kata ikut siapa. Dulu masa study, ramai kwn2 aku cakap yg muka aku & wan sama sampaikan ada satu hari tu, housemate aku ingat aku keluar dgn abg... walhal dgn boypren, hehe...