My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, June 23, 2009

Breastfeeding

Seorang teman baikku ada memberikan beberapa tips untuk membanyakkan susu badan. Aku kagum dengan kesungguhannya memberikan 'exclusive breastfeed' kepada anak sulongnya. Aku terfikir juga, mampukah aku? Anakku yg pertama telah mengenali susu formula terlebih dahulu sebelum susu ibu disebabkan aku tak mampu bangun pada hari pertama selepas kelahirannya secara cesar. Alhamdulillah, anak yg kedua kuperkenalkan alam pemakanannya dengan susu ibu. Kedua-dua anakku telah melalui 'upacara tahnik' terlebih dahulu. Ayahnya telah menyuapkan kurma dan air zamzam selepas azan dan iqamah.

Sejak lahir, Aleesya agak kuat menyusu. Pernah beberapa kali akibat sudah penat dan kekeringan, aku memberikan Aleesya susu formula. Aku bancuh 3oz, dan Aleesya hisap tanpa henti2 sehingga ke titisan yg terakhir dan terus tertidur. Kurang sejam kemudian dia terjaga dan lapar kembali.

Hari pertama aku bekerja, tiada bekalan susu ibu langsung untuknya. Kak Ina (babysitter) mengakui yang Aleesya kerap menyusu. Di tempat kerja aku akan mengepam setiap 2 jam, hasilnya dalam 16-18oz sehari (5-6 botol). Itupun agak jenuh juga hingga betul2 kering. Aku store 3oz setiap botol utk minggu pertama. Kak Ina mengatakan stok yg aku berikan itu tidak mencukupi kerana selepas itu dia perlu menambah lagi susu sebanyak 2-3oz, barulah Aleesya betul2 kenyang.

Sejak dari itu ku paksa diriku supaya mampu mengeluarkan 5oz/pam. Kubanyakkan makan makanan yg seimbang, minum banyak-banyak dan sangat banyak air, buat air longan kering dan sebagainya. Alhamdulillah berkesan!

Tapi aku ada PENEMUAN BARU. Aku dapati, kalau makan durian, susu akan bertambah2. Esoknya, boleh dapat sampai 7oz/pam.

Sekarang aku pam setiap 2.5-3 jam, store 5oz/botol dan bawa pulang dalam 20-25oz sehari. Kalau tak cukup, kak Ina akan tambah dengan susu formula yang memang kutinggalkan sebagai bekalan tambahan.

Pada sebelah malam dan hujung minggu, memang kuberikan breastfeeding secara eksklusif.

Hasilnya, seorang baby berusia 2.5 bulan yang bulat dan hantap, berat terkini adalah 7.0kg. Itulah Aleesya Sumaira yang ingin cepat membesar sebesar kakaknya... big baby Adrianna Sofea yg berusia 2 tahun 7 bulan.

Bayangkan keempat-empat beranak ni tidur sekatil *(^_^)* sebab si adik nak menyusu dengan ibu, yg si kakak pula nak tidur dekat dengan ayah dan ibu... Kena beli katil emperor size daa... King size dah tak muat!!!

2 comments:

wardah said...

wah...satu penemuan baru tu. Hehehe nampaknya kena la suruh wan beli durian tiap2 hari. Tp, tula..petua2 tu bergantung kat badan seseorang (unik untuk setiap orang).So, kita kena tgk la apa yg serasi kat kita... :)

Hmm...nampaknya kena beli katil lagi besar...takpun, awak kena ajar adrianna tido asing ;)

sya said...

wah! hari2 kena makan durian nih! hehehe..

teruskan mengepam ainul..
dan kalau boleh, tak payah lah bagi susu formula tu.. nanti dah tak jadi exclusive BF.. :P dan juga, boleh menyebabkan susu jadik kurang... :)