My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, July 10, 2007

Durian oh durian

Petang semalam dengan jayanya, sahabatku miss wardah telah meninggalkan 2 biji buah durian di gate depan rumahku (imported from Kuala Dipang). Wow, Alhamdulillah rezeki besarlah untuk 'HANTU DURIAN' macam aku. Tima kasih daun keladi wardah. Lain kali boleh la bagi lagi.

Sejak kecil lagi, tiap kali musim durian, akulah orang yang paling tak duduk diam sebab aku mesti bising2 kat mak ayah aku minta tolong belikan durian banyak2 (pokok kat rumah berbuah sikit sangat). BELI BANYAK-BANYAK!

Bangun pagi, aku makan durian. Tengahari durian, malam durian. Sebelum makan nasi, makan durian dulu, lepas makan nasi pun makan durian jugak. Begitulah gambaran betapa sedapnya durian pada lidah aku. Tiap kali musim durian, mak ayah aku mesti beli berguni2 durian. Beratus-ratus RM dilaburkan. Especially bila time adik beradik aku yang lain balik kampung.

Masa aku pregnant dulu, wan & kak ija siap warning2 lagi, "Jangan makan durian banyak sangat. Takut harm kat baby!"

Di sini ada sedikit info pasal durian yang aku cedok dari sebuah website.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Ciri-ciri durian adalah ......

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk......


Bukalah website ni. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Durian. Explainationnya pasal durian boleh buat korang guling2. Kelakar!

2 comments:

wardah said...

jemput ke KD, nyahli balik minggu ni.

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada. If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).