Kecederaan otak yg dialami oleh Asyraf sangat serius. Dia hanya mampu berbaring. Selain rawatan di hospital, Wardah dan Wahiddin turut mencuba alternatif lain. Saban minggu mereka akan ke Felda Gedangsa di Tanjung Malim utk bertemu dgn cikgu Raw yg mahir dalam merawat kanak2 yg tercedera atau berpenyakit. Melihatkan keadaan Asyraf, cikgu Raw dapat meneka yg Asyraf mungkin terhantuk kuat di bahagian dahi dan kemudian di bahagian belakang kepala secara berturut2. Tak dapat nak dibayangkan! Dgn izin Allah, keajaiban berlaku di mana sehari selepas itu, Asyraf mampu meniarap dan menelentang. Sedikit demi sedikit, Asyraf sudah mampu mengesot kembali seperti sebelum insiden itu cuma tidaklah selaju dulu. Dia memerlukan masa utk sembuh sepenuhnya. Menurut doktor, sehingga kini terdapat satu spot atau titik darah kecil di mata Asyraf menandakan kecederaan otaknya yg semakin berkurang. Semoga Asyraf cepat sembuh. Update tentang Asyraf di sini.
1 comment:
Alhamdulillah, semoga asyraf kembali seperti dahulu...
sedihnya kalau ditimpa dugaan macam ni kan... disebabkan orang yang tak bertanggungjawab, anak kita jadi mangsa...
Post a Comment