My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, March 25, 2010

Aleesya Suka Baby

Masa ni Aleesya baru 8 bulan, November 2009. Lihatlah otot2 kentalnya. Sedap buat bantal peluk! Yang standing kat belakang tu Adrianna, tolong support Aleesya berdiri. Masa ni kami sedang sambut Adrianna's 3rd birthday di rumah kakakku. Dihadiri oleh seisi keluarga En.Abu Bakar, complete 3 generasi.

Semalam masa ambil anak2 kat rumah babysitter yg anak2 panggil mak, maknya cakap Aleesya suka cium Arif. Arif ni baru 6bln rasanya. Aleesya sembamkan mukanya ke pipi Arif, lps tu Arif menangis. Kemudian Aleesya cium lagi, dan lagi, dan lagi. Arif menangis lagi. Maknya pelik kenapala agaknya Arif menangis. Selepas diamati, rupa2nya masa Aleesya cium tu... dipakejkan sekali dengan gigitan ngappp kau, sedap agaknya pipi Arif tu. Patutlah budak tu menangis.

Tapi kami perasan kalau keluar gi shopping complex ke, kalau ada bayi lain berdekatan dgn Aleesya, dia akan jadi sangat excited. Baby sukakan baby. Pandai geram kat baby lain walhal diapun masih baby lagi. Samalah kalau jumpa Nina (anak abg saya sebaya Aleesya)... nak diciumnya dan dipeluknya jugak. Dahla Nina tu kecikk aje, cik Aleesya lak double size dia (diulangi... double size Nina tau!), kang tumbang budak tu. Aleesya masih maintain 13kg buat masa ni.

2 comments:

rzR said...

nak kate korang besar tak besar pun. tapi camne anak korang leh jadi gini. bagi tips weh. anak buah aku kurussss kering. errrr mak buah di pun kurus. hahah tak bleh blaa.perasan tak hingat

* ainul AB * said...

Hi rZR, hehe... kitorg besar ragahla, aku & hsbd masa baby 2-2 chubby *(^_^)* haha...
kdg budak2 masa baby kurus kering tp bila dah besor besok, gedempol jadinya... mengikut mak sedaranya.. kihkihkih, gurau2 je...