My heart, my soul, my joy & my happiness!

Monday, March 1, 2010

Sawan Tangis

Saya terbaca satu artikel di sini tentang 'Sawan Tangis' which I think is very useful.

Pada Jumaat lepas, kami pulang ke kampung suami utk meraikan majlis (28/02) untuk menyambut orang baru yg bernama Firzanah Syakira yg baru berusia 44 hari. Ada masalah yg berlaku pada Firzanah which is sampai mama, papa, opah... dan seluruh ahli keluarga dah tak tau dah nak buat macammana. Dia kerap menangis dan menangis terutama pada jam selepas 12mlm. Hari Jumaat mlm Sabtu tu, Firzanah menangis dari pukul 2am lebih sampai pukul 5am sampai dah mengeras2 badan, selak... non stop tau!

Hari Sabtu malam Ahad tu pun sama. Menangis tanpa henti dari pukul 1.00am sampai pukul 5am. Selepas itu, mama dan papanya terus bawa baby ke Wad Kecemasan Hosp. Seri Manjung utk rawatan in case baby ni ada masalah kesihatan. Setelah di jalankan quite thorough checking ke atas heart, lung dan keseluruhan bdn, ternyata baby ni sihat. Hmm... yg 'kelakarnya', baby ni senyap dan tidur masa dalam kereta on the way ke hospital.

Buntu dgn apa yg terjadi... InsyaAllah nak perdengarkan CD yg ada surah2 yg boleh menghalau seisi rumah dari gangguan jin dan syaitan... Tgh cari lagi CD tu.

Sedikit petikan dari artikel yg saya baca tu:

"PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam... "

"... Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis... "

"... Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi..."

"... Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak..."

"... Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis..."

"... Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan ... kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah..."

"...Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya..."

3 comments:

mama ariq said...

ariq zmn2 bb dlu pun kerap menangis jugak, pernah dia menangis dr jam 5 ptg sampai jam 10 pagi besoknya, menangis tanpa henti tau, dia diam menangis bila tido je, bila dia celik mata, suara dia pun celik jugak...ariq mmg dr kecik dah praktis suara nak jadi tukang azan kat masjid agaknya,, insyaAllah.......hehehe...

msk umo dia 2 bulan setengah, dia dah mula kurang menangis...alhamdulillah..smpai skrng pun dia dah kurang mennagis

* ainul AB * said...

Mama Ariq, lamanya Ariq menangis. Mesti risau kan... tp tu la byk juga artikel yg sy baca mengatakan 'sawan tangis' ni akan hilang sendiri bila baby tu meningkat usia. Pelik kan... tp benar *(^_^)*

Zul Azri Muhaiyadin said...

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..