My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, September 24, 2010

Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus dalam kenangan - Episod 1

Saya teringat masa saya kecil dulu, ayah mesti hantar dan ambil saya dari sekolah. Sebenarnya jarak Sek.Keb. Jengka 16 dengan rumah saya tidaklah jauh sangat tapi keadaan muka bumi yg berbukit bukau menyebabkan jaraknya jadi 'jauh' dan memenatkan. Tambahan pula, masa tu saya boleh tahan chubby. Begitu juga semasa di Sek.Men, ayah hantar saya setiap pagi ke bus stop.

Ayah seorang yg pendiam. Kami jarang berbual. Ayah akan menuruti apa saja permintaan saya dalam memenuhi selera makan especially. Tapi saya tak minta yg bukan2 sebab saya tahu kami bukan orang senang. Menurut mak, syukur sangat ayah diterima masuk Felda sebab Felda telah merubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni, mak dan ayah tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Hanya menampung kehidupan dengan kerja2 kampung je. Kesemua adik-beradik saya lahir di Perak. Sayalah satu-satunya anak Jengka.

Ayah berasal dari Kg.Temong, Kuala Kangsar, Perak. Tok Temong adalah moyang kepada ayah. Sejarah keturunan Perak ada mencatatkan sumbangan Tok Temong dalam Kesultanan Negeri Perak. Itu sekadar sejarah lampau yang tak pernah ayah ceritakan kepada kami. Bimbang timbul rasa 'lagak' di kalangan anak2nya. Kami dapat tahu salasilah asal dari sepupu2 senior.

Ayah saya seorang yang sangat sederhana. Humble and a good follower. Dia enggan menerima sebarang harta pusaka. Bagi ayah, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan untuk dia dan anak2. Mungkin disebabkan ayah mempunyai adik-beradik yg ramai. Dia seorang yg cepat mengalah. Walaupun kami jarang berbual, ada satu cerita yg dia suka ceritakan kepada kami betapa dia melalui kehidupan yg sukar semasa kecil kerana kehilangan bapa pada usia yg sangat muda. Dia tinggal dengan kakak kesayangannya di Perak. Ayah selalu 'turun' Sungai Perak untuk mencari ikan atau apa saja hasil sungai untuk dibuat lauk walaupun pada waktu malam.

Ayah berkahwin dengan mak pada tahun 1963 atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah bertemu langsung sebelum tu. Nyata jodoh mak dan ayah panjang... sehingga ke akhir hayat...

Semasa di tingkatan 3, saya gembira dapat berikan kejayaan untuk mak dan ayah dengan meraih gelaran best student PMR 1996. Ayah naik stage ketika majlis penyampaian hadiah mewakili saya. Walaupun ayah seorang yg pendiam, tapi saya tau hatinya berbunga riang pada waktu itu.

Semasa semester akhir Ijazah, saya berjaya memberikan keputusan yg baik untuk mak dan ayah. Ayah sangat bangga dan selalu bercerita kepada kawan2nya betapa saya berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah. Memang itu cita2 saya. Namun keadaan kewangan tidak mengizinkan. Saya tak sambung Masters pun. Selepas degree, saya terus kerja di Dagang Net pada tahun 2005. Mak dan ayah hendak ke Mekah pada tahun tu. Ayah pula baru disahkan menghidap sakit jantung. Mujur doktor tak menghalang ayah ke sana. Saya dan Wan bernikah terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke Mekah atas permintaan mak dan ayah.

Majlis resepsi saya dan Wan diadakan 2 minggu selepas mereka pulang ke tanahair, 18 Feb 2006. Sehari sebelum majlis, ayah tiba2 rebah. Malam sebelum resepsi saya tak seperti pengantin2 yg lain. Malam saya dan adik beradik lain dihabiskan di Hospital Jengka dengan bacaan Yaasin. Ayah nazak sangat malam tu. Nurse menjenguk pun tidak. Kejam sangat hospital tu. Saya masih teringat saat2 mak menangis dan berdoa kepada Allah supaya ayah jangan pergi dulu, tolonglah... tidak pada hari perkahwinan saya. Saya tak terkata apa. Dengan izin Allah, keadaan ayah beransur stabil.

Semasa majlis perkahwinan saya, orang kampung masak secara bergotong-royong, jadi bayangkanlah bagaimana keadaan rumah selepas kenduri. Majlis perkahwinan saya tanpa ayah di sisi. Ayah terlantar di hospital. Kami ke hospital dengan memakai pakaian pengantin. Saja nak tunjuk kat ayah bagaimana rupa pengantin. Segan juga bila semua doktor, patients & pelawat pasang mata ke arah kami.

Esoknya, saya dan Wan sahaja yg kemas & bersihkan keliling rumah, hanya berdua. Penatnyalah masa tu. Lepas Ngah, Abg Lan, Kak Ija dan semua balik dari hospital, barulah ada pembantu. Selepas semua selesai, kami segera uruskan pemindahan ayah dari Hospital Jengka yg very sucks tu ke PPUM dengan menaiki ambulans. Abg lan teman ayah dalan ambulans, macam halilintar katanya. Punyalah laju.

Ada hikmat kenapa mak dan ayah minta kami nikah gantung dulu dan disusuli resepsi 2 bulan kemudian. Supaya ayah boleh jadi wali sebab masa tu ayah masih dalam keadaan sihat...

* nanti saya sambung lagi Episod 2

Thursday, September 23, 2010

Fazli dihukum gantung - thumbs up!

"Padan Muka". Itulah ayat pertama yg keluar dari mulut kami setelah Si Fazli ni dijatuhi hukuman gantung. Bengangnya rasa bila baca artikel berita muka depan Harian Metro. Antara isi berita tersebut:

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. "Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim"

Marah - Seluruh rakyat Malaysia rasanya terasa amat marah dengan apa yg telah dilakukan oleh Fazli terhadap Syafiah yang ditumbuk, ditendang dan dipijak macam bola. Apalah kudrat budak besar tu nak melawan? Baru sebaya Adrianna 3 tahun+. Ada saksi di padang bola yg lihat dengan jelas yg Fazli dalam keadaan waras dan dengan sengaja mencederakan Syafiah. Sebagai manusia biasa, saya rasa itu tindakan yg melampau dan boleh menaikkan kemarahan awam. Membunuh hukumnya bunuh!

Sedih - Kalau betul sayang, takkanlah pukul budak tu sampai mati! Pukul untuk 'mengajar' tak sama dengan pukul sampai cedera. Sedihnya bila si ibu membela pembunuh anaknya sendiri. Hasil bedah siasat melaporkan, Syafiah selalu didera. Sebagai seorang ibu, kenapa dia benarkan perkara tu berlaku? Sedih. Keterlaluan tak bila saya katakan ibu Syafiah ni seorang yg tidak bertanggungjawab!

Kecewa - Kecewa ada jenis ibu sebegitu. Disaat mahkamah telah membuktikan teman lelakinya bersalah, dia masih mahu menegakkan benang yg basah. Masih berpendirian yg lelaki tu baik dan suci pada mata hatinya yg 'buta' tu.

Sekarang mungkin si ibu ni masih 'angkuh & tidak waras'. Agak2 bila dia dah tua esok, bila kederat pun dah takde, di saat2 kesunyian menjalar... akan timbul dan terdetikkah rasa menyesal di jiwanya atas kejadian ni? Wallahulam...

Wednesday, September 22, 2010

Berbuka puasa di Saloma

Pada bulan Ramadhan baru2 ni, kami sempat berbuka puasa beberapa kali di luar. Tempat yg kami tak boleh miss seperti tahun sebelumnya ialah Saloma Theater Restaurant. Frankly speaking, juadah tahun lepas lebih sedap dari tahun ni. Kecewa sikitlah hari tu. Cuma saya suka sangat dengan apam balik dia, sedap! Teringat arwah ayah suka makan apam balik.

Sebelum ke Saloma, kami jalan2 di sekitar taman KLCC dulu. Bawa anak2 tengok air pancut yg lama dan tinggi tu. Cantik. Excited budak2 tu. Aleesya macam nak terjun dalam air. Jenuh ayah kejar. Ni la tempat kami dating dolu2.

Lepas tu kami ke Saloma untuk buka puasa. Adrianna dan Aleesya makan banyak jugak nasi minyak. Aleesya 'suap' sendiri., taknak ibu suapkan. Dah besar, nak berdikari. Adrianna pula tak sabar nak tengok show. Kami sengaja booking meja belah dalam theater restaurant sebab nak tengok pertunjukan kebudayaan. Orang Malaysia sendiri pun tak pernah tengok persembahan budaya macam tu (last year was my 1st time at the same place, kali ni 2nd time la). Seronok jugak. Actually dalam dewan tu tak ramai pun org Melayu, ramai pelancong2 luar dari Timur Tengah, China, Eropah etc. Dishes semuanya tradisional. Sesuaila sebab nak kenalkan Malaysian Food pada tourists. Show memang entertaining. Cuma foods yg last year lagi beshhh... esp bubur pulut durian. Yummy! We expected tahun ni pun ada, tapi takde pun... keciwa. Nasib baik ada apam balik sedap, cover balik kekeciwaanku yg sememangnya hantu durian ni *(^_^)*

Tuesday, September 21, 2010

Update

Satu persatu benda berlaku sampai saya tak sempat nak update blog ni. Ada suka, ada duka... Ada yang tak terucap dengan kata-kata dan sukar diluahkan. Raya pun tak semeriah seperti tahun2 sebelumnya. Semua serba sederhana. Ada banyak perkara yg nak saya lakukan tapi masa tak mengizinkan. Dulu2 saya suka buang masa. Duduk lepak2 tengok tv, duduk kat taman tengok gelagat orang.... buang masa kan? Tapi boleh release tension sebab kita dalam keadaan relax. Rindu pulak those moments tapi rasa macam sayang pula bila masa dibuang begitu sahaja. Personally sekarang ni kalau boleh nak isi masa dgn sesuatu yg boleh generate $$$. Tapi jangan salah sangka, saya bukan mata duitan. Cuma nak cari duit poket lebih utk anak2 dan diri sendiri. Ada banyak yg nak diceritakan. Nantilah saya cari masa terluang utk bongkarkan semua isi hati ni.