My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, April 8, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah satu fenomena?

Petang semalam ingatkan boleh la balik awal sikit. Saya keluar dalam pukul 6.20pm (kira awal la tu, selalunya pukul 7pm). Tetiba masa simpang kat Sprint Highway nak belok ke kiri, rasa macam berat sangat stering kereta. Terdetik rasa di hati "ada yang tak kena ke?"... Riso dah teman... pastu dalam 1km kemudian, ada la mamat motor ni menegur... dia tunjuk-tunjuk kat bawah. Ish, tak boleh jadi ni... lepas tu terus berhenti kat stesen minyak kat depan. Turun-turun aje kereta, tengok2 tayar depan sebelah pemandu dah flat dah. Aduhhh...

Ateer... macammane nak buat?

Maka, dengan gagahnya, saya pun call le Mr.Husband suruh datang dengan segera. Itula tau bawak kereta aje. Nak tuko tayar tak reti... kihkihkih... Nasib baik dia ada, dibuatnya dia outstation ke, haru dibuatnya.

Lastnya pukul 8.30pm baru ambik anak kat babysitter. Dari nak awal tadi, terus jadi lambat. Dan yang memedihkan hati ini, tayar tu macam dah teruk kena lenyek, nampak gaya kena tukor baru. Adehh... dekat RM400 juga satu tayar. Saborr... saborr...

Maka pagi ini masih dengan tayar spare le ke office. So bawak pun kena la slow and steady mentara nak tunggu esok, baru ada masa nak pergi cari tayar baru. Dengan gaya slow and steady tu, HotFM sangat-sangat membantu sebabbbb pagi ni artis undangannya si Usop Wilca tu. Best! Best!

Itula nak cerita kat sini, betapa bagi saya, Mr.Husband, Adrianna dan Aleesya... filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dah jadi satu fenomena! Terutama sekali watak Usop Wilca tu. Review cerita ni ada di sini. Masa filem ni mula-mula keluar dulu, saya dok ingat cerita ni merapu. Mesti mengarut! Lepas tu dengar-dengarnya box office pulak. Dalam forum-forum pun semua memuji-muji cakap filem ni best. Jadi, disebabkan rasa courious, kami pun tangkapla satu DVD (cetak rompak punya... syhhh, jangan kecoh-kecoh!). Lepas tengok, hmm... bestla. Ketawa terbahak-bahak, senak perut la jugak.

Yang uniknya, banyak skrip-skrip yang menjadi ikutan ramai, yang mencetuskan fenomena, yang orang suka ikut dengan nada-nadanya sekali... antaranya:

"Cer cite... cer cite..."
"Kite bakorr aje..."
"Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.." (Aleesya gelak kalau kami nyanyi)
"Kita datang bukan nak poco-poco... " (lebih kurangla)
"Huusinnn... huusinnn... " (nada seram)
"oooooo... soley soley..." (bestla lagu ni, tak pasal-pasal famous balik)


Kalau Aleesya  buat something wrong, sekarang ni Adrianna suka panggil "Kak Limahh...". Aleesya pun jadi takut sikitla... baru nak dengar cakap kakak. Adrianna dan Aleesya memang minat sangat filem ni. Kalau kita bukak laptop, dia sibuk nak tengok cerita kak limah (dalam youtube).

Masa Anugerah Bintang Popular hari tu, rasanya Usop Wilca yang paling best. Mulut Kak Engku dengan Shira macam bertih jagung. Johan pun buat lawak jugak. Sampai terdiam langsung Zizan, tak dapat nak mencelah agaknya. Patutla ada usul yang nakkan Usop Wilca dan Johan jadi host ABP tahun depan. "Siapa yang setuju teman bacakan nama pemenang, sila angkat tangan macam ni...". Lawak betul.

Rupa-rupanya Usop Wilca ni dulu penyanyi. Nama dia Shy8. Nama sebenarnya Syed Mohamad Asri. Boleh tahan jugak suara dia. Sedaplah didengar. Nama lagu tu Terasing Di Bumi Sendiri, produced tahun 1996 yang kemudiannya dijadikan lagu tema untuk pesakit Aids. Tadi ada dengar kat HotFM. Kalau korang nak dengar, pergi kat Youtube la ye. Lirik dan lagu ni, Shy8 tu sendiri yang cipta. Terror.

Tadi, last yang saya dengar, Shy8 ni teramat berterima kasih pada Mamat Khalid sebab panggil dia berlakon dalam cerita HKLBR tu. Disebabkan filem ni la dia jadi popular, jadi satu fenomena... Saya rasa kalau Usop Wilca ni dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular, mau kalah Shaheizy Sam. Lepas ni Mamat Khalid nak mulakan penggambaran filem "Usop Wilca, Viva From Bangladesh". Kalau tak silap, itulah tajuknya. Usop Wilca jadi hero tu. Dengor tajuk pun dah lawak...

4 comments:

+plain-jane said...

salam k.ainul,

bc review k.ainul je aina dh senyum2. ni sume rentetan dari zombie kampung pisang sebenarnya. pencetus cerita.

dulu org kate filem mamat khalid, cerita kampung. tp pada aina, walaupun cerita kampung, msg ttp ada. dan cerita kampung tue la yg dok ulang tengok 2-3-4-5 kali. astro tayang tengok lagi~

* ainul AB * said...

Waalaikumussalam Aina,

hehe... dulu citer Zmbie Kg.Pisang tu kitorg tak minat sangat... tp HKL ni mmg bestla..

Ingat tak scene awal tu, post pak guard tu gegar2.... rupanya2 ada contruction kat ctu tp dia boleh tak sedor... lawak betul la... Msg dia: pembangunan depan mata pun tak nampak... hihihi...

astro memang suka ngulang kan... bayor aje mahal... hehe...

* ainul AB * said...

Hai Kak Zu aka Wanie,
Lebih kurang begitula scriptnya, teman pun ingat2 lupa... hehe... syok dengor diorg cakap loghat perak. Lagu dia tu memang ainul tak perghnoh dengor pun, tadi baru 1st time... hihi.. tapi kitorg suke la lagu Soley Soley tu... tau lagu tu pun melalui filem ni la.

Liza @ Adzriel AB said...

ini fenomena kat rumah aku.. amirul sakan gelaknya.

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/soley-soley-anak2-pun-ikut.html

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/happy-birthday-usin-hantu-kak-limah.html