My heart, my soul, my joy & my happiness!

Sunday, July 17, 2011

Kisah disebalik sebuah bakul kecil

Saya lalu di satu kaki lima. Tiba-tiba saya terpandang sekumpulan manusia yang sedang memerhatikan manusia lain. Manusia lain itu sibuk dengan kerjanya. Beliau ditemani oleh dua orang kanak-kanak, mungkin anak-anaknya. Itulah kerjayanya pada hemah saya. Saya turut berhenti di situ. Kagum dengan apa yang beliau lakukan.

Tangannya tak henti-henti bekerja. Itulah kepakarannya. Saya sangat-sangat kagum. Saya tengok ada beberapa output yang sudah siap tersusun dihadapan beliau, pelbagai saiz, beserta harga.

Saya tengok yang bersaiz sedang... satu RM5 je. Di dalam kemampuan poket saya.

Timbul rasa kecewa... kerana orang-orang yang memerhati hanya sekadar memerhati. Apalah salahnya beli satu. Sekadar membantu. Sekurang-kurangnya beliau melakukan sesuatu, tidak sekadar menadah tangan mengemis meminta wang. Beliau seorang yang berusaha.

Saya di situ dalam 2-3 minit je sebab rushing, Mr.Husband tengah menunggu.. sempat jugak snap satu gambar pakai handphone.

'Penonton' di hadapan si buta tidak akan membantu apa-apa pun jika sekadar menonton.


Inilah dia sebuah bakul kecil yang menyimpan satu cerita. Kepakaran yang tidak langsung ada pada saya, seorang yang celik mata. Kuasa Allah, dengan dunia gelapnya, beliau mampu hasilkan sesuatu yang sangat kemas dan rapi seperti ini.

5 comments:

monalea said...

mereka pun ada keistimewaan mereka sendiri.KuasaNya..

Adzrien Shoppe said...

nice story sis.. pengajaran buat aku jugak ni. kak yang pandai buat bakul mcm ni.

Anonymous said...

kadang2 orang yg tak dapat melihat lebih mulia dari kita sebb die tak pernah melihat maksiat...tp kita???mmmmm.....

sangat teliti nak buat bakul tu..aku sngat terharu...

sitiezahim said...

huhuhu tuh la kan..sama mcm kalau terjumpa pakcik istimewa jual tisu..apa salahnye beli sbb dia bukan mengemis..

* ainul AB * said...

mMoOnN aAILeEaA, mereka memang sangat istimewa :-D

Adzrien Shoppe, terkesima teman nengok dia buat bakul tu.

faisal apardi, saya sangat setuju dengan ayat yg pertama tu :-)

sitiezahim, ye, aku setuju sangat3!