Baru-baru ni Mead Johnson telah menaikkan kandungan DHA dalam susu Enfagrow A+. Maka dengan itu, regenya pun naik jugak le. Banyak pulak tu, dalam RM10/tin! Gambar tu kat Giant Kota Damansara. Kalau sebelum ni regenya 2 angka aje. Sekarang ni dah jadi 3 angka.
Tiap-tiap bulan kami akan shopping susu anak dalam 10-15 tin. Enfagrow A+ untuk Aleesya dan Enfakid A+ untuk Adrianna. Perisa original sebab anak-anak saya sensitif (asma) dan tak digalakkan minum susu yang berperisa coklat, vanilla apatah lagi honey.
Bulan ni punya expenses still ok lagi sebab stok baru je dibeli pada harga lama. Bulan depan naiklah 10% untuk susu anak-anak sahaja. Dugaan. Yang kaya tokei susu tu la. Saleswoman Enfa suruh saya tulis note sebagai pengguna Enfa. Most of Enfa consumers tulis apa dalam tu tau? "Too expensive"... hehe...
Ini dia stok terbaru kat rumah kami. Cukupla sampai bulan depan. Boleh bukak kedai susu gayanya. Masa mula-mula beli susu ni dulu masa Adrianna baby, harganya dalam RM80+ je. Lepas tu naik, naik, naik dan naik lagi. Dulu-dulu berat 1 tin tu 1.8kg. Sekarang ni cuma 1.7kg je. Harga naik, tapi berat berkurang. Nak ngomel pulak... Sendiri pilih brand ni kan. Sendiri mau ingat la... hehe... Tin foils ada banyak tak hantar lagi. Nanti saya nak tulis surat lagi la kat Mead Johnson Malaysia. Kali ni nak buat ayat bunga-bunga sikit nak mintak voucher. Macam boleh?
13 comments:
mak aih..
mahalnya susuuuuu...
aku sekarang ni tukar susu anak aku ke susu yang murah sikit.. hehe... itu pun dia dah tak minum banyak. tapi, aku tambahkan lah sumber kalsium dia dari sumber2 lain contoh fresh milk ke...
melampaulah RM10 per tin. padahal dah cover banyak tu depa punya R&D. cis...
kitorang bagi 3 kali sehari... yg kecik tu lebih sikitla... diorang ni tak berapa nak makan sangat. Habis kuat pun suka minum vitagen tu. Tapi limit jugak la sebab manis.
Manyak kaya la ini company... huhu...
saya yang beli dumex u 2 anak pun dah sesak nafas beli susu. sorang anak 1 bln dah 4 kg..
huhuu!
kuatnye anak ko minum susu ainul...3 kali sehari, satu kali berapa oz - kamal -
izzah masa lepas aku aku bagi susu anmum ke ape tah yg mahal tu..bila dia fully susu formula, tak tahan blanje unt susu aje dah bape so aku tukar susu ape tuh, yg tin kaler biru gamba burung (dh lupe brand hahaha)..nasib baik izzah ok tak meragam..dan lea ni memang awal2 aku kasik susu jenama tuh aje..tak tahan weh bukan berkira ngan anak cuma expenses tuh leh aku guna unt benda lain kan huhuhu...aa aku sokong ko komplen sket biar derang tau pelanggan derang bukan byk duit sangat huhuhu...
farmys,
Baru sorang tu... hehe... kena tanya Adzriel tu dah 5 orang... hehe...
kamal,
Sekali minum 190ml or 210ml. Yg kakaknya 180ml. Yg kakak aku control dalam 2 kali sehari.
sitie,
Kitorg penah try anmum masa susu Enfa start naik dulu tapi baikkk punya kena reject. Adrianna cakap "tak sedap"... huhu... Back to Enfa balik lps tu.
anmum kurang sweet. arif reject enfa.. dia jalan susu coklat je. by right banyak jugak kos sebab berkali-kali minum. tak denya 3 kali. now minum dutch lady atau dugro je. satu peket dlm 16~16.90, tengok kedai gak. 3 peket seminggu di rumah & nursery. maknanya kos sebulan lebih kurang RM100 gak. tak de beza. sebab kerap minum, arif memang tak ada masalah susah nak buang air. sehari dua kali buang iaitu pagi & petang, kadang malam sikit.
Untuk promosi susu, lampin dan barangan baby, sila lawat www.easybebe.net terima kasih
Huhu... kitorang beli sebulan 8 tin susu Enfagrow + Enfakid. Kalau time Sale murah sikit tu, penuhla troley buat stok.... hihi...
kadang2 sedih tengok orang diperbodohkan dengan marketing gimmick dari company2 susu ni semua. di negara2 maju tak ada nya susu berperingkat ni semua. cukup 10 bulan saja baby dah diberi FRESH MILK.
dan di negara2 macam malaysia ni kesian babies umur 4 bulan dah diberi makan nestumlah segalanya sedangkan kalau ikut sains bayi umur 6 bulan baru sesuai makan! dan di negara maju memang umur 6 bulan baru mula makan cereal dan seterusnya makanan lain. tapi lagi cepat orang bagi baby makan, lagi banyak cereal depa jual dan kaut untung!!!
di US contohnya fresh milk is what they drink tapi kat sini berlumba2 nak beli susu yang kononnya ada zat itu dan ini tapi tak pun anak2 malaysia semua jadi genius! cuma mak bapa diperbodohkan dengan marketing gimmick!!
dan untuk sesetengah orang mereka RIAK sebab bagi anak minum susu mahal!
Anon (why appear as anon?),
Saya wonder anda tinggal di negara mana.. kalau di malaysia, bagi baby minum fresh milk tu kira lagi kayalah sebab fresh milk di malaysia mahal. Tentang 6 bln mkn cereal tu saya setuju, rasanya ibubapa di malaysia dah lama aware tentang hal tu kecuali sesetengah yg tinggal di kampung mungkin dalam pantang lagi dah bagi anak mkn bubur nasi, mungkin mereka kurang pemahaman. Susu semua ok cuma after few trials, jenama ini yg paling anak2 gemari. Tak timbul pun isu riak. Thx ye for stopping by kat sini :-)
anon..
xde isu riak kt sini..x kisah la gimik marketing ke hape ke..kalo camtu kite yg tua ni takyah la mkn pizza, kfc, nasi lemak ke..sume tu ttg apa yg terbaik cube nk bagi utk selera anak2..
for those yg x minum susu enfa pn x semestinya bermaksud xnk bg yg terbaik utk anak²..tp itulah yg paling berkualiti yg ada pd kita... x usahlah nk berkira dgn anak, dan tak perlu lah nk kondem x tentu pasal..
Post a Comment