My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, May 15, 2012

I need a holiday...

Dulu masa saya berhenti kerja sepenuh masa, saya sangkakan yg saya akan ada lebih masa untuk berehat, menulis di dalam blog ni dan buat kerja rumah. Sangkaan saya meleset sama sekali. Bila saya resign je, rupa-rupanya Allah murahkan lagi rezeki kami dengan order yang bertambah, dan menjadikan saya sibuk mengalahkan masa bekerja fulltime dulu. Jadi, saya tiada ruang untuk berehat dan menulis, melainkan jika saya ada determination yg tinggi untuk mengarang seperti sekarang :-) Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg diberi.

Cuma, bila dilebihkan nikmat yg lain, Dia uji pulak saya dengan benda lain. Nikmat rehat pula dikurangkan. Saya akui, saya kurang rehat. Kepenatan... amatlah penat. Bangun je tidur, check email... sepanjang hari check tudung + angkat tong tudung yg berat, pack order dan isi form, hinggalah sebelum tidur pun, clearkan email dulu, plus buat sikit-sikit kerja rumah. Maklumlah takde pembantu. Jadi, kalau datang rumah saya dan complain banyak, saya redha je... hehe... takpelah, saya bekerja keras untuk diri sendiri, suami dan anak-anak :-)

Tapi dalam kepenatan tu, saya seronok. Sebab nampak hasilnya atas usaha saya sendiri. En.Husband ada jugak bantu (sikit-sikit :-P). Lately, badan saya pun macam 'on off' sikit. Nak kena pergi massage selalu, kalau tak sakit-sakitlah jawabnya. Sejak 2 minggu lepas, saya buat kerja pembersihan rumah, tu pun masih tak settle lagi sepenuhnya. Dengan kain baju yg banyak tak berlipat... hohoho... Semua buat soyam-soyam (ikut pelat Aleesya, maknanya 'sorang-sorang'). Saya amat memerlukan holiday. Wah, tentu best!

Baru-baru ni tailor pulak buat hal. Order saya dah lama tak disiapkan. Anak skaf Syria pun tak siap-siap lagi. Memandangkan mereka lebih tua dari saya, jadi sehabis baik saya berhemah dalam percakapan. Tapi macam tak dihargai pulak. Sedih... Stress jugak jadinya. Stock tudung running fast ni. Saya berharap sangat mereka dapat tunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Payment dah dibuat. Arghhh!!!

Saya ni kalau tension, saya MAKAN. Exercise pun kurang sebab duduk aje ngadap laptop. Berjalan pun hanya pergi ambik stok kat bilik belakang, pergi pejabat pos, pergi kedai... itu aje. Iye... itu aje. Jarang pun pergi pejabat pos (hanya kalau pos biasa je), sebab Poslaju hari2 datang ambik kat rumah. Akibatnya sekarang badan saya:
berpelampung + double triple chin = double trouble!

Kurang-kurang nak kena turun 10kg ni. Banyak tu! Masalahnya makan sedap aje... hehe... Kawan saya cakap, dia dah beberapa bulan tak makan nasi, hasilnya turun 8kg! Bolehkah saya??? Naik berat badan ni faktor penyumbang kepada mudah penat dan sakit-sakit badan jugak. Nampak gayanya, nak kena control jugak ni. Cross trainer kat atas tu dah jadi tempat hang baju je. Kenalah fully utilize kalau nak berat badan unggul balik.

4 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

Arif kata "tabur-tabur je!"... kalau busy... kau makan biskut je. ambil multivitamin. kerapkan minum air mineral. belilah kotak besar air mineral tu. sambil adap laptop, sambil minum. pening juga nak tinggalkan order yg banyak walau sekejap. 1 day kita lepak & discuss solution. aku pun berusaha juga ni..

sitiezahim said...

hahahaha igtkan member yg tak makan nasik tu aku, tp baca dia turun 8kg kompom bukan aku...hahahah...

* ainul AB * said...

hoho... adrianna rajin jadi assistant tolong ambik air...

* ainul AB * said...

Siti, ni kawan aku masa study dulu, satu bilik. Skrg ni dia dah turun 8.5kg. Turun lagi stgh kilo tu... Aku ni pantang tengok... mesti nak makan.. haha...