My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, October 1, 2009

cikgu Jamilah

Hari raya adalah masa yg terbaik untuk reunion. Sebenarnya dah bertahun aku selalu menangguhkan hasrat untuk berjumpa guru kesayanganku ini. Last kami berjumpa pada 2003 semasa cikgu baru berpindah ke rumah barunya di Temerloh. Masa tu aku masih bujang dan ditemani kawan2, tetapi kunjungan kali ini ditemani suami dan anak2.

Alhamdulillah tak susah nak cari rumah cikgu. Kebetulan terletak di Lorong Aman. 'Aman' tu adalah nama type rumahku di Subang Bestari. Jadi, senanglah nak ingat lepas ni.

Kalau teringat cikgu Jamilah, aku selalu terbayang2kan senyuman manisnya itu. Paling manislah yg pernah aku jumpa, dan mesti terbayang2 masa beliau mengajar subjek Matematik kegemaranku di dalam kelas 3 Iman, SMK Jengka Pusat 2 - tahun 1996.

Antara semua guru2ku dari tadika sampai ke Universiti, cikgu Jamilah adalah guru yg tak pernah 'senyap' dan akan sentiasa reply setiap smsku walaupun hanya 2-3 kali setahun. Itupun sempena hari raya dan hari guru. Dan layanan beliau terhadap pelajarnya seperti kawan dan mesra, jadi tidaklah terasa sangat 'gap'.

Dengan kehadiran Adrianna dan Aleesya, tak semena-mena cikgu & suami naik pangkat jadi 'atuk' dan 'nenek'.

Cikgu masak nasi ayam untuk kami. Jangan tak tahu, anak teruna sulung yg tolong ibunya di dapur. Air tangan orang lama, mestilah sedap.

Cikgu Jamilah Md Ali dah jadi guru pakar biologi sekarang.

Halaman rumah cikgu memang luas betul. Tempat tumpuan ialah kolam ikan koi di depan rumahnya. Best dengar bunyi air mengalir. Tiang2 di sekeliling kolam dilitupi oleh pohon2 anggur yg menjalar. Ikan pun makan daun anggur. Adrianna suka sangat!

Cuma Adrianna agak moody dan ngada2 sikitlah... Rupa2nya dia mengantuk. Masuk kereta, terus tidur. Seronoknya... at last we met. Looking forward to see her again, InsyaAllah.

2 comments:

Cikgu Ma said...

salam Ainul
kalau cikgu Jamilah baca entry ini mesti dia gembira,kan..
bogwalking terjumpa blog ainil,anyway,salam perkenalan

* ainul AB * said...

Salam Qaseh Mas ita, terima kasih sudi singgah di blog sy. Sy ada mentioned pd cikgu Jamilah sendiri about this entry. Hope she read this... hehe
Salam perkenalan *(^_^)*