My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, December 1, 2009

Aleesya Montel

Aleesya sekarang ni dah mula memanjat2. Mengangkat punggung, melurus dan menongkatkan tangan di atas lantai & kneeling... posisi seperti nak merangkak tu, dan menggoyangkan-goyangkan badannya ke depan dan ke belakang berulang2 kali. Bila saya ajar bertatih, Aleesya sudah boleh memberikan response yg baik dengan berjalan sambil berpimpin tangan bersama saya. Kakinya sudah semakin kuat. Elokla tu.

Giginya dah mula tumbuh. Baru separuh di belah bawah. Baru sebatang. Itupun cukup suka menggigit. Suka menyembur2kan air liurnya. Bab ni saya tak tahan. Comot! Mungkin sebab gatal gusi kot. Aleesya juga sudah pandai duduk tapi masih belum stabil.

Suka makan. Kalau biskut Rusk tu 3 keping sekali jalan je. Tapi saya tak pernah cuba nak bagi lebih daripada tu. Tapi dia macam nak lagi je. Slowly la. Susu pula... biasanya utk Adrianna saya buat 200ml air... Aleesya ni 210ml air. Hmmm... kalah kakak dia.

Aleesya dah masuk 8 bulan. Semalam saya timbang 11.1kg. Cantik nombor. Lengan saya pun dah cantik shape nya pasal hari2 dukung Aleesya. Tapi lengan ayah lagi cantik sebab hari2 dukung Adrianna. Kami tiada pilihan. Kalau dah 2-2 tidur masa nak hantar ke rumah babysitter di tingkat 4 pada setiap pagi... Oh ya, Aleesya juga sudah pandai menyebut "nannanen"... yg saya kira bermaksud "nak nenen"...

4 comments:

su said...

geramnye tgk aleesya nih....rase nak cubit2 pipi dia tau!

mama ariq said...

mak aihh........... semangat kemain si aleesya ni mkn biskut....hehehhe,
tembam nya la hai si aleesya ni.... geram jerrr nak gigit2 rsnya....hehhehe

sya said...

ainul..
tau tak..
berat aleesya dah kalahkan darwisy..
huwaaaaa!!
tapi, aku geram betul la dengan pipi aleesya tu.. harap2 dapat jumpa dia macam tu... hehehe

* ainul AB * said...

su: hehe... dia mmg suka org gomol2 dia.

mama ariq: Aleesya mmg kuat mkn skrg... mlm tadi mkn nestum beras 3/4 cawan + bf sejurus slps itu.

sya: ooo ye ke... tp abg darwisy pun nampak chubby jugak sya.