My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, February 8, 2011

'Ubat' Senggugut

Cantikla bunga ni. Inilah bunga Evening Primrose. Extract dari bunga dan bijinya dijadikan Evening Primose Oil (EPO) yg digunakan sebagai herba untuk 'merawat' pelbagai jenis penyakit berkaitan kulit, sakit berkaitan kewanitaan, kesihatan dalaman dan sebagainya.

Masa mula2 kena period dulu, saya selalu kena senggugut. Sakitnya tak terkata. Mengerekot atas katil. Terketar2. Ingat lagi masa kat sekolah bila tiba2 saya didatangi period pain. Masa tu, saya dan rakan sekelas baru nak masuk makmal sains. Tiba2 kena contraction yg sangat kuat hingga saya tak mampu berdiri. Lastnya terduduk di tepi longkang sementara menunggu untuk masuk ke makmal. Mengerekotlah di situ :-P

Kalau di rumah, katillah tempat terbaik untuk mengerekot-kan diri. Ia selalunya terjadi pada hari kedua dan ketiga time heavy. Bila dah masuk hari ke-4 tu dah kurang sikit especially bila dah keluar ketulan darah yg paling besar, macam anak tikus pun ada. Tapi bila dah keluar blood clot tu, memang akan rasa lega sangat. Terus hilang pain.

Kalau ada yg rasa annoying masa baca ni sorry ye. Just nak share experience je.

Perkara ni berterusan masa saya masuk ke universiti. Kalau the 2nd/3rd day tu jatuh on weekends, ok la sebab boleh rest kat rumah tapi kalau kena on weekdays time kelas, memang confirm tak boleh fokus. Saya ingat lagi masa saya praktikal di RapidKL, saya terketar2 di dalam pejabat. Tambahan pula bilik ber-aircond. Lagila worse. Lastnya dengan kebenaran supervisor, saya balik.

Kalau kena je senggugut tu (tahap paling dah tak tahan), saya amat perlukan paracetamol dan air suam. Lepas tu, darah akan keluar macam air terjun, Alhamdulillah lega. Tapi ramai orang cakap, tak elokla kalau tiap2 bulan saya makan paracetamol masa period. Tak bagus untuk vagina. Orang cakap kalau period pain teruk2 susah nak dapat anak. Tapi saya tak pasti akan kesahihannya.

Disebabkan itu, saya semacam takut nak makan paracetamol kalau kena period pain. Setelah bertahun2 menanggung 'derita', saya cuba memikirkan alternatif lain mengatasi masalah tu. Selain dari minum air yg banyak, tak minum air bikarbonat, teh, kopi dan ais semasa period, saya juga cuba makan jamu.

Berbotol2 jamu jugaklah saya makan. Brand Puteri Binari, Mustika Ratu, Martha Tilaar... tapi tak jalan. Takde pengurangan langsung. Satu hari tu saya terbaca dalam suratkhabar tentang EPO dan khasiat2nya yg mana ia sangat bagus untuk sindrom PMS. Kemudian saya buat research sikit di internet di website yg reliable. Lepas tu saya terus ke farmasi dan beli sebotol EPO.

Apa yg saya amalkan, kalau yg 500mg, makan 2 kali sehari. Kalau yg 1000mg ambil sekali sehari je. Tiap kali period, saya akan berhenti makan. Bila habis period, saya sambung balik. EPO kaya dengan vitamin E. Good for skin too. Saiz gel nya gedabak, so kena prepare air banyak sikit. Alhamdulillah selepas sebulan saya makan, next period tu dengan izin Allah, memang langsung tak sakit. Amazing! Sejak tu even saya on and off makan EPO, tetap tak sakit dah tiap kali period. Except kalau dah lama sangat tak makan, baru akan rasa sakit sikit. Sikit je la, tak teruk.


Ada banyak brand di pasaran. Semuanya sama je. Its just the matter of brand. Saya tak kisah brand apa asalkan murah. Tapi brand tu yg ada 'nama' la. Jangan la tetiba beli cap ayam pulak. Janji ada kelulusan KKM, ok la tu. So far, yg saya pernah beli brand Kordel's, Blackmores, Cosway dan ada a few lagi.

EPO ni actually 'jamu' orang putih. EPO bukan sejenis ubat. Can be considered as a supplement. Saya dah try sendiri since 7 years ago dan dah alami sendiri keberkesanannya. Kalau ada kawan2 yg masih kena period pain, try this! InsyaAllah berkesan. Just sharing *(^_^)*

12 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

Hari2 aishah makan sekarang ni. wah..bloglist families ada anak beranak aku je ke? ha..ha..

* ainul AB * said...

ok la tu... so how Aishah?


ater... dah family kome aje yg berblogging :-P

Hanis Azla said...

EPO ni bagus utk period pain yer.. nnt boleh sarankan pada rakan2 yg lain.. Salam kenal yer..

* ainul AB * said...

Askum Hanis Azla,
Selamat dtg :-) Thanks sudi singgah di sini...
Ya, bagus utk period pain, try la, InsyaAllah :-)

Poist-en Ivy said...

i just nak tanya... i recently amik EPO ni.. and my period this month lewat.. Did u experience the same masa first time amik EPO?

Unknown said...

Salam, awak boleh cuba pad herba Avail & insyaAllah boleh menghilang/ kurangkan senggugut tanpa makan ubat.Sila rujuk http://www.goavail.com/senggugut

Anonymous said...

sy pna guna pad herba Avail..langsung takde kesan kat sy lepas amik epo amatla berkesan :)

Unknown said...

boleh sya tnya berapa harganya ni,, dan d mna ada jual ubat ni

* ainul AB * said...

ctm.zainal,
So far, my period on time je every month dari 1st period lagi. Sis try mintak advise doktor ye. Kalau lambat 3-4 hari still ok lagi :-)

* ainul AB * said...

Team,
EPO bukan sejenis ubat, tapi supplement je. Macam mkn vitamin tu :-)
Baik utk kulit jugak sbb ianya salah 1 source of Vitamin E.

Maaf ye, jgn marah tau, just nak share info, pad herba adalah antara penyebab uterus cancer. Tu yg takut nak guna tu :-)

* ainul AB * said...

Anonymous Aug 29 2012,
Ye, share la experience sis sekali :-)

* ainul AB * said...

lily comel,
Kat farmasi ada sis, ada macam2 brand, cari je "Evening Primrose Oil", dia dlm bentuk soft gel. Compare la harga antara brand2 tu, yg mana lebih murah. Beli time sale lebih jimat :-)