My heart, my soul, my joy & my happiness!

Friday, April 29, 2011

Catatan Rasa Asterisk Boutique

Saya akui, orang lebih tertarik dengan butik yg menggunakan orang sebagai model. Orang yang cantik, menawan, menarik dan tak berkedip mata memandang. Sampai dipanggil masuk majalah.

Saya akui saya tak ada semua tu. Saya kurang cantik. Cantiklah jugak sikit kot.. hehe... (perasan kejap). Saya takde aura, saya tak photogenic apatah lagi photogediks... Kami mengharapkan sinar aura sebuah mannequin semata-mata.

Berkembangnya kami kerana kualiti material yang kami gunakan, layanan pelanggan dan kualiti jahitan. Promosi pula dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan... sampai saya pun tak kenal.

Kami bersyukur. Walau dengan kekangan masa yang hebat kerana kami ada kerja tetap, Allah swt tetap murahkan rezeki kami, dan semoga ianya akan berterusan demi anak-anak.

Pernah jugak saya cadangkan pada Mr.Husband, saya nak try menjadi model untuk butik sendiri. Saja mencuba. Tapi dia membantah.. hehe...

Elok juga, saya pun tak fully hearted pun nak posing depan camera, saje-saje je bagi idea tu. Saya segan jugak sebenarnya. Pemalu (ececehhh..) Apapun sebenarnya rezeki tu datang dari Dia kan... bukannya sebab model issue tu.

Redha je la, walaubagaimanapun dengan izinNya, bisnes tetap masuk setiap hari.

Terfikir juga, kalau order masuk terlampau banyak sangat nanti, tentu tak cukup tangan pulak sebab kami buat ni pun part time aje. Mungkin saya nak kena resign la pulak dan buat butik ni fulltime. Even sekarang pun dah tak cukup masa dan selalu mengeluh tak cukup rehat, tak cukup tidur, penat, rumah tak berkemas etc... tapi seronok sebab nampak hasilnya *(^_^)*

Allah turunkan rezeki itu setakat yg kami mampu handle je... Cantik dah perancanganNya. Cukuplah untuk anak2, kedua ibu bapa dan sekali-sekala untuk anak-anak sedare... Ada rezeki lebih, buat majlis dan jemput jiran-jiran untuk makan-makan. Alhamdulillah.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin meng-express-kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong asteriskboutique.com selama ni. Tanpa anda siapalah kami. Kami gembira kerana asteriskboutique telah berkembang dari Malaysia sehingga ke Brunei, Singapura, Australia, United Kingdom, Saudi Arabia, Amerika, India, Jerman, Jepun, dan Indonesia. Terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia walau di mana anda berada. Thanks for being with us.

Thursday, April 14, 2011

Durian Oh Durian Lagi

Kat jalan Subang Bestari ni ada sorang pakcik jual durian. Duriannya semua sedap-sedap dan tak pernah mengecewakan. Pakcik tu dah kenal dah muka-muka kami yang selalu sangat membeli durian dari dia. Ini yang terbaru, weekend lepas. Sekali beli 7 biji. Semua isi kuning. Sedapnya tak terkata... hehe...

Sebut pasal durian, saya agak pantang nampak durian apatah lagi terrrbau aroma durian. Tambah-tambah pulak bau durian yang sedap punya. Terus kecur liur.... hehe... dan secara automatik akan rasa craving sangat-sangat nak makan durian.

Sebelum operasi makan, cik Adrianna dah menunggu dah sebab dia pun hantu durian jugak, sama macam ibu dia. Mr.Husband buat dono aje pasal tak geng. Aleesya tak ambik port, sibuk main basikal.

Adrianna kena posing dulu sebelum operasi makan durian. Ibu siap suruh tunduk kasi rapat lagi dengan durian. Inilah rupe durian yang reganya RM70. Isi terbaik!

Ala, gambar tadi serius sangat. Kena paksa posing lagi sekali... kali ni ibu suruh senyum tapi macam 'senyum tak jadi' je tu... hihi...

Disebabkan ibu tak puas hati dengan 'senyum tak jadi' tu, so ibu suruh Adrianna posing lagi sekali. Tapi kali ni langsung masam mencuka jadinya... haha...

Sebabnya Adrianna cakap "Ibu cepatlah, Adrianna dah lapar nak makan durian ni..." (sambil buat muka sedih tahap gaban). Terus jatuh kesian. "Oklah, oklah... kita bukak sekarang..." hehe... Aleesya makan jugak seulas... Ayah pulak, bila ibu dah siap bukak semua baru dia datang. Tak aci!

Aritu ada baca satu entri cakap pasal ghairah makan durian kat sini. Pape je la. Janji sedap *(^_^)*

Wednesday, April 13, 2011

Dengar cakap mak

Utusan pagi ni menyiarkan berita tentang "Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang". Ibu kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak meluahkan betapa dia tak berapa nak berkenan anaknya menjadi pilot. Menurut ibunya, arwah seorang pelajar yang pintar di zaman persekolahan dan semasa menuntut di UiTM. Mungkin ibunya risaukan keselamatan anaknya, takut benda-benda macam ni berlaku.

Kerisauan ibu arwah jelas berasas. Tentu kerjaya juruterbang menjadi satu igauan buruk buat ibu dan isterinya. Selalunya orang cakap "kalau dah nak meninggal, kat mana-mana pun jadi... duduk kat rumah pun boleh meninggal... kalau dah sampai ajal..."

Teringat kisah saya dulu... Cita-cita asal saya nak jadi seorang pensyarah. Saya sangat teruja dan hampir menjadikannya kenyataan.

Nak kata mak menghalang... tak juga... tapi sebenarnya ada obstacles jugaklah. Mungkin masa tak sesuai.

Semasa di tahun akhir degree, saya memperoleh keputusan yang baik. Keputusan yang melayakkan saya untuk meneruskan pengajian di peringkat masters. Teringat kata-kata Prof.Madya Dr.Azlinah  Hj. Mohamed (kami panggil DA je), "Ainul, kita buat yang terbaik.. nanti kalau thesis awak bagus, saya akan propose untuk convert terus from Masters to Phd, InsyaAllah..."

Boleh bayangkan betapa terujanya saya ketika itu! DA adalah supervisor saya.

Paperwork saya telah dihantar ke satu conference di Jepun pada tahun 2004. Rujukan thesis saya ada di library UiTM di link ni.

Lepas je habis final exam (betul-betul baru habis exam, result tak dapat lagi), saya terus 'disunting' untuk menjadi Research Assistant kepada DA. Matlamat kami masa tu nak enhance lagi current project nak bagi lebih gempak lagi dan menggunakan 'environment' yang lebih luas. Oleh kerana saya tak betul-betul grad lagi, so UiTM just bayar saya dalam Skim Khidmat Pelajar dulu. Saya dan DA sedang menyiapkan proposal untuk dihantar kepada IRPA Programme (Intensification of Research in Priority Areas). Pada masa yang sama, saya buat kerja partime di Pizza Hut Shah Alam Mall untuk duit poket. Memang penat sangat. Slim giler masa tu. DA tak tau pun saya buat kerja partime.

Setiap hari saya berkira-kira duit untuk sambung pengajian. Nasib baik makan free (staff meal), jimat. Untuk Masters, saya kena ada dalam RM2k++  untuk yuran awal dan beberapa ratus (mungkin ribu) untuk buku-buku rujukan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Difahamkan kalau nak apply loan pun, mungkin dalam semester 2 baru dapat. So, sepanjang semester pertama, saya kena tanggung sendirilah. Actually saya patut apply semua tu sebelum semester akhir lagi, di situlah silap saya.

(Sebenarnya susah untuk saya keluarkan cerita ni... tengah sebak ni....huaaa....)

Masa tu saya call mak. Saya lebih senang berbicara dengan mak dalam semua hal berbanding ayah. Mak cakap "Mak ayah takde duit... hari tu masa ijazah bolehla mak tolong.. Mak ayah nak pergi Mekah. Mak harap kamu kerja, mak ayah pun nak merasa duit gaji kamu..." Mak cakap tugas mak dan ayah tanggung saya sampai degree je, kalau nak sambung lagi, saya kena tanggung sendirilah... tapi... saya mana ada duit.

Saya tak tahulah nak cakap apa. Nak marah ke, nak sedih ke, nak memberontak ke... saya KENA FAHAM. I have to! Mak ayah penoreh getah, bukannya orang senang. Saya terdiam, tak tau nak cakap apa. Saya akhiri perbualan telefon dengan mak dengan penuh rasa sebak yang terbuku di dada. Betapa saya FRUST sangat masa tu... kalah orang frust bercinta.

Saya sampaikan berita kekecewaan itu kepada DA. Dia sehabis boleh nak membantu, sehinggakan dia sanggup nak menggaji saya menggunakan duitnya sendiri sementara menunggu kelulusan IRPA. Tapi saya menolak dengan baik. Baiknya hati DA. Dia cakap "Kalau macam tu, kita KIV dululah proposal tu..."

Kerana kekecewaan itu, saya terus apply kerja di Jobstreet.. seminggu selepas tu, saya dipanggil interview di Dagang Net. First interview dalam hidup saya... dan saya berjaya. Terus dapat kerja. Seminggu lepas tu terus masuk kerja. Berkat doa mak kot saya senang sangat-sangat dapat kerja.

Dari tahun ke tahun. Kadang-kadang bila sesekali contact, lecturer saya akan bertanya, "Ainul, bila nak sambung?". Bukan DA je, lecturer-lecturer lain pun turut bertanyakan hal yang sama. Aduhai...

Actually lepas sebulan saya kerja, saya terus bertunang. Enam bulan lepas tu, terus kahwin. Setahun kemudian dapat baby. Tumpuan saya untuk keluarga dan kerjaya. Walaupun niat nak belajar tu masih ada dalam diri masa tu, tapi lama-kelamaan ianya makin hilang.

Takpelah, saya dengar cakap mak. Mak suruh kerja. Mungkin bukan rezeki saya nak jadi lecturer. Saat ini, saya dah takde hati nak sambung belajar pun... huhu... saya dah malas. Thesis saya dah jadi sejarah. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya memang tiada kesempatan dan mungkin itulah dalihnya.

Saya percaya ada hikmahnya. Takpelah... software engineer pun actually cita-cita saya no.2. Saya redha. Tak semestinya apa kita nak tu terbaik untuk kita. Focus saya pun untuk asteriskboutique.com sekarang ni *(^_^)*

Friday, April 8, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah satu fenomena?

Petang semalam ingatkan boleh la balik awal sikit. Saya keluar dalam pukul 6.20pm (kira awal la tu, selalunya pukul 7pm). Tetiba masa simpang kat Sprint Highway nak belok ke kiri, rasa macam berat sangat stering kereta. Terdetik rasa di hati "ada yang tak kena ke?"... Riso dah teman... pastu dalam 1km kemudian, ada la mamat motor ni menegur... dia tunjuk-tunjuk kat bawah. Ish, tak boleh jadi ni... lepas tu terus berhenti kat stesen minyak kat depan. Turun-turun aje kereta, tengok2 tayar depan sebelah pemandu dah flat dah. Aduhhh...

Ateer... macammane nak buat?

Maka, dengan gagahnya, saya pun call le Mr.Husband suruh datang dengan segera. Itula tau bawak kereta aje. Nak tuko tayar tak reti... kihkihkih... Nasib baik dia ada, dibuatnya dia outstation ke, haru dibuatnya.

Lastnya pukul 8.30pm baru ambik anak kat babysitter. Dari nak awal tadi, terus jadi lambat. Dan yang memedihkan hati ini, tayar tu macam dah teruk kena lenyek, nampak gaya kena tukor baru. Adehh... dekat RM400 juga satu tayar. Saborr... saborr...

Maka pagi ini masih dengan tayar spare le ke office. So bawak pun kena la slow and steady mentara nak tunggu esok, baru ada masa nak pergi cari tayar baru. Dengan gaya slow and steady tu, HotFM sangat-sangat membantu sebabbbb pagi ni artis undangannya si Usop Wilca tu. Best! Best!

Itula nak cerita kat sini, betapa bagi saya, Mr.Husband, Adrianna dan Aleesya... filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dah jadi satu fenomena! Terutama sekali watak Usop Wilca tu. Review cerita ni ada di sini. Masa filem ni mula-mula keluar dulu, saya dok ingat cerita ni merapu. Mesti mengarut! Lepas tu dengar-dengarnya box office pulak. Dalam forum-forum pun semua memuji-muji cakap filem ni best. Jadi, disebabkan rasa courious, kami pun tangkapla satu DVD (cetak rompak punya... syhhh, jangan kecoh-kecoh!). Lepas tengok, hmm... bestla. Ketawa terbahak-bahak, senak perut la jugak.

Yang uniknya, banyak skrip-skrip yang menjadi ikutan ramai, yang mencetuskan fenomena, yang orang suka ikut dengan nada-nadanya sekali... antaranya:

"Cer cite... cer cite..."
"Kite bakorr aje..."
"Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.." (Aleesya gelak kalau kami nyanyi)
"Kita datang bukan nak poco-poco... " (lebih kurangla)
"Huusinnn... huusinnn... " (nada seram)
"oooooo... soley soley..." (bestla lagu ni, tak pasal-pasal famous balik)


Kalau Aleesya  buat something wrong, sekarang ni Adrianna suka panggil "Kak Limahh...". Aleesya pun jadi takut sikitla... baru nak dengar cakap kakak. Adrianna dan Aleesya memang minat sangat filem ni. Kalau kita bukak laptop, dia sibuk nak tengok cerita kak limah (dalam youtube).

Masa Anugerah Bintang Popular hari tu, rasanya Usop Wilca yang paling best. Mulut Kak Engku dengan Shira macam bertih jagung. Johan pun buat lawak jugak. Sampai terdiam langsung Zizan, tak dapat nak mencelah agaknya. Patutla ada usul yang nakkan Usop Wilca dan Johan jadi host ABP tahun depan. "Siapa yang setuju teman bacakan nama pemenang, sila angkat tangan macam ni...". Lawak betul.

Rupa-rupanya Usop Wilca ni dulu penyanyi. Nama dia Shy8. Nama sebenarnya Syed Mohamad Asri. Boleh tahan jugak suara dia. Sedaplah didengar. Nama lagu tu Terasing Di Bumi Sendiri, produced tahun 1996 yang kemudiannya dijadikan lagu tema untuk pesakit Aids. Tadi ada dengar kat HotFM. Kalau korang nak dengar, pergi kat Youtube la ye. Lirik dan lagu ni, Shy8 tu sendiri yang cipta. Terror.

Tadi, last yang saya dengar, Shy8 ni teramat berterima kasih pada Mamat Khalid sebab panggil dia berlakon dalam cerita HKLBR tu. Disebabkan filem ni la dia jadi popular, jadi satu fenomena... Saya rasa kalau Usop Wilca ni dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular, mau kalah Shaheizy Sam. Lepas ni Mamat Khalid nak mulakan penggambaran filem "Usop Wilca, Viva From Bangladesh". Kalau tak silap, itulah tajuknya. Usop Wilca jadi hero tu. Dengor tajuk pun dah lawak...