My heart, my soul, my joy & my happiness!

Wednesday, April 13, 2011

Dengar cakap mak

Utusan pagi ni menyiarkan berita tentang "Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang". Ibu kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak meluahkan betapa dia tak berapa nak berkenan anaknya menjadi pilot. Menurut ibunya, arwah seorang pelajar yang pintar di zaman persekolahan dan semasa menuntut di UiTM. Mungkin ibunya risaukan keselamatan anaknya, takut benda-benda macam ni berlaku.

Kerisauan ibu arwah jelas berasas. Tentu kerjaya juruterbang menjadi satu igauan buruk buat ibu dan isterinya. Selalunya orang cakap "kalau dah nak meninggal, kat mana-mana pun jadi... duduk kat rumah pun boleh meninggal... kalau dah sampai ajal..."

Teringat kisah saya dulu... Cita-cita asal saya nak jadi seorang pensyarah. Saya sangat teruja dan hampir menjadikannya kenyataan.

Nak kata mak menghalang... tak juga... tapi sebenarnya ada obstacles jugaklah. Mungkin masa tak sesuai.

Semasa di tahun akhir degree, saya memperoleh keputusan yang baik. Keputusan yang melayakkan saya untuk meneruskan pengajian di peringkat masters. Teringat kata-kata Prof.Madya Dr.Azlinah  Hj. Mohamed (kami panggil DA je), "Ainul, kita buat yang terbaik.. nanti kalau thesis awak bagus, saya akan propose untuk convert terus from Masters to Phd, InsyaAllah..."

Boleh bayangkan betapa terujanya saya ketika itu! DA adalah supervisor saya.

Paperwork saya telah dihantar ke satu conference di Jepun pada tahun 2004. Rujukan thesis saya ada di library UiTM di link ni.

Lepas je habis final exam (betul-betul baru habis exam, result tak dapat lagi), saya terus 'disunting' untuk menjadi Research Assistant kepada DA. Matlamat kami masa tu nak enhance lagi current project nak bagi lebih gempak lagi dan menggunakan 'environment' yang lebih luas. Oleh kerana saya tak betul-betul grad lagi, so UiTM just bayar saya dalam Skim Khidmat Pelajar dulu. Saya dan DA sedang menyiapkan proposal untuk dihantar kepada IRPA Programme (Intensification of Research in Priority Areas). Pada masa yang sama, saya buat kerja partime di Pizza Hut Shah Alam Mall untuk duit poket. Memang penat sangat. Slim giler masa tu. DA tak tau pun saya buat kerja partime.

Setiap hari saya berkira-kira duit untuk sambung pengajian. Nasib baik makan free (staff meal), jimat. Untuk Masters, saya kena ada dalam RM2k++  untuk yuran awal dan beberapa ratus (mungkin ribu) untuk buku-buku rujukan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Difahamkan kalau nak apply loan pun, mungkin dalam semester 2 baru dapat. So, sepanjang semester pertama, saya kena tanggung sendirilah. Actually saya patut apply semua tu sebelum semester akhir lagi, di situlah silap saya.

(Sebenarnya susah untuk saya keluarkan cerita ni... tengah sebak ni....huaaa....)

Masa tu saya call mak. Saya lebih senang berbicara dengan mak dalam semua hal berbanding ayah. Mak cakap "Mak ayah takde duit... hari tu masa ijazah bolehla mak tolong.. Mak ayah nak pergi Mekah. Mak harap kamu kerja, mak ayah pun nak merasa duit gaji kamu..." Mak cakap tugas mak dan ayah tanggung saya sampai degree je, kalau nak sambung lagi, saya kena tanggung sendirilah... tapi... saya mana ada duit.

Saya tak tahulah nak cakap apa. Nak marah ke, nak sedih ke, nak memberontak ke... saya KENA FAHAM. I have to! Mak ayah penoreh getah, bukannya orang senang. Saya terdiam, tak tau nak cakap apa. Saya akhiri perbualan telefon dengan mak dengan penuh rasa sebak yang terbuku di dada. Betapa saya FRUST sangat masa tu... kalah orang frust bercinta.

Saya sampaikan berita kekecewaan itu kepada DA. Dia sehabis boleh nak membantu, sehinggakan dia sanggup nak menggaji saya menggunakan duitnya sendiri sementara menunggu kelulusan IRPA. Tapi saya menolak dengan baik. Baiknya hati DA. Dia cakap "Kalau macam tu, kita KIV dululah proposal tu..."

Kerana kekecewaan itu, saya terus apply kerja di Jobstreet.. seminggu selepas tu, saya dipanggil interview di Dagang Net. First interview dalam hidup saya... dan saya berjaya. Terus dapat kerja. Seminggu lepas tu terus masuk kerja. Berkat doa mak kot saya senang sangat-sangat dapat kerja.

Dari tahun ke tahun. Kadang-kadang bila sesekali contact, lecturer saya akan bertanya, "Ainul, bila nak sambung?". Bukan DA je, lecturer-lecturer lain pun turut bertanyakan hal yang sama. Aduhai...

Actually lepas sebulan saya kerja, saya terus bertunang. Enam bulan lepas tu, terus kahwin. Setahun kemudian dapat baby. Tumpuan saya untuk keluarga dan kerjaya. Walaupun niat nak belajar tu masih ada dalam diri masa tu, tapi lama-kelamaan ianya makin hilang.

Takpelah, saya dengar cakap mak. Mak suruh kerja. Mungkin bukan rezeki saya nak jadi lecturer. Saat ini, saya dah takde hati nak sambung belajar pun... huhu... saya dah malas. Thesis saya dah jadi sejarah. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya memang tiada kesempatan dan mungkin itulah dalihnya.

Saya percaya ada hikmahnya. Takpelah... software engineer pun actually cita-cita saya no.2. Saya redha. Tak semestinya apa kita nak tu terbaik untuk kita. Focus saya pun untuk asteriskboutique.com sekarang ni *(^_^)*

22 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

kau sebak menaip... aku dah mengalir air mata sebab kita sama2 mengalaminya. cuma nasib kau baik sikit sampai degree. aku lak tersangkut di sijil je. kau pun tahu aku bukan bodoh pun.

LilyGrynn said...

Oh, sedih pulak rasanya! Teringat zaman belajar dulu-dulu. Bapa selalu aje kata takda duit tapi bila tengok anak manjanya berjalan kaki dari kamsis ke fakulti, beliau kesian pulak. Sanggup nak dibelikan kereta satria sebiji utk memudahkan anak gi belajar. My parents pun minta saya buat apa mereka nak, walaupun mulanya memberontak tapi akhirnya akur juga. Banyak perkara berlaku tak diduga. Semua pun ada sebab musababnya.

umie said...

sedey la plak dengar cite ni...
dengar la cakap ibu kite...:-(

http://sitiumairahsaat.blogspot.com

Sofya said...

kenapa perlu bersedih.. seharusnya awak kena bangga sebab jadi anak yang solehah dgr cakap ibu bapa..

AziE said...

sebak jugak saya baca

ummiross said...

Hmm terharu jugak baca N3 ni, takpelah mungkin ada hikmahnya dengar cakap mak kan, barakahnya kita tak nampak, selamat maju jaya

sitiezahim said...

hahaha..jadi lect universiti pon tak kaya mana ainul..kalu ko lebih kepada unt buat duit, better ko keje swasta dan bisness online ko..lain la kalu ko mmg minat dlm bidang research ni..hehehe

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. walaupun perkara itu bukan perkara terbaik buat kita tapi membahagiakan hati orang tua kita adalah lebih baik lagi.. semoga terus success untuk semua bidang yg diceburi..

Hafizah Mohamad said...

Setiap perkara yang terjadi tu ada hikmahnya...(^^,)

* ainul AB * said...

Kak Ija,

Akukan kental... hehehe...

Aku terbayang-bayang form university kat Canada, UK, US tu... Kalau la kak ija pegi... kalau la kan... huhuhu...

* ainul AB * said...

LilyGrynn, ye betul tu. Kdg tu susah nak faham.. tapi anak yg baik kena ikut je la kan... hihihhi...

* ainul AB * said...

umie, kalau tak dengar karang, takut jadi benda tak elok pulak kan...

* ainul AB * said...

Sis Sofya, hihi... kalau teringat memang sedih sebab niat kite baik... tapi niat mak pun baik jugak... hihi.. thx for ur advice :-)

* ainul AB * said...

AziE, sesekali bukak kisah silam... hehe...

* ainul AB * said...

ummiross, InsyaAllah... terima kasih ye :-)

* ainul AB * said...

sitiezahim,

aku berangan2 nak jadi macam "Russel and Norvig", researcher terkenal dalam bidang Artificial Intelligence... haha... dulula :-P

Dr.Azlinah tu idola aku...

siti, mcm ko leh ikut zahim study kat Jerman, best ape... hehe... takpe siti, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian... nanti kayalah zahim :-) aku tumpang gembire.

yg penting, terjamin masa depan.. InsyaAllah...

* ainul AB * said...

HanisAzla, terima kasih atas kata2 semangat dan doa tu :-) ... aaminnn...

* ainul AB * said...

Sis Hafizah Mohamad, ye betul tu. Kerana perkataan hikmah tu sendiri dah membantu mendamaikan hati :-)

kyo_9 said...

huhu.. sedih gak citer nih.. bersyukur sedang menyambung pengajian ke peringkat masters skang.. semoga citer nih menambah semangat saya ntk berjaya di masa dpn.. thanks!

manueng said...

insaf pun ade bila baca entri ni... bukan apa, kak ainul n kak liza semua suka nak sambung blaja tapi tak mampu...sy ni pulak awal2 lg dah setkan kat kepala ni taknak sambung belajar...haih~

* ainul AB * said...

kyo_9, all the best in ur studies ya sis :-)

* ainul AB * said...

manueng, takpelah awak... itu dikira takde rezeki juga. Halangan dalam jiwa, tentu ada hikmahnya juga tu :-)