Pada satu pagi kira-kira 3 minggu lepas, hari Sabtu, saya tiba-tiba rasa sakit di bahagian bawah perut. Sakit tu makin lama makin kuat. Sama macam contraction orang nak bersalin tu. Tapi kalau contraction orang nak bersalin, ianya datang dan pergi.. tapi sakit yang saya alami tu tak henti. Saya terus terduduk, tak mampu berdiri. Anak-anak masih tidur masa tu. Sebab dah sakit sangat-sangat, Mr.Husband terus bawak pergi klinik An'Nisa, 3 minit je dari rumah. Anak-anak yang tengah tidur tu kami tinggal je kat rumah. Emergency.
Saya pernah kena macam ni dulu. Tiga minggu selepas saya lahirkan Adrianna (Disember 2006) saya kena infection di rahim, known as endometriotis. Sakitnya rasa macam dah di hujung nyawa. Darah turun tanpa henti, muka pun dah pucat lesi. Saya dibawa naik ambulan ke hospital. Itulah satu-satunya pengalaman saya naik ambulan. Saya langsung tak mampu duduk atau berdiri. Bila Mr.Husband cuba angkat, saya rasa sakit sangat3. So, terpaksalah panggil ambulan. Lepas buat procedure di UKMSC, terus ok lepas tu.
Berbalik kepada cerita tadi, masa sakit baru-baru ni, air mata dah bercucuran sebab terlalu sakit. Masa sakit nak bersalin saya tak pernah menangis pun, tapi sakit yang ni memang tak tertahan sangat rasanya. Sebab dah tak mampu nak jalan, klinik bawak wheel chair ke kereta. Mr.Husband sempat buat lawak. Dia kata "Ainul wilchar". Macam Usop Wilchar tu...
Doktor inject Pethidine painkiller kat punggung. Power punya painkiller. Lepas kena cucuk tu, rasa blurr je. Vertigo. Ada pusing-pusing sikit. Tapi dalam 5-10 minit lepas tu, sakit tu makin lama makin kurang. Lepas sakit dah kurang tu, barula saya rasa stabil dan tak resah gelisah lagi. Doktor buat ultrasound kat lower abdominal area (uterus) dan dia dapati, rahim saya membengkak sedikit. Untuk further checking, saya terus dirujuk ke KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH).
Sampai di emergency DSH, doktor pun buat ultrasound sekali lagi. Tapi kali ni rahim saya ok, tak membengkak pun. Maybe sebab dah tak rasa sakit, so dia dah back to normal. Cuma ada cyst sebesar 1cm di sebelah kiri which is normal katanya.
Lepas tu doktor cakap dia nak buat futher checking iaitu Vaginal swab dan pap smear. Saya dah berdebar-debar dah. Macammane la agaknya. Sakit ke tidak... huhu... tapi sebab nak investigate punca saya sakit tu, saya pasrah je la. Doktor suruh saya baring, kemudian dia masukkan satu alat (besi) ke vagina dan... keluarkan semula. That's it. Rasa macam doktor buat checking untuk dilation during labor tu aje. Tak sakit mana pun. Sorry ye kalau yang membaca ni rasa tak selesa, saya cuma nak share experience je
*(^_^)*
Saya diberi 2 jenis antibiotik iaitu Augmentin 625mg dan Metronidazole 400mg selama 5 hari dan beberapa ubat for muscle relaxation.
Tiga hari kemudian, DSH call saya untuk inform tentang hasil ujian sample yang diambil dari bawah tu. Hasilnya saya kena infection 2 jenis bakteria. Tapi doktor cakap saya akan OK once saya complete makan combination 2 jenis antibiotik tu... Syukur Alhamdulilah saya dah OK. Saya sebenarnya takut sangat sakit tu datang lagi... huhu... especially sebab saya dah ada history endometriotis dulu...

8 comments:
ishk ishk...take care ainul...
masa buat pap smear pakai apa pakaian?
Siti, thanks
makaji08, cuma kena tanggalkan seluar/kain
awak kena gynae pompuan ke lelaki, malu tak masa buat tuh?
awak dapat dr perempuan ke lelaki, malu tak ?
Anonymous, saya dapat doktor perempuan masa tu :-) Kebetulan doktor yg bertugas kat emergency masa tu perempuan. Kalau doktor lelaki... ishhh... maluuuuu... hihi... Masa saya bersalin 2 anak dulu, 2-2 doktor perempuan... hehe...
Nurul masa buat pap smear dulu kena dengan Dr lelaki india masyaallah malu sangat rasanya. First time nak kena bukak kain depan doktor lelaki rasa macam nak nangis, masa bersalin dulu semua doktor perempuan. Nasib baik masa tuh tak kena tanggal tudung tapi malu weiii doktor suluh benda bawah tuhhh muka Nurul merah padam nurse pompuan yang assist tuh pun gelak jer tengok Nurul macam gelabah. Dah habis wat pap smear kena lak tunjuk payudara lak coz sekali package periksa breast. Huhuhu malu tak hingat dua dua aurat besar kena tayang sekaligus kat doktor tuh. Doktor india tuh senyum jer masa pegang benda bawah tuh n suruh saya relek n cool supya benda tuh senang masuk padahal dia tak tahu aku malu nak mampus iyalah selalu pakai tudung labuh n jubah panjang tup tup kena bukak semua.
Nurul,
Hehe... malu tu... dapat saya bayangkan cemane la kalau dpt doktor lelaki. Masa saya ada ketumbuhan di bawah tulang leher dulu, doc periksa sekali breast jugak takut2 ada ketumbuhan jugak kat situ, saya jumpa pakar saraf dan doktor tu lelaki melayu. Memang segan, control muka sehabis boleh... hehe... actually doktor yg biasa saya jumpa tu doktor perempuan tapi masa tu dia terlalu busy. Saya tak boleh nak tunggu dah sebab terlalu risau, nak kena arrange appointment.. lambat... esoknya terus buat operation buang ketumbuhan dgn doktor lelaki tu... cepat dan effisien... hehe...
Post a Comment