My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, June 28, 2011

Vaginal Swab dan Pap Smear

Pada satu pagi kira-kira 3 minggu lepas, hari Sabtu, saya tiba-tiba rasa sakit di bahagian bawah perut. Sakit tu makin lama makin kuat. Sama macam contraction orang nak bersalin tu. Tapi kalau contraction orang nak bersalin, ianya datang dan pergi.. tapi sakit yang saya alami tu tak henti. Saya terus terduduk, tak mampu berdiri. Anak-anak masih tidur masa tu. Sebab dah sakit sangat-sangat, Mr.Husband terus bawak pergi klinik An'Nisa, 3 minit je dari rumah. Anak-anak yang tengah tidur tu kami tinggal je kat rumah. Emergency.

Saya pernah kena macam ni dulu. Tiga minggu selepas saya lahirkan Adrianna (Disember 2006) saya kena infection di rahim, known as endometriotis. Sakitnya rasa macam dah di hujung nyawa. Darah turun tanpa henti, muka pun dah pucat lesi. Saya dibawa naik ambulan ke hospital. Itulah satu-satunya pengalaman saya naik ambulan. Saya langsung tak mampu duduk atau berdiri. Bila Mr.Husband cuba angkat, saya rasa sakit sangat3. So, terpaksalah panggil ambulan. Lepas buat procedure di UKMSC, terus ok lepas tu.

Berbalik kepada cerita tadi, masa sakit baru-baru ni, air mata dah bercucuran sebab terlalu sakit. Masa sakit nak bersalin saya tak pernah menangis pun, tapi sakit yang ni memang tak tertahan sangat rasanya. Sebab dah tak mampu nak jalan, klinik bawak wheel chair ke kereta. Mr.Husband sempat buat lawak. Dia kata "Ainul wilchar". Macam Usop Wilchar tu...

Doktor inject Pethidine painkiller kat punggung. Power punya painkiller. Lepas kena cucuk tu, rasa blurr je. Vertigo. Ada pusing-pusing sikit. Tapi dalam 5-10 minit lepas tu, sakit tu makin lama makin kurang. Lepas sakit dah kurang tu, barula saya rasa stabil dan tak resah gelisah lagi. Doktor buat ultrasound kat lower abdominal area (uterus) dan dia dapati, rahim saya membengkak sedikit. Untuk further checking, saya terus dirujuk ke KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH).

Sampai di emergency DSH, doktor pun buat ultrasound sekali lagi. Tapi kali ni rahim saya ok, tak membengkak pun. Maybe sebab dah tak rasa sakit, so dia dah back to normal. Cuma ada cyst sebesar 1cm di sebelah kiri which is normal katanya.

Lepas tu doktor cakap dia nak buat futher checking iaitu Vaginal swab dan pap smear. Saya dah berdebar-debar dah. Macammane la agaknya. Sakit ke tidak... huhu... tapi sebab nak investigate punca saya sakit tu, saya pasrah je la. Doktor suruh saya baring, kemudian dia masukkan satu alat (besi) ke vagina dan... keluarkan semula. That's it. Rasa macam doktor buat checking untuk dilation during labor tu aje. Tak sakit mana pun. Sorry ye kalau yang membaca ni rasa tak selesa, saya cuma nak share experience je
*(^_^)*

Saya diberi 2 jenis antibiotik iaitu Augmentin 625mg dan Metronidazole 400mg selama 5 hari dan beberapa ubat for muscle relaxation.

Tiga hari kemudian, DSH call saya untuk inform tentang hasil ujian sample yang diambil dari bawah tu. Hasilnya saya kena infection 2 jenis bakteria. Tapi doktor cakap saya akan OK once saya complete makan combination 2 jenis antibiotik tu... Syukur Alhamdulilah saya dah OK. Saya sebenarnya takut sangat sakit tu datang lagi... huhu... especially sebab saya dah ada history endometriotis dulu...

13 comments:

sitiezahim said...

ishk ishk...take care ainul...

makaji08 said...

masa buat pap smear pakai apa pakaian?

* ainul AB * said...

Siti, thanks

makaji08, cuma kena tanggalkan seluar/kain

Anonymous said...

awak kena gynae pompuan ke lelaki, malu tak masa buat tuh?

Anonymous said...

awak dapat dr perempuan ke lelaki, malu tak ?

* ainul AB * said...

Anonymous, saya dapat doktor perempuan masa tu :-) Kebetulan doktor yg bertugas kat emergency masa tu perempuan. Kalau doktor lelaki... ishhh... maluuuuu... hihi... Masa saya bersalin 2 anak dulu, 2-2 doktor perempuan... hehe...

Anonymous said...

Nurul masa buat pap smear dulu kena dengan Dr lelaki india masyaallah malu sangat rasanya. First time nak kena bukak kain depan doktor lelaki rasa macam nak nangis, masa bersalin dulu semua doktor perempuan. Nasib baik masa tuh tak kena tanggal tudung tapi malu weiii doktor suluh benda bawah tuhhh muka Nurul merah padam nurse pompuan yang assist tuh pun gelak jer tengok Nurul macam gelabah. Dah habis wat pap smear kena lak tunjuk payudara lak coz sekali package periksa breast. Huhuhu malu tak hingat dua dua aurat besar kena tayang sekaligus kat doktor tuh. Doktor india tuh senyum jer masa pegang benda bawah tuh n suruh saya relek n cool supya benda tuh senang masuk padahal dia tak tahu aku malu nak mampus iyalah selalu pakai tudung labuh n jubah panjang tup tup kena bukak semua.

* ainul AB * said...

Nurul,
Hehe... malu tu... dapat saya bayangkan cemane la kalau dpt doktor lelaki. Masa saya ada ketumbuhan di bawah tulang leher dulu, doc periksa sekali breast jugak takut2 ada ketumbuhan jugak kat situ, saya jumpa pakar saraf dan doktor tu lelaki melayu. Memang segan, control muka sehabis boleh... hehe... actually doktor yg biasa saya jumpa tu doktor perempuan tapi masa tu dia terlalu busy. Saya tak boleh nak tunggu dah sebab terlalu risau, nak kena arrange appointment.. lambat... esoknya terus buat operation buang ketumbuhan dgn doktor lelaki tu... cepat dan effisien... hehe...

Anonymous said...

Boley x hubby masuk masa bt ujian pap smear..??

Anonymous said...

kenapa nurul check pap smear dan payudara dengan doktor lelaki? tak boleh ke buat appointment dgn mana2 doktor wanita di klinik atau hospital?

kata kena tunjuk payudara sebab sekali package, kenapa amik package dgn doktor lelaki? ramai je doktor wanita di klinik dan hospital kerajaan atau swasta....kalau swasta pun setakat check 2 benda tu taklah mahal sangat....

mizatul

* ainul AB * said...

Anon (January 25),
Husband tunggu dalam bilik jugak, cuma tutup curtain la, ditemani nurse.

Saudari Mizatul,
Saya percaya Nurul ada sebab. Kadang-kadang kita tak boleh nak pilih doktor (just in some cases dan kecemasan).

Terima kasih singgah blog saya :-)

Anonymous said...

ada tak sesaper pernah kena telanjang bulat masa dalam labor room? isteri sy masa bersalin di sarawak (hospital kerajaan) kena telanjang bogel...doktor pulak ramai lelaki....nurse perempuan la....

ada orang kata hospital kerajaan je macam tu

azman (perak)

* ainul AB * said...

Saudara Azman,
Saya bersalin anak ke-2 di Hospital Sg.Buloh (hospital kerajaan). Masa admited, semua patient diminta menukar pakaian iaitu buka baju sendiri dan pakai baju hospital. Dan semua pesakit kena pakai baju hospital, kecuali jika nak masuk ke bilik pembedahan. Tapi di dalam operation theater, tidaklah dibiarkan begitu saje tanpa seurat benang, nurses mesti akan tutup dengan kain. Tapi kalau dalam labour room yg biasa, mesti pakai baju. Boleh saya tau, di hospital mana tu ye isteri Encik bersalin dan bila? Terima kasih.