Tarikh : 29 Oktober 2011
Tempat : Tropicana Golf Club, Tropicana
Waktu : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Show ni disertai oleh pelajar-pelajar dari tadika Genius Aulad Kota Damansara dan Genius Aulad Bandar Sri Damansara. Actually tujuannya untuk tunjukkan kepada ibubapa apa yang telah anak-anak pelajari di sekolah. Apa yang bagusnya, sukatan pelajarannya balance antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, teacher pula sehabis baik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.
Masa kat rumah, saya tanya Adrianna... "Adrianna nak buat show apa esok?"
Dia cakap "Tak taulah, nanti ibu dan ayah tengoklah".
Dia cakap "Tak taulah, nanti ibu dan ayah tengoklah".
Bunyi skema sikit jawapan dia pakai 'dan'... hehe...
Sabar je la, dia boleh cakap "Tak tau...". Sebenarnya dia malu...
Masa mula-mula naik stage, saya dan Mr.Husband tengok Adrianna rileks habis. Tak nervous langsung. Kata orang tu, selamba badak je. Yang kelakarnya, ada budak lain yang siap cakap kat member sebelah (depan microphone pulak tu), "eh... tu papa kite..." Satu dewan dengar. Semua orang gelak. Takpelah... budak-budak lagi kan.
Mula-mula tu Adrianna and friends nyanyi lagu Negaraku. Pastu Al-Fatihah... 3-Qul, diiringi doa untuk ibubapa, pastu ada beberapa poems yang teacher diorang ajar. Kemudian, nyanyi lagu... yang saya ingat diorang buat aksi "quack quack". Lawak habis. Aleesya melompat-lompat atas kerusi sebab excited sangat tengok kakak dia atas stage.
Yang saya perhatikan, karakter anak ni tak sama bila di rumah dan di sekolah. Masa dengan kawan-kawan, saya tengok dia lebih matang di antara yang lain. Kalau kat rumah, toksah cakapla mengadanya... hehe... Teacher dia sendiri cakap yang Adrianna ni pendiam tapi agak advance berbanding yang lain. Dalam buku reading "Adam and Dina", dia selalu dapat "Good" dan "Excellent". Alhamdulillah...
Tahun 2012, ada branch baru Genius Aulad akan dibuka di Subang Bestari. Dekat je dari rumah. So, tahun depan untuk kelas 6 tahun, kami hantar Adrianna dekat sini je la.
1 comment:
aleesya pun nak quack2 juga.. aku le
Post a Comment