My heart, my soul, my joy & my happiness!

Wednesday, November 16, 2011

Hamba Harta

Semua orang materialistik. Cuma levelnya tinggi atau rendah je. Kalau level tinggi tu yang bahaya. Jadi selfish, ego, berlagak dan segala yang negatif la... Susahkan orang yang gila harta ni.

Pada saya orang materialistik ni ada 2 jenis:
1) Suka harta orang lain.. cara nak dapatkan mungkin dengan menggoda, memujuk etc...
2) Harta sendiri tak banyak, tapi nak tunjukkan pada umum yang dia memang kaya

Saya dan Mr.Husband suka nak huraikan point yang kedua tu. Kata orang, biar papa asal bergaya. Hujung bulan, berjela-jela bil surat hutang mari. Kes yang special, anak bini makan nasi putih gaul dgn garam hari-hari pun takpe, janji sang suami pakai kereta besar (mahal woo kete dia), gadget canggih yang up-to-date dan nampak 'kaya' di mata masyarakat. Yang sengsara, anak isteri. Wajarkah?

Dan yang lebih mendukacitakan, isteri dan anak-anak pantang sentuh kereta besar dan gadget2 canggih tu. Takut calar/rosak pulak. Tak ke jadi hamba harta namanya. Bila tanya bab bil, belanja anak, sekolah, tuition... ada je alasannya.

Kalau nak beli pape, kenalah bawa berbincang dulu. Harta sepencarian, kenalah share dan nikmati sama-sama. Jenguk2lah ke dapur, apa yang ada, apa yang dah habis... dah la isterinya surirumah sepenuh masa tak bergaji. Kalau takde makanan, anak-anak nak makan apa? Nafkah $ untuk isteri, dream on la. Apatah lagi nak pergi vacation... mimpilah!

Mungkin si bapa tak perasan apa yang dia lakukan tu sangat tidak disenangi oleh isteri dan anak2. Sayang sangat-sangat tau sebenarnya bila anak-anak makin 'menjauh'. Duduk serumah tapi jauh di hati. Think about the future bro! Esok bila dah tua, anak2lah aset kita.

Kepada kawan2 lelaki dan wanita... tolonglah jaga pasangan dan anak-anak anda baik-baik. Sayangi mereka. Berikan yang terbaik. Pentingkan keluarga... bukan gadget canggih atau kereta besar. Berbelanjalah ikut kemampuan supaya anda, pasangan anda dan anak-anak pun turut merasa susah senang BERSAMA-SAMA. Jangan senang sorang-sorang je!

Harta dunia... bukan boleh bawa mati pun. Nauzubillah...

5 comments:

Anonymous said...

wah ainul marah nampak. ada tuju kat sape2 ke..nak tanya pasal mnc wireless..ok tak keje situ

kamal

* ainul AB * said...

hehe... kamal, ini pesanan untuk manusia tanpa nama, untuk org yg makan cili.. so terasalah pedasnya... hihi... tapi jgn salah faham pulak, bukan utk husband aku... hehe...

MNC Wireless.. kalau ko masuk team projek smartphone ok kot... buat new apps/game untuk iPhone/iPad, BB etc. Time kje flexible. Tapi bonus tak tinggi sgt... Gaji masa nak masuk tu ko demand la sikit. Increment secara purata RM100 je setahun. Try la... hehe...

sitiezahim said...

betul aku sokong..rasanya mmg persepsi org Msia camtuh la..lebih pada materialistik, kete, umah besar..pada aku better duit yg ada pegi jenjalan ke, dapat gak rapatkan hubungan antara kuarga..kan kan hehe...

Beauty Farmasi Colour Cosmetics said...

nak tanam sekali dlm kubur..

Anonymous said...

harap anda turut sama membelanjakan harta ke jalan Allah... semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan yg menjadi hamba harta