My heart, my soul, my joy & my happiness!

Tuesday, June 16, 2009

Makan-makan


Lepas balik kerja dan ambil anak2, kami dinner kat Rasamas, Giant Kota Damansara. Ayah yg teringin. Kite ok je. Adrianna suka kemain dapat belon. Spt biasa, tunjukkan gigi bila bergambar. Yang sorang lagi mengepak2 dalam stroller. Kesian adik Aleesya tengok kami makan. Aleesya tak pandai makan lagi. Ada seorang budak yg chubby tu nak main playground... Dia suka cakap "Nak pergi Giant"... sebabnya nak pergi playground yg besar tu la. Sambil kakak main kat playground, adik pun menungguuu di dalam stroller dgn sabar dan setia. Agaknya dalam hati adik... "Saya pun nak main sama laaa!!!".

Sunday, June 14, 2009

Installing a husband

Got this from a good friend of mine, farahsalha who just get married last month... I think it's funny!!!
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend5.0 to Husband1.0 and noticed a distinct slowdown in overall system performance - particularly the flower and jewelery applications, which operated flawlessly under Boyfriend5.0.

In addition, Husband1.0 uninstalled many other valuable programs such as Romance9.5 and PersonalAttention6.5, then installed programs such as Football5.0, Snooker3.0 and Golf4.1.

Conversation8.0 no longer runs and HouseCleaning2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
- Desperate -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dear Desperate,

First keep in mind, Boyfriend5.0 is an entertainment package, while Husband1.0 is an operating system. Please enter the command "I Thought You Loved Me.exe" and try to download Tears6.2 and don't forget to install the Guilt3.0 update.

If that application works as designed, Husband1.0 should then automatically run the applications Jewelery2.0 and Flowers3.5. But remember, overuse of these application can cause Husband1.0 to default to GrumpySilence2.5, HappyHour7.0 or Beer6.1. Beer6.1 is a very bad program that will download the SnoringLoudlyBeta.

Whatever you do, DO NOT install Mother-In-Law1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources).

Also do not attempt to reinstall the Boyfriend5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Food3.0 and HotLingerie7.7.

Good Luck,
-Tech Support-

Monday, June 8, 2009

Aleesya's development

Aleesya sama seperti bayi2 berusia 9 minggu yg lain yg sudah pandai diagah, memberi respons dgn senyum, gelak dan ketawa... dan mengepak2 minta diangkat. Kepala/lehernya sudah semakin keras dan dia juga suka didukung. Badannya juga semakin hantap. Berat Aleesya yg kami timbang kelmarin sudah mencecah 6.6kg. Aleesya nak lawan kak Adrianna yg dah 20kg beratnya. Yang penting, Alhamdulillah kedua2 pertama hati kami sihat walafiat.

Thursday, June 4, 2009

Aleesya's faces

* * * Introducing... Our 2-month chubby little baby Aleesya Sumaira * * *


Dining

Dah lama tak makan pizza sejak isu boycott panas dulu. Skrg ni dah terlupa pulak bab2 boycott ni. Masa dalam pantang, semua nampak sedapppp sangat. Tengok iklan Pizza Hut kat tv, terliur2 saya!

So, aritu kitorg pergi makan pizza. Adrianna pun suka. At least, 1 solid slice tu mesti habis. Kadang2 two slices dia makan. Tambah spaghetti lagi... Kira senang hatilah tengok dia makan banyak, sbb Adrianna ni sebenarnya susah juga nak makan. Ditambah dengan keadaan restoran tu yang selesa, berhawa dingin dan bersih, baru mood makan dia bersemarak.

Aleesya pun suka keluar jalan2. Rasanyalah... sebab kalau time keluar pergi supermarket atau shopping mall ke, dia takkan tidur. Mata dia akan melilau2 pandang sana sini. Tapi masa kitorg makan pizza ni, Aleesya tidur. Bagi chance la kat ibu nak makan kann...

Kalau aku sibuk dengan Aleesya, cik abg Wan la yang akan melayan karenah Adrianna. Tolong mandikan, tolong basuh bera*, tolong pakaikan baju, tolong buat susu... "Time kasih ayah sebab tolong ibu..."

Adrianna ni kalau kita suruh senyum, dia tak pandai nak senyum. So, kitorg suruh dia tunjukkan gigi dia. Jadilah macam dalam gambar tu!

Wednesday, June 3, 2009

Aleesya Serius


Muka serius versi Aleesya Sumaira. "Bila ibu nak bagi susu ni???... huaaa... Saya dah laparrr". Aleesya pakai baju hawaii kak Adrianna.

Tuesday, June 2, 2009

Kak Adrianna

Adrianna Sofea dah jadi kakak sekarang. Sejak adik Aleesya keluar dari perut ibu, macam2 ragam kakak. Makin banyak akal! Mulutnya macam bertih jagung. Ada je soalan2 yg diajukan dan suka menyanyi. Dari lagu poprock, lagu2 melayu lama, lagu AlifBaTa, lagu2 dangdut (tok ajis la ni...), lagu kanak2 & lagu patriotik. Dia suka sgt lagu Tanya Sama Pokok & Laskar Pelangi. Kalau dengar Adrianna menyanyi lagu2 cinta, memang kelakar habis... Bayangkan dia nyanyi lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir) dgn lentok2 kepalanya. Aku & Wan pasti akan saling berpandangan dan gelak senyap2... sbb kalau Adrianna dengar, nanti dia malu dan akan berhenti menyanyi. So, biarkan je la dia layannn sorang2...
Gmbr 30/05/2009: Adrianna baru bangun tidur.

Baju warisan

Ini adalah skirt pemberian kakakku Kak Ija semasa Adrianna dilahirkan. Skirt ini pada asalnya dibeli untuk anak sulungnya Siti Aishah (13) yg kemudiannya diturunkan pula kepada anak perempuannya yg ke-3, Asyikin (9). Dulu Adrianna yg pakai, skrg ni Aleesya la pulak. Kalau mengikut saiz skirt, ia utk baby berusia 3-6 mths. Tapi cik Aleesya ni pakai ngam2 aje. Gmbr diambil pada 22/05/2009, usia Aleesya 53 hari.

Monday, June 1, 2009

Back to work

I'm back. My pc missed me a lot until the hard disk crashed. Kesian. Habis data2ku!!! I received a brand new + empty hard drive. Need to install all software, email, and get source codes of previous projects. Lucky I've backed it up in SVN. Macam staff baru la pulak.

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman baru

Hari ni, genap 2 bulan usia Aleesya Sumaira. Adrianna Sofea pula dah 2 tahun 6 bulan. Pengalaman yg aku lalui utk kelahiran ke-2 ni: Yg pertama, kali pertama overdue. Lewat 5 hari. Mengikut jangkaan doktor, sepatutnya pada 26hb tapi hanya pada 31hb Mac, baru baby nak keluar. Dan pada 26hb tu, pagi2 lagi aku dan wan tiba di Jusco Bukit Raja... ada JCard Member's Day. Dengan sarat2 tu, aku pergi shopping sakan. Punyala ramai manusia. Exercise... byk berjalan hari tu.
Yg keduanya, bersalin secara normal - vaginal birth... Antara azam aku utk tahun 2009 ni adalah nak melahirkan baby secara normal dan natural. Alhamdulillah tercapai juga hasrat tu. Walaupun doktor kat private hospital taknak terima aku, ku gagahi jua ke hospital kerajaan. Reason being, 1sy baby dulu aku kena cesar. So, utk 2nd ni, doktor2 yg cerdik pandai itu nak cesar jugak sebab tidak mahu mengambil risk of uterine rupture which is only 0.05% je. Dan aku yg agak degil ni (walaupun takut juga sebenarnya) tetap ingin mencuba secara normal MELAINKAN jika di saat2 akhir kelahiran berlaku perkara2 yg tak dapat dielakkan dan menuntut kaedah cesar utk proses kelahiran. Hakikatnya, syukur ke hadrat Illahi segala2nya berjalan lancar.
Yg ketiga, masuk hospital kerajaan. Rasanya sudah menjadi satu pemahaman di kalangan umum bahawa hospital kerajaan adalah pilihan terakhir kerana tahap servisnya yg boleh buat kita bengkerkkk. Semasa menanti kelahiran, aku tak sudah2 memanjatkan doa semoga nurse2 di Hosp. Sungai Buloh akan melayanku dengan baik. Teringat masa bersalinkan Adrianna di UKM Specialist Centre; servis memang bagus, bilik pun cantik dan luas macam hotel tapi kos dia...
Masa due date 26hb, aku ke HSB (selepas balik shopping kat JJ). Masa register tu, aku dikehendaki menandatangani satu perjanjian di mana in case mase aku sakit2 nak bersalin tu ada ramaiiii patient, ada kemungkinan aku kena duduk atas kerusi sambil menahan contraction. Mak aiii... masa tu mindaku dah di-set-kan yg aku kena terima semua yg 'ditawarkan'. Jadi, aku sign perjanjian tu dgn 'senang hati'. Tiba masa hari aku sakit nak bersalin tu, patient tak ramai sangat dan ada katil kosong, jadi tak perlulah aku duduk atas kerusi... hehe... dan Alhamdulillah, nurse2 di situ rupa2nya sangat baik, sangat helpful, sangat supportive dan sangat membantu menenangkan jiwa. Maklumlah si suami tak dibenarkan masuk. Open wad dipisahkan oleh compartment menjadi 6-bedded dgn 2 bilik air. Wad dan bilik air sgt bersih. Bolehlah kalau nak baring dalam tu. Bil RM60 sahaja. Penjimatan hebat!!!
Pengalaman2 baru tu sangat precious bagi aku.

Sunday, May 10, 2009

Aleesya lagi

Aleesya sebulan

Kak Adrianna tengah sayang adik Aleesya

Aleesya Sumaira

Nama baby baru kami - ALEESYA SUMAIRA BINTI MOHD SHAIZWAN. Ni gambar Aleesya masa umur 4 hari. Semalam kami bawa Aleesya pergi ke klinik untuk suntikan imunisasi bagi bulan pertama. Berat terkini Aleesya ialah 5.1kg. Nampaknya Aleesya nak lawan kak Adrianna. Dulu masa Adrianna sebulan, berat dia 4.6kg. Tengoklah "The history of Adrianna's weight" yg aku post 2 tahun lalu.

Aleesya Sumaira dengan Adrianna Sofea.
Rambut Aleesya ni pacak2. Sangat kuat menyusu. Sebab tu la makin tembam jadinya. Sekarang ni dagunya dah ada kembar, kata orang double-chin. Kat atas tu gambar Aleesya (14 hari) dengan kakak. Tak sempat nak update panjang2, Aleesya memanggil2 la pulak...