My heart, my soul, my joy & my happiness!

Monday, August 24, 2009

Umrah

Sekejap je masa berlalu, Ramadhan dtg lagi. Tahun lepas, aku berjaya puasa penuh. Masa tu Aleesya di dalam perut. Alhamdulillah kehamilanku tiada sickness, tak lalu makan atau sebarang masalah yg serius, cuma masalahnya aku terlalu suka makan dan semua benda nampak sedap (err... serius jugak tu!). Akibatnya, berat badanku naik 25kg+.

Puasa kali ni agak mencabar juga kerana ini kali pertama aku berpuasa dan breastfeeding. Dahaga. Tapi 2 hari berlalu dengan mudah dan tanpa rasa lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Pada 1 Ramadhan lalu, mak, ayah, kak ngah dan abg lan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bestnya (kitorg ni tak mampu lagi... hik hik). InsyaAllah satu hari nanti...

Di hadapan kaabah, ku mohon supaya mak dpt mendoakan kebahagiaan hidup kami; aku, wan, Adrianna dan Aleesya. Bahagia selama2nya. Dan ku minta jasa baik mak semoga dapat mendoakan agar Asyraf cepat sembuh seperti sediakala. Mak pun turut amat bersimpati dgn Asyraf.

2 comments:

sya said...

Alhamdulillah..
kena makan benda2 yang maintain kan susu la nih.. :P

semoga mereka semua selamat pergi dan balik... :D

* ainul AB * said...

ha ah sya, nmpk gaye mcm tu la. Mknn2 yg menmbhkan susudan menmbhkan berat badan... haha...

InsyaAllah, hrp2 semua selamat pulang kembali ke Msia.