Pertama kali saya tunjukkan gambar ni pada Adrianna, ayat pertama yg keluar "Ibu, macam huruf A la..."
"Eh.. a'ah la... hihihi..." response spontan saya.
Saya gembira selepas sebulan bersekolah, Adrianna sudah kenal huruf dan nombor walaupun ditunjukkan tanpa mengikut susunan atau secara random. Sudah menghafal doa2 sebelum makan, selepas makan, naik kenderaan dan sebelum tidur dengan baik sekali beserta translation in English. Dia juga sudah menghafal Al-Fatihah... walaupun masih perlu diperbetulkan sebutannya here and there.. dan dia juga sudah boleh baca niat untuk bersolat.
"Usolli..." habis dia baca, dengan betul pulak tu, terharunya saya :-P Bila masuk bab maksud... "Sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat kerana Allah taala"
Alamak. Salah rakaat la... hihi... macam masa saya kecik2 dulu jugak! Segera saya betulkan "Empat rakaat!" Tapi takpe, Adrianna budak baru belajar, kalau salah, ibu tunjukkan.
Lagu 'Anak nabi kita' dan '25 Rasul' sentiasa meniti di bibir. Saya pun ter-fail nak ingat betul2 nama 25 nabi mengikut susunan yang betul. Malu sendiri dengan budak 4 tahun 4 bulan ni. Dia juga sudah mampu membaca beberapa perkataan in English seperti yang diajar di sekolah... which is amat menggembirakan hati saya dan suami.
Tak sia2 kami hantar dia ke Genius Aulad.
Adrianna sangat bersemangat nak ke sekolah.. Even demam pun nak pergi jugak-jugak. Menangis2 minggu lepas bila saya kata "Adrianna kan demam, tak payah la pegi sekolah. Pergi rumah mak ye. Tidur. Rehat"
Tiap2 malam dia pasti akan buka buku dan 'study'. Yang comelnya, Aleesya pun akan turut serta. Lead by example!
Bila orang luar tanya apakah cita-citanya bila dah besar nanti, jawabnya "Adrianna nak jadi Dr.Adrianna..." jawabnya dengan penuh bersemangat even kami memang tak pernah pun ajar atau suruh dia jadi doktor. Mudah-mudahan, InsyaAllah... tapi doktor takde life la sayang...
Hehe... actually just nak share tentang perkembangan positif terbaru dari Adrianna since dia masuk sekolah ni. Alhamdulillah nampak keseimbangan ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain yang diajar di sekolah. Kalau kita sendiri yang nak ajar rasanya takut tak terajar sebab constraint masa. Tambahan pula kami sentiasa sibuk dengan Asterisk Boutique.
Tiada apa yang lebih MENGGEMBIRAKAN dan MEMBAHAGIAKAN dari mendapat zuriat yg comel, pandai, berkelakuan baik, mendengar kata dan menyayangi kita dengan setulus ikhlas hatinya.
2 comments:
Betul tu. Bila dah jadi ibu, barulah rasa macamana perasaan mak bila menjaga kita. Kalau dapat anak yang baik, bijak dan mendengar kata, memanglah suka hati rasanya. Eh, anak kita sebaya rupanya tapi Luth lahir in Sept.
Hi LilyGrynn, thx for stopping by :-)
betul tu... suka hati tengok gelagat anak2 yang sdg membesor ni...
eh, kebetulan sebaya pulak ye... boleh la geng... hehe...
Post a Comment