My heart, my soul, my joy & my happiness!

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun

Saya berada di office sewaktu terbaca satu berita ringkas yg menyatakan bahawa Jepun dilanda tsunami. Akibat rasa ingin tahu, saya browse lagi dan lagi. Saya melayari youtube untuk menonton video bencana besar tu. Memang scary. Terutama sekali apabila melihat scene di mana kereta2 sedang 'lari' menyelamatkan diri tanpa menyedari ombak tsunami mengejarnya dari tepi... bukan dari belakang tapi dari tepi. Ibarat tsunami bergerak dari utara, kereta tu bergerak dari barat ke timur... which is sepatutnya kereta tu perlu 'berlari' ke arah selatan untuk meyelamatkan diri.

Tak taulah apa jadi sebab video tu terhenti di situ.

Teringat cerita orang tua2 di kampung... Tahun 40-an dulu, mereka menyaksikan bagaimana orang lelaki tempatan telah 'dikerjakan' oleh askar2 jepun yg memasuki Tanah Melayu. Askar jepun memaksa orang lelaki meminum air sabun sampai kembung. Lepas tu dipijaknya perut lelaki2 tu. Lembik longlai dan parah akibat dibuli, didera, dihentak, ditendang, dipijak, dibelasah dan pelbagai lagi tindakan2 ganas yang tak berperikemanusiaan sehingga rakyat kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Bas2 ditahan, lelaki2 ditembak di depan mata, wanita2 diperkosa, beras dan makanan penduduk dirampas dan macam2 lagi.

Kejam!

Mak saya lahir pada tahun 1942, era perang dunia kedua disambut bunyi letusan bom dan senapang di Kampung Lasah, Sg.Siput Utara, Perak. Dalam buku sejarah ada tercatat betapa Sg.Siput Utara merupakan satu kawasan hitam, sarang tentera jepun & komunis. Bukit botak masih di situ. Seram dan penuh misteri.

Bagi generasi baru, keperitan itu tidak dirasai. Bagi mak dan arwah tok/nenek, ia satu pengalaman yg ngeri dan menghantui mereka sepanjang hayat.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka sangat membenci orang jepun.

Apabila berlaku tsunami di pantai timur laut Jepun, mereka hanya tersenyum.

Kejam atau karma? Itu semua cerita dendam lama. Perang sudah lama tamat. Bukan mereka yang membalas dendam, tapi itu takdir yang telah diaturkan oleh Allah swt. KuasaNya yang tak mampu kita lawan.

Saya melihatnya dari sudut kemanusiaan.

Badai tsunami sangat kuat. Membawa apa sahaja yang berada di laluannya. Rumah, kereta, bangunan, kapal terbang, kucing... apa sahaja... Manusia ibarat tauge. Halus, rapuh dan tak berdaya. Tumbang dengan sekali tiup je.


Betapa besarnya kekuasaan Allah.

Perdana Menteri, Naoto Kan menyatakan, Jepun sedang berhadapan krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua apabila bilangan korban akibat bencana gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun ini terus meningkat. Mangsa terbunuh dijangka melebihi 10,000 orang.

Kesian. Itu yg mampu saya simpulkan. Lepas satu... satu...

Bayangkan anda berada di tingkat 3 dan tiba2 terasa gegaran macam nak runtuh, apa perasaan anda?

Saya pernah melaluinya. Getirnya tak terkata. Sepantas kilat apa yg bermain di fikiran hanyalah suami, anak2, keluarga... bagaimanalah mereka agaknya. Ia tejadi pada Oktober 2009 sewaktu Indonesia mengalami gempa bumi dan kesannya turut dirasai di KL. Ofis Jaya One bergegar!

Lebih malang lagi bagi penduduk Jepun apabila loji nuklear Fukushima Dai-ichi bocor akibat gempa bumi tersebut dan mengakibatkan paras radiasi yang tercemar sudah melebihi paras yang dibenarkan.

Radiasi tu, giler apa! Kalau kebocoran gagal dibendung, 'perang kimia' pula bakal tercetus.

Syukurlah Agensi Metereologi Malaysia cakap, kesan radiasi tu takkan sampai ke Malaysia.

Dan yang terbaru, gunung berapi Shinmoedake (1,500 kilometer dari pusat gempa) di Pulau Kyushu pula kembali aktif.

Kalau earthquake berlaku lagi.. dan kalau loji nuklear tu meletup membebaskan radiasi nuklear... dan kalau gunung berapi tu pulak meletus dan mengeluarkan lavanya, apalah nasib penduduk Jepun?

Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.

Syukurlah rakyat Malaysia di Jepun semuanya selamat. Diharap mereka dapat cepat2 pulang ke Malaysia.

Kalau dilihat dari gambar2 ni, memang menakutkan. Selalunya kita dapat lihat visual2 macam ni dalam filem je tapi ini live dan benar2 berlaku. Source: utusan, bharian, kosmo dan pundit.

Diharapkan semoga jepun dapat pulih seperti sediakala.

8 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

teringat dengan soalan aishah "kenapa orang tak terima chin peng balik m'sia". maksud dia org tu dah tua, dah tak berdaya. aku kata sakitnya bukan sekadar terasa di hujung peluru atau pisau yg menoreh tetapi menyerap ke dlm jiwa yg menyebabkan dendam kesumat.

* ainul AB * said...

Membunuh hukumnya bunuh. Chin Peng dah membunuh beribu2 manusia dan dia masih survive. Itu dah kira beruntung dah. Ada hati nak balik Malaysia! Belum lagi dengor mbah cakap... paham2 ler nadanye... hihi...

Anonymous said...

Sgt asyik saya membaca dan terus membaca post di blog ainul this time...sgt menarik isu yg diutarakan...Tsunami,Jepun dan dendam...berkait rapat..Takdir Allah menentukan segalanya,sudah tersurat...pasti ada peristiwa dan penyebab di sebalik apa yg terjadi..tiada istilah mustahil bila itu adalah takdir Allah...kun fayakun..semua xmustahil bleh terjadi....
Thanx for sharing ainul...

* ainul AB * said...

Hi wannapunyerblog, thanks ye singgah kat blog saya :-)

Kalau dengar keperitan2 yg dilalui oleh tok nenek saya dulu, memang tentera jepun sgt kejam. Arwah atok penah menyaksikan orang kampung ditembak di depan matanya di dalam bas. Mak sy yg cerita :-[

Liza @ Adzriel AB said...

aishah kata dia ada baca pasal tok temong.. pls explore. kau lagi expert!

* ainul AB * said...

hehe... bab arwah Tok Temong kena tanya Abg Baha la, dia lagi expert... ada berkait rapat dgn pertabalan Sultan Perak, takut salah info pulak :-)

Anonymous said...

tu ah pasal...asuii, kita pn dh jd mangsa bahan kimia..

* ainul AB * said...

srikandi cinta, TQVM for stopping by :-) reaktor nuklear dia dah mula makan tuan, scary giler kan.