My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, March 17, 2011

Botol susu BPA-free

Pengharaman botol susu polikarbonat memang mengejutkan saya. News yang saya baca di Utusan kelmarin membawa saya kepada satu kajian. Lebih mengejutkan, rupa2nya botol jenama Avent yg mahal dan famous tu pun menggunakan polikarbonat dalam pembuatan botol susu mereka. Pergh.. mahal je lebih! Tak percaya? Baca kat sini.

Memetik sumber berita Utusan:
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi "Bisphenol A" (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
...pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Inilah perbezaan di antara botol Policarbonate dan Polypropylene. Botol Policarbonate colornya clear dan lutsinar manakala botol Polypropylene atau yang BPA-free, colornya keputihan atau kelapu asap sikit. Lepas ni, botol policarbonate tu bolehla bagi anak2 buat main pondok2 je.

Kalau masih ragu2 nak guna Polypropylene, untuk lebih 'selamat', pakar2 menasihatkan supaya kita menggunakan botol susu yang diperbuat dari kaca which is CONFIRM BPA-free punyer. Tapi kalau botol kaca, takut pecah la pulak kan.

Beyond my thinking bila saya buka website ni dan terjumpa botol kaca yg ada sleeve yg diperbuat dari silikon pelbagai warna. Got such thing meh? Mungkin saya agak terketinggalan keretapi tapi saya betul2 kagum dan terkejut (terkejut lagi!).

Saya browse dan browse dan akhirnya terjumpa satu website ni yang senaraikan botol2 yg bebas BPA. Alhamdulillah ada guideline dalam misi mencari botol baru.

Antara botol2 susu yang BPA-free ialah:
1) Born Free (saya tak jumpa lagi kat kedai)
2) Medela (yang famous dengan breast pump tu!)
3) Dr.Brown (yang botol kaca)
4) Gerber (famous dengan makanan untuk bayi)
5) MAM (ramai member yang suggest jenama ni sebab harganya lebih murah)

Dengan penuh berkobar2, saya dan suami terus pergi ke One Utama malam tu jugak untuk cari botol yang bebas BPA. Kami singgah di beberapa butik barangan bayi dan didapati most of the brands yang available cuma Avent, Dr.Brown, MAM dan beberapa jenama lain. Pasal dah ada bad thinking about Avent, so kitorang tak pandang langsung Avent. Eceh, berlagak je bunyinya, hehe...

Guess what? Agak mengejutkan sebab tak byk sangat choice la yang BPA free, ada dalam 3-4 jenama je. Pergi OU pun dah pukul 8.15pm, perut lapar, makan dulu... ada ler tinggal dalam sejam je nak menyopping. Ada satu baby store ni harganya agak lebih murah sedikit dari kedai2 yang lain. Lupa pulak nama kedainya, tapi kat New Wing, level 2, tak jauh dari FOS Kid, dekat dengan lif dan escalator.

Kawan2 ada suggest botol MAM. Akhirnya, kami beli botol MAM color pink yang sangat comel ni. Siap ada my favourite bunga Asterisk tu *(^_^)*

Harganya pun agak mengejutkan! (haih...terkejut lagi!) Dua botol pada harga RM63.90. Kalau brand Dr.Brown dalam RM85. Kami plan yg botol plastik ni nak letak kat rumah babysitter.

Dan... oleh kerana rasa macam tak cukup 2 botol tu je, kami pun ambik lagi 2 botol. Kali ni botol kaca. Selamat! Confirm takde BPA. Yang uniknya macam yang saya cakap tadi, ada sleeve. So kalau jatuh, silicone ni akan serap impact, so tak mudah pecah. Senang hatilah pakai botol kaca ni sebab takyah nak risau plastik nak mencair ke apa bila kita letak air panas... dan silicone sleeve ni akan bertukar warna kalau air tu panas sangat, so ada precaution supaya kita berhati2 dengan suhu air.

Harga botol kaca + silicone sleeve jenama Cherub Baby ni berharga RM132 untuk 2 botol. Haih! Tak larat nak terkejut dah.

Absorb je la.

Janji anak2 sihat dan selamat.

Semalam saya buat research lagi dan jumpa website ni yang menyenaraikan botol2 susu keluaran Avent. Tak semua botolnya kontroversi. Ada yang BPA-free jugak rupanya. Cuma kepada kawan2 saya yang guna botol Avent, please double check harap2nya botol2 anda tu yang BPA-free punya ye. Tapi kan, yang botol policarbonate tu, apsal Avent jual mahal sangat ye?

14 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

cehhhh... tinggal sorang je pun. aku ada sebijik botol kaca yg ngah bagi dulu. hafeez punyalah tu. tercekik dengor rega dia.

Anonymous said...

Salam. Kalau nak bottle BPA free yang murah, browse http://momslittleones.com/shop/

marliza said...

salam, kalau ada kawan2 yang berminat nk beli botol susu yg BPA Free brand bumble bee leh dapatkan dari saya yer...tq..

http://heavenbabyshop.blogspot.com/2010/04/wean.html

Liza @ Adzriel AB said...

botol2 lama dah kabur kira BPA free lah kot..he..he.. terjegil hubby bila sebut harga botol susu ni. rilek le bang!

* ainul AB * said...

Kak Ija,
Olorr, kita dulu mana de botol2, direct dan fresh dari 'kilang' kan... Kalau botol kabur tu lagi easily expose to pencairan plastik sebab dia dah lama, mengikut kata pakar le... riso juga bila memikiokannyer...

sitiezahim said...

giler la weh rege botol camtu..mm kat sini mmg x de botol BPA tuh..tapi harga yg botol PP tuh x de la mahal sangat, dlm 3 euro sebotol = RM12..:D

* ainul AB * said...

Siti, giler le jugak sekejap... hihi...

botol PP pun ok kan, BPA-free jugak kan.

Botol PC tu actually ok kalau tak letak air panas/air suam, cuma bila melebihi suhu bilik, botol PC akan mencair sedikit tanpa kita sedari... tapi kalau buat susu kan kena pakai air paneh... hihi...

sya said...

ainul,
sekarang ni dah banyak botol2 BPA free yang murah2...
kalau nak yang murah, cari dekat online store yang jual barang2 breastfeeding, ada macam2 jenama yang murah.... :)

siti norlaili yusof said...

kelmarin laili pun beli botol susu baru free BPA untuk khadijah. beli brand pureen. 1 botol rm8.90.. nak beli brand MAM tp kat kedai tu xde plak. so,rembat je lah 2 botol.

tapi khadijah lebih suka guna botol lama dia. botol kaca..pun free BPA. brand pureen. tp bagus sbb walaupun dah banyak kali jatuh xde pecah.. dan corak mmg comel jer.. :)

dan paling penting,anak bebas drp kimia yg berbahaya drp botol susu tu kan.. :)

* ainul AB * said...

sya,
a'ah la aku baru perasan byk online jual botol skrg ni :-) hehe...
thanks for the info.

* ainul AB * said...

Hai siti norlaili yusof,
hehe... kite pun baru je pegi Giant dan jumpa botol Pureen yg BPA-free. Kite tengok botol brand Pureen aje yg BPA-free kat Giant. Agak murah kan, beza dgn jenama2 lain :-) Kite pun dah beli 3 botol brand Pureen. Thanks for sharing ye :-)

siti norlaili yusof said...

welkam dear.. hal2 camni,harus dikongsi kan.. :)

* ainul AB * said...

tu la, kite pun nak citer gak kat blog tp tak sempat2 lagi :-)

Encik Jay Xi said...

barang2 baby/kids usha kat Manjaku, Sg. Buloh.