My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, February 19, 2009

Kenangan dulu2

18 Februari - Tiga tahun lalu, kami disandingkan pada tarikh ni di Jengka. Kenduri diadakan lebih dua bulan selepas bernikah (10 Disember 2005) iaitu selepas kedua mak dan ayahku pulang dari tanah suci. Pernikahan tersebut awal dari perancangan kerana kehendak mak dan ayahku sebelum berangkat menunaikan fardhu haji. Kini aku dalam minggu ke 35 menanti kelahiran anak kedua.

Kenduri di sebelah pihak lelaki diadakan 2 minggu kemudian iaitu pada 4 Mac 2006. Setiap tahun, kami tak celebrate pun, 18 Feb & 4 Mac dilalui sama seperti hari2 biasa, sebab 10 Disember tu lebih bermakna.

Beberapa hari selepas receptions, kami berangkat ke Kuching, 3 hari 2 malam. Kami hanya menghabiskan masa di sekitar Kuching Waterfront. Itupun sudah cukup memenatkan tapi seronok. Itulah kali pertama aku menaiki "belon". Cukup nervous tahap gaban terutama masa nak naik dengan masa nak landing. Sebenarnya, kami dapat tiket percuma dari Air Asia. Cuma bayar tax je. Oklah tu.

Dua minggu kemudian, kami pergi bercuti ke Cameron Highlands. Dekat je. Tapi yg menariknya, ia adalah hadiah perkahwinan dari boss aku masa di Dagang Net. Sab menghadiahkan penginapan 3 hari 2 malam di Strawberry Park Resort. Masa tu cuti sekolah, jadi ramailah manusia membanjiri Cameron Highlands. Setiap malam ada pasar malam sempena cuti sekolah.

Ogos 2007, kami kembali ke sana tapi kali ini ditemani seluruh ahli keluargaku. Abu Bakar's Family Day. Kami menginap di 2 buah apartment TNB. Itupun kerana ada sepupu berkerja di TNB sana, jadi dapatlah special rate, murah dan fully furnished. Adrianna pun dah 9 bulan masa tu. Belum pandai jalan jadi kenalah dukung. Masa tu berat dia dah 13kg kalau tak silap. Berganti-gantianlah aku dan wan mendukungnya. Sengal lengan ni beb!

Kenangan2 tu semua masih segar di ingatan. Macam baru je terjadi. Aku berkeinginan untuk ke Cameron Highlands lagi tapi mungkin selepas anak keduaku sudah pandai berjalan. InsyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

huhu, kitorang pun honeymoon kat cameron highland... sejukkk...

rasa2 macam nak gi lagi je tahun ni.. tengok lah kalau ada rezeki. jom kita gi sama2... :)

ummubalqis said...

ooo adrianna dh nk dpt adik ye. tahniah