My heart, my soul, my joy & my happiness!

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman baru

Hari ni, genap 2 bulan usia Aleesya Sumaira. Adrianna Sofea pula dah 2 tahun 6 bulan. Pengalaman yg aku lalui utk kelahiran ke-2 ni: Yg pertama, kali pertama overdue. Lewat 5 hari. Mengikut jangkaan doktor, sepatutnya pada 26hb tapi hanya pada 31hb Mac, baru baby nak keluar. Dan pada 26hb tu, pagi2 lagi aku dan wan tiba di Jusco Bukit Raja... ada JCard Member's Day. Dengan sarat2 tu, aku pergi shopping sakan. Punyala ramai manusia. Exercise... byk berjalan hari tu.
Yg keduanya, bersalin secara normal - vaginal birth... Antara azam aku utk tahun 2009 ni adalah nak melahirkan baby secara normal dan natural. Alhamdulillah tercapai juga hasrat tu. Walaupun doktor kat private hospital taknak terima aku, ku gagahi jua ke hospital kerajaan. Reason being, 1sy baby dulu aku kena cesar. So, utk 2nd ni, doktor2 yg cerdik pandai itu nak cesar jugak sebab tidak mahu mengambil risk of uterine rupture which is only 0.05% je. Dan aku yg agak degil ni (walaupun takut juga sebenarnya) tetap ingin mencuba secara normal MELAINKAN jika di saat2 akhir kelahiran berlaku perkara2 yg tak dapat dielakkan dan menuntut kaedah cesar utk proses kelahiran. Hakikatnya, syukur ke hadrat Illahi segala2nya berjalan lancar.
Yg ketiga, masuk hospital kerajaan. Rasanya sudah menjadi satu pemahaman di kalangan umum bahawa hospital kerajaan adalah pilihan terakhir kerana tahap servisnya yg boleh buat kita bengkerkkk. Semasa menanti kelahiran, aku tak sudah2 memanjatkan doa semoga nurse2 di Hosp. Sungai Buloh akan melayanku dengan baik. Teringat masa bersalinkan Adrianna di UKM Specialist Centre; servis memang bagus, bilik pun cantik dan luas macam hotel tapi kos dia...
Masa due date 26hb, aku ke HSB (selepas balik shopping kat JJ). Masa register tu, aku dikehendaki menandatangani satu perjanjian di mana in case mase aku sakit2 nak bersalin tu ada ramaiiii patient, ada kemungkinan aku kena duduk atas kerusi sambil menahan contraction. Mak aiii... masa tu mindaku dah di-set-kan yg aku kena terima semua yg 'ditawarkan'. Jadi, aku sign perjanjian tu dgn 'senang hati'. Tiba masa hari aku sakit nak bersalin tu, patient tak ramai sangat dan ada katil kosong, jadi tak perlulah aku duduk atas kerusi... hehe... dan Alhamdulillah, nurse2 di situ rupa2nya sangat baik, sangat helpful, sangat supportive dan sangat membantu menenangkan jiwa. Maklumlah si suami tak dibenarkan masuk. Open wad dipisahkan oleh compartment menjadi 6-bedded dgn 2 bilik air. Wad dan bilik air sgt bersih. Bolehlah kalau nak baring dalam tu. Bil RM60 sahaja. Penjimatan hebat!!!
Pengalaman2 baru tu sangat precious bagi aku.

Sunday, May 10, 2009

Aleesya lagi

Aleesya sebulan

Kak Adrianna tengah sayang adik Aleesya

Aleesya Sumaira

Nama baby baru kami - ALEESYA SUMAIRA BINTI MOHD SHAIZWAN. Ni gambar Aleesya masa umur 4 hari. Semalam kami bawa Aleesya pergi ke klinik untuk suntikan imunisasi bagi bulan pertama. Berat terkini Aleesya ialah 5.1kg. Nampaknya Aleesya nak lawan kak Adrianna. Dulu masa Adrianna sebulan, berat dia 4.6kg. Tengoklah "The history of Adrianna's weight" yg aku post 2 tahun lalu.

Aleesya Sumaira dengan Adrianna Sofea.
Rambut Aleesya ni pacak2. Sangat kuat menyusu. Sebab tu la makin tembam jadinya. Sekarang ni dagunya dah ada kembar, kata orang double-chin. Kat atas tu gambar Aleesya (14 hari) dengan kakak. Tak sempat nak update panjang2, Aleesya memanggil2 la pulak...

Wednesday, April 1, 2009

Ainul dah bersalin

Alhamdulillah, Ainul telah selamat melahirkan Baby Girl 3.05kg di Hosp. Sg Buloh - 31/03/2009 tepat pukul 8.34 pagi secara NORMAL.

Tuesday, March 24, 2009

Tunggu je la...

Pagi ni hujan lebat betul. Tu la semalam mengomel kepanasan, hari ni pula sejuk kemain, hehe... Alhamdulillah. Jalan sesak, jem sana sini, air naik. Sistem perparitan tak proper la. Itu pasal banjir kilat. Hari ni aku terlambat 45 minit sampai ofis drpd biasa tapi kerja start pukul 9, aku sampai 8.45. Biasanya pukul 8pagi dah sampai. Cuma kesian kat Mr.Wan la lambat. Dia kena masuk 8.45, confirm lambat!

Hmm, aku macam biasa... dgn penuh harapan baby keluar cepat2, tapi masih maintain lagi ni. Malam tadi round pasar malam. Beli durian, sedapnye! Aku ni kalau bab berjalan, memang no.1. Patutlah anak aku pun suka berjalan. Si Adrianna tu memang suka bab me-round especially kalau pergi shopping complex. Aku rasa anak no.2 aku ni besok pun macam tu la jugak.

Monday, March 23, 2009

Still standing

Still standing with a 'big ball' attaching to my belly...

We missed yesterday's date which is our anniversary (we declared). Looks like baby don't want to come out yet even the ibu is soooooo impatient to set her belly free. No wonder when come to this age of fetus, most ibu-ibu think that they're going to pregnant forever.

This 2-3 days weather really irritating, very hot and sweaty. We need 2-horsepower aircond at the living hall. Reason to be, it's because yesterday we had set up a single bed and a baby cot (adrianna's used to be) at the living area. I'll lay there for a period of time, therefore no need to go up and down for meal, shower, nap and etc.

Contractions come and go several times last night, thought that it's going to be happen this morning... perhaps today??? I don't know... but the instinct says "yes" (tapi since last week lagi dah... hahaha). Just wait and see. Hope everything will be fine, InsyaAllah. Thanks to all my dear families and friends who pray the best for me and baby.

Thursday, March 19, 2009

Sisterhood Award

This is my first time receiving an award from a blogger, a friend of mine named Sya. She is my ex-classmate at UiTM Arau, in year 1999-2001. Thanks a lot Sya for the "Sisterhood Award".

Now, I would like to dedicate this award to my female friends who are also bloggers (sikitnya yg jadi blogger):
1) Wardah : ex-classmate at high school (1994)
2) June : ex-classmate at UiTM Arau (1999)
3) Eey : ex-housemate at Pandan Jaya (2005)
4) Bedah : ex-classmate at UiTM Shah Alam (2001)
5) Kak Zai : chef; ex-officemate at Dagang Net (2005)

Week 39

I am in week 39 now. I am recently decreased in weight which doctor stated as an early sign of labor. To note, I have 'shrank' from 83kg to 81.7kg. Not sure how much baby has put weight but for sure, am feel tremendously 'heavier' from time to time especially at tummy area, which caused me to have 3 days MC from last Monday to Wednesday because of low back pain.

Honestly, I can't wait... sooner is better!!!

And today... with a strong heart, body and soul, I managed to come to the office... and update this blog *(^_^)*

Friday, March 13, 2009

True Colors of Life

What would life have been like without colour?

Aku suka warna putih, kuning air, warna2 pastel. Lembut. Memberikan ketenangan... tapi sekali sekala diselitkan juga warna2 garang dan gelap seperti merah, coklat dan biru tua. Setiap warna2 ni ada maksud yg tersendiri. Aku tak arif untuk menghuraikan maksud setiap warna2 yg ada. Cuma kalau ikutkan "true colors of life", kehidupan kita ni ada macam2 warna; adakala suka, adakala duka.

Hari ni aku tak gembira.

Hari ini aku merasa SANGAT-SANGAT penat; penat kerja, penat badan, penat mata, penat hati...

Aku rasa nak tidur je kat ofis ni, tapi nanti apa pulak kata boss... huhuhu...

Thursday, March 12, 2009

Ala 60-an

Alkisah, cik Adrianna Sofea bergaya dengan kaca mata barbie nya yg berwarna ungu... Aku tengok kelakar pun ada, macam ala-ala zaman 60an dulu, kih kih kih...

Ibu: "Adrianna naik basikal nak pergi mana?"
Adrianna: "Nak jalan-jalan-jalan pergi Giant..."

Wednesday, March 11, 2009

Relaks

02 Mac - Selepas habis kenduri kendara, kami pergi bersantai di Teluk Batik. Adrianna memang tak habis2 request "nak mandi laut"... Permintaan standard dia kalau balik ke Seri Manjung. Kami ambil cuti sampai 03 Mac, jadi kesempatan yg ada dimanfaatkan sepenuhnya. Saja2 nak release tension + penat selepas kenduri. Opah, atuk, acik, nenek pun mandi sama. Aku je yg tak mandi, lepak2 dalam khemah.

Kenduri AdikPi Kahwin

Majlis resepsi diadakan pada 28hb Februari 2009 bersamaan hari jadi pengantin perempuan yang ke-25. Kedua2 mempelai memakai baju songket ungu sedondon pada hari persandingan. Seramai lebih kurang 1000 jemputan hadir untuk memeriahkan majlis. Mengikut cakap orang tua2, kalau pengantin tu pernah makan dalam periuk, hujan akan turun dengan lebatnya pada hari perkahwinan, tapi Alhamdulillah cuaca baik je sepanjang hari tu. Lulus...

Raja Sehari di singgahsana ditemani dayang2.

Majlis di pihak lelaki diadakan pada keesokan harinya, 01 Mac 2009 di Hutan Melintang, kira2 satu jam perjalanan dari Seri Manjung.

Ada big baby yg tak lepas peluang bergaya pada hari bsejarah ACU-nya. Adrianna pun pakai dress ungu. Jadi penyeri majlis ala2 flower girl. Mak pengasuh Adrianna pun ada datang dari Kota Damansara. Seronok dia bila nampak 'mak' dia datang.