Alhamdulillah, selamat dah Cik Shafiatul Khabtiah dan tunangnya Muhammad Firdaus. Gambar semasa majlis akad nikah di sebuah surau di Seri Manjung pada hari Jumaat, 27hb Februari 2009, jam 9.30mlm. Visual kurang memuaskan kerana jurugambar tak pro (aku le tu!).
Selepas selesai diijabkabul, rombongan pengantin berangkat dari surau ke rumah utk jamuan makan, disusuli upacara potong kek utk meraikan birthday adikPi yg ke-25. Inilah keknya yg kiut-miut. Ala2 patung barbie yg didekorasi seperti seorang pengantin, memakai skirt kembang berwarna ungu+pink dan berdiri di atas podium yg dihiasi bunga-bungaan. Hasil kerja tangan seorang teman.
3 comments:
Tahniah!!
Siapa yang nikahkan? Wan ke?
kek tu kak zai buat kan??
Hi Eza, ha ah, kak zai yg buat... sedap tau!!!
Post a Comment