My heart, my soul, my joy & my happiness!

Thursday, December 24, 2009

Aleesya Stands

Last night mencipta sejarah baru buat Aleesya. For the 1st time in her life, dia telah berjaya bangun dan berdiri setelah berpaut pada sofa di ruang tamu tanpa bantuan sesiapapun. Sempatla saya snap gambar. Tapi tak upload lagi. Ibunya pula yg excited. Yeay yeay... Now at 8mths 3weeks, Aleesya belum boleh merangkak cuma dah memaut2 dan memanjat2. Duduk dah steady. Maybe sebab ada sistem sokongan yg lebih (lemak2) di bahagian pinggul Aleesya. Tak sabar nak tengok Aleesya bertatih dengan badan bulatnya itu *(^_^)*

Wednesday, December 23, 2009

Spot The Different

Gambar atas Adrianna Sofea:
Masa ni Adrianna 7 bln. Lahir 3.31kg. Masa 6bln 3mggu dah 10kg. Adrianna breastfed sampai umur 4 bln lebih. Lepas tu Adrianna consumed Enfalac A+ sampai umur setahun. Mula tumbuh gigi pada usia 3 bln+. Adrianna tak suka makanan yg lembik macam bubur nasi dan kuih-muih. Lepas setahun, dia minum Enfagrow sampai sekarang. Mula duduk sendiri masa 9 bln+. Berjalan pada usia 1thn 3bln. Dapat mulut dulu. Fasih bertutur pada usia 2thn 4bln. Sekarang ni dah 3thn 1bln, beratnya 23kg. Tinggi +-110cm. About 2/3 of my height dah tau!

Gambar bawah Aleesya Sumaira:
Masa ni Aleesya 8 bln. Masa lahir, berat Aleesya 3.05kg. Masa 6 bln dah 10kg. Aleesya fully breastfeeding dari lahir sampai 5 bln+, lepas tu campur dengan Enfalac A+ in case breastmilk yg saya bekalkan tak mencukupi. Mula tumbuh gigi dan boleh duduk sendiri pada usia 8 bln. Selera makan boleh tahan. Susu makan bubur nasi, biskut dan apa saja yg boleh dimamam. Skrg 8bln 3mggu, dah 12kg. Masih breastfeeding. Kaki dan mulut tak tau lagi macammana. Just wait and see.

Different baby develops differently. Orang kata Adrianna lagi debab, mata bulat dan rambut curly. Aleesya pun bulat juga tapi sepet dan rambut lurus cacak2. Kesimpulannya, dua2 tembam dan hantap sangat2, yg penting Alhamdulillah sihat walafiat *(^_^)*

Breastfeeding dan nafkah

Saya cedok dari sini. Sekadar sebagai satu ilmu untuk dikongsi bersama. Saya tertarik berkenaan perihal menyusukan anak tu. Sebab saya sedang cuba sedaya upaya untuk memberikan yang semaksimum mungkin untuk baby Aleesya, 8.5 bulan. Saya telah gagal dalam usaha breastfeed Adrianna semasa dia baby dulu. Hope kali ni utk Aleesya, boleh sampai 2 tahun. Tapi bila baca2, ada berkaitan dengan nafkah pula...

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."

Bapa wajib membiayai nafkah anaknya dengan sebab anak itu dinasabkan kepadanya melalui akad nikah yang sah. Ia juga berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Talaq yang bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya."

Al-Sheikh Mohamad Khatib Al-Sharbani dalam kitab Mughni Al-Muhtaj menghuraikan pengertian ayat di atas sebagai, "bahawa membayar upah bagi menyusukan anak itu termasuk juga sebagai kewajipan memberi nafkah kepada anaknya."

Hindun binti Uthbah datang mengadu kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut. Dia tidak memberi perbelanjaan kepadaku dan anakku kecuali setakat apa yang aku ambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Sabda Rasulullah SAW kepada Hindun: Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ooo... macam tu rupanya *(^_^)*

Monday, December 21, 2009

Awek baru

Alhamdulillah, sekarang Asterisk Boutique dah ada model. So tak payah la saya jadi model yg kelakar lagi. Kami 'terpaksa' beli head mannequin ni sebab nak bagi nampak cantik. Dan 'terpaksa' juga beli camera baru sebab nak bagi nampak LEBIH cantik. Dan inilah hasilnya. Di harap customer di Asterisk Boutique dapat menatap gambar tudung2 yg kami jual dengan lebih jelas, terang dan nyata. Kelihatan menarik dan pasti akan membuatkan anda tertarik. ecececehhh *(^_^)*

Monday, December 14, 2009

Shaizwan's 29th Birthday

It's my husband's birthday. 14th December. So, I bought a cake... his favourite football team; Manchester United. Inilah dia keknya. Cantik tak? Made by my talented friend kak Zai, can see it here.

I requested to the chef to add four jerseys at each side of the field. Written on each of it: "Wan 29", "Ainul 28", "Adrianna 3" and "Aleesya 08" which represent our ages. The base is choc cheese.

To my beloved husband Mr. Mohd Shaizwan bin Mohd Saffian,
Happy 29th birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan happy selalu. Semoga hubungan kita diberkati olehNya dan semoga kebahagiaan menjadi milik kita: ayah, ibu, adrianna dan aleesya.

Thursday, December 10, 2009

4th Anniversary

It has been 4 years (baaaru 4 tahun). Alhamdulillah, we are blessed with two chubby and adorable princesses yang dinamakan Adrianna Sofea dan Aleesya Sumaira. They are everything to us. Time goes by so fast kan! From the moment we have been dinikahkan, we hope that this relationship will last forever until the end of our breath. I still remember, we planned to get married on Feb 2006 but then suddenly my parents urged us to make it earlier as they were going to Haj. Kami saling mengenali pada tahun 2000 di UiTM MARA, Arau, Perlis semasa both of us ambil diploma. Saya ambil DIS, my husband ambil DIA. Then, kami further degree di UiTM Shah Alam. Lepas grad, kawin. Dah jodoh. Tercatatlah sejarah pada 10 Disember 2005... Gambar di atas tu gambar lama, Jun 2005 masa dating di KLCC *(^_^)* Kalau nak tengok gambar nikah ada kat sini. Gambar kawin kat sini.

Tuesday, December 8, 2009

Asterisk 1st Booth

Tak pernah bermimpi, tak pernah terfikir, dan tak pernah terlintas di fikiran. Tersengih2 saya kalau difikirkan balik. Dulu2 pernah juga la berangan nak buka butik, sebuah premis, kedai (Hmm... InsyaAllah) tapi rasanya semua orang pun berangan. Tak sangka kami managed to buka satu booth akhirnya atas nama Asterisk Boutique di Akademi Maybank pada 05hb Dis - 06hb Dis 09. Kebetulan, ada Sukan Maybank, athletes Maybank dari seluruh Malaysia berkumpul. Peluang di depan mata, tak salah mencuba. Ini sebagai satu training. Kami tak prepare apa2. Betul2 pakai apa yg ada je. Hanger tu.. stand tu pun memang dah ada kat rumah tempat kami hang baju lepas iron. Sesuai pulak jadi tempat hang tudung. Hanger tudung tu kami pakai hanger baju Adrianna & Aleesya. Pengalaman yg sangat2 baru buat kami. Hari ni, genaplah sebulan Asterisk Boutique di alam maya. Hmm... baru sebulan!!!
Adrianna dan Aleesya kami tinggalkan di rumah babysitter. Petang Sabtu tu, kami ambil mereka dan bawa ke Akademi Maybank. Inilah wajah2 boring menunggu ibu dan ayah mengemas. Yg kelakarnya, semua customer yg lalu mesti singgah sebab nak cubit2 pipi si Aleesya. Mana2 yg rasa tangan power tu, siap angkat2 dan dukung lagi. Saya letakkan dia di dalam stroller betul2 di depan booth. Adrianna berdiri di sebelah. Kami tak ada patung mannequin. So, ni la model kami *(^_^)*

Friday, December 4, 2009

Adrianna's 3rd Birthday


Pada hari raya haji yang lepas, kami sekeluarga 3 generasi (27 orang kesemuanya) berkumpul di rumah Ngah saya di Subang Permai. Memang dah niat nak celebrate Adrianna's 3rd birthday masa semua berkumpul ni, baru best. Saya tempah kek special utk Adrianna yg tersangatlah teruja melihat sang mermaid di atas coral. Cantiknya kak zai buat. Sedappp. Thanks ye. Nanti tender baru utk Aleesya's 1st birthday pulak.

Kalau dari segi interest makan, Adrianna ni byk ikut saya... suka makan kek, durian, keropok lekor, suka menghidu makanan, suka pizza, pasta, suka jalan... cuma Adrianna suka karaoke macam ayahnya. Entah apa sedap benor 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' tu sampai repeat 10 kali pun takpe. Suara ayah macam Mawi la..muahaha...(off topic jap). Okla, sejak Adrianna 3 tahun ni, Alhamdulillah dah takyah pakai diapers (siang jela), dah pandai pronounce 'F' which is sebelum ni 'F' jadi 'C', kalau 'ferry' jadi 'cherry', 'flower' jadi 'celawer'. Then Adrianna dah pandai demand nak makan apa, nak pergi mana. Cuma satu yg tak syok, dah mula pandai 'melawan'. Macam2 akal budak2 zaman sekarang. Tapi tentulah ditangani dengan segera supaya tidak berlarutan. Tu gambar ayah yg encem dan Adrianna yg sdg senyum. Hmm... senyum ke tu sayang?

Tuesday, December 1, 2009

Aleesya Montel

Aleesya sekarang ni dah mula memanjat2. Mengangkat punggung, melurus dan menongkatkan tangan di atas lantai & kneeling... posisi seperti nak merangkak tu, dan menggoyangkan-goyangkan badannya ke depan dan ke belakang berulang2 kali. Bila saya ajar bertatih, Aleesya sudah boleh memberikan response yg baik dengan berjalan sambil berpimpin tangan bersama saya. Kakinya sudah semakin kuat. Elokla tu.

Giginya dah mula tumbuh. Baru separuh di belah bawah. Baru sebatang. Itupun cukup suka menggigit. Suka menyembur2kan air liurnya. Bab ni saya tak tahan. Comot! Mungkin sebab gatal gusi kot. Aleesya juga sudah pandai duduk tapi masih belum stabil.

Suka makan. Kalau biskut Rusk tu 3 keping sekali jalan je. Tapi saya tak pernah cuba nak bagi lebih daripada tu. Tapi dia macam nak lagi je. Slowly la. Susu pula... biasanya utk Adrianna saya buat 200ml air... Aleesya ni 210ml air. Hmmm... kalah kakak dia.

Aleesya dah masuk 8 bulan. Semalam saya timbang 11.1kg. Cantik nombor. Lengan saya pun dah cantik shape nya pasal hari2 dukung Aleesya. Tapi lengan ayah lagi cantik sebab hari2 dukung Adrianna. Kami tiada pilihan. Kalau dah 2-2 tidur masa nak hantar ke rumah babysitter di tingkat 4 pada setiap pagi... Oh ya, Aleesya juga sudah pandai menyebut "nannanen"... yg saya kira bermaksud "nak nenen"...

Wednesday, November 25, 2009

Adrianna Berkemban

Seksi tak anak dara saya ni. Dengan lentok lehernya... aduhai cik adrianna sofea. Sekali tengok gambar ni macam dah besar sangat dah... mcm nak UPSR kot. Anak saya ni baru 3 tahun. Tak boleh masuk meminang lagi ye. Semua pinangan akan ditolak mentah2. Harus diberikan ilmu yg secukupnya dulu. Adrianna tak sabar nak pergi sekolah. Kalau tengok dia baca buku, tekun kemain. Sekali tengok2 buku tu terbalik daaaa...

Tudung ala-ariani

Tudung ni famous sekarang kan. Tengok org pakai nampak cantik, tapi bila sendiri pakai, nampak kelakar. Saya tak pernah memilikinya walau sehelai sehinggalah saya sendiri menceburkan diri dlm bidang bisnes tudung instant ni. Now adalah sehelai dua. Kalau kena dgn saiz yg betul, ok juga pemakaiannya. Saya pernah ke butik Ariani di Dataran Sunway Kota Damansara. Tapi harga dia mahal melantun. Sekarang ni, kalau lalu di tempat org ramai, mesti saya perati tudung dia, sama tak dengan tudung yg saya jual.. hahaha...

Tuesday, November 24, 2009

Perodua ALZA

Semalam MPV baru dari Perodua baru dilancarkan. Kami tak lepas peluang utk meninjau keadaan MPV yg dinanti-nantikan iaitu Perodua ALZA. Memang sebijik macam Toyota Passo Sette seperti yg kami pernah saksikan sebelum ni di dalam Youtube. Enjin kuasa 1.5, yg auto, ada ruang kosong di bhgn tgh antara pemandu dan penumpang. Macam boleh duduk 3 org di kerusi hadapan (ikut law tak boleh la). Handbreak di bhgn bawah (footbreak), macam Toyota Wish. Skrin meter dan speed di bahagian dashboard tgh, bukan exactly depan driver mcm yg selalu.

Kalau Passo Sette is known as 7-seater. Perodua ALZA ni samala jugak, cuma rasanya bahagian blkg sekali tu kalau orgnya kecil2, 3 org pun boleh muat. Kalau ikut standard size org kita yg tak berapa besar (mcm saya ... ececehh!), one whole cabin tu boleh muat 8 org. Seat tgh boleh laras ke dpn dan ke blkg. Seat bhgn blkg tu bila diturunkan, akan menjadi satu boot yg sgt besar. Kalau tak, bootnya kecil je, muat beg galas je rasanya. Enjin ALZA ni sama macam enjin Vios, Rush & Avanza.

Harganya murah dari Proton Exora (tapi Exora lagi besar). Kalau ikut yg saya tengok semalam yg Premium Auto punya (yg full specs), 7 tahun loan, bulan2 RM940. Kalau 9 tahun loan, RM780. Downpayment RM1500 sahaja dengar2nya (kena check balik). Jadi, kepada sesiapa yg baru beli MyVi full specs tu, rugi wooo... baik beli yg ni.

Berminat? Hmmm... minat juga tapiiii.... (sila jawab) *($_$)*

Apa yang nak diperkatakan sebenarnya nama Perodua ALZA ni:
A i n u L a Z l i n d A (lihat huruf2 bsr only) = ALZA (setuju???) ekeke...

Monday, November 23, 2009

Interior Design

When talk about color... I have to admit that I am a big fan of WHITE. Siapa2 yg pernah ke rumah saya, pasti perasan betapa kalau boleh segala inci rumah ingin saya penuhi dengan warna putih. Kalau ikut kata org seni: putih, hitam dan kelabu tu bukan warna. Sofa, perabot, meja makan, kabinet tv, bunga...etc. Cuma ada beberapa hiasan yg lain warnanya bertujuan untuk menaikkan seri. Contohnya ada feature wall, bunga2, carpet...

Tapi kegilaan saya (suami pun iye kan aje) ialah color putih, cream dan coklat muda.. khakis. Putih sebagai Main. Tapi penjagaannya perlu lebih lagi la. Dulu2 masa masih berdua, rajinla juga saya mengelap2... tapi sejak dah berempat ni betapa masa 24jam sehari tu saya rasakan tak mencukupi.

Ingat lagi betapa jenuh juga kami me-round satu KL untuk mencari perabot yg dirasakan sesuai dengan citarasa dan BUDGET. Masa tu kami menetap di Pandan Jaya. Baru2 kawin. Kami sempat menetap selama setahun je di sana. Selepas setahun iaitu betul2 semasa saya dalam tempoh berpantang, kami berpakat utk memiliki kediaman di Subang Bestari. Mungkin rezeki anak... Kami beli rumah yg dah siap + CF. Jadi, lps beli, kami terus pindah.

Proses pemindahan barang2 amat memenatkan. Serikkk la pindah rumah. Banyak rupanya barang2 dan perabot2 kami. Mula2 kami booked lori yg 3 tan sahaja. Tengok2 tak muat. So kenalah buat 2 trips. Asalnya kami ingatkan yg kami akan stay di Pandan Jaya tu sampai Adrianna sekolah rendah ke... tapi tak disangka pula tinggal setahun aje. Rumah tu kami sewa dengan RM600 sebulan + guard + covered parking + dekat sangat dgn KL. Kira murahlah. Dah la kami cat satu rumah... tapi claimed kat owner la.

Tapi walau secantik mana pun kita menghias... itu kan rumah orang. Saya ni tidaklah pandai sangat menghias. Hentam je. Ringkas. Budget!

Cuma apa yg nak diutarakan sebenarnya, kakak dan abg ipar saya menjalankan perniagaan Interior Design... InaBina Sdn. Bhd. Mereka ni selalu dpt tender PKNS utk menghias rumah2 baru, rumah contoh yg PKNS baru siapkan. Tender secara sihat tau. Baru2 ni geng Casa Impian pun kalah dengan InaBina. So, sesiapa yg berminat nak buat ID, call la no.ni 012-3953322 (Zee). She is my eldest sister.

Thursday, November 19, 2009

Asterisk Boutique

Saya ada satu kegilaan baru sekarang. Satu fenomena baru yg saya patut rasakan dari dulu, tapi hanya baru sekarang ia betul2 datang. Niat dah lama pendam, cuba implementation tu yg berat sikit. Tapi saya sudah pun mulakannya. Ya, saya baru bermula. Kawan2, silalah berikan sokongan. Saya sangat menghargainya. Jika ada kelapangan, jemputlah bertandang ke butik online saya di Asterisk Boutique.

Kepada kawan2 yg dikasihi, utk anda tentulah harga diskaun akan diberikan. Saya perlu lakukan sesuatu kerana ahli keluarga pun dah bertambah. Anak2 saya adalah permata hati saya. Saya akan sentiasa cuba untuk memberikan yg terbaik baik dari segi pemakanan, tempat tinggal, pakaian, dan macam2 lagi (tak lupa; mainan!). Saya dan suami sedang berusaha.

Diharap segala apa yg kami mulakan akan sentiasa berpanjangan, memberikan kepuasan, imbuhan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga rezeki ini mendapat keberkatan dariNya. Kita perlu lebih dan lebih lagi berdoa... "Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, anak2 kami, ibu bapa kami, adik-beradik kami, keluarga kami, rakan2 kami..." Aaaminnn...

Kami baru sahaja update tudung baru, ala-ariani yang ber-awning thai silk. Dan tudung butang belakang bersaiz L, labuh sampai ke perut. Tak percaya? Tengoklah di butik saya. Saya jadi modelnya... Anda tau saiz saya kan. Adrianna pun turut 'dipaksa'. Anak gadis saya ni memang camera-shy. Jgn tak tau, saiz muka dia dah nak sama besar dgn saiz muka saya. Tudung kanak2 memang dah tak relevan lagi utk Adrianna, ketat! Aritu saya belikan tudung org dewasa utknya, baru OK. Dia pakai utk pergi mengaji je *(^_^)*

Wednesday, November 18, 2009

Adrianna is 3 years old

Syukur ke hadrat Allah, anak gadis saya ni dah makin besar panjang (iye... panjang). Dulu masa study, kawan2 suami saya panggil dia 'Panjang'. Now, dah turun kat anak. Genetik kan. (Ok off topic kejap). Saiz muka kami dah nak sama besar dah.

Hari ni 18/11/2009, Adrianna genap 3 tahun. Kelmarin dia cakap "Adrianna nak naik kapal terbang". Sebab masa tu kami baru lalu kat Subang Airport, dia nampak kapal terbang dan kagum dengan saiznya yg sgt besar. Apa reaksi kami? "Nanti kita naik la, kita pergi jalan2 nak?". Adrianna pun mengangguk2 happy. Dalam hati "aduhh... bukan murah sayang!".

Hari sebelumnya, dia nak makan durian. Ibunya yg nak, anak jadi sandaran. Tapi surprised jugak sebab dia makan 6 ulas. Kalah ayah dia. Ibu Adrianna seperti biasa, 10 bijik pun tak cukup!!! Aleesya pulak tunggu transformasi susu ibu perisa durian, kira makan durian jugaklah.

Tu gambar masa kami pergi vacation baru2 ni, kat Padang Besar. Ayah beli topi cowboy untuk dinner treasure hunt ofis dia. Adrianna suka pulak topi tu. Yg tepi tu Atuk Ajis yg kepenatan kerana terlalu byk berjalan.

Adrianna boleh disimpulkan agak banyak ragam sejak Aleesya dilahirkan. Maklumlah, perhatian dah terbahagi 3... 2/3 utk adik, 1/3 je utk dia, sbb Aleesya masih baby, Adrianna dah pandai berdikari. Now, Adrianna dah pandai cakap kalau nak buang air kecil/besar. Tak payahlah pakai diapers lagi. Cuma pakai waktu malam semasa tidur je (Saveee duit ibu sayang!).

Bab jalan, no.1. Sampaikan bila dah abis jalan, masa on the way nak balik tu, dia akan tanya "Kita nak pergi mana ni?". Ibu jawab "Balik rumahlah"... Sepantas kilat dia cakap "Olorr taknaklah, Adrianna nak jalan". Paling dia suka; Giant. Asyik asyik "Nak pergi Giant". Sbb kat Giant Kota Damansara tu, ada playground besar.

Semoga Adrianna menjadi insan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Itulah harapan seorang ibu. Streotype. Betul, itulah harapan saya.

Tuesday, November 10, 2009

Sibuk

Actually ada banyak benda yg saya nak update tapi tak sempatlah:
(1) Open House 2009 di Aman, Subang Bestari... kejiranan kami.
(2) Aleesya admitted
(3) Vacation ke Langkawi
(4) Ayahku yg tak berapa sihat
(5) Blog baruku - Asterisk Boutique
(6) Betapa ku rindukan Nyonyok

Saya juga rindu nak melawati blog rakan2 tapiiii... tak sempat! Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Banyak tasks yg perlu saya siapkan di office ni. Banyak projek baru yg masuk, banyak movie contest baru dari Media Prima... Yg terbaru ialah Ninja Assassin dan Christmas Carol. HotFM pun nak buat contest baru utk Jawa Rangers, lagu2 tahun 80an dan 90an. Saya perlu siapkannya segera.

Saturday, October 24, 2009

Zarina's Wedding Reception

Zarina is my ex-junior masa di Sek.Men. Seri Jengka, Maran, Pahang. Kami 'berjumpa' semula di facebook selepas 10 tahun lost contact. Terkejut jugak melihatkan perubahan imejnya. Dia sekarang semakin cantik dan bergaya sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang model. Dulu2 memang lain, samala aku pun, hehe... Rupanya2 dia dah nak kahwin. Mendengarkan lokasinya di sebuah hotel bertaraf 7 bintang, tentulah kami tidak mahu lepas peluang untuk turut sama memeriahkan majlis. Majlis resepsinya berlangsung di Palace of The Golden Horses pada Jumaat malam, 16 Oktober 2009. Kami bergegas ke sana selepas waktu kerja. Pengantin memang cantik! Zarina aka Reena aka Ryna vogue betul... Bila bergambar dikelilingi oleh orang2 yg tinggi lampai begini, terasa diriku sangat rendah dan kecil molek... setuju???

Friday, October 23, 2009

Ex-Beringin 12

Bertemu semula dengan sahabat2 lama memang menyeronokkan. Lebih teruja jika kita pernah mengharungi pelbagai suka duka bersama. Pelbagai cerita ingin dikongsi apatah lagi jika sudah lama tak berjumpa. Pertemuan 4 sahabat lama di rumahku memang best.

Kami berkenalan 10 tahun yang lalu di UiTM Arau, Perlis. Asalnya kami ditempatkan di kolej kediaman yg sama bernama Beringin. Beringin adalah rumah teres setingkat yang memuatkan 12 pelajar/rumah. Kami tinggal selama 2 semester di rumah No.12 sebelum 'berpisah' ke kolej2 yg lain bermula pada semester yg ke-3 sehingga grad.

Antara keduabelas2 antara kami, hanya beberapa org sahaja yg masih keep in touch. Aku, Suhaila, Suri, Lily, Zuraida, Nurul, Norlaila dan Wahidah. Kebetulan, hanya 4 sahabat yg tinggal berdekatan iaitu aku, Suhaila, Suri dan Lily. Masing2 dah berkeluarga. Di kesempatan menyambut bulan Syawal tahun ni, kami plan untuk berkumpul di rumahku. Seronok sangat dapat berjumpa dan makan2 begini.

Wednesday, October 14, 2009

Ainul's Birthday

11th October. I rarely celebrate my birthday. Last time he bought me a cake, 2 years ago. I am a kind of shy person (ya ka?)... wont' tell anyone it's the day. In fact, my friends and I were having gathering at my home on that night but no one knows.

This is my 28th birthday. I'm getting older. Wrinkle start exposing a bit... nature. We used to plan, by the age of before 30, we should own a house... yes got it, and a new car (InsyaAllah). Perhaps a bigger one since Adrianna and Aleesya is not as 'small' as their age. Obviously.

It's just a simple celebration. Have a cake - light the candles - blow - eat it. That's it. We have this at my eldest sister's house at Subang Permai. My mom, niece and nephew were there. While my sis and bro-in-law at PPUM, bringing my father who was not feeling well (again).

It's a new delicious Secret Recipe's strawberry choc cake. Written on top:
"HAPPY BIRTHDAY IBU. FROM: AYAH, ADRIANNA & ALEESYA"

Alhamdulillah. Thanks Mr.Shaizwan for all this *(^_^)*

Tuesday, October 13, 2009

Open House 2009

Niat di hati nak buat open house tapi keadaan tak mengizinkan sebab ada baby kecil, tak larat, budget... (alasan?) tapi actually seronok kalau ramai tetamu datang ke rumah. Ahad tu, aku, Su dan Suri merancang untuk beraya ke rumah Lily. Selepas itu, semua bergerak ke rumahku pula. Jadi aku kenalah masak sikit... tapi ahad tu, lain pula jadinya.

Aktiviti hari Ahad bermula seawal pagi selepas breakfast, kami mengemas rumah dan mandikan kids. Tghari, kami pergi kenduri kawin sedara. Kemudian ke rumah kak Ngah. Selepas tu singgah sekejap di Econsave beli bahan2 masak (gila speed 10 minit shopping), dan terus balik. Dah pukul 4pm. Wan terus keluar pergi rumah kawan.

Aku dah macam chef lipas kudung. Aleesya tak henti2 memanggil (tak hingat punya lalak)... cabaran masa depan betullah! Dah dekat pukul 6pm siap. Nasib baik sempat, sebelum kawan2 husbandku sampai, ramai. Konon2nya nak masak sikit je, tengok2 nah satu kuali besar kuah spaghetti. Terhidanglah spaghetti bolognaise, pasta tuna, puding roti, nasi impit, kari ayam, roti jala, dan kek lapis sarawak.Actually aku masak spaghetti, pasta dan puding roti je. Yang lain tu aku bungkus dari rumah kakak aku... hehe... Patutnya pukul 6pm tu aku dah kena gerak ke rumah Lily tapi sbb ada ramai tetamu kat rumah, jadi tak dapatlah...

Ramai juga kawan Wan datang. Sampai lepas Maghrib. Lepas tu Su, Lily, Suri & family pula datang. Jadi penuhlah ruang tamu. Seronok. Secara tak langsung jadilah macam sebuah open house untuk tahun ini. Nanti aku update ttg pertemuan 4 sahabat lama ni - aku, Su, Lily dan Suri.

Wednesday, October 7, 2009

Aidilfitri 2009

Tahun ini, baju raya kami color biru. Baju aku, Adrianna dan Aleesya sedondon dari kain yg sama. Disebalik kisah baju2 ini, aku telah tersalah ukur saiz anak-anakku yg ternyata sangat cepat membesar. Aku ingatkan saiz tu dah cukup besar dan longgar, jadi boleh la pakai lagi untuk tahun depan tapi rupa2nya sangkaanku meleset sama sekali. Baik Adrianna mahupun Aleesya, dua2 dah ngam2 je terutama di bahagian pinggang. Harap2 sempat untuk at least raya haji nanti.

Raya pertama pada tahun ini, 20/09/2009 (nice date!) adalah birthday Atuk Aziz yg ke-?... Kami belikan Classic Cheese Cake untuk Abah. Semoga Abah panjang umur dan murah rezeki.

Pada hari raya ke-4, kami berkelah di Teluk Batik; Adrianna's special request. Mak mentua masak nasi lemak. Seperti biasa, sementara Ayah dan Adrianna mandi laut, aku dan Aleesya lepak dalam khemah. Seronok dapat lepak2 macam ni. Lupa pasal kerja! Seronoknya cuti. Pejam celik dah habis cuti 10 hari. Maka, bermulalah episod Monday bluess...

Tuesday, October 6, 2009

Aleesya Pipi Pau

Memang kena dgn gelaran. Macam pau yg dilekatkan di pipinya. Lekat 1 di pipi kanan & 1 lagi di pipi kiri. Kalau tengok drumstick dia... perhhh! Macam belon yg ditiup2, makin ditiup makin besar. Tiup lagi... Sangat suka dibuli, dicubit2 pipi, digomol2 perut & pahanya. Mengekek2lah gelak tawa cik Aleesya Sumaira. Itu gambar selepas minum susu. Ceria mesti, dah kenyang! Semalam cucuk 6 bulan. Di atas timbangan kini 10.2kg. Mari kita angkat dumbell. Agak2 boleh tahan berapa lama?

Ayah

Hampir 4 tahun lalu, sehari sebelum majlis perkahwinanku, aku keluar ke Temerloh mencari bunga telur dan kek hantaran di saat2 akhir. Sebaik pulang ke rumah, rupa2nya ayahku jatuh sakit dan dihantar ke Hospital Jengka. Aku yg terakhir tahu.

Ayah sesak nafas teramat sangat. Malam itu, ayah sangat-sangat-sangat kritikal. Mak berdoa agar ayah tidak pergi meninggalkan kami pada hari majlis resepsi perkahwinanku. Bakal pengantin pulang pada pukul 3 pagi.

Majlis berjalan dengan baik tanpa kehadiran ayah di sisi.

Ayah kemudiannya dipindahkan ke PPUM supaya lebih dekat dgn anak2. Selepas itu berulang ke IJN. Ayah telah menjalani 3 pembedahan jantung sekaligus. Dia perlu makan ubat seumur hidupnya. Ayah ceria kembali.

Tahun lalu, leher ayah ditumbuhi sesuatu. Pandangan demi pandangan telah dirujuk. Sah, ayah menghidapi kanser tiroid. Satu demi satu... radikal bebas memakan sel2 ayah. Keadaannya lemah dimamah usia dan penyakit. Enggan melepaskan ayah untuk sessi kemo. Pelbagai alternatif rawatan dicuba... tradisional, herbapathi dll, semuanya hampa.

Kelmarin, kami sibuk ke open house. Hp tertinggal di rumah. Ayahku sesak nafas lagi. Kali ini akibat sel kanser yg telah merebak ke paru2 menyebabkan kesukaran bernafas teramat sangat. Sangat2 kritikal.

Again, aku org yg terakhir tahu. Byk misscalled.

Di emergency unit, critical zone... syukur Alhamdulillah ayah beransur baik. Kami pulang jam 3 pagi. Mak temankan ayah di Hosp.Sg.Buloh. Kata ayah, sakitnya sama seperti yg dia alami hampir 4 tahun lalu.

Kebetulan, kedua2 insiden ni berlaku sebaik ayah pulang dari Tanah Suci. Pertama haji, kedua ni umrah. Dugaan ini sangat berat.

Ayahku jenis yg sangat pendiam. Kami jarang berbual tapi dia rajin melayan ngada2ku masa aku kecil. Aku yang bongsu. Mak garang.

Semoga ayah sembuh kembali. Hope miracle happen. Too much, kesian ayah tapi itu kehendakNya. Tidak dinafikan Ngah dan Abg Lan banyak menjaga ayah... Thank u very much... we love u.

Thursday, October 1, 2009

Earthquake at JayaOne

30/9, 6pm plus - I was at my cubicle in JayaOne building. Suddenly felt 'dizzy'. Ya, really though so! It's repeating. Chairs obviously shaken. That's weird. I asked my 'neighbour', he didn't feel anything, but then our CTO came over, saying that it's a light earthquake.

For the first time in my life... LIVE.

I called my husband, he was in a meeting at 38th floor, Menara Maybank. Table shaking. Meeting was called off then.

Shocked! We went home.

In news, heard that a powerful earthquake measuring 7.9 on the Richter scale struck off the coast of Padang in southern Sumatera. Poor them. Can't imagine if it happens to me at the office...

cikgu Jamilah

Hari raya adalah masa yg terbaik untuk reunion. Sebenarnya dah bertahun aku selalu menangguhkan hasrat untuk berjumpa guru kesayanganku ini. Last kami berjumpa pada 2003 semasa cikgu baru berpindah ke rumah barunya di Temerloh. Masa tu aku masih bujang dan ditemani kawan2, tetapi kunjungan kali ini ditemani suami dan anak2.

Alhamdulillah tak susah nak cari rumah cikgu. Kebetulan terletak di Lorong Aman. 'Aman' tu adalah nama type rumahku di Subang Bestari. Jadi, senanglah nak ingat lepas ni.

Kalau teringat cikgu Jamilah, aku selalu terbayang2kan senyuman manisnya itu. Paling manislah yg pernah aku jumpa, dan mesti terbayang2 masa beliau mengajar subjek Matematik kegemaranku di dalam kelas 3 Iman, SMK Jengka Pusat 2 - tahun 1996.

Antara semua guru2ku dari tadika sampai ke Universiti, cikgu Jamilah adalah guru yg tak pernah 'senyap' dan akan sentiasa reply setiap smsku walaupun hanya 2-3 kali setahun. Itupun sempena hari raya dan hari guru. Dan layanan beliau terhadap pelajarnya seperti kawan dan mesra, jadi tidaklah terasa sangat 'gap'.

Dengan kehadiran Adrianna dan Aleesya, tak semena-mena cikgu & suami naik pangkat jadi 'atuk' dan 'nenek'.

Cikgu masak nasi ayam untuk kami. Jangan tak tahu, anak teruna sulung yg tolong ibunya di dapur. Air tangan orang lama, mestilah sedap.

Cikgu Jamilah Md Ali dah jadi guru pakar biologi sekarang.

Halaman rumah cikgu memang luas betul. Tempat tumpuan ialah kolam ikan koi di depan rumahnya. Best dengar bunyi air mengalir. Tiang2 di sekeliling kolam dilitupi oleh pohon2 anggur yg menjalar. Ikan pun makan daun anggur. Adrianna suka sangat!

Cuma Adrianna agak moody dan ngada2 sikitlah... Rupa2nya dia mengantuk. Masuk kereta, terus tidur. Seronoknya... at last we met. Looking forward to see her again, InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 2009

Balik kampung

"o o o balik kampung, balik kampung..." Lagu Sudirman ni memang popular di saat umat Islam ingin pulang ke kampung untuk berhari raya. Sambil2 dalam perjalanan tu, dengar lagu2 raya. Fuhh... touching habis! Kami akan mula bercuti pada hari esok, 17/9 hingga 27/9/2009. Tak sabar rasanya hendak bercuti panjang. Tahun ini, giliran Seri Manjung, kampung halaman suamiku. Setiap tahun kami bergilir ke Jengka ataupun Seri Manjung. Adilkan. Rasanya nanti, agenda wajib ialah balik ke Bkt Gantang (rumah opah suamiku) dan ke Teluk Batik. Jadi, kepada semua rakan taulan dan saudara maraku yg dikasihi, pandu dengan cermat dan semoga kita selamat sampai ke destinasi masing2. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Jemputlah datang ke rumah.

Berbuka di Saloma

Isnin lalu, kami berbuka di Saloma Bistro and Theatre Restaurant, Jalan Ampang. Konsep mereka "Macam-Macam Rasa" memang marvellous. Juadahnya sedap2 belaka. Kambing panggang sos lada hitam, pengat durian dan cucur udangnya paling sedap. Menjadi 'igauan' hingga ke saat ini! Teringat2 tau! Ada pelbagai menu masakan melayu, antaranya sate, bubur lambuk, kuih muih, lauk-pauk, sup tulang, ikan dan kebab. Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan tarian yg lemah gemalai berkonsepkan "1 Malaysia". Ada tarian zapin, cina, india, kadazan dan macam2 lagi. Kebetulan, meja kami terletak betul2 strategik di tengah hadapan dewan dikelilingi matSalleh2 yg tak puasa. Mereka di situ untuk makan malam dan menonton persembahan. Nama je rakyat Malaysia tapi inilah kali pertama kami menonton persembahan budaya, jadi agak 'jakun' la juga macam matSalleh2 tu. "Terima kasih ayah sebab bawa ibu, Adrianna dan Aleesya cuci mata". Terasa ringan sikit kepala ni setelah penat menatap monitor sepanjang hari... Ku kira ini bukan sekadar buka puasa atau makan2 biasa tetapi inclusive satu 'vacation' dan leisure untuk rilekskan minda... Orang pegi terawih, kami tengok tarian pula! Sayang sekali kamera tinggal di rumah. Pakai handphone je. Jadi, visual agak kurang memuaskan, tenggelam dek kegelapan malam. Aleesya yg baru 5 bulan pun sudah pandai menonton persembahan. Sanggup tahan mengantuk dan demand nak berdiri. Adrianna pula bila diberitahu nak berangkat pulang, "Alaaa... taknaklah, Adrianna nak jalan", katanya. Dia enggan balik dan masih mahu berjalan2. Layan la sekejap...

Bila Adrianna berbikini

Ayat standard: "Adrianna nak mandi laut..." Ini gambar 2 minggu lepas. Seksi dan bulat. Ini adalah bikini anak kak Ina (babysitter) masa darjah 5. Anak kak Ina bersaiz kecil je. Tapi bila 2 yrs 10 mths old Adrianna pakai, sendat macam balut nangka! Pergi pun sekejap je, untuk lepaskan 'gian' Adrianna. Nak berkelah tak boleh, maklumlah bulan Ramadhan...

Ex-DIS di Restoran Pelaga

Ahad lalu, aku, Suhaila dan Cah berbuka puasa bersama2 di Restoran Pelaga. Seronok bila sesekali berjumpa, banyak perkara yg nak diceritakan. Pejam celik, dah hampir setahun kami tak bersua muka. Cuma, dek kerana asyik makan dan bersembang, terlupa nak tangkap gambar untuk kenang2an. Kami dan suami masing2 semuanya dari UiTM Arau. Kelakar pula kalau teringat zaman2 di Arau dulu, student Dip in Science. Secara peribadi, UiTM Arau banyak mematangkan aku.

Oleh kerana lokasinya yg sangat jauh dari kampung halaman, aku berpeluang pulang ke kampung hanya 2 kali sahaja. Itupun semasa cuti pertengahan semester (1 minggu) dan cuti hujung semester (1 bulan). Kalau setakat cuti hujung minggu atau 3-4 hari, memang tak berganjak la dari kampus. Perjalanan dari Kangar ke Temerloh dengan bas memakan masa lebih 10 jam, sakit pinggang dan tulang belakang. Tapi kerana itu, 'journey' untuk balik kampung itu menjadi lebih 'manis'.

Memang seronok bila dapat berkumpul macam ni, dan memang harap2 lebih ramai yg datang. Lama tak jumpa Syakira, Mc'Lin, Faziha, Sabarina, Surani dan kawan2 lain yg tinggal di sekitar lembah Klang. InsyaAllah kalau panjang umur, kita jumpa di lain masa.

Monday, September 14, 2009

Seri Jengka reunion

Setelah lebih 10 tahun tak berjumpa, akhirnya 12 September lalu kami berjaya berkumpul bersama. Kesoronokan berjumpa kawan lama tak dinafikan, memang teruja cuma agak sedih kerana sambutannya sangat hambar. Yang hadir cuma beberapa orang dari batch SPM 1998:
- Aku, suami, anak2 - Juliani - Saadatul Jannah - Roslina, suami, anak2 - Marini, suami, anak2 - Syamsidar, adik2nya - Besa (lupa la nama betul)

Aku menjadi warga Seri hanya 2 tahun tapi cukup untuk mengajar aku banyak perkara dari A sampai Z. Itulah kehidupan pertama aku di asrama, berjauhan dari keluarga dan berpisah dgn kawan2 dari sekolah lama. Manusia macam ragam, ada yg suka kita, ada yg tak suka... tapi tak kisahlah janji nawaitu kita baik. Alhamdulillah semuanya sihat, bekerjaya baik & makin cun melecun *(^_^)* walaupun dah bergelar ibu. Looking forward untuk next reunion seperti ini lagi, InsyaAllah.

Wednesday, September 9, 2009

Lesu

Beberapa hari ni, aku agak lesu. Kepalaku pening, minda kurang fokus, mata terasa berat dan mulut rasa loya teramat. Tekanan darahku menurun, 100/66. Degupan jantungku laju. Pandangaku gelap dan hampir pitam. Rambutku gugur, banyak! Doktor bagi 3 kemungkinan:
(1) Kandungan gula dalam darah yg rendah
(2) Mengandung
(3) Dehidrasi

Keputusannya, aku dehidrasi. Tahap 5%. Kalau 10% boleh menyebabkan kegagalan organ! Baca di sini.

Puasa... tak lapar tapi sangat dahaga. Aku minum banyak ketika berbuka, malam dan sahur tapi masih tidak mencukupi. Susu badan pun semakin berkurangan. Selalunya hasil pam 25oz/hari, tapi sekarang ni 20oz pun susah. Jadi terpaksa kubekalkan susu formula sebagai tambahan untuk Aleesya. Selalunya di pejabat/siang sahaja, aku pasti minum 2.5L tapi sebab sekarang puasa tak bolehlah minum.

Bagi aku, inilah puasa paling mencabar. Cooobaannn...

Friday, September 4, 2009

Emir Wahid Asyraf - IV

Kecederaan otak yg dialami oleh Asyraf sangat serius. Dia hanya mampu berbaring. Selain rawatan di hospital, Wardah dan Wahiddin turut mencuba alternatif lain. Saban minggu mereka akan ke Felda Gedangsa di Tanjung Malim utk bertemu dgn cikgu Raw yg mahir dalam merawat kanak2 yg tercedera atau berpenyakit. Melihatkan keadaan Asyraf, cikgu Raw dapat meneka yg Asyraf mungkin terhantuk kuat di bahagian dahi dan kemudian di bahagian belakang kepala secara berturut2. Tak dapat nak dibayangkan! Dgn izin Allah, keajaiban berlaku di mana sehari selepas itu, Asyraf mampu meniarap dan menelentang. Sedikit demi sedikit, Asyraf sudah mampu mengesot kembali seperti sebelum insiden itu cuma tidaklah selaju dulu. Dia memerlukan masa utk sembuh sepenuhnya. Menurut doktor, sehingga kini terdapat satu spot atau titik darah kecil di mata Asyraf menandakan kecederaan otaknya yg semakin berkurang. Semoga Asyraf cepat sembuh. Update tentang Asyraf di sini.

Thursday, September 3, 2009

Aleesya hantap


Aleesya Sumaira is 5 months now. Last night, we went to clinic for routine imunisation injection. She is surprisngly 9.4kg on scale. The graph is above the normal line. Doctor predicts that by next month, the graph would be back to normal as she may actively moving around. She is learning to slide forward. Go girl, you can do it! Aleesya needs to learn to walk quickest possible. Oh my arms.. exercising.

Doli at TTDI

Wah bestnya Doli dah buka branch di KL. Rupanya dah sebulan dibuka di sini tapi baru semalam perasan masa on the way balik kerja. Padahal, hari2 kami lalui jalan yg sama. Mungkin sebab terperangkap dalam traffic jam, so barulah mata boleh melilau2 ke kiri dan kanan sebab selalunya lancar je. Masa nampak je signboard Doli, punyalah seronok. Petang ni akan kuterjah ke sana.

Kuey teow goreng Doli ni memang menjadi favorite kami sekeluarga. Tiap kali balik ke Bkt Gantang, satu kemestian utk singgah di Doli. Kali terakhir kami ke sana pada bulan April yg lalu tapi masa tu aku masih dalam tempoh berpantang. Frustnya masa tu. Aku cuma makan nasi ayam je. Memang harap2 Doli buka branch di KL sbb tak perlulah pergi jauh2 sampai ke Taiping lagi.

Lokasinya, kalau dari KL/PJ/Sprint, ada Caltex di sebelah kiri dan kanan. Doli di sebelah kanan di antara deretan kedai. Ada lampu isyarat selepas Brunsfield, belok ke kanan.

Friday, August 28, 2009

Adrianna buncit

Adrianna Sofea excited sangat bila ibu dan ayah bagitahu yg kita nak balik kampung minggu ni. Response pertama ialah "Adrianna nak mandi laut".

Mulutnya yg seperti bertih jagung tu kdg2 agak letih juga nak dilayan. Soalannya bertalu2. Apa? Kenapa? Mana? Layan je la. Tapi satu perkara yg tak lulus2 lagi; masih pakai diapers.

Berikut adalah perbualan kami yang agak mencuit hati semalam. Masa tu, Adrianna sedang baring di atas katil.

Ibu: Adrianna malulah nampak perut, tutup sikit.
Adrianna: Hahaha... (ketawa besar) Perut adrianna buncit. Macam atuk.
Ibu: Hahaha... (sakit perut tahan gelak).
Adrianna: Perut ibu buncit?
Ibu: Takkkkkk.
Adrianna: ooo tak.
Ibu: Perut ayah?
Adrianna: Perut ayah kembang.
Ibu: Ekekekeke... (Aduh, tak tahan aku gelak terbahak2)
Adrianna: Perut Aleesya kembang.

Hai, manalah dia belajar. Observed from someone la tu. Ini gambar terbaru, 26/08/09. Hmm... betullah Adrianna dah makin buncit *(^_^)*

Tuesday, August 25, 2009

Gigit Aleesya

Rasa nak gigit je si Aleesya ni. Drumstick dia berketul2. Pipi pau tu selalu kena cubit. Kami suka 'buli' Aleesya. Dia tak pula marah malah gelak mengekek-ngekek. Rambut macam kena karen. Naturalnya begitu. Puas ku sisir supaya jatuh tetapi rambutnya tetap maintain tegak! Masalahnya, aku tak suka letak minyak rambut, nampak melekit. Tak mengapalah, cacak pun cacaklah. Kata mak ngah, "macam ainul masa baby!".

Ayah pula suka angkat Aleesya tinggi2 dan jerit "supermannn"... dan yg kelakarnya Aleesya ikut senada dengan menegakkan kaki dan tangan straight... jadilah macam superman yg sedang terbang. Adrianna pulak suka cium kepala adiknya. Kalau adik menangis semasa ibu sedang makan, dia akan cakap pada Aleesya "adik, nanti kejap ye ibu makan dulu..." Bagusnya kakak, terharu ibu!

Monday, August 24, 2009

Tragedi

Subuh Ahad lalu, sms ini kuterima dari seseorang:
k.Asmah: "Salam. Dah tau ke mak timah dah meninggal pagi ni."
Ainul: "Innalillah, tak tau pun. Mak timah sakit apa? Mak ayah saya baru berangkat ke Mekah smlm, buat umrah, tak dapat nak ziarah jenazah mak timah. Thanks bagitau."
k.Asmah: "Accident. Koma dah 3 hari."
Ainul: "Kak asmah, mak timah accident ape, naik mtr ke? Aciden katne?"
k.Asmah: "Kitorg br smpi klang ni. Acdn motor pancit kat jmbtn antara Jengka 15 & 14 ngan abah dia. Mujur ada org nmpk kalau x kena langgar dgn keta pulak. Mak dia koma pasal saraf tunjang habis rosak. Tinggal 1 saraf je ke otak yg ok. Abah dia luka kat kaki. Sedih sgt.."
Ainul: "Ye ke.Kesiannya. Dh la nk raye ni.Abah timah cmne? Kaki dia ok?"
k.Asmah: "Baru thn lps kakak dia menggal bres cancer. Mak dia baru blk dr kubor siram air ysn kt kak dia coz khmis lps wt kduri utk kak dia. Blk rmh trus g klinik nk cek drh coz mak dia pening. Odwy, mtr pncit. Abh dia plg risau psl selama ni mana g dgn mak dia. x pernah berengang. Abh dia lembik dh abih tenaga sedih. Gula & tpg wt baulu penuh dlm rmh dia. Kaki abah dia luka abih kuku t'cbut. x taula cmna pasni.."
Ainul: "Sedihnya dgr. Adik dia je la yg dok skali kan. Hrp2 kaki abah dia cpt baik. Lps ni mesti rindu bahulu & kuih bangkit mak dia."
k.Asmah: "Kami jiran yg dekat lg terasa. Tiapkali balik mak dia mesti dtg tanya khabar.. tiba2 dah takda."

TakdirNya tak mampu kita lawan. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita dikembalikan. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Salam takziah buat keluarga Fatimah Jamaluddin. Al-Fatihah...

Umrah

Sekejap je masa berlalu, Ramadhan dtg lagi. Tahun lepas, aku berjaya puasa penuh. Masa tu Aleesya di dalam perut. Alhamdulillah kehamilanku tiada sickness, tak lalu makan atau sebarang masalah yg serius, cuma masalahnya aku terlalu suka makan dan semua benda nampak sedap (err... serius jugak tu!). Akibatnya, berat badanku naik 25kg+.

Puasa kali ni agak mencabar juga kerana ini kali pertama aku berpuasa dan breastfeeding. Dahaga. Tapi 2 hari berlalu dengan mudah dan tanpa rasa lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Pada 1 Ramadhan lalu, mak, ayah, kak ngah dan abg lan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bestnya (kitorg ni tak mampu lagi... hik hik). InsyaAllah satu hari nanti...

Di hadapan kaabah, ku mohon supaya mak dpt mendoakan kebahagiaan hidup kami; aku, wan, Adrianna dan Aleesya. Bahagia selama2nya. Dan ku minta jasa baik mak semoga dapat mendoakan agar Asyraf cepat sembuh seperti sediakala. Mak pun turut amat bersimpati dgn Asyraf.

Friday, August 21, 2009

Birthday mak

20 Ogos 2009 merupakan birthday mak mertuaku yg ke52, Pn. Zobedah Zabidi, seorang pesara PDRM. Kepayahan mak dalam membesarkan anak2 seorang diri amat dikagumi. Keempat2 anaknya telah berjaya ke menara gading. Semoga mak sentiasa sihat, ceria, bahagia, murah rezeki, dilindungi oleh Allah s.w.t dan moga segala impian mak menjadi kenyataan. Diharap doa restu mak dan abah mengiringi kami selalu.

Kek utk mak tertulis "OPAH 52" ikhlas dari Adrianna dan Aleesya. Kami dah celebrate pada hujung minggu lalu kerana pada minggu ni kita sudah mula berpuasa. Kami makan besar di Medan Ikan Bakar, Teluk Muroh, Lumut. Sedapnya seafood dia (Makcik, tolonglah bukak branch kat KL ni!).

Salam Ramadhan

Kepada semua kenalan, sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara yg dirindui dan disayangi, salam ramadhan dari kami sekeluarga. Ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap. Semoga kita dilimpahi nurNya, dan semoga amalan kita diberkati oleh Allah s.w.t sepanjang masa.

Salam ukhwah:
. Mohd Shaizwan .. Ainul Azlinda .. Adrianna Sofea .. Aleesya Sumaira .

Tuesday, August 18, 2009

How it done?

I received this from my friend at Seri Jengka, Farahsalha. Miss her!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Father : I want u to marry a girl of my choice.
Son : I will choose my own bride!
Father : But the girl is Bill Gates's daughter.
Son : Well, in that case... OK!

Next Day, father approaches Bill Gates.
Father : I have a husband for your daughter.
Bill Gates : But my daughter is too young to marry!
Father : But this young man is a vice-president of the World Bank.
Bill Gates : Ah, in that case... OK!

Finally, father goes to see the president of the World Bank.
Father : I have a young man to be recommended as a vice-president.
President : But I already have more vice-presidents than I need.
Father : But this young man is Bill Gates's son-in-law.
President : Ah, in that case... OK!

Moral: That is how business is done. Even if you have nothing, you can get anything. But your attitude and approach should be positive.

Monday, August 17, 2009

Chubby Aleesya

Aleesya Sumaira dah 4 bulan setengah. Hobinya hisap jari, sekejap tgn kanan, sekejap kiri dan suka bermain dengan napkin. Aleesya sudah pandai meniarap, menelentang, memusing2 dan mengundur ke belakang. Dia sudah mula mengangkat punggungnya dan sedang belajar untuk mengesot ke hadapan.

Bila ditegur, pasti akan tersenyum ceria dan menganga2 mulutnya. Pipi dan badannya bulat, berketam2. Dagu berlapis. Hantap. Debab. Rambutnya lurus, cacak2. Semakin panjang, semakin tinggi, semakin menegak ke atas.

Sejak dilahirkan, Aleesya agak kuat menyusu. Malam pertama di hospital, aku tak tidur kerana Aleesya menyusu sepanjang malam tanpa henti. Setakat ni, Aleesya fully breastfeeding.

Setiap hari, bekalan susu untuk Aleesya wajib sekurang2nya 25 oz (5 oz setiap botol). Kadang2 bekalan 30 oz pun boleh habis. Menurut babysitternya, di waktu petang selepas mandi, Aleesya perlukan 8 oz susu, baru dia akan diam, puas dan kenyang. Sound volume... boleh tahan tapi hanya ketika lapar. Ubatnya ialah susu. Dia tak meragam.

Kata org tua2, kalau baby suka main air liur, nanti rambut si ibu akan gugur. Itulah yg aku alami sekarang ni. Sabar je la.

Terima kasih kepada babysitter, Kak Ina kerana menjaga Aleesya dan Adrianna dengan sangat baik. Aleesya penambah seri hidup kami sekeluarga. Adrianna dan Aleesya adalah permata hati ibu dan ayah. Syukur Alhamdulillah di atas pemberianNya.

Friday, August 14, 2009

Emir Wahid Asyraf - III

Yesterday the eye specialist did not come up. Doctor said that physically, Asyraf is healthy. Therefore, he can discharge today.

However, he needs to be intensively cared within 6 months. Wardah will be on leave during that period. There'll be lots of appointments coming up. Doctor needs to check his eyes, ears etc.

Today, he smiles... and that make us very happy enough to see even just a slight positive improvement from Asyraf. Time is not the problem... it's just HOPE that he is as healthy, normal, active and smart as ever before. InsyaAllah.

Merawat anak demam

Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Thursday, August 13, 2009

Emir Wahid Asyraf - II

Poor little Asyraf. He has suffered a lot because of human negligence. That nursery intended to sue my friends due to their action of bringing this upfront by lodging a police report. I guess Wardah & Wahiddin have made a right decision. Let the truth be told. I think they are the one who should sue them, not being sued!

How hard... how sad they were, doctor estimated 3 chances; (1) pass away (2) will recover but blind (3) will recover but flaw... Let me add the 4th one: will fully recovered as normal.

As for now, syukur ke hadrat Illahi, Asyraf has been fully concious. Last Tuesday, he was able to breath by his own. Oxygen mask has been removed. After a +ve improvement shown within 24 hours, he has been discharged from ICU to Paed ward. He is now much better and cheerer.

The good news is he is able to breastfeeding, he enjoys it and doesn't want to let 'it' go. Non-stop. Seems like he misses his ibu very-very much. His appetite is amazingly improved. Today, an eye specialist will come to check his eye condition. Let's pray for him.

Wednesday, August 12, 2009

Kakak kakakkk

Alhamdulillah, our beloved daughters, Adrianna and Aleesya are fine, healthy, smarter, chubbier, prettier... Adrianna is 2yrs 8mths & 3wks old. Her height is more than my half with 21kg in weight (Sorry sayang, am not able to lift you up anymore). People always surprise when we say that she is not even 3 yet. They thought that she is 8 or 9 years old. That make sense since her current shirt size is 9 or 10.

Adrianna is consistently consumes Enfa milk since born, form Enfalac A+ to Enfagrow A+. We're so satisfy with it as it shows a rapid development in her learning progress. It is tremendously marvelous and fast (this is not a promo for MeadJohnson ya!). She loves to drink milk. She took it every 2 hours till 2 yrs old until one day, her pediatrician advised us to limit it up to 3 times a day only. She hardly eat at that time. Doctor afraids that she wont' get sufficient nutrients from the natural foods. Furthermore, she is quite big for her age, so milk should be reduced as it might leads her to obesity. At the beginning, it was really hard to encourage her to eat. Whenever she wants milk, we'll say NO.

It sounds cruel, isn't it? But when she didn't get the milk that she wanted, she'll feel hungry, therefore she'll eat. And believe me, it works. Now, she eats healthy foods. She takes rice, fish, chicken, carrot, selected green vegetables, fruits, pasta, pizza... but junkfoods, ice-cream, jellies or colorful candies are totally disallowed, and she obeys that *(^_^)* Good girl! She'll say "Ibu, yang ni tak boleh makan".

Tuesday, August 11, 2009

Emir Wahid Asyraf - I

Ahad lepas, 9/8 jam 6.46pm ku terima satu sms dari Wardah:
"Salam, just nak bgtau anak saya skrg kt icu. Tlg sama2 doakn dia."

Aku terkedu seketika. Betul ke ni? Ku baca sms tu sekali lagi.

Semalam aku ke sana. Ditempatkan di wad ICU Hosp.Serdang. Kesian Asyraf. Puncanya masih dlm siasatan polis tapi kesimpulan awal yg dibuat, kecederaan yg dialami disebabkan hantukan yg sgt kuat di kepala si kecil ketika di nursery menyebabkan pendarahan otak yg serius. Wayar2 & tiub2 berselirat di tubuh kecil Asyraf. Kesian Asyraf. Too small to feel this pain. He is only 7 months old.

Menurut Wardah, kejadian berlaku pd 3/8. Dia hantar Asyraf ke nursery seperti biasa. Asyraf sihat walafiat ketika itu dan aktif. Pukul 3pm, nursery call mengatakan Asyraf menangis kuat & tanpa henti. Dia seperti diserang sawan. Tapi menurut nursery tu, keadaan Asyraf dah ok. Jadi, Wardah tak perlulah datang. Tapi Wardah tetap hendak datang utk melihat keadaan Asyraf. Sebaik sampai, pekerja nursery mengatakan yg Asyraf sedang tidur di atas toto. Wardah terus pergi mendapatkan Asyraf. Masa tu dia amat terkejut kerana keadaan Asyraf sangat lemah, lembik, lentok dan kebiru-biruan. Sebelum keluar, pekerja nursery tu ckp, "Yg lebam kat kepala dia tu tadi terhantuk kat babycot"... (Org tu ckp terhantuk sikit je.. boleh percaya ke?) Dahi Asyraf biru, lebam! Lepas tu Wardah & Edin terus bawa Asyraf ke hospital.

Di harap Asyraf cepat sembuh. Alhamdulillah, hari ni doc dah buka mask O2, Asyraf dah mampu bernafas sendiri. Cuma masih dlm pemantauan rapi doktor2 pakar. Khamis ni doktor akan jalankan ujian matanya pula.

Friday, August 7, 2009

Aleesya seksi la

Oh tidak! Mesti Aleesya marah ibu bila besar nanti sebab ibu letak gambar seksi dia dalam blog ni... haha... Aleesya dah 8.3kg. Sekarang ni, 8oz sekali minum no hal la. "Go ibu go, pam lagi ye ibu... buat stok untuk saya". MamyPoko saiz S tu dah sendat nampaknya. Enjoy the picture.

Thursday, August 6, 2009

Anak pembawa rezeki?

~ Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab - Harian Metro ~
SOALAN : Benarkah anak membawa rezeki? Jika benar, mengapa mereka yg mempunyai anak yg ramai hidup susah, tak mampu membeli makanan & brg keperluan? Kebanyakan yg meminta bantuan adalah mereka yg ada ramai anak. Jika mereka tak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak? Adakah adil untuk anak2 lahir dlm kemiskinan. Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya. Saya bersimpati terhadap anak2 yg dilahirkan dlm kemiskinan. Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tak mahu dilahirkan dlm keluarga miskin.

JAWAPAN : Anak disifatkan dlm Al-Quran sebagai anugerah/rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yg tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yg mdpt rezeki anak. Setiap manusia yg dilahirkan sudah ditentukan rezekinya & dia tidak akan mati sehingga dia mdpt semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dlm hadis Rasululah SAW. Rezeki Tuhan ada dlm pelbagai bentuk & Allah berkuasa melapangkan/ mengkayakan seseorang dikehendakinya & begitu juga sebaliknya. Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kpdnya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak sesudah ia mdpt kelapangan & kekayaannya itu? Semua org akan kembali kpd Allah & masing2 akan diberi balasannya. Mereka yg mdpt rezeki anak mestilah berusaha menyara anak2 yg dilahirkan. Bukanlah bererti rezeki itu dtg secara automatik dgn lahirnya anak, sebaliknya kita yg perlu berusaha mencarinya.

Wednesday, August 5, 2009

Adrianna dan Alia


Next week kami nak balik kampung @ Seri Manjung. Adrianna asyik cakap "nak mandi laut". Ni gambar masa adik Pi kawin 28/2 lepas. Adrianna bergambar dengan Alia. Alia ni anak jiran belakang rumah mak. Adrianna tua 4 bulan dari Alia. Tapi saiz Adrianna dan Alia ni jauh beza kan. Ni la kawan Adrianna tiap kali balik Manjung. Yang kelakarnya, kalau mereka ni berjumpa, bukannya bercakap pun. Diammm je. Tapi suka duduk sebelah menyebelah.

Thursday, July 30, 2009

Our faces

Whose faces are quite similar?
A. Aleesya and I
B. Aleesya and her ayah
C. Adrianna and I
D. Adrianna and her ayah
E. Aleesya and Adrianna
F. None of the above

Last night, while having dinner at Noodles Station @ Giant Kota Dsara which is sooo marvelous and delicious, saje2 la tangkap gmbr ni.